“Bang…pakai mask ni salah. Dah ada kajian di Denmark, siapa pakai mask ni kena bacterial numonia tau bang.
“Ko pi duduk Denmark la”
“abang kena buat kajian Vaksin ni bahaya, tipu, saya bagi abang link google, vaksin ni saya tak nak ambik, abang kena kaji bang”
“Saya dah cucuk dua vaksin, kenapa nak kaji pulak?”
Begitulah perbualan Rakyat ada Ijazah dengan Polis, Sedih tau tengok berita, bila ada orang muda belajar ijazah di Universiti tapi anti vaksin, percaya berita palsu, maki polis, sengaja langar SOP.
Lepas tu mencarut lama lama tanpa was was dengan kadar carutan yang lebih Panjang dari doa Qunut Nazilah kira dah macam dah ternormalisasi diri dengan tabiat buruk ke apa?,
Mujurlah abang polis sabar berdepan karenah Rakyat yang percaya karut marut ni, sabar yer abang polis bila berdepan dengan orang buat salah tak mengaku salah ni.
Pernah baca Buku Motivasi Barat Dale Carnigie cerita kisah dia kena tahan polis, lepas tu dia cakap elok elok, minta maaf, mengaku bersalah, beri kerja sama waktu polis buat kerja, minda ID tunjuk dengan senyuman manis, akhirnya polis itu lepaskan dia sebab jarang jumpa orang yang jujur bantu polis untuk saman diri sendiri.
Lepas baca buku itu, saya pun amal waktu kena tahan dengan polis, cakap elok elok, minta maaf abang polis, saya mengaku bersalah,saya beri kerja sama agar polis mudah buat kerja, akhirnya polis itu lepaskan saya sebab katanya hiang stress jumpa orang yang jujur macam saya.
Woha!
Bila saya belajar agama balik, rupanya ajaran Barat tu dah ada dalam islam, iaitu bila kita buat dosa, kita MENGAKU BERSALAH, doa lembut lembut, Minta Ampun, dan pasti Allah akan Ampunkan semua dosa.
Jadi Syarat Taubat di terima, MENGAKU BERSALAH, Minta Ampun elok elok dengan Allah, Janji tak buat lagi, pasti Allah akan ampunkan semua dosa Biarpun dosa semalam Sebesar gunung menembus awan..
Yang penting hatiku dapat kau tawan.. eh? Menyanyi lagu pulak.
Woha!
同時也有14部Youtube影片,追蹤數超過3,680的網紅Hatta Dolmat,也在其Youtube影片中提到,Sunset at Bukit Awan Ulu Tembeling ! Boleh nampak view cantik Gunung Tahan ❤️...
「gunung tahan」的推薦目錄:
- 關於gunung tahan 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於gunung tahan 在 Facebook 的最佳解答
- 關於gunung tahan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
- 關於gunung tahan 在 Hatta Dolmat Youtube 的最讚貼文
- 關於gunung tahan 在 Hatta Dolmat Youtube 的最讚貼文
- 關於gunung tahan 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
- 關於gunung tahan 在 在大汉山的6天[ Gunung Tahan - 2187m ] - Facebook 的評價
- 關於gunung tahan 在 Gunung Tahan | 大汉山之旅| 超好天气| 顶峰美景全开 - YouTube 的評價
- 關於gunung tahan 在 Gunung Tahan Malaysia | Hiking, Travel, Camping backpack 的評價
gunung tahan 在 Facebook 的最佳解答
Kisah orang masuk islam.
Cerita asal versi english oleh Ruben Abu Bakr
Di tulis dalam BM oleh Hamka keretamayat.
Alkisahnya....
Tersebutlah al kisah akan bermula segalanya pada tahun pertama aku di Universiti. Tahun yang mana banyak masalah datang bertimpa-timpa. Aku mengalami tahun penderitaan yang mana banyak masalah besar datang melanda. Antaranya..,
Ayah dan Mak bercerai,
Anjing aku pulak mati pada hari yang sama, sedey..,
Boleh pulak aku kemalangan kereta sebanyak dua kali dalam masa seminggu, Adohai..
Dan yang lebih sedih, kawan baik aku juga meninggal dunia dalam tahun yang sama..
Dari segala kesusahan dalam tahun yang sama, maka timbul persoalan dalam diri:
“Kenapa aku ada disini?”
“Apa tujuan hidup aku?
“Kenapa aku kena bangun pagi? Kenapa aku kena kesah? Kenapa aku tak duduk sajer di rumah tengok TV?”
Maka bermulalah aku bersoal jawab tentang maksud kehidupan, yang mendorong aku untuk mengkaji hal hal agama..
Sebagai orang Australia, Agama pertama yang aku kaji adalah Kristien. Kebetulan aku ada kawan yang beragama Kristien, akupun pergilah ikut mereka ke Gereja, agak lawak jugak sebab semua orang datang dan menyanyi, aku pulak tidak faham sangat apa isi lagu mereka, akupun bantai ikut sama ‘menyanyi’, Suara irama mereka agak menusuk kalbu tapi aku rasa janggal semacam.
Kemudian, semua orang di sana pakat pakat memaklumkan bahawa betapa Tuhan sayang pada aku.
“Tuhan sayang aku? anjing aku mati bro! Adohai...”
Tapi aku terus juga kaji agama Kristien terutama perbezaan pendapat dalam mazhab mereka, termasuk perbezaan dalam aspek Katolik, Anglican, Baptist, paderi, pastor, dan tiap kali aku pergi ke gereja dan bertanya tentang agama pada paderi, aku tengok mereka tidak membuka kitab Bible dan berkata: “Jawapan ada disini.” Tapi mereka terus jawab soalan aku direct guna pendapat mereka sendiri.
Dan aku mulai faham bahawa ada banyak tafsir yang berbeza dalam setiap mazhab kristian dan setiap paderi mempunyai tafsir yang berbeza beza. Paderi dari suatu gereja percaya begini, tapi paderi yang lain pulak tafsir menolak kepercayaan paderi tadi, buat aku berpikir: Tidak patut terlalu banyak tafsir yang berbeza dari satu bible kerana ini akan buat pengikutnya menjadi bingung.
Pendek cerita, pada waktu itu jugak, tahun pertama kuliah, aku ada bekerja part time di sebuah pam minyak, dan salah sorang kawan kat sana beragama hindu dari India. Waktu bertukar shif kerja, aku sempat bertanya tentang agama hindu:
“Bro, apa hal awak berurusan dengan manusia berkepala gajah? Kenapa Tuhan ada kepala gajah?”
Dia menjawab, “Itu Ganesha.”
Aku soal balik,
“Kenapa tak pilih tuhan kepala singa atau kepala lain yang lebih cool?”
Adohai, begitulah lebih kurang debat yang sugguh deep tentang agama sewaktu layan pelanggan isi minyak.
Hasilnya? sekali lagi, aku jadi bingung susah nak faham bab agama dan buat keputusan untuk kaji lebih mendalam agama yang lain pulak.
Kebetulan aku ada kawan beragama Mormon. Agak menarik agama ini berbanding Mazhab Kristien yang lain. Gereja dari Latter Day Saints. Mereka cukup tegas. Tidak minum alcohol dan juga kopi. Sayang sungguh tak boleh minum Cola, sebab aku tahu sebenarnya orang Libanon suka minum air cola. Tapi apapapun, aku tidak akan menganut agama ini secara semberono(membuta tuli), aku tak suka hanya mendapatkan pengalaman rohani semata mata, aku ingin bukti yang lebih jelas. Dan terus mengkaji..
Pendekkan cerita lagi, Aku sempat kaji agama Yahudi, Korang percaya tak? Nama aku sebelum Abu Bakar adalah Ruben. jika korang pernah tengok film Hollywood, ada watak Rubenstein, jadi dah tentu mereka fikir bahawa aku seorang Yahudi sebab“Orang ini adalah salah satu dari kita.” Tapi sekali lagi, aku tidak ‘bertemu’ dengan apa yang aku nak cari dalam agama ini.
Akhir sekali, aku mengkaji agama Budha dan aku rasa inilah agama yang akan aku pilih, agama ini nampak hebat. Apatah lagi ramai Mat saleh yang menganut agama ini. Mereka juga ada unsur bersatu dengan alam yang buat aku rasa cool... Tapi semakin aku mendalaminya, baru aku perasan bahawa itu bukan agama dari tuhan, tapi lebih menjurus kepada perubahan gaya hidup yang berkonsep mesra alam.
Satu hari, salah sorang kawan baik aku yang beragama Kristien bertanya senarai semua agama yang sudah aku kaji, akupun bagitahu:
“Yahudi, Kristien, Taosisme, Budha, Hindu.”
Lepas tu dia soal?
“Islam tak kaji ke?”
Aku jawab, “Islam?! Mereka pengganas, mereka semua orang gila! Apa ke jadah aku nak kaji agama orang gila yang jadi pengganas?”
Tapi, nak dijadikan cerita, entah macam mana satu hari tu aku boleh pulak terus berjalan ke sebuah masjid.
Aku anggap ini adalah perjalanan nekad. Lalu aku terus berjalan tanpa buka kasut, terus aku masuk dalam masjid berjalan selamba atas sejadah, ada orang islam yang sedang solat, waktu dia sujud, aku pulak berjalan depan beliau, waktu tu dah hampir dah nak pijak kepala dia, Subhanallah, aku tak tahu apa yang sedang berlaku pada diri aku, kegilaan apakah ini?
Aku tengok sekeliling, dan aku nampak sorang brother, (korang kenal kot mamat ni, namanya Abu Hamza. Dia pernah datang ke sini dan berceramah beberapa kali. Subhanallah, aku memanggilnya Abu Da’n, karena dia ada janggut yang sangat lebat, masya Allah.)
Sewaktu dia berjalan ke arah aku, aku dah fikir:
“Hari ini aku akan mati. Ini adalah hari terakhir aku hidup. Aku seorang jejaka hensem kulit putih akan mati hari ini. Adohai..”
Brother tu terus berjalan macam orang arab berjalan di Gurun Sahara, dengan jubah yang besar, dan janggot yang lebat. Aduh!! Aku akan mati.!
Tapi subhanallah, kata-kata pertama yang Brother itu ucapkan adalah:
“Hari yang bagus bro, apa khabar sahabat?”
Subhanallah, aku sangat terkejut dengan keramahannya.
Pendekkan cerita, Sebagai orang Australia ,err, aku harap orang Australia jangan terasa- tapi ini didikan pengaruh yang aku dapat di Australia. Mak bapak membesarkan aku sebagai seorang atheis. Mereka pulak dibesarkan sebagai Kristian yang mana mereka dipaksa pergi ke gereja setiap minggu yang membuatkan mereka sangat anti hal ehwal berkaitan agama. Jadi ketika aku lahir, mereka menanamkan di dalam otak aku bahawa:
“Tuhan tak wujud, Bila mati, habis! Jadi ulat! Tidak ada akhirat, tidak ada Tuhan, itu semua bohong. Itu semua sampah!”
Begitulah aku dibesarkan sebagai atheis.
Jadi, selepas aku melihat Abu Hamza berdakwah kepadaku secara face to face dengan penuh sopan santun, aku rasa sangat bersyukur. Karena aku perasan semalam aku tengok berita jam 5, Nampak macam dia yang rampas kepal terbang malam tadi. Woha!
Okey, Orang Australia memang peramah, jangan salah paham, tapi Abu Hamza adalah orang yang paling ramah yang pernah aku jumpa. Waktu Abu Hamza berborak dengan aku, kawan kawannya yang lain pergi buat air teh dan bagi aku minum.. serius cakap, aku kena tahan kencing tiap lima minit sebab banyak sangat minum teh! Tapi mereka terus bagi teh siap dengan biskut, tak pernah aku dilayan macam ni dalam hidup yang membuatkan aku berniat untuk datang lagi kesini makan biskut, dan juga agama, he he
Bila dah berkesempatan duduk dengan orang islam, aku ambil kesempatan untuk bertanya hal hal agama,
Semua soalan yang pernah aku tanya pada paderi dan ‘ustaz’ dari agama yang lain..,aku tanya pada mereka.
Subhanallah, hal yang paling menyentuh hatiku adalah, setiap kali aku bertanya, mereka tidak jawab secara terus, tapi mereka mengambil Alquran dan berkata, “Lihat ini bro.Baca ini, dan inilah jawapan yang anda cari”.
Tiap kali macam tu dan aku terus bertanya soalan yang lebih rumit dan susah seperti, “Kenapa wanita kena pakai tudung? Kenapa lelaki boleh kahwin 4 tapi perempuan tak boleh? “
Pendek kata, aku ambik kesempatan itu untuk bertanya semua persoalan yang kritikal yang mana aku rasa korang jika baru nak kenal islam pun akan tanya jugak.
Setelah sekian lama bersoal jawab, dan mereka terus menjawab pertanyaan aku dengan merujuk pada dalil dari Alquran, bukan dari pendapat mereka sendiri hingga aku jadi ‘kecewa’ nak bertanya sebab dah habis idea... Adohai..
Dan pernah bila aku tanya pada seorang saudara islam akan soalan yang.., (sebab aku dan banyak kali ulang alik ke masjid untuk bertanya hal agama), aku tanya pada mereka,
“Apa pendapat korang tentang masalah ini?”
”Kenapa korang tidak memberikan jawapan guna pendapat sendiri?”
Lalu salah sorang saudara islam di situ berkata: “Aku tidak boleh memberi pendapat sendiri, sebab ini sudah firman Tuhan.”
Subhanallah, jawapan itu sangat menyentuh hatiku. Aku bertanya lagi, “Bolehkah aku pinjam satu Alquran?” Aku janji tak akan letak merata rata di lantai atau selainnya yang tak senonoh, aku akan hormat kitab ini,
Pendek cerita, Aku bawa Alquran balik rumah dan mulai membacanya. Apa yang aku perasan bila membaca Al quran ianya bukan macam buku cerita, tapi terasa macam seseorang sedang memberiku perintah atau petunjuk.
Di suatu malam, aku buat keputusan untuk membuat upacara rohaniah ala ala mistik.Aku mintak maaf jika cerita ni agak menyinggung..
Aku nyalakan lilin, buka jendela dan langsir, biar nampak macam upacara mistik sikit, ketika itu malam musim panas di Melbourne. Dan aku duduk di satu sudut dan perkata:
“ini kalilah, Ini malamlah”
Ya! aku tahu, aku telah kaji semua bukti kerohanian dalam islam, juga semua bukti sains, tentang fakta bahawa gunung sebagai pasak bumi, bukti kelahiran emberio dalam janin si ibu, dan macam macam lagi bukti yang menakjubkan tapi aku nak cari sedikit bukti sikit sajer lagi, aku ni di ibarat seperti orang yang nak terjun dari gunung, tapi tak berani, nak sedikit dorongan jer lagi untuk melonjak..
Jadi, akupun terus duduk dan sungguh suasana terasa sangat sunyi. Aku membaca Alquran.., lepas tu aku berhenti dan berkata:
“Allah, ini kalilah.Inilah masanya yang aku nak sangat masuk islam, tapi aku nak sedikit bukti tanda kebesaran-Mu, sikit saja, tak payah bagi tanda yang besar besar, mungkin kilat menyambar, mungkin ada sedikit retak pada dinding , atau apa saha, Engkau pun tahu.., yang kecil. Kau cipta dunia ini, kan? .., ini kalilah.”
Aku pun terus duduk diam, menunggu bukti dari tuhan, mungkin api lilin akan tiba tiba menyambar sentinggi 4 meter macam dalam filem. Lantas aku berkata kepada tuhan:
“Okey, ini kalilah!”
(sambil aku menoleh kiri dan kanan)
Dan subhanallah, tak ada apa apa yang berlaku.
Sungguh, TAK ADA APA APA YANG BERLAKU!
Jujurnya, Aku rasa sangat kecewa. Tapi aku masih duduk disitu dan berbisik:
“Allah, ini kalilah, ini peluangMU, Aku masih duduk di sini, aku tak pergi mana manapun, baik, ini Peluang kali ke dua . Mungkin Engkau sedang sibuk. Ada waktu siang, mungkin Kau sedang menyusun hal dunia karena ada banyak ehwal yang terjadi. Kali ini mungkin hanya nampak karpet bergerak, hanya sesuatu yang kecil., lupakan saja tentang rumah retak atau lilin tadi, seekor burung yang kentut di luarpun okey, aku tak kisah, apapun itu. Lantas sekali lagi aku berkata:
“Okey, ini kalilah!”
(sambil aku menoleh kiri dan kanan)
Dan subhanallah, benar-benar tidak ada apa-apa pun yang terjadi,
Aku langsung takde peluang berkata:
“tengok, tu dia tanda dah datang, rumah aku dah retak sikit! Adohai.. ”
Tapi hakikatnya, Sungguh tak ada apa apa yang berlaku, dan aku sangat sangat kecewa dan berkecamuk.
Lalu aku fikir, Arghh, sudahlah, ini adalah kesempatan terakhir untuk aku masuk Islam tapi belum benar ‘menemukan’ bukti. Dalam kecewa, aku ambil Alquran, buka dan baca:
Subhanallah, ayat pada page yang berikutnya, buat aku tergamam:apa yang aku baca adalah:
“Untuk sesiapa yang meminta petunjuk, tidakkah cukup petunjuk yang telah Kami adakan di sekeliling? lihatlah bintang-bintang, lihatlah matahari, lihatlah air. Inilah tanda-tanda untuk orang yang mahu berfikir.”
Subhanallah… Aku rasa sangat takut, terus aku tutup kepala dengan selimut, tutup mata dan terus pura-pura tidur, sungguh aku rasa sangat takut.
Aku sangat tak sangka akan betapa sombongnya aku yang ingin melihat bukti yang ajaib mengikut piawai aku, padahal sudah ada sekian lama bukti bukti kebesaran Allah di sekelilingku sejak sekian lama..
Sungguh buktinya ada pada penciptaan dunia, pada makhluk yang di cipta-Nya, semua ini adalah jelas bukti bagi kita semua..
Hari berikutnya aku terus buat keputusan untuk masuk agama islam. (Untuk pengetahuan, sebelum itu, aku dah mengkaji islam selama lebih kurang 6 bulan), jadi aku terus ke masjid dan berbisik dalam diri:
“Ini kalilah aku akan mengucapkan kalimah syahadat.”
Hari itu sudah dekat dengan solat isyak, jam lebih kurang antara, 7 hingga 8 malam. Aku masuk ke dalam masjid dan aku tidak percaya melihat begitu ramai orang islam, ada sekitar 1000 orang di dalam masjid tersebut.
Aku berfikir :
“Subhanallah, lihatlah, betapa kuatnya mereka!”
(Rupanya malam itu adalah malam pertama di bulan puasa-Ramadhan muslim! Woha!)
Jadi aku duduk disana dan aku rasa sangat gementar, kemudian Aku terus berdiri dan seseorang telah membimbingku dengan berkata
“Kau harus mengucapkan kata-kata ini bro ‘asy-hadu‘”
“Ash apa? Bolah tak buat dalam bahasa Inglish saja?”
Orang itu mengatakan, “Tidak, bahasa Arab dulu...”
Melihat kepada lautan jenggut yang ramai depan aku, tersalah sebut bahasa arab karang, mati aku nanti, adohai.., apatah lagi mereka semua melihat ke arah aku dengan mata bulat, aku orang Australia tidak tahan sangat dengan tatapan mata yang sedemikian rupa. Kami orang Australia tak ada bakat merenung orang, tapi orang islam sangat berbakat dalam merenung! ..Oh.
Aku berdiri dan subhanallah, seiring aku mengucapkan kata-kata itu, semua ketakutan menghilang dari mindaku. Terasa seperti sebuah shower ada dalam kepalaku dan seseorang memasang air dinginnya. Terasa seakan-akan aku telah dibasuh bersih. Aku ucapkan syahadat dan aku tak menduga begitu banyak saudara muslim berdiri dan menghampiri dengan menjerit: “Takbir! Allahu Akbar!!” Lalu mereka mulai menciumku dan memelukku. Aku tidak pernah dicium oleh begitu banyak lelaki seumur hidupku, tapi itulah, itulah hari yang indah, Aku mengaku. Hari itu adalah hari dimana aku mendapat lebih banyak saudara daripada yang kubayangkan.
Sejak hari itu, aku tidak menoleh lagi..
Keluargaku agak bimbang bahwa aku akan menjadi sedikit pelik tak macam mereka, mereka rasa mungkin aku akan menembak guna AK-47 dan meletupkan bom., adohai. Tapi akhirnya mereka menyedari bahwa agama ini membuatkan aku menjadi seorang insan yang lebih baik.
Sebelum masuk islam, Aku ada gelang anjing, (aku tak akan tunjuk gambar) penampilan aku, dengan baju metalicca, dengan logo askar jerman, kasut tinggi budak budak punk, dulu aku ingat cool sangat, tapi teruk bebenor penampilan , Adohai.., tapi Alhamdulillah, selepas masuk islam, aku berpenampilan dan berkelakuan baik lebih kurang macam sekarang.., tolong jangan gelak, tak lawakpun.
Ayah aku adalah orang yang pertama sekali berkata sesuatu yang sangat mengejutkan aku,:
Beliau ada bertanya tentang Al quran yang buat aku rasa sangat seronok kerana aku kenal dia seorang yang sangat keras kepala.. tapi dia berkata:
“Sejak kamu jadi islam, kamu sudah jadi insan yang lebih baik, kamu dah jadi orang yang senang untuk di arahkan, ayah tak perlu susah hati jika kereta tiba tiba rosak dijalanan sebab kamu pasti akan datang tolong bila ayah suruh”
Aku terus buat lawak dengan menjawab:
“Ayah, saya ada minum-minum ke malam tadi?, tak tahu pulak jika hari ni masih Ok?”
Woha!
gunung tahan 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
Cerita Haiwan ( Minda Penat & Minda Rehat)- Bhg I
Dalam sebuah kampung di kaki Gunung Tahan, terdapat sekumpulan ayam yang hidup aman & tenang dalam pelbagai generasi & pengalaman. Nenek, abahtok, ayah, anak, cucu dan cicit hidup sekumpulan. Semua yang diperlukan ada dalam kehidupan mereka seharian. Bila bangun pagi, sudah tersedia makanan dan minuman. Ada reban tempat berteduh dari panas terik dan hujan.Musang dan helang tak berani hampir apatahlagi menyerang. Senapang gajah terselit di rumah si tuan.
Suatu hari, sang helang yang gagah di langit biru sedang memerhati beberapa ekor anak ayam berlari-lari meninggalkan kumpulan mereka dengan penuh kesukaan. Mereka terlampau seronok bermain sehingga lupa keluarga dan sesat jalan. Memang golongan muda anak ayam suka hiburan dan lalai tanggungjawab dan sempadan. Juga lupa bahaya yang ditadah di setiap selekoh jalanan.
Apa lagi....peluang sudah terbentang luas untuk mengambil kesempatan. Dengan kelajuan 100 meter dalam 10 saat, sang helang ini dengan dua kepaknya terlalu yakin dengan kemampuan diri sendiri yang tiada tandingan. Ia terus menjunam mencari mangsa yang hilang pedoman.
"Tam" bunyi satu bedilan.
Sang helang ini tersungkur di jalanan. Ayam-ayam di kampung ini berkokok beramai-ramai meraikan satu kejayaan. Mereka selamat lagi dari ancaman. Mereka tidak sedar itu bukan kejayaan mereka yang dihasilkan oleh tangan mereka tapi tangan tuan mereka yang pandai dan ilmuan. Mereka merayakan kemenangan si tuan.
Ayam-ayam ini terus hidup dengan aman. Musang & helang tidak berputus asa kerana memang ayam bagi mereka adalah makanan. Hukum Tuhan. Minda musang & helang terus berputar mencari idea buah pemikiran. Minda mereka selalu penat dan keletihan. Mental fatique adalah keadaan mereka seharian. Tak pernah putus asa berfikir mencari haluan.
Minda ayam-ayam pula beku dan tidak boleh berfikir lebih dari 60 saat dalam kehidupan seharian. Semuanya sudah tersedia dan ancaman pula sudah tertahan. Tidak ada yang perlu dibimbang dan difikirkan.
Tuan ayam-ayam ini semakin lanjut usia dan kurang perhatian. Musang dan helang semakin pintar dan berpengalaman. Minda anak-anak ayam pula semakin bekuan.
(sambung)
MDB
gunung tahan 在 Hatta Dolmat Youtube 的最讚貼文
Sunset at Bukit Awan Ulu Tembeling ! Boleh nampak view cantik Gunung Tahan ❤️

gunung tahan 在 Hatta Dolmat Youtube 的最讚貼文
My first experience mengharungi Sungai Gunung Tahan, bagi Ikan Kelah Makan, berjalan (tracking) ke Lata Berkoh, lokasi pilhan untuk tidur dan aktiviti malam! ❤️ jangan lupa like, share dan subscribe! Love, Hatta

gunung tahan 在 Budiey Channel Youtube 的最佳貼文
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!

gunung tahan 在 Gunung Tahan | 大汉山之旅| 超好天气| 顶峰美景全开 - YouTube 的推薦與評價

这次队友们遇上了好天气,不但顺利登顶,而且顶峰美景全开。。。#bthbotakheng. ... <看更多>
gunung tahan 在 Gunung Tahan Malaysia | Hiking, Travel, Camping backpack 的推薦與評價
Gunung Tahan Malaysia Lanscape, Camping Backpack, Backpacking, Hiking, Mountains, Natural Landmarks. More like this. amatasman · borhanudin mansor. ... <看更多>
gunung tahan 在 在大汉山的6天[ Gunung Tahan - 2187m ] - Facebook 的推薦與評價
我们选择了传统路线瓜拉大汉步道(kuala Tahan)进入然后美拉坡(Merapoh)为终点。 Day 0 - 大伙集合在Jerantut,互相认识,Monkey 成员第一次接触走Tut 成员(Tutter)。 ... <看更多>