Zon Angker lewat tengah malam.
Pm lewat wasap
Misteri human detector, cctv
Aku namakan dia El, lokasi rahsiakan dululah. Nak jaga privacy El juga. Sebab aku mahu pun El tak tahu gangguan ini berpunca daripada apa.
Kisah bermula selepas perbincangan adik beradik.Kakak ipar El ada sebuah rumah yang tidak dihuni selama 3 tahun. Jadi rumah tu terbiarlah selama itu. Disebabkan kakak ipar El ni bujang so dia tak mahu tinggal sendirian. Bahaya. After perbincangan maka kakak ipar ni jual pada El, kontrak sewa dan beli.
3 hari selepas aidil fitri baru ni, El dan family masuk rumah ni selepas pembersihan. Dalam masa yang singkat, bincang, sewa beli terus pindah. Kata El adalah dalam 3 minggu juga proses tu.
Masa pindah tu memang tak dapatlah nak buat kenduri ke apa, pkp kan. Tapi suami El azan dulu sebelum masuk rumah, El pun bila dah masuk rajin membaca ayat- ayat suci alquran ni semua. Insya allah, yakin lah tak ada apa. Rumah tinggal kita pun faham. Rumah baru persekitaran baru, suami El jarang ada di rumah. So untuk keselamatan dia pasang cctv. Dekat belakang rumah tu pula belukar. Jadi takut jugalah.
Keanehan bermula sebaik sahaja mereka di situ. El mengadu dia paling kerap terkena. Kadang tu kaki tersadung tak memasal. Macam tak ada mata dah.. tersadung jatuh. El ni suka main basikal, pusing- pusing naik basikal dekat sekitar rumah pun boleh terjatuh. Aku tanya juga kut dia rasa ada orang tolak ke? Memang tak adalah.
Baru- baru ni dia tergelincir teruk di garaj. Sampai koyak dahi. Berdarah banyak sampai kena 4 jahitan. Pelik betul..asyik terjatuh, asyik tersadung.. walhal dah cukup berhati- hati.
Paling aneh El kata.. bab sampah. Sampah tu berbuang hari- hari tapi ulat sampah tu ada sentiasa . Lagi dia kutip,lagi banyak ulat tu. Nak kata ada bangkai, bau pun tak ada. Ulat tu muncul dari dalam tong sampah. Kalau ikut logik, takat buang sampah pagi, tengahari dah berulat? Tu pelik..
Baru ni, dah lah dahi tu sakit berjahit. Nak tunduk payah. Ulat tu datang lagi. Allah stress pula dia rasa. Kesian El..
Tu baru bab ulat sampah. Bab cctv dekat belakang tu. Mereka dah set human detect pada cctv tu kalau ada orang lalu memang boleh capture clear. Aku sertakan gambar, dalam kotak jingga tu , boleh tengok time pukul berapa sebelah kanan atas. Apa yang cctv tu capture. Dan korang baca sendiri conversation aku dengan dia pasal human detector cctv dia tu.
Apa ye dalam kotak jingga tu?
Korang boleh nampak semak samun tu, siapa nak lalu dekat situ. Tapi menurut el..ada kesan laluan dekat situ? Mahluk tu lalu? Allahualam.. kalau kita tengok semak tu , kita tak lalu.. kalau pencuri atau orang lain, mesti cctv dah capture?
Atau.. ada orang halimunan kat situ? Aih! Seram aku.
Aku cuma boleh sugest el untuk cari ustaz bantu dia. Meremang bulu roma tengok gambar cctv tu..tak tahulah apa yang dia detect dekat situ.
Payah bila terjebak di zone angker ni kan...
Kredit : Puan Ida
gambar basikal 在 Facebook 的最佳貼文
“Ah Sang ah sang (panggilan keluarga dan saudara kepada saya), awak di mana? Makcik makcik awak semua dah call Ah Woon Sok Sok (Sok Sok adalah pakcik dalam kantonis) dari pagi sampai sekarang (2 petang 15 Ogos) tak dijawabnya”, hantar ‘voice note’ dari ibu saya kepada saya dengan suara sebak.
Saya menjawab voice note; “Saya ada je di rumah baru habis satu online meeting. Saya akan ada lagi online meeting pukul 3 & 4pm. Kalau dah call lama tak jawab tu, kena minta pakcik yang duduk Jinjang untuk pergi atau Ah Gor (abang saya) untuk pergi.”
Ibu saya menjawab; “Aiya, pakcik tu kata dia sibuk dan abang awak pula kerja.”
Hati saya mula rasa tak sedap. Saya voice note ibu saya; “Ok la takpe la. Selepas saya mandi & solat. Saya akan bergerak ke rumah lama (di Jinjang Utara) untuk tengok keadaan Sok Sok (pakcik).”
Saya segera mandi, solat dan bergerak menuju ke rumah lama kami di Jinjang Utara, rumah di mana Sok Sok saya duduk seorang diri. Beliau bujang, tidak pernah berkahwin, tidak merokok, tidak minum arak & pakcik sebelah bapa saya yang paling baik dengan kami sebagai sanak saudara.
Sewaktu arwah nenek masih hidup & tidak mampu bergerak aktif, dialah yang belikan makanan atau masak, suapkan nenek, cuci baju, mandikan nenek dan segala keperluan nenek dialah yang menjaganya.
Saya keluar dari parkir rumah dan saya terima mesej dari kakak saya. Rupa-rupanya abang & kakak saya telahpun sampai ke rumah lama. Abang saya sengaja ambil cuti separuh hari untuk tengok keadaan Sok Sok. Kakak menghantar satu gambar kepada saya. Hati saya berdebar-debar.
Selesai download, kelihatan gambar Sok Sok kami terduduk di atas sofa ruang tamu. Saya berhentikan kereta seketika dan tengok gambar tu betul-betul. Kemudian saya call kakak saya;
“Jie, Sok Sok dah takde dah”
Kakak saya tanya, “macam mana you tau?” Saya kata berdasarkan cecair hitam yang ada di atas sofa yang Sok Sok duduk tu & mata serta mulut dia. Kakak saya mula sebak dan menangis.
Saya beritahu kepada kakak, “Jie, sekarang ni awak dan Ah Gor jangan sentuh dia. Keluar dari ruang tamu. Call 999 untuk ambulans datang dan check untuk sahkan. Saya pula akan call balai polis. Tolong sanitise diri awak dan Ah Gor”
Perjalanan 15 minit terasa amat lama untuk sampai ke Jinjang Utara. Saya parkir kereta di depan rumah jiran. Saya masuk tengok keadaan Sok Sok & saya bagitau sekali lagi kepada kakak & abang bahawa Sok Sok dah meninggal.
Dia dah tak bernafas melihat keadaan perut dia yang tak kembang kempis isyarat dia tidak lagi bernafas. Kakak menitiskan airmata. Saya faham perasaan dia. Saya menahan emosi saya untuk menenangkan keadaan. Saya perlu tenang menghadapi keadaan ini.
Saya minta kakak & abang saya jangan bagitau apa-apa dulu kepada IbuBapa kami untuk jaga kesihatan mereka tetapi mereka dah hantar gambar Sok Sok kepada mereka.
Ambulan tiba 15 minit selepas saya sampai. Kami ceritakan keadaan pakcik dan pegawai KKM masuk dan periksa Sok Sok & beliau mengesahkan bahawa Sok Sok telah tiada. Ketika pegawai menulis ‘rekod perkhidmatan respon ambulan’ dan menandakan;
‘Rigor mortis (irreversible body rigidity in all joints)’ kerana mayat telah kaku.
Jiran rumah juga terkejut bila diberitahu Sok Sok telah meninggal kerana dia masih nampak Sok Sok petang semalam (Sabtu 14 Ogos). Jiran seberang juga mendekati kami dan bertanya. Mereka berdua terus bakar colok dan sembahyang setelah mengetahui Sok Sok telah meninggal dunia.
Saya membawa kakak saya ke balai polis Jinjang Utara sementara abang saya menunggu menjaga mayat Sok Sok di rumah. Waktu itu, panggilan tidak henti kepada kakak saya dari pakcik & makcik. Kesemuanya enggan datang menjenguk mayatnya buat kali terakhir.
Pelbagai alasan diberikan. Tak boleh merentas daerah dan sebagainya tetapi Sarjan Farhan memberitahu kepada mereka menerusi ‘speaker’ bahawa mereka boleh merentas negeri apatahlagi daerah dengan adanya laporan kematian ini tetapi mereka masih memberikan alasan.
Ketika Sarjan Farhan bertanya kepada kakak keadaan Sok Sok, kami menceritakan bahawa kamilah yang uruskan dia untuk mengambil vaksin atas permintaan beliau kerana beliau tak guna smartphone. Kami daftarkan.
Malahan kali pertama dia pergi untuk mengambil vaksin pada 16 Julai, saya yang pesankan Grab Car untuk menghantar beliau ke sana dan balik ke rumah kerana IbuBapa saya, kakak, abang & dua anak saudara saya kesemuanya positif COVID & kuarantin di rumah pada waktu itu.
6 Ogos dia menerima dos yang kedua dan beberapa hari selepas itu, dia ada memberitahu kepada ibu saya bahawa kaki dia sakit sehingga dia terpaksa berjalan menggunakan tongkat.
Kami meminta nasihat Sarjan Farhan apakah relevan untuk kami meminta bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dia kerana Sok Sok seorang yang sihat, takde sejarah penyakit kronik dan walaupun usianya 66 tahun tetapi kalau lihat fizikalnya seperti orang berusia awal 50an. Sarjan Farhan setuju & kami meminta bedah siasat.
Setelah selesai laporan polis, seorang pakcik menghubungi saya untuk meminta kami membantu uruskan jenazahnya. Saya bertanya; “kenapa tak nak datang jenguk? Kalau awak busy, takkan anak-anak awak tak boleh datang? Kami bertiga yang anak saudara pun boleh sampai takkan awak sebagai adik beradik tak boleh?”
Pelbagai alasan diberikan dan akhirnya dia memberitahu saya;
“Okla saya nak bagitau terus terang. Saya baru ambil dos kedua ok. Saya takut mati. You all uruskan ok. Cari keranda yang murah murah & upacara simple sudah la. Kami takde duit sangat dah waktu pandemik ni takde kerja.”
Saya jawab;
“Saya Muslim, saya tak tahu berapa harga baru dikira murah. Kami Muslim murah aje. Dalam ratus sahaja. Kalau keluarga takde duit, masjid surau boleh bantu bayar.”
Kemudian dia memaki hamun saya dengan perkataan kesat dan dia menamatkan panggilan.
Kami sampai di rumah lama untuk menunggu pihak polis & PKD sampai untuk mengambil mayatnya untuk bedah siasat. Abang balik rumah untuk mandi dan Alhamdulilah, salah seorang makcik yang pada awalnya tidak mahu datang tetapi akhirnya telah datang bersama anaknya untuk melihat Sok Sok.
Pihak polis yang telah siap memakai PPE masuk ke rumah & mengambil mayat Sok Sok diletakkan dalam beg mayat & kemudian rumah disanitasi & mayatnya diletakkan di kereta Black Maria polis.
Bagi mengelakkan kecurian, polis mengizinkan kami untuk masuk dan ambil dokumen serta barangan berharga milik Sok Sok. Bila kami lalu di meja makan bersebelahan bilik Sok Sok, kakak perasan ada maggi sup yang belum habis dimakan.
Sebenarnya bukan tidak habis dimakan malahan Sok Sok mungkin baru makan sesuap dua dan kemungkinan ketika beliau sedang makan lalu beliau merasa kurang sihat lalu pergi duduk di sofa di ruang tamu tempat mayatnya ditemui. Maggi masih belum mengembang seolah-olah baru beberapa jam dimasak.
Tengahari Selasa 17 Ogos, mayatnya akan dibakar dan kemudian abunya akan ditaburkan ke lautan sebagaimana permintaan pakcik & makcik semua. Simpanan duit tunai yang kami temui di peti simpanannya InshaAllah mencukupi untuk membayar segala kos pengurusan mayatnya.
Antara semua pakcik sebelah ayak, pakcik inilah yang paling mesra dengan kami. Mesra, gaya hidupnya sihat. Suka bergurau. Pakcik saya ini juga menonton rancangan Tetamu Masjid China di mana saya menjadi pengacaranya. Perbezaan agama antara saya dengan dia bukan alasan untuk tidak berbuat baik kepadanya apatahlagi menguruskan mayatnya selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
Kekesalan saya cuma satu, saya tidak sempat meluangkan masa yang banyak untuk berdakwah kepada beliau. Semoga Allah ampunkan kekurangan diri saya.
Rumah di Jinjang Utara inilah tempat saya membesar. Di rumah inilah kami lima sekeluarga tidur dalam satu bilik. Di rumah inilah saya menunggan basikal tiga roda Lerun kemudian jatuh dalam longkang dan pengsan. Di rumah inilah sewaktu zaman kanak-kanak, saya tanpa malu mandi air yang diisi dalam tembikar di luar rumah.
Banyak memori suka & duka di sana. Di rumah inilah kami akan berkumpul setiap musim perayaan ketika nenek masih ada. Hatta setelah ketiadaan nenek, Sok Sok inilah yang menjaga rumah ini dan kami tetap pulang ziarah.
Kini dia telah tiada. Suasana pastinya akan sangat berbeza. Kemeriahan sudah tidak lagi dirasai setelah kemesraan sudah lama menipis sesama kami sanak saudara. Yang rapat mungkin boleh dibilang dengan jari.
Subscribe Telegram Channel saya di https://t.me/brofirdauswong
gambar basikal 在 Facebook 的精選貼文
Al-Kisah Impian Izu
.
“Shah sini Shah, sebelum bas nak bergerak tu, cepat-cepat!” jerit saya
“Nak buat ape ni Pok Jo?” tanya Mat Shah Firdaus
“Kite amik gambar bro, amik selfie satu kali” balas saya lagi
30 haribulan Januari tahun 2016 hari terakhir kami berada di Bandar Izu di wilayah Shizouka. Saya dan Mat Shah Firdaus menghadapi perlumbaan Kejohanan Asia bersama rakan-rakan yang lain. Saya yang ketika itu didalam misi mengutip mata dan juga persiapan ke Sukan Olimpik Rio 2016 yang akan diadakan pada bulan Ogos pada tahun itu.
Pada waktu itu saya berjaya membawa pulang beberapa pingat dari acara yang disertai dan pada hari terakhir selepas selesai perlumbaan, kami seperti biasa membawa semua barang-barang kelengkapan perlumbaan berserta basikal untuk dimasukkan semula ke dalam kotak. Semua kerja-kerja ‘packing’ barang-barang tersebut di lakukan oleh kami satu pasukan di tempat letak kereta (parking lot) bersebelahan dengan Velodrome Izu.
Selepas selesai semuanya, kami memasukkan kotak-kotak kami ke dalam bas yang telah siap disediakan oleh pihak pengurusan kejohanan. Orang Jepun, semua teratur dan terurus rapi, tak payah nak pening-pening kepala macam dekat tempat lain. Lepas tu lah saya pusing dan memandang ke arah Velodrome Izu yang tersergam indah itu. Sudah menjadi kebiasaan buat saya, selepas habis sesebuah pertandingan, saya akan memakukan kedua biji mata saya ke arah venue perlumbaan sambil berfikir atau membuat sedikit refleksi.
Ketika itu saya sedia maklum yang Jepun adalah tuan rumah untuk kitaran Olimpik seterusnya dan pihak mereka sudah menyatakan dari awal lagi yang mereka akan menggunakan Velodrome Izu ini sebagai venue mereka. Saya memandang ke arah itu sambil memasang niat dan impian yang saya akan kembali lagi kesini selepas empat tahun. Dalam ramai-ramai rakan sepasukan yang berlegar di parking lot tu, saya amat yakin dan nampak yang Mat Shah Firdaus lah paling bersedia untuk ke temasya itu dalam masa empat tahun lagi. Jadi saya panggil beliau dan mengajak untuk berselfie dengan berlatar belakangkan Velodrome Izu tersebut.
“Aku amik selfie ni bukan sekadar memori kita kat sini bro, tapi ini adalah sebuah impian dan cita-cita empat tahun lagi. Insyaallah kita berdua akan datang dan berselfie lagi bersama kat sini dan beraksi di temasya sukan bro.” jelas saya dengan serius.
“Perghhhh kalau betul-betul jadik ni memang best ahh, memang padu ah Pok Jo” jawab Mat Shah Firdaus dengan berianya.
“Aku percaya, kau pun kene percayalah bro. Kalau kita berdua sama-sama percaya, Insyaallah ianya akan menjadi realiti. Permulaan untuk berjaya itu adalah dengan percaya boh” tambah saya lagi.
“Hehehee” Mat Shah Firdaus hanya senyum sampai menampakkan batang-batang giginya.
Selesai selfie kami terus bergegas masuk ke dalam bas pasukan Malaysia untuk menuju ke Tokyo. Lebih kurang empat jam perjalanan.
Sepatutnya selepas empat tahun, kami akan berdiri di tempat yang dijanjikan untuk mengambil ‘selfie’ kembali, tetapi dunia digoncangkan dengan Pandemik Covid-19. Walaubagaimanapun, selepas rundingan demi rundingan dilakukan oleh pihak berwajib, temasya akan tetap diteruskan tetapi pada tahun berikutnya.
Akhirnya, selepas tambahan satu tahun menanti, berbaki tiga hari lagi kami akan terbang ke sana kembali. Insyaallah jika di izinkan oleh Allah swt, kami akan terpacak ditempat yang dijanjikan sebelum ini.
Semua ini bermula hanyalah dari sebuah impian dan cita-cita kecil kami berdua.
Dan kini siapa sangka.
Ianya hampir menjadi sebuah realiti.
Doakan Kejayaan Kami.
Terima Kasih Malaysia 🙏
[TAMAT]
#CeritaAzizul #CerpenAzizul #alkisah
#teamazizul #azizulawang
#12