Kalau tragedi ni jadi kat korang, agak-agak cemana?
Membayangkan kesakitan seorang emak akibat nak melahirkan dan membesarkan anak-anak, memang tak tercerita. Ditambah lagi nak mengingatkan kembali detik jari emak yang cedera akibat kemalangan ketika menggunakan mesin dedak di kilang ayam demi nak cari rezeki untuk membesarkan 6 anak, memang takkan hilang dari memori.
Itulah kisah yang dikongsikan oleh Puan Faridah Kamaludin. #AnakDidikDrAzizan yang merupakan bekas seorang guru yang kini menetap di Melaka. Pengalaman perit yang dialami ibunya menyebabkan ibu tersayang itu mengalami kecacatan kekal. Puan Faridah takkan lupakannya dan kerana itulah hatinya meronta-ronta nak berikan yang terbaik untuk ibunya.
Ayahnya yang merupakan bekas tentera, mencari nafkah dengan menjadi pemandu lori dan menoreh getah. Kesusahan zaman silam, membuatkan Puan Faridah tak mudah berpuas hati dengan gaji seorang guru. Dia tak rasa gaji bulanannya cukup untuk beliau memberikan yang terbaik untuk emak dan ayahnya.
Dari situ, mula timbul minatnya untuk berniaga. Bermula dari menjadi dropship kepada produk jamu, Puan Faridah mula rasa gembira bila bisnes kecilnya dah boleh buat income mencecah RM400-500 sebulan.
Tapi rumah lama kediaman emak ayah nampaknya semakin uzur. Pintu bilik air dah tak boleh tutup, keadaan ruang dapur pun dah sangat teruk. Puan Faridah rasa dia perlu buat lebih lagi. Tak sanggup lihat emak yang sanggup berkorban apa sahaja untuk membesarkan mereka adik beradik tinggal dalam rumah usang yang serba tak ada. Takkan dia nak tengok saja?
Pada akhir tahun 2014, Puan Faridah terpanggil untuk hadir ke program marketing Richworks. Sepanjang dalam kelas, perasaannya sangat teruja. Banyak ilmu marketing yang dipelajari yang membuatkan beliau nampak peluang yang lebih besar dalam bisnesnya.
Dengan ilmu marketing yang dia dapat, dan hasil tindakannya buat marketing dengan ilmu yang betul, pendapatan bisnesnya kemudian mula mencecah RM30,000 sebulan. Dari situ, Puan Faridah mula berhasrat nak ada jenama sendiri.
Segalanya mudah bila dah ada ilmu. Nak jual apa saja memang boleh kalau tahu cara nak buat marketing. Puan Faridah kemudiannya menubuhkan syarikat Sdn Bhd sendiri dan kini kencang berbisnes tudung labuh dengan jenama Heejab Scarf. Tujuannya hanyalah nak membantu wanita menutup aurat dengan lebih baik dan lebih mudah dengan tudung labuhnya, yang boleh didapati secara online.
Alhamdulillah, dengan ilmu marketing yang ada Puan Faridah dah mampu buat sales sehingga RM100,000 sebulan - walaupun bermula dari dropship je...
Apa yang lebih best, setelah 10 tahun menjadi guru, akhirnya Puan Faridah telah meletakkan jawatan kerana mahu memberi perhatian kepada bisnesnya dan juga untuk menjaga emak mertua yang sudah tak mampu bergerak dan kakak ipar yang tidak berapa sihat. Dengan kemampuan yang ada sekarang, beliau mampu memelihara mereka di rumahnya sendiri. Kalau masih bekerja, mungkin sukar dia nak buat semua tu.
Dan apa yang lebih menggembirakannya, selain dah mampu renovatekan rumah mak ayah, bila beliau mampu menghadiahkan barang-barang kemas kepada ibunya sendiri.
Walaupun dia takkan mungkin kembalikan keadaan jari ibu yang cedera akibat kemalangan di kilang ayam, tapi sedikit sebanyak kejayaan beliau dalam bisnes dah mampu berikan sedikit nikmat sebagai pembalas budi emak ayahnya.
-----
Nak tanya korang semua? Kenapa korang berniaga? Adakah kerana nak suka-suka? Atau sebab nak ikut kawan? Atau sebab nak pegang je title peniaga? Tanya diri sendiri kenapa korang berniaga?
Kalau berniaga kerana korang nak tingkatkan tahap pendapatan dan kewangan diri sendiri dan keluarga, kerana nak berikan yang lebih baik kepada keluarga, korang takkan sanggup berniaga pada level biasa-biasa. Pada level setakat buat, setakat ada sales masuk, walaupun seciput je..
Kalau korang jelas dengan tujuan berniaga, korang takkan biarkan diri korang tak capai jumlah sales yang korang mahukan... takkan sanggup nak berniaga pada tahap kecil dan ala kadar je…
Dr Azizan Osman dan #AnakDidikDrAzizan yang lain berjaya sebab mereka tahu dengan jelas kenapa mereka perlu berniaga sehingga berjaya. Sebab itu, mereka sanggup belajar ilmu marketing dan buat tindakan kerana nak pastikan bisnes mereka berikan hasil terbaik dan boleh bantu mereka capai impian mereka.
Korang macam mana? Sanggup ke biarkan impian keluarga tersayang jadi angan-angan je, sebab korang tak mampu nak berbisnes dan buat sales tinggi sebab korang tak tahu marketing?
Komen ‘Nak ZKM’ jika anda nak belajar ilmu marketing tanpa kos di Seminar Zero Kos Marketing. Jika kisah ini memberi inspirasi, sharekan kepada 10 orang rakan anda.
Sudah-sudahlah buat bisnes dengan marketing yang acah-acah macam ada, macam bagus, tapi salesnya tak ada.
Atau layari www.kuasaizerokosmarketing.com
#TeamRichworks
#KuasaiZeroKosMarketing
#ZKMApril2018
Search
apa title level 在 What should you do if you need more than five heading when ... 的推薦與評價
So if you were writing a paper according to the APA guidelines, you should not use more than three levels of headings, unless writing a lengthy research paper ... ... <看更多>
相關內容