PKP buatkan saya berdamai dengan budak-budak sekolah SIHIR!
Alkisahnya, dalam hidup ini, ada benda yang kita suka dan kita tak suka, tapi tak kenal maka tak cinta, lalu tiap pagi semenjak PKP, kami satu keluarga tujuh orang (lima anak: empat lelaki satu perempuan, ada calon SPM, PT3, form 2, UPSR, dan autism- kami bertujuh akan mensyuarat aktiviti harian kami agar PKP ini tak bosan dan boleh do something better than nothing.
Selain mesyuarat siapa jadi Bilal?, siapa jadi Imam?, siapa ceramah?, siapa lead muzakarah?, siapa baca taklim?, siapa masak? Kami juga mesyuarat filem apa yang akan kita tonton satu family?
Awal PKP hari tu kitaorang tonton drama Korea Kingdom, kisah Zombie! Semua enjoy layan!
Dah habis Season 2 Kingdom, saya tanya anak anak nak layan filem apa pula?
Maka anak anak cadang filem Harry Potter!
Filem yang saya tak pernah tonton sebab tengok poster pun tak suka! Filem ni muncul waktu saya baru habis belajar di IPTA dan masih bujang (2001), sebagai budak budak baru nak up zaman tu, tak kan lah nak tonton filem Harry potter? Dan bila tahu filem tu kisah budak pandai Magic, boleh terbang, boleh sembuhkan luka, boleh hidupkan orang mati, tapi budak tu rabun pakai cermin mata tak boleh sembuhkan, saya rasa filem ni akan bosan di tonton.
Maka 23 tahun kemudian, saya dah kahwin, dan kini terpaksa PKP demi mencegah virus covid 19, maka akhirnya demi quality time bersama anak anak, maka saya dan keluarga telah tonton filem ini buat pertama kalinya dalam hidup.
Ada beberapa fakta yang menarik tentang Harry Potter iaitu penulisnya orang perempuan (saya sangka orang lelaki jer suka tulis kisah fiksyen) yang bernama JK Rowlings, lebih menarik, dia dulu hidup susah, pernah kemurungan dan nak bunuh diri sebab ada banyak masalah hidup, ibunya meninggal, perkahwinannya gagal, terpaksa jaga anak kecik tanpa ada kerja tetap, hidup dengan bantuan kebajikan dan macam macam masalah hidup. Lepas tu tulis buku kisah budak sihir beratus ratus muka surat guna type writer tapi bila siap, hantar ke penerbit, semua reject! ada 12 penerbit tolak.
Tak murung kau!?
Tapi Gagal sekali tak bermaksud gagal selamanya. Gagal masuk pintu depan, masih boleh masuk pintu lain. Gagal jadi PM 5, 6, 7, 8, masih ada peluang untuk jadi PM ke 13 jika ikut teori Harry Poter ni, woha!
Okey, serius sikit, buku pertama Harry Potter’s and the Sorcerer’s Stone yang pernah ditolak oleh 12 buah penerbit hinggalah Penerbit ke 13. Bloomsbury Publishing yang mengambil pendekatan yang berbeza, yang mana penerbit buku tersebut memberikan manuskrip Rowling kepada anaknya yang berumur 8 tahun untuk dibaca. Alice Newton sangat tertarik dengan kisah budak sihir pergi sekolah lalu merayu agar Ayahnya mesti terbitkan!
Jadi berterima kasihlah kepada kanak-kanak berumur 8 tahun telah mengubah nasib seorang ibu tunggal menjadi jutawan kerana buku Harry Potter telah terjual lebih dari 500 juta unit di seluruh dunia – menjadikannya buku bersiri yang paling banyak terjual dan telah diterjemah ke 80 buah Bahasa di seluruh dunia!.
J.K. Rowling kini kaya raya dan siap beli rumah dekat kawan kawan yang pernah bantu waktu dia hidup susah satu ketika dulu.
Jadi… jika nak tonton filem Harry Potter ni, kata kena setkan minda ke sudut pandangan kanak-kanak belum baligh, dan kena sedia terima filem ini akan kurang aksi dan banyak bercakap sebab penulisnya perempuan dan akan ada kisah cinta dan plot twist yang simple tapi bagi kanak-kanak, dah seronok dah.
Ok jom layan! (spoiler akan menyusul)
1. Harry Potter and the Philosopher's Stone (2001)
Kisah bermula dengan budak rabun bernama Harry yang berstatus anak yatim piatu tinggal bersama pakcik makcik yang tak suka pada beliau, selalu kena buli.
Tiba tiba dapat tawaran masuk tingkatan satu berasrama penuh di sekolah Sihir, lalu Pakcik gergasi dari dunia Sihir datang naik motor terbang ajak Harry pergi daftar sekolah sihir. Nak masuk sekolah sihir kena beli kayu magic, penyapu terbang, dan bawa binatang sebagai bahan pelajaran, Harry bawa burung hantu.
Sampai di sekolah, ada pulak rumah merah, rumah hijau, rumah kuning, rumah biru macam sekolah di Malaysia, tapi mereka tak panggil ikut warna, nama rumah dinamakan dengan nama tokoh, jadi ada rumah Gryffindor, Slytherin, Ravenclaw dan juga Hufflepuff.
Harry terpilih masuk rumah Gryffindor dan bertemu dengan Ron Weasley and Hermione Granger lalu mereka bertiga menjadi sahabat baik tapi masih belum bercinta sebab belum baligh.
Tak lama di sekolah, Harry akhirnya tahu arwah mak ayahnya dulu penyihir hebat, pernah tewaskan ahli sihir paling jahat bernama Lord Voldemort hingga mak dan ayahnya terkorban. Dan satu hari nanti orang jahat ni akan kembali untuk lengkapkan kuasanya dengan bunuh Harry, maka Harry kena jadi best student di sekolah sihir agar dapat membela diri jika berlaku serangan kelak.
Filem ini ada plot twist, cikgu sihir yang kita sangka jahat rupanya baik, cikgu baik yang nampak gelabah rupanya jahat.
Babak gergasi menyerang dalam tandas, anjing gergasi kepala tiga, sukan penyapu terbang antara pencerah mata waktu menonton filem magic ini.
Babak akhir ada muncul Lord Voldemort dalam bentuk roh nak bunuh Harry tapi gagal sebab factor tertentu, tak naklah cerita semua. Ha ha.
Apa apapun, filem nombor satu Harry Potter ini enjoy jer kami satu family menontonnya. Babak di asrama ada dorm, ada dewan makan, ada acara sukan, ada kelas dan cikgu, buatkan anak anak faham situasi sekolah berasrama sama sahaja di seluruh dunia walaupun sekolah sihir (baca: anak saya tiga orang tinggal di asrama)
Cuma tak aci sekolah sihir ni, dewan makan takde tukang masak, sebab pengetua baca jampi terus makanan sedap-sedap keluar dari meja makan, aduh..
2. Harry Potter and the Chamber of Secrets (2002)
Harry, Ron, and Hermione dah tingkatan dua, banyak latar belakang Harry di bongkar, antara yang menarik dah ada kereta terbang rupanya! Ada ular gergasi, ada Debby makhluk bunian, ada hikmat bertukar badan, ada labah labah gergasi, dan macam biasa, ada plot twist.
Babak babak tadi menyelamatkan filem yang banyak borak ni, dari segi aksi, sangatlah kurang tapi dah begitu kot buku itu ditulis, maka follow the book sahajalah.
3. Harry Potter and the Prisoner of Azkaban (2004)
Harry Potter dah tingkatan tiga, dah nak baligh. Dah pandai memberontak dan menyihir makciknya yang sakitkan hati dia, lalu filem ni menjadi lebih serius, ada menteri hal ehwal Sihir turun padang, ada serigala jadian yang kurus, ada tikus jadian, ada anjing jadian, ada hantu seram mengawal penjara.
Harmoni dah makin besar, dan makin pandai selesaikan masalah, dan kaedah sihir undur masa menarik! Plot twist untuk part 3 ni sangat menjadi! Tak sangkap pulak rupa rupanya banduan jahat itu adalah.. okey, filem yang menarik!
4. Harry Potter and the Goblet of Fire (2005)
Ok, filem ni antara yang terbaik rasanya, Harry dah tingkatan empat, dah jadi remaja, dan masing masing dah pandai bercinta, Dah pandai merajuk, dah pandai pendam perasan, mujur tak ada babak LGBT. Semua straight. Ha ha!
Babak lawan naga, lawan ikan duyung, dan cinta tak kesampaian, menambahkan dramatik, apatah lagi Culling turut berlakon.
Dari satu sekolah sihir ada perlawanan sukan denqan sekolah sihir lain! Dan muncullah Robert Pattinson yang disangka akan sambar Harmonie, tapi plot twist lagi, hahaha.
Plot twist paling tak sangka, Harmonie tak jatuh cinta pun pada Harry, aduhhhh.. Harry minat kat awek cina, tapi awek cina tu tak minat dia, aduh…
Babak last sedih sikit sebab ada watak penting mati. Dan Lord Voldemort akhirnya muncul dalam bentuk manusia dan bertarung dengan Harry!
5. Harry Potter and the Order of the Phoenix (2007)
Harry dah tingkatan lima, dan filem ini makin dark dan masuk isu politik.
Dah ada Rebelion yang Harry turut serta menentang Kementerian Sihir! Tapi macam biasa filem Harry potter kurang aksi, kena tahan mengantuk sikit, dan dalam filem ini ada lagi watak penting mati, kesian Harry sebab yang mati tu kira waris terdekat.
6.Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)
Dalam banyak banyak filem Harry Potter, yang ni paling bosan bagi saya, sembang banyak, lawan serta aksi sangat kurang aduh!
Minit terakhir ada watak penting mati, tapi plot twist dia di simpan untuk filem akan datang.
7/8.
Harry Potter and the Deathly Hallows – Part 1 (2010) and Part 2 (2011)
Kemudian muncul filem terakhir! Best!
Akhirnya! Harry dah habis SPM dan free banyak masa tapi musuh makin kuat dan untuk kalahkan musuh kena cari tujuh objek yang dah dijampi, perjalanan diteruskan, dan final akhirnya bertarunglah mereka di sekolah sihir, semua rujukan dari tujuh filem sebelum digunakan sebaiknya, banyak watak penting yang mati, aksipun dah banyak, dan babak 19 tahun kemudian buatkan filem ini puas hati menonton endingnya.
Tiga sekawan, Harry, Ron Weasley dan Hermione Granger mengingatkan saya dengan komik Naruto, yang mana Harry sebagai Naruto, Ron sebagai Sasuke, dan Harmoni sebagai Sakura. Lepas tu ada sekolah ninja, (sekolah sihir) dan ada kampong daun, kampong angin, air dan api. Ayah Harry buat jampi perlindungan untuk keselamatan Harry sama macam Naruto yang dikurung serigala ekor Sembilan. Pengetua bekorban untuk naruto sama macam kisah Harry potter.
Jadi mungkin Naruto tiru Harry Potter saya rasa. Tapi takpelah, semua menghiburkan!
Untuk sedikit fakta, tahukah korang?
1) Harry Potter telah menggunakan 160 pasang cermin mata
2) Parut di dahi Harry Potter telah disolek sebanyak 5,800 kali
3) Sebanyak 250 haiwan telah digunakan dalam kesemua filem HARRY POTTER. Haiwan yang paling besar ialah Hippo manakala yang paling kecil ialah lipan.
4) Kucing dan burung hantu adalah haiwan yang paling sukar berlakon, banyak babak terpaksa diulang.
5) Penulis buku ini plan nak berlakon jadi ibu Harry Potter, tapi cancel last minit
6) Ketika filem pertama di keluarkan, baru 4 buku Harry Potter di pasaran, bermakna baki lagi tiga buku di tulis lepas filem pertama dapat sambutan.
7) Semua makanan penuh meja dalam dewan makan adalah makanan betul, dan akan di tukar bila basi kepada makanan baru kerana tempoh pengembaraan yang lama.
8) 5000 budak datang ujibakat untuk watak Harry Potter, tapi yang dapat adalah budak tak pergi uji bakat, pelakon kanak kanak filem David Copperfield (1999).
9) Anak pengarah filem ini ada masalah membaca, tapi boleh baca buku Harry Potter, buatkan pengarah ini nak sangat arah filem ini, tapi dah ramai nama besar nak arahkan filem ini termasuk Steven Spielberg, maka Chris Columbus tulis skrip filem selama 10 hari hingga jam 3 pagi dan pergi jumpa dengan penerbit filem bagitahu dia sedia tulis skrip secara free, asalkan dapat arahkan filem Harry potter dan akhirnya dia dapat!
10) 70 tongkat sihir telah dipatahkan oleh Harry Potter sebab beliau buat ketuk drum.
Okey, cukuplah ulasan tentang filem Harry Potter, satu pengalaman menonton yang indah bersama anak bini,
Baik! lain kali saya akan berdamai dengan Gollum dan Smeagol pulak.
Woha!
#hamkafilm
Search
harry potter and the half-blood prince book 在 Harry Potter and the Half-Blood Prince: Gryffindor edition 的推薦與評價
... <看更多>