PELANTIKAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF (CEO) BAHAGIAN EKONOMI MRM
.
Kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) mengumumkan pelantikan SYED ZULKIFLI B SYED ISMAIL sebagai KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF- CEO MRM berkuatkuasa 1 Disember 2020. Alhamdulilah.
.
Syed Zulkifli merupakan mantan GROUP CHIEF STRATEGY OFFICER (GCSO) DAMANSARA REALTY BERHAD (DBHD) ; iaitu sebuah KUMPULAN SYARIKAT PEGANGAN PELABURAN YANG TERSENARAI DI PAPAN UTAMA BURSA MALAYSIA sejak tahun 1973.
.
Pada tahun 2017, Syed Zulkifli dan pasukannya telah berjaya merancang dan merealisasikan "Pelan Transformasi Strategik" dengan lebih daripada 150 inisiatif dan program bersasaran, yang telah berjaya membawa Kumpulan Syarikat itu keluar dari kerugian berterusan selama 3 tahun berturut-turut sejak tahun 2014.
.
Syed Zulkifli turut mempunyai pengalaman dan pengetahuan khusus dalam pengurusan Perkhidmatan Korporat dimana beliau mengetuai penyediaan strategi bagi Kumpulan yang membolehkan Syarikat mencatat Kadar Pertumbuhan Keuntungan yang mapan antara 10% hingga 15% setahun dari tahun 2017 hingga 2019.
.
Syed Zulkifli sebelum ini telah berkhidmat dengan beberapa syarikat bertaraf antarabangsa dan MNC termasuk Syarikat GLC - Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB). Beliau merupakan pemegang Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS-UiTM) dan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
.
Beliau juga merupakan seorang Certified Financial Modelling & Valuation Analyst (FMVA) dari Corporate Finance Institute (CFI).
.
Selari dengan pelantikan para Penasihat professional seperti Media Warfare & Media Strategy Advisor - Dr Noor Nirwadi & Sdr Lutfi Ali, Chief Data Analyst - Pn Azlina Mohd Rasidi, dan terbaru Penasihat Strategi Digital - Hafriz Zulpakar, kami berharap dapat membina organisasi dakwah yang akan menekankan kepada pengambilan individu terbaik dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing bagi memperhebat aktiviti dakwah & kebajikan MRM pada masa hadapan.
.
Sudah tentu, melalui pertambahan aktiviti dakwah dan kebajikan yang dirancang ini, perbelanjaan MRM akan turut meningkat. Namun, kami yakin dan percaya, dengan Izin Allah, CEO serta pasukan Bahagian Ekonomi terbaru ini, dapat membuat perancangan yang terbaik dalam membangunkan ekonomi MRM bagi menjana pendapatan yang berterusan bagi memperhebatkan lagi usaha MRM ke arah dakwah yang lebih berkesan disamping meletakkan standard organisasi dakwah Islam di negara ini setanding dengan organisasi professional lain di seluruh dunia.
.
Jazakumullahu Khairan di atas sokongan sahabat semua dan teruskan sokongan anda serta doakan juga kami demi ummah untuk Islam kerana Allah Subhana Wa Ta’ala.
.
MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #ekonomimrm
Search