Al-Kisah Jari Putus
[Part 3-Last]
.
Saya hanya mempunyai kurang 1 jam sebelum ‘Adrenaline Rush’ berakhir dan rasa sakit akan menjelma. Saya akhirnya memilih untuk menghantar anak saya ke rumah terlebih dahulu dan terus melencong ke arah hospital secepat mungkin.
.
Setibanya saya di wad kecemasan, rasa sakit telah menguasai diri saya dan rasanya bukan kepalang. Kejantanan saya teruji, walaupun hanya hujung jari, tetapi rasa sakit dia memang tak boleh dibincangkan. Hasil daripada ujian X-ray, pihak hospital menyatakan yang ‘Distal Phalanx’ atau tulang hujung jari saya juga ‘fractured’. Saya perlu di bawa ke bilik bedah untuk melalui proses baik pulih keadaan tersebut. Alhamdulillah syukur semuanya berjalan lancar dan saya tidak dibenarkan untuk membuat latihan berat sekurang-kurangnya selama 2-3 minggu. Pada pendapat kalian lah, adakah saya akan berehat selama tempoh tersebut?
.
Sudah tentu tidak!
.
Saya hanya berehat satu hari selepas pembedahan dan terus melakukan latihan ringan yang bersesuaian dengan keadaan saya pada keesokkan harinya. Isteri yang disayangi memarahi dan cakap jangan buat kerja gila. Saya tetap meneruskan sahaja latihan kerana saya memang suka kerja gila. Sudah tentu latihan tidak dapat di jalani seperti biasa. Terlalu banyak perkara yang saya tidak boleh lakukan ketika latihan di Gym dan juga di atas basikal. Tangan saya tidak boleh digenggam dan kesakitan masih dirasai apabila terlalu banyak pergerakan. Saya bermain akal mencari apa sahaja yang boleh dilakukan untuk memastikan saya tidak ketinggalan terlalu jauh dari segi latihan.
.
Insyaallah di lain waktu saya akan ceritakan secara terperinci ketika perlumbaan di Korea tapi dipendekkan cerita, hasil kecekalan serta ketabahan yang didampingi sengan sikap tidak mahu mengalah dan berputus asa membuahkan hasil. Walaupun bukan mudah dan perlu melalui pelbagai cabaran, tetapi saya masih berjaya membawa pulang pingat Emas yang membuatkan banyak pihak terkejut akan kejayaan tersebut. Dengan jelas saya menunjukkan kepada semua yang untuk memenangi sesuatu kejohanan itu bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal, tetapi juga kekuatan mental.
.
Don’t limit your challenge,
Challenge your limit.
.
[TAMAT]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
同時也有2部Youtube影片,追蹤數超過38萬的網紅Bumi Ratu Channel,也在其Youtube影片中提到,Nak semput naik basikal - sambil gelak dgn lawak Odah - Aktiviti kami di rumah hutan sepanjang PKP yg awal2 dlu sy tetap beriadah dngn staff yg tidak ...
basikal biasa 在 Facebook 的精選貼文
・・・
Al-Kisah Jari Putus
[Part 1]
.
Persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo memang penuh dengan pelbagai cabaran dan ujian. Antara cabaran yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila adalah dugaan kecederaan ketika latihan di mana jari saya hampir putus. Sukan lumba basikal adalah antara sukan yang amat rumit untuk layak ke Sukan Olimpik. Proses kelayakan mengambil masa selama dua tahun. Atlet perlu mengumpul mata di dua musim (season) tersebut dan perlu melalui pelbagai siri perlumbaan untuk mengejar koleksi mata. Antara kejohanan utama yang penting pada musim 2019 adalah Kejohanan Asia di Korea dan Kejohanan Dunia di Jerman yang menawarkan mata berganda. Dalam lebih kurang sebulan setengah sebelum ke Korea ada sesuatu yang menimpa saya ketika sesi latihan.
.
Pada hari tersebut, saya membawa anak bongsu Amna Khadeeja ke Velodrome untuk menemani saya berlatih. Dalam masa yang sama, saya pun nak beliau belajar berkayuh di sekitar Velodrome tu, melentur buluh biar dari rebungnya, tak gitu? Selepas selesai sesi memanaskan badan saya tengah bersedia untuk melakukan ‘effort’ yang pertama. Seperti biasa, atlet lumba basikal trek akan berkayuh sekitar ‘Apron’ (kalau tak tahu Apron tu apa boleh rujuk video di Youtube Channel saya, saya ada buat penerangan tersebut) menunggu giliran masing-masing. Saya yang ketika itu hendak mengetatkan ‘strap’ di pedal terkejut dengan satu insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini.
.
Secara tidak sengaja, jari telunjuk kanan saya termasuk ke celah mata gigi ‘chainring’ yang seperti mesin tebu. Lebih mengerikan, mata gigi ‘chainring’ itu tajam dan bersedia untuk mengeronyok apa jua benda yang tidak sepatutnya masuk melaluinya. Perlu di ingat, basikal trek ini adalah ‘fixed-gear’ yang tiada brek dan apabila ianya bergerak, tidak mudah untuk memberhentikannya begitu sahaja seperti ‘roadbike’. Apabila bergerak, ianya seperti sebuah mesin yang hanya bergerak kehadapan semakin laju dan semakin menggila...
.
[Bersambung]
.
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
basikal biasa 在 Facebook 的最佳解答
Setelah berminggu minggu PKPD, hari ni dah habis, dan dapatlah jiran jiran korang pergi Solat berjemaah di surau. Alhamdulillah..
Sungguh mereka yang pergi solat berjemaah, telah di beri dengan lima nikmat yang besar!
Apa itu lima nikmat yang besar?
1-Masa lapang
2-Sumber rezeki
3-Kesihatan
4-Berkeluarga
5-Beragama.
Kenapa lima ini nikmat yang besar?
Jom bedah nikmat dan fahami lima keperluan asas ini.
(1) Masa lapang.
Bayangkan jika kita hidup tanpa masa lapang, sibuk memanjang dengan kerja tak habis, sakit tak sihat, cari harta tak kaya jugak, bayar hutang makih bertambah, oh sungguh sibuk macam hamba abdi, macam tawanan perang kena kerah buat jambatan, maka bersyukurlah jika ada masa lapang sebab jika tiada masa lapang maka takdelah ruang untuk bekarya, untuk hoby yang manfaat, untuk skill dalam seni, untuk lepak tenangkan diri, ohh.., hargailah masa lapang kerana masa itu akan berlalu dan tidak akan kembali lagi. Sungguh memiliki masa lapang adalah Nikmat hidup!
(2) Sumber Rezeki
Bayangkan jika kita tanpa sumber rezeki? hidup miskin, angat susah, bersama hutang keliling pinggan, aduh… kita langsung takde skill yang boleh menjana incone.. sungguh menjadi miskin tidak haram tapi menyusahkan orang itu haram, meminta minta itu haram, sungguh dalam rukun islam ada dua tempat perlu pada harta, Zakat dan Hajii, maka fahamlah kita bahawa menjadi kaya itu tidak haram.., jadi tolong usahakanlah jadi kaya dan bantu orang susah. Dalam hadis bagitahu, tangan memberi lebih baik dari tangan menerima, Sungguh dengan wang yang banyak kita mungkin tak boleh beli kebahagiaan, tapi dengan miskin kita boleh mendapat penderitaan tanpa membelipun. Fahamlah, memiliki sumber rezeki, adalah antara nikmat hidup terbesar!
(3) Kesihatan.
Bayangkan jika kita hidup tanpa kesihatan? Terlantar sakit lumpuh, tak boleh makan macam biasa kena makan bubur, atau bayangkan setiap hari kena ke hospital tukar darah?, atau apa apa sahaja penyakit, jika boleh di elak, elakkanlah, jika dah takdir kita kena penyakit, maka telah hilang nikamt hidup, sebab itu Sihat adalah antara Nikmat hidup terbesar!
(4). Keluarga
Bayangkan jika kita hidup tanpa Keluarga atau tanpa cinta? Tak ada orang sayang kita sebab kita pilih untuk bergaduh dengan ibu bapa, bergaduh dengan pasangan, bergaduh dengan anak anak, bergaduh dengan kawan dan jiran, lepas tu kita sangka kita akan bahagia? Nabi Adam dalam syurga pun merasai sepi tanpa cinta lalu minta Allah teman hidup, maka apatah lagi kita yang hidup dalam penjara dunia, amat sangat memerlukan cinta. Terima kasih kepada semua yang sudi mencintai diri ini, sungguh cinta sesama manusia akan menutup aib kita selepas mati. Antara nikmat besar dalam hidup, ada keluarga yang saling sayang menyangi!
(5) Agama
Bayangkan jika kita hidup tanpa Agama? Maka kita tak dapat jawab soalan dari mana kita datang dan kemana kita pergi? Dan apa tujuan hidup kita? Sebab alam ini terlalu besar untuk kita mencari jawapan dengan kaki sendiri, Lalu kita isi jawapan tu dengan falsafah hambar atau teori konspirasi dan sampai satu masa, bila berdepan dengan maut, falsafah kita dan teori konspirasi takde jawapan langsung nak menghadapinya, aduhhh.
Sungguh agama itu adalah nikmat hidup diwaktu senang, di waktu susah, di waktu sakit, di waktu mati dan di waktu hidup selepas mati, terima kasih kepada Allah sebab pilih saya jadi orang Islam, pilih saya solat, puasa, bayar zakat dan pergi haji, terima kasih, hidup ini sungguh indah bila dapat MenyembahMU dengan cara yang paling layak Engkau di Sembah. Alhamdulillah!
“KEJAP ABANG KERETAMAYAT? MANA DALIL 5 NIKMAT NI NIKMAT YANG BESAR?”
Nak dalil? Ada, rujuk Hadis, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Rebutlah (5) lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa (1)sihat sebelum sakit. Masa (2)kaya sebelum datangnya masa sempit. (3)Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. (4)Masa mudamu sebelum datang masa tua dan (5)Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Dari Hadis ini, dapatlah faham bahawa hidup ini ada 5 nikmat hidup!
1. Hidup sebelum mati, Nikmat AGAMA... Apa sahaja waktu hidup kita gunakan untuk agama, akan bagi kesan pada Akhirat!
2. Muda sebelum tua, Nikmat berKELUARGA, maka masa muda hargai mak ayah, hargai semua orang yang kita sayang, sebab bila kita tua semua itu jadi kenangan, hargai anak isteri, sebelum kita semua jadi tua. Hargai kawan sebelum mereka tua.
3. Sihat sebelum sakit.. Mata boleh melihat, telinga boleh mendengar, lidah boleh mengecap, kulit boleh merasa, kaki boleh melangkah, tangan boleh mencapai, syukur.
4. Kaya sebelum miskin, ini adalah SUMBER REZEKI.. duit ada dalam poket, makanan atas meja. Tidak meminta minta. Alhamdulillah
5. Lapang sebelum sibuk, Alhamdulillah bila ada MASA LAPANG.. boleh buat apa kita suka. Menulis, membaca? Terpulang.. enjoy the silence.
Jadi lima nikmat hidup ini buakn saya reka, Nabi yang bagitahu lima keperluan asas dalam menentukan kebahagiaan hidup. Dan sekarang saya cerita tentang jiran anda yang pergi solat berjemaah, yakinlah mereka telah dapat lima nikmat hidup!
Ada hadis bagitahu jika tengok orang ke masjid, yakinlah mereka benar benar beriman.
Bila beriman, yakinlah mereka ahli syurga!
Jom kita siasat, 5 nikmat ahli syurga ni secara terperinci.
Pertama, mereka ada masa lapang.
Macam saya cakap tadi, memiliki masa lapang adalah nikmat hidup yang besar, demi masa semua manusia dalam kerugian, kecuali orang yang gunakan masa lapang dengan betul, maka ahli syurga ni, yang ulang alik ke masjid, mereka telah dikurniakan masa lapang, dan telah gunakan dengan cara yang betul, akhirat ada soalan di padang mahsyar, dimanakah masa lapangmu di habiskan? Senang senang jer ahli surau ni jawab: saya gunakan masa lapang dengan menjaga solat berjemaah, alhamdulillah.
Habis bab masa lapang..
Kedua, mereka ada rezeki yang berkat.
Apa itu rezeki berkat? Rezeki berkat adalah:- Korang Dapat Taat Perintah Allah Dalam Apa Jua Keadaan.. yang mana Waktu korang kayapun dapat taat perintah Allah, waktu korang miskinpun dapat taat perintah Allah, itulah rezeki berkat yang mana rezeki tidak menghalang korang dari taat perintah Allah.., baru berkat! Jadi ahli surau tu rezekinya sangat berkat sebab dapat jaga solat Jemaah walau ada yang naik basikal, nak motor, jalan kaki, semua itu rezeki berkat. Alhamdulillah.
Korang pulak yang kaya raya, kereta besar serba baru tapi gagal tunai perintah Allah, itu bukan berkat namanya, itu BALA al istidraj, macam seekor tikus asyik makan keju perasan tuan rumah sayang, sekali perangkap tikus aktif, terus Ngap korang mampus tersepit dalam keadaan perasan rezeki berkat tapi hakikatnya bala kerana rezeki korang gagal buatkan korang jaga solat berjemah, Nauzubillah!
Ok, tadi kita cerita ahli surau yang telah di beri dengan lima (5) nikmat yang besar! Dah cerita tentang (1) nikmat masa lapang, (2) nikmat rezeki berkat, sekarang cerita tentang nikmat ketiga iaitu:-
Nikmat kesihatan.
Alhamdulliah, waktu orang lain sakit terlantar di ICU atau wad, atau menderita di rumah, ahli surau yang sihat dipilih oleh Allah untuk imarahkan masjid, nikmat sihat digunakan pada jalan yang betul, malahan ada yang uzur sikit sikit, solat duduk atas kerusi, pun masih mampu ke masjid, berkerusi rodapun ada yang mampu datang, memang ahli syurga betul jiran korang ni, Alhamdulillah.
Habis nikmat nombor tiga sekarang Nikmat ke empat yang mereka dapat adalah nikmat berkasih sayang kerana ALLAH, keluarga islam!
Ini nikmat sangat besar kerana Nikmat ni kekal sampai bawah arash dan sampai ke syurga, sebab ada kasih sayang lah mereka seronok ke masjid jumpa imam, bilal, tok siak, abang jaga, ahli baru, orang kampung, orang setaman, geng tabligh, dan lain lain Jemaah, langsung takde rasa iri hati dan dengki, semua disapa dengan kasih sayang macam sebuah keluarga, alhamdulillah.
Perasan tak? Orang yang tak suka ke masjid ni awal awal dah ada sifat sangka buruk, benci, menyampah dengan orang, Nampak buruk AJK masjid, Nampak buruk budak tabligh, dan suka tuduh orang riak, padahal dia yang sombong tu yang malas tunjuk muka, lepas tu perasan bagus solat di rumah dengan sangka orang riak padahal dia tak faham apa itu shiar islam. Hampeh!
Baik, last! Dan Nikmat kelima yang diperolehi oleh ahli syurga, adalah nikmat dapat Shiarkan Islam, ini bukan riak, sebab memang Nabi suruh kita Shiar(wujudkan suasana agama) hingga Nabi pesan, Azan kena tempat tinggi agar satu kampung boleh dengar, lepas tu Nabi pesan pergi masjid pakai baju solat dari rumah, ambik wudhu siap siap, setiap langkahan pahala dapat, darjat naik, dan dosa di ampunkan, lepas tu datang awal, dan bila balik lalu jalan lain, sebarkan salam. Itulah Shiarkan islam, bukan riak yer? Tapi Shiar kerana Allah!
Dan korang pulak yang duduk rumah, ternampak orang surau pergi balik ke masjid, jangan tuduh mereka riak, sebab Nabi ada pesanan untuk korang iaitu:
“Apabila kalian melihat seseorang yang selalu ke masjid, maka saksikanlah bahwa ia orang yang beriman kerana Allah Ta’ala berfirman, Sungguh Orang yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Jadi ingat tu, Nabi pesan pada korang yang Nampak ahli surau supaya menjadi saksi di akhirat kelak, bahawa ahli surau tu adalah benar benar beriman. Bukan jadi saksi mereka ahli riak yer?
Tahu tak istiqamah (berterusan) itu adalah tanda ikhlas?, sebab tu lah Nabi suruh korang jadi saksi keimanan orang yang selalu ke masjid, tapi jika korang pergi jarang jarang, atau solat jumaat jer, atau awal ramadan jer, itulah riak, sebab tak istiqamah, jadi siapa yang riak sekarang? Adohai..
Eh? Tadi saya cakap nikmat ahli surau ada (5) lima, iaitu diberi (1) masa lapang, (2)rezeki berkat, (3)kesihatan, (4) kasih sayang dan (5)Nikmat menzahirkan iman, saya kena tambah satu lagi nikmat iaitu mereka semua dapat (6)saksi saksi yang akan sokong mereka ke syurga iaitu koranglah, jiran mereka, tahniah!
Alang alang dah jadi saksi, selain tahu lima nikmat ahli masjid di dunia, kenalah tahu janji Allah kepada mereka yang selalu ke masjid dengan (5)lima nikmat akhirat pula iaitu, (1)azab sakaratul maut di angkat, (2)azab kubur di tolak, (3)tangan kanan terima kitab, (4)titi sirat sepantas kilat, dan (5)masuk syurga tanpa hisab.
Wah, sempurna semua nikmat, dunia akhirat, terima kasih korang semua yang jadi saksi!
Tapi kan.., tak kan nak jadi saksi sahaja kot? Kenapa tak korang sendiri rebut peluang jadi ahli masjid?
Woha!
Ps: Artikel ini untuk lelaki sahaja. Bagi wanita digalakkan solat dirumah akan dapat pahala sama macam lelaki. Jadi kepada wanita. Galakkan lelaki ke masjid. Alhamdulillah
basikal biasa 在 Bumi Ratu Channel Youtube 的最佳解答
Nak semput naik basikal - sambil gelak dgn lawak Odah - Aktiviti kami di rumah hutan sepanjang PKP yg awal2 dlu sy tetap beriadah dngn staff yg tidak bekerja (kami lakukan aktiviti seperti biasa di kawasan rumah hutan shj) - kami nak sangat kuruskan badan - nak senam lah kononnya sepanjang PKP - tapi x menjadi..!!
.
Senaamm makan, senamm makan itulah ulangannya.. hujung nya lemakkk tetapp berkumpul tktau apa akan jd berat badan kami dimasa akan dtg..

basikal biasa 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam perey! ?
.
Well well, bagi sesiapa yg mikey kisah lari dari rumah ya tamat, anda silap. Inilah sambungannya. Monyeng makin dara tok makin entingai oo! Perubahan hormon ka? Ish ish ish! Mcm memberontak jer! Boleh2 ngugut Cik Kemban nak lari dari rumah seandainya kehendak sik dituruti. ?
.
Okay guys, tok adalah another kesah benar Ngektsai semasa membesar. Hahaha. Pernah la diugut oleh mak, kakya nya madah nak lari koz Ngektsai terlalu mancal! Dipendekkan cerita, macam dlm video la. Bukan main meratapi nasib diri ibu yang baru melarikan diri, cek2 lepak di rumah jiran. Sik san buyan aku balit main sik nemu mak?! Yahhh... yalah kita anak2, jgn ingat kita jak boleh lari. Lari lah kita, mak bapak maseh boleh beridup. Tok sekejapp jak mak ninggal kita, dah meroyan kedak apa di rumah. Bayangkan hidup kita sekda mak bapak d rumah, rindu yg sik berpenghujung... sik sayuk ati? Kepada sidak nok dah yatim piatu, Al Fatihah kpd arwah mak bapak ktk org. Sik dpt aku imagine one day life without parents. ?
.
Share lah video tok k tangga sidak lam media sosial, bagi nok runsing anak mancal gilak, boleh cuba cara tok. Sik tauk berkesan sik la ngan nemiak kinek. Saya dolok nang alu tantrum HAHAHAHAHAHA. Kakya insaf kejap. Hahahaha tapi maseh fobia dibayangi ugutan mak nak lari la. Caken juak mena. Hahaha
.
So isu basikal lajak, kids, i dah sembur point yg i rasa bagi menunjukkan side ney abg Ngektsai sokong. Haruslah abg Ngektsai memihak kepada NO TO BASIKAL LAJAK di jeraya! Choi! Ada banyak gik point, sik perlu nak dipadah sitok, antap bah aktiviti basikal lajak ya lebih mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan. It is better to stay and spend ur masa dengan family, atau polah aktiviti yg menjana faedah yang lain k.
.
And yes, dlm hal tok, segelintir ibu bapa sik dpt menafikan punca hal tok adalah dari sidak kedirik. Anak2 especially debah umo adalah tanggungjawab ktk sepenohnya. Mesti tauk keluar ke siney, sapa dengan n so n so. Bukannya gago berpesbuk, berskandal atau whatever aktiviti lain yg menghanyutkan sampei sik tauk perihal anak. And yes, saya bercakap dari sudut keluarga yg tiada isu2 sosial serius yg lain seperti broken family, kedaifan n so n so... lebih bercakap utk keluarga yg lengkap. Ibu bapa, please lebih prihatin dgn anak2 k. I dont have kids, but i nangga dimpun juak how sesetengah parents acuh sik acuh jak ngan anak dimpun and i was like, “di mana silap nya ooo?” Gia bah...
.
And yes, i pun sik lepas dari memikirkan masalah anak ya mpun, yalah mun dah pengaroh kawan sampei anak jadi entingal gilak, mak bapak pun mati akal juak nak setel hal2 sosial sidak tok. Apapun, sama2 kita doakan agar keluarga kita dijaohkan dari bencana2 atau isu kedak tok. Amin. Ini adalah pengalaman sebenar saya ngan mak saya, Puan Hajah Zeliha Sebli. Hahahahaha.
.
Okay kaktok episod cta apa gik ka? Will b busy, start balit iklan k. Lelah i nahan iklan koz kenak komplen molah iklan jak jak. Ok boh bingong Ngektsai sik tamak. ☺️ tapi kaktok lepaskan lah i kejap k. Iklan sikit kakya campo2 juak video biasa la, apapun, dlm iklan2 klak ada juak la cerita panas2 k! Stay tuned!
.
#TheNgektsai
