Patutlah sudah seminggu isteri saya mendiamkan diri,😢
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過2,010的網紅wadiwoodpecker,也在其Youtube影片中提到,Elyana Jadi Diriku Puas Saling Bersabung Kata Bak Keris Yang Bertikaman Sesama Menyalah Menghukum..Menyiksa Berkubang Dalam Bendang Waktu P...
apung 在 Facebook 的精選貼文
Al-Kisah Rahsia Rio
.
Saya menamatkan panggilan telefon. Isi perbualan sebentar tadi masih terngiang-ngiang dalam kepala. Membuatkan saya terapung-apung di awangan. Saya mengambil basikal road dan menuju ke dewan makan di perkampungan sukan. Saya tidak tahu apa yang saya suap ke mulut tetapi hanya dikunyah dan termenung. Panggilan dari ahli keluarga terdekat sebentar tadi betul-betul membuatkan jiwa saya resah.
.
Ogos 2016 saya berada di Rio, Brazil. Menghadapi sebuah temasya sukan terbesar di dunia yang hanya di adakan sekali setiap empat tahun. Tempat dimana semua atlet-atlet hebat dari seluruh pelusuk dunia tidak kira apa jua sukan berkumpul untuk bersaing sesama sendiri dan menunjukkan kebolehan masing-masing. Dibahu saya ketika diletakkan sebuah harapan tinggi, setinggi gunung yang mencecah langit. Saya antara prospek untuk membawa balik pulang pingat emas untuk negara. Untuk rekod, Malaysia belum pernah memenangi pingat emas di temasya sukan terbesar itu.
.
“Maryam dan Khadeeja masuk hospital. Teruk. Dah seminggu diorang di hospital” maklumat yang saya dapat dari panggilan tersebut. Patutlah sudah seminggu isteri saya mendiamkan diri, katanya ingin saya fokus kepada perlumbaan. Maka semua persoalan sudah terjawab. Saya muhasabah diri.
.
Walaupun pahit, perlu ditelan jua. Setiap dari kita pasti diuji dengan pelbagai ujian dalam kehidupan dan saya sendiri tidak lari daripada mendapat ujian demi ujian dari Allah swt, terutama apabila berada di situasi genting. Bukan mudah, tetapi begitulah kehidupan. Semakin kita dewasa, semakin mencabar tahap ujian itu. Itulah yang mematangkan kita, yang menjadikan kita ‘bulletproof’ orang kata. Sebab itu adalah lebih afdhal bila kita berdoa kepada Allah swt, jangan kita mintak diringankan ujian, tetapi mintak supaya kita dikuatkan. Di Rio, saya tidak meletakkan pilihan kepada diri untuk mengalah, apalagi untuk berasa lemah. Alang-alang mencelup pekasam biar sampai ke panggal lengan. Demi negara.
.
Apabila temasya berakhir, saya berjaya mengalung sebuah pingat didada. Walaupun kilauannya bukan emas tetapi saya tetap berbangga. Ianya adalah sejarah besar buat diri saya, buat sukan saya dan buat negara saya. Apa yang berlaku kepada anak-anak di Malaysia masih satu rahsia yang dipendam. Saya mohon kepada kontinjen untuk pulang dengan kadar segera. Tak sabar nak balik untuk tengok keadaan anak-anak macam manalah agaknya. Sampai di lapangan terbang, saya di sambut dengan ‘water salute’. Biasanya ‘water salute’ ni dibuat untuk penerbangan pertama atau terakhir sesebuah kapal terbang itu, juga untuk beberapa peristiwa khas dan kejayaan saya itu di anggap sebagai salah satu daripanya.
.
Keluar je dari mulut kapal terbang, penuh umat manusia sudah tunggu menjemput. Saya lontarkan sebuah senyuman penghargaan kepada semua walaupun fikiran berkecamuk. Dari dalam sampai lah keluar, disepanjang tempat saya berjalan dipenuhi pelbagai orang yang memberikan lambaian dan penghormatan. Sesampainya di balai ketibaan, kelihatan sangat padat dengan pelbagai orang serta penuh corong-corong kamera yang memberikan tumpuan kepada saya. Saya berhenti sesaat di pintu ketibaan dan anak mata mencari ahli keluarga, terutama isteri tersayang.
.
Saya nampak mereka berada di satu sudut lalu saya mempercepatkan langkah menuju ke arah mereka. Terus saya memeluk isteri yang ketika itu bercucuran air matanya. Kesemua ahli keluarga saya juga bercucuran hujan basah di mata mereka. Sebak di dada hanya Allah yang tahu. Kejayaan, pingat, tumpuan, semuanya sudah tiada makna waktu tu. Apa yang saya mahu hanyalah hendak menuju ke hospital dengan kadar segera untuk berjumpa dengan anak-anak disana.
.
Maka bergegaslah saya dari lapangan terbang itu menuju ke tempat yang jiwa saya meronta-ronta hendak kesana semenjak dari Rio lagi. Perginya saya ke hospital itu bukanlah sebagai seorang wira negara, bukan jaguh, bukan pemenang pingat di temasya sukan, bukan juga individu yang di puji-puji dan diangkat-angkat oleh semua pihak.
.
Tetapi menujunya saya ke hospital pada hari itu hanyalah sebagai seorang Ayah.
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#7
apung 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最佳貼文
Sotong masak ala thai sedapppppp !!!
BAHAN-BAHAN:
1/2 kg sotong
1 biji bwng besar
4 ulas bawang putih
8 biji cili padi
2 biji limau nipis – perah ambil air. Kulit limau potong dadu
2 sudu besar sos nampla (sos ikan thai)
1 sudu besar gula apung thai (boleh diganti dengan gula pasir/gula melaka)
1 biji tomato – potong dadu
Sedikit daun ketumbar
CARA MEMASAK:
1. Rebus sotong seketika. Ambil sesudu besar air rebusan baki toskan
2. Tumbuk cili padi dan bawang besar ,bwng putih hingga agak halus.
3. Kemudian masukkan air rebusan sotong, gula apung, sos ikan dan perahan air limau nipis bersama kulitnya ke dalam cili tadi. Gaul hingga sebati.
4. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Gaul rata.
5. Terpulang pada cita rasa masing-masing sama ada nak gaul sotong bersama sambal cili atau nak tuang sahaja diatas sotong. Asalkan sebati rasa dia, dah ok.
6. Sedia untuk dinikmati.
Selamat mencuba♥️
Credit : Wan Maslinda Wan Mohamed
#mahn
apung 在 wadiwoodpecker Youtube 的最讚貼文
Elyana
Jadi Diriku
Puas Saling Bersabung Kata
Bak Keris Yang Bertikaman
Sesama Menyalah
Menghukum..Menyiksa
Berkubang Dalam Bendang Waktu
Perasaan Terhimpun
Menjadi Dendam
Umpama
Tertutup Pepintu Merujuk
*Kasih Berkalih Tuju
Hati Tak Seiring
Dulu..Terputus Sudah Ikatan
Dipidah Garis Sempadan Jiwa
Terapung-apung Kekeliruan
Bagaimana Keadaan Sebegini
Dahulu Sentosa
Kininya Gelora
Kasih Berkalih Tuju
Hati Tak seiring Dulu
Terputus Sudah Ikatan
Dipisah Garis Sempadan
Telah Tewas Diuji Masa
Menyelami Jauh Dasar Hati
Ku Mencari Kilau Cahaya Jawapan
Adakah Sesia Segala
Yang Lalu??
Kasih Berkalih Tuju
Hati Tak Seiring Dulu
Terputus Sudah Ikatan
Dipisah Garis Sempadan
Jiwa Raga
Cinta Berakhir Disini
Takdirnya Kita begini
Andai Cuba Harungi Jua
Hanyalah Menongkah Arus
Cinta Berakhir Disini
Takdirnya KIta begini
Kau dan Aku
Hanya Menumpang Bahtera
Yang Bukannya Milik Kita.......
Lagu-Aidit Alfian
Lirik-Ad Samad