Alhamdulillah pagi ini saya tiba di Kota Kinabalu, Sabah bersama pengurusan tertinggi KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA bagi memulakan lawatan kerja 2 hari. Sejurus selepas ketibaan, saya telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor sebelum menghadiri Mesyuarat CITF Negeri Sabah.
Pada mesyuarat tersebut, saya dan YAB Ketua Menteri telah mendengar taklimat situasi semasa jangkitan COVID-19 dan program pemberian vaksin di Sabah.
Dalam menghadapi trend peningkatan kes jangkitan COVID-19 di Sabah, beberapa langkah intervensi akan mula dilaksanakan termasuklah kesiapsiagaan dari segi kemudahan, bantuan peralatan dan sumber manusia.
KKM akan menghantar peralatan perubatan tambahan ke Sabah merangkumi silinder oksigen, Oxygen Regulator dan ubat-ubatan COVID-19. Peralatan perubatan tambahan ini dijangka tiba pada 7 September 2021 melalui kerjasama ATM.
KKM juga akan menyediakan modular ICU dengan kapasiti 10 katil ICU di Hospital Tawau dan dijangka mula beroperasi pada hujung September ini. Bilangan ambulans juga dipertingkatkan melalui kaedah penyewaan sementara menunggu proses perolehan ambulans selesai mengikut tatacara perolehan semasa.
Selain itu, Sabah juga akan diberikan tumpuan khas bagi pemberian vaksin COVID-19 menerusi 224 buah PPV selain meningkatkan aktiviti vaksinasi bagi vaksin CanSino melalui program jangkau luar di kawasan-kawasan pedalaman dan sukar diakses bermula 27 Ogos 2021 sehingga hujung September ini.
Bagi memastikan penggunaan sumber manusia yang optimum di semua fasiliti kesihatan KKM termasuklah di lapangan, sejumlah 97 daripada 150 pegawai lantikan tetap telah diarahkan melapor diri di Sabah pada 2 Ogos dan 1 September 2021. Seramai 50 Pegawai Perubatan tambahan juga akan ditawarkan pelantikan tetap bermula 13 September 2021.
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
hajiji 在 ROTIKAYA Facebook 的最佳貼文
Satu lagi mercu tanda baharu Kota Kinabalu
hajiji 在 SABAH, Malaysian Borneo Facebook 的最讚貼文
NEWS: Sabah to set up trade and tourism office in Singapore
https://www.theborneopost.com/2021/06/28/sabah-to-set-up-trade-and-tourism-office-in-singapore/