SULTAN JOHOR: BANTUAN PERLU DILAKUKAN SECARA IKHLAS DAN BUKAN MELIBATKAN ISU PERKAUMAN
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, bertitah menegaskan bantuan keperluan makanan yang disediakan atas dasar membantu golongan memerlukan perlu dilakukan secara ikhlas, dan bukannya melibatkan soal perkauman.
Baginda Tuanku Sultan, bertitah ketika ini terdapat ramai individu tanpa mengira agama dan bangsa mengalami kesulitan seperti kehilangan pekerjaan dan terputus pendapatan, serta berdepan beban kewangan untuk membeli barangan keperluan makanan.
“Jika mahu membantu mereka yang dalam kesusahan, bantulah semua tanpa mengira kaum dan agama…, lakukan secara ikhlas tanpa menimbulkan sebarang isu berkaitan perkauman,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).
Baginda Tuanku Sultan bertitah demikian sebagai mengulas satu rakaman video yang tular di media sosial, semalam berhubung bantuan keperluan makanan harian yang disediakan di sebuah kedai runcit di kawasan Skudai, Johor Bahru yang dikatakan menimbulkan soal perkauman.
DYMM Sultan Johor sentiasa menegaskan betapa pentingnya hubungan antara kaum dan toleransi yang sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.
Mengambil contoh kurniaan bantuan makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), Baginda Tuanku Sultan bertitah ia disampaikan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa di seluruh Johor setiap minggu.
“Niat kita adalah untuk membantu mereka yang berada dalam kesusahan, tidak perlu menimbulkan soal perkauman dalam bantuan yang dihulurkan,” titah DYMM Sultan Johor.
~~~~~
SULTAN OF JOHOR: FOOD AID MUST BE SINCERE, NOT BASED ALONG RACIAL LINES
HM The Sultan of Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar has stressed that food aid for those in need must be done sincerely for all, not according to ethnic differences.
His Majesty said that in the current situation, all people have fallen on hard times and are facing unbearable difficulties, regardless of their race or religion.
“If you want to help, please be sincere by helping anyone in need. Do not discriminate along ethnic lines,” said His Majesty.
HM Sultan Ibrahim made the comments following a viral video that showed a grocery shop in Skudai, Johor Bahru, offering basic food aid but allegedly discriminated against a certain race.
His Majesty emphasised yet again the importance of unity and tolerance amongst all Bangsa Johor.
“Our unity is the backbone of our society. The Sultan Ibrahim of Johor Foundation (SIJF), for example, hands out food aid to all Johoreans every week, regardless of their race or religion.
“The intention is to help all people in need. Issues of race or religion should never arise,” said His Majesty.
#sultanjohor
#royalpressoffice
#johor
isu office 在 Facebook 的最讚貼文
Pendapat jujur saya tentang isu EL ni...
Dia ada kebaikan dan keburukan la. Yelah mana ada benda yang perfect kan...
Kebaikan EL ni. Contoh anak demam ke, kereta rosak ke, keluarga meninggal ke, then EL memang sangat membantu...
Keburukan EL, dia boleh digunakan dengan salah.
Contoh lambat bangun pagi. Mula la rasa malas pergi kerja. Office pulak jauh. Lepas tu tipu bos cakap kereta rosak. Ambil EL.
Keburukan lain, menjejaskan reputasi kita kalau kerap sangat ambil EL..
So pastikan korang guna EL hanya apabila terdesak sahaja. Kalau boleh jangan gunakan langsung EL ni kalau tak perlu... Itu lebih baik...
Isnin ni jangan EL tau.
#copyOri
isu office 在 Facebook 的精選貼文
SULTAN JOHOR MENGINGATKAN RAKYAT JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN GOLONGAN ANTI-VAKSIN
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, mengingatkan rakyat jangan mudah terpengaruh dengan golongan anti-vaksin yang dipelopori pihak tertentu.
Baginda Tuanku Sultan bertitah, rakyat perlu memahami bahawa tujuan pengambilan vaksin adalah untuk mencegah jangkitan COVID-19 daripada terus mengancam kesihatan orang ramai.
“Islam mengajar kita agar sentiasa memelihara keselamatan diri menerusi segala langkah pencegahan dari apa jua kemudaratan khususnya wabak penyakit. Kaedah dalam menentukan hukum hakam ada menegaskan bahawa membenteras keburukan adalah lebih utama dari membawa sesuatu kebaikan.
“Mencegah penyakit lebih baik daripada mengubatinya. Janganlah kita mendengar cerita karut yang disebarkan puak anti-vaksin ini. Dapatkan vaksin demi keselamatan diri dan untuk imuniti kelompok agar penularan COVID-19 dapat dicegah,” titah DYMM Sultan Johor kepada Royal Press Office (RPO).
Baginda Tuanku Sultan memetik Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 195 yang bermaksud : “Jangan kamu campakkan diri kamu ke lembah kebinasaan”.
“Ini yang diajar oleh agama kita. Mereka yang menolak tanpa sebab munasabah vaksin COVID-19 ini, yang telah disediakan oleh kerajaan dan sudah difatwakan halal oleh Jawatankuasa Fatwa, seolah-olah merelakan diri dijangkiti wabak yang amat berbahaya ini.
“Islam tidak membenarkan umatnya berserah bulat-bulat kepada takdir yang akan menimpa tanpa sebarang usaha dan ikhtiar untuk mengelakkannya. Bagi mereka yang sudah menerima suntikan vaksin, janganlah leka akan pematuhan SOP pula,” titah Baginda.
Menurut laporan media, dianggarkan seramai 133,000 penerima yang terdiri daripada warga emas akan menerima dos suntikan vaksin AstraZeneca dalam Fasa 2 Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negeri Johor bermula minggu ini.
Dalam pada itu, DYMM Sultan Johor turut bertitah mengingatkan segelintir pihak supaya tidak mempolitikkan isu vaksin.
“Isu vaksin ini tidak seharusnya dipolitikkan, sebaliknya kerajaan sedang dan terus berusaha serta mengambil pelbagai pendekatan berkesan bagi meningkatkan pendaftaran rakyat untuk mendapatkan vaksin,” titah Baginda Tuanku Sultan.