Ada orang share Print Screen ini, kisah Orang lama di Palestin bagitahu, hanya Wali dapat masuk Gaza, dengan izin Allah, Ustaz Ebit Liew dapat masuk gaza..
Viral kisah ni sekarang..
Lepas tu bila cerita tentang wali, ada yang cerita tentang Ilmu lipat Bumi, kisah ulamak arab nak makan durian, lalu ustaz melayu lipat bumi ambik durian bagi Ulamak arab tu makan..
Cerita tu terkenal di kepulauan melayu, lalu muncul dua tiga orang tanya saya tentang ilmu lipat bumi? Ada dalam Al quran dan hadis tak?
Ada, Mukjizat bagi Nabi, Nusrah keramat bagi Sahabat, dan insan terpilih..
Sila rujuk kisah Menteri Nabi Sulaiman pindahkan Istana Balqis sekelip mata, sedangkan jaraknya jauh, tapi selamba Menteri tu pindahkan dan ubahsuai lantai dengan mozek jernih macam air, hingga ratu Balqis angkat kain takut basah.
Juga kisah Nabi Khidir boleh tengok masa depan, ops, itu lipat masa, err, Ok, rujuk Kisah Nabi Muhammad SAW pergi Palestin dari Madinah hanya dalam satu malam, kisah terkenal Israk Mikraj. Lepas tu naik ke langit ke tujuh naik Buraq. Kira buraq ni boleh lipat bumi dengan izin Allah.
Ada juga kisah Sahabat Nabi dapat masuk kota musuh sekelip mata, musuh terkejut tengok tiba tiba orang islam telah masuk sedangkan jambatan telah roboh, dan pintu telah tutup. Sahabat yang masuk itu katanya tidur dan mimpi ada cahaya, bila ikut cahaya itu, tiba tiba terjaga dalam pagar istana musuh lalu membuka dari dalam, saya lupa nama sahabat itu.
Ada jugak kisah Sahabat berjalan atas air bersama kuda, ini dah lipat laut!
Ada juga kisah Sahabat bercakap jarak jauh dengan tentera Islam, tak silap waktu itu hari Jumaat, semua itu ilmu lipat Bumilah..
Walau bagaimanapun Ilmu itu bukan boleh belajar, Allah bagi kepada Hamba yang terpilih, kita nak ke mana mana mesti follow the rule, gunakan asbab, masuk negara orang kena ada Visa, Keizinan, dan lain lain.
Dunia ni darul Asbab, sebab itu ada kisah Nabi dibunuh, sahabat mati diseksa, sebab semua itu adalah darul Asbab.
Namun ada waktu dah hikmah, Allah bagi bantuan yang berlawanan dengan asbab.
Dan Bantuan Allah tak datang serta merta, rujuk perang Badar, Perang Ahzab, yang mana bantuan Allah datang hujung hujung bila umat islam dalam hati umat islam dah mampu bersabar dan layak terima Nusrah Allah!
Kisah sahabat jalan atas air tu sebab tiada asbab nak seberang, perahu dikaramkan, jambatan takde, jika perahu masih ada, Sahabat akan guna asbab. Akan naik perahu kejar musuh!
Ada kisha sahabat perang takde senjata, dan guna pelepah Tamar, Bila libas kelapa musuh terbelah, terus sahabat buang pelapah tamar tu dan gunakan pedang musuh, sahabat faham Nusrah dan Asbab.
Ada juga kisah pelepah tamar tu jadi pedang, sahabat guna lawna musuh, dan balik kampung sahabat jual pedang tu untuk kelangsungan hidup,
Sama jugak kisah Siti Hajar dan Ismail, bukan terus dapat air zam zam, kena kerja 8 jam dulu berlari dari Safar ke Marwah Bersama anak kecil Nabi ismail, Bersama perut lapar, Bersama sisa tenaga usaha cari bantuan, tapi hati terpaut pada Allah, hujung hujung bila dah habis kudrat, Allah bagi air zam zam.
Jadi zaman sekarang, ada Kapal terbang, ada bas, ada kereta, tak bolehlah nak lipat bumi mudah mudah begitu, guna asbab adalah perintah Allah, yakin dengan asbab adalah larangan Allah, jadi guna asbab Bersama hati yang harap hanya pada Allah, Itulah sunnah, Nabi pakai baju besi waktu perang, tapi yakin yang bagi selamat bukan baju besi tapi Allah, begitulah cerita bab Yakin dan asbab.
Sama jugak vaksin, ikhtiar perintah Allah, cucuk vaksin asbab sahaja, dalam hati tetap mahu Yakin bahawa Allah segala kudrat, baru betul.
Orang yang Yakin dengan Asbab adalah syirik.
Orang yang Tolak asbab adalah jahil.
Sunnah, adalah guna asbab tapi hati Yakin hanya pada Allah!
Jadi nak masuk Palestin kenalah guna Asbab, sambil Yakin hanya pada Allah!
Nak menyibuk sikit, Saya macam pernah masuk Palestin. (makan modal betul video ini)
Tapi tak pakai syarikat Hala, atau Miles of Smilees, juga Lucky Tour
Saya masuk guna ilmu seakan akan “lipat Bumi”
Korang akan dapat ke Palestin, Mekah, Madinah, balik hari! Macam ilmu lipat bumi! Sebab walau duduk Palestin, masih boleh makan keropok lekor!
Link video: https://youtu.be/eUUYeHgBHDs
Habis PKP nanti nak repeat “lipat bumi”lagi sekali sebab video ini dah lama, dah 12 tahun lepas. Doakan saya dapat makan keropok lekor depan Masjid Al Aqsa!
Woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過2萬的網紅Chris Lau,也在其Youtube影片中提到,This week I talk to Seraj, director of Al-Buraq Media Institution who are now inside Aleppo. His city is known as the world most dangerous place with ...
buraq 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
Ini Masjidil Aqsa, bukan yang kubah emas tu….. Nama "Masjid al-Aqsa" bermaksud "masjid paling jauh", dan ia diambil daripada peristiwa Israk dan Mikraj, satu periwayatan Muslim tentang perjalanan Nabi Muhammad SAW yang berlangsung pada tahun 621 M.
Berdasarkan pada ayat al-Quran, Nabi Muhammad melakukan perjalanan dengan menaiki Buraq dari Masjidil Haram (di Makkah, selatan Arab Saudi) sehingga ke "masjid yang paling jauh" iaitu Masjid al-Aqsa, dan dari satu batu di sana, Baginda menaiki Buraq dan kemudiannya naik ke langit, ditemankan oleh malaikat Jibril, dan menghabiskan masa menjelajah langit dan menerima wahyu mewajibkan solat sebelum kembali ke bumi dan berkomunikasi dengan orang-orang yang beriman. Lokasi "masjid paling jauh" tidak dinyatakan dengan jelas di dalam al-Quran, tetapi ia berkait rapat dengan Baitulmuqaddis, walaupun Baitulmuqaddis tidak dinyatakan secara jelas di dalam al-Quran. #wikipedia
Dalam kita menyuarakan dan menyalurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin, pada waktu yang sama kita sedar betapa pentingnya mempertahankan masjidil Aqsa yang menjadi masjid penting di dalam perjalanan Rasulullah SAW (Sila lafaz selawat ke atas Baginda SAW) untuk Israk Mikraj menerima amanat SOLAT yang asalnya 50 waktu sehari semalam sebelum berulangkali Rasulullah SAW turun naik memohon dikurangkan sehingga menjadi solat 5 waktu tapi ganjarannya bersamaan dengan 50 waktu….
Ia mungkin satu ingatan penting dari Allah swt tentang WAJIBnya kita semua menjaga Solat fardhu amanah Allah swt & Rasulullah SAW serta berjemaah bersatu berusaha memeliharanya disamping kita berjuang menentang musuh….. Mungkin ia 1 ingatan untuk kita bangkit solat subuh berjemaah samada dirumah tatkala zaman covid pkp bagai ini dan lebih baik lagi jika kita dapat berjemaah dimasjid2 mengikut sop….. Ini mungkin waktunya kita bangkit memperbaiki solat kita, kesatuan hati kita dan bukan berpuak2 berpolitik merebut kuasa yang akhirnya membuatkan kita lemah… Itulah taktik Islam dihancurkan di negara-negara Islam yang lain…. Dilemahkan dengan pergaduhan sesama sendiri….. Wallahu A’lam! #freepalestine
buraq 在 Facebook 的最佳貼文
Dari Makkah, boleh saja terus ke langit. Namun mengapa singgah di Al Aqsa?
Jelas Masjidil Aqsa dimuliakan sebagai tempat perantara perjalanan Israk Mikraj, Sudahlah peristiwa itu mencabar minda manusia termasuk kaum Muslimin di Makkah yang turut tertanya-tanya mengenai apa berlaku kepada Baginda.
Keberkatan itu diperjelaskan dalam ayat pertama surah al-Isra’ yang juga dapat difahami barakahnya Masjidil Aqsa bukan semata-mata untuk masjid terbabit sahaja, sebaliknya melebar ke sekelilingnya dengan perkataan ‘hawlahu.’
Mufassirin atau ulama tafsir ketika menjelaskan keberkatan itu menyatakan ia boleh dilihat daripada perspektif fizikal dan spiritual.
Secara fizikal, ia boleh dilihat kesuburan tanahnya hingga menjadi tempat pohon yang disebut dalam al-Quran seperti pohon tin dan zaitun yang subur suatu ketika dulu wilayah terbabit dirampas Zionis yang menubuhkan Israel.
Aspek spiritual pula menyaksikan tempat perjalanan menuju Sidratul Muntaha untuk bertemu Allah SWT bermula dan tempat persinggahan setelah pertemuan berkenaan selesai sebelum Rasulullah SAW meneruskan perjalanan pulang ke Makkah.
Kewujudan hubungan secara spiritual tidak dapat disangkal sesiapa, apatah lagi statusnya sebagai kiblat pertama umat Islam setelah Baginda menerima perintah mendirikan solat dalam peristiwa Israk dan Mikraj.
Israk dan Mikraj:
Berlaku pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian Nabi Muhammad SAW, bersamaan 622 Masihi, ketika baginda berumur 52 tahun, setahun sebelum peristiwa Hijrah dari Mekah ke Madinah.
Perjalanan mengambil masa kira-kira satu malam di mana baginda kembali semula ke Mekah sebelum terbit fajar.
Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis di Palestin kini, sebelum diangkat dari bumi ke langit ke-7.
buraq 在 Chris Lau Youtube 的最佳貼文
This week I talk to Seraj, director of Al-Buraq Media Institution who are now inside Aleppo. His city is known as the world most dangerous place with dozens of airstrikes bombard the civilians daily. East Aleppo is currently under siege, those who are in the FSA area are lack of food, water, fuel, electricity, and they might not last long as the supply route was cut.