TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 91)
Tips Bila Terbang Di Awan Biru ( 2)
Masa berada di atas awan adalah unit masa yang SAMA macam kita berada di ofis @ rumah. Apa makna semua ini?
Kita kena jadikan semua kerja & aktiviti kita bermakna & disukai. Inilah rahsia kejayaan. Mana ada kerja semuanya mudah. Ini di luar kawalan kita. Yang boleh kita kawal minda kita iaitu bagaimana menjadikan semua aktiviti walaupun nampak kosong berisi & yang susah mudah & teruja.
Ramai orang rasa resah & tidak buat apa2 sepanjang duduk atas kapal terbang. Ini memang rugi. Rugi sangat2.
Jadi apa yang saya selalu buat bila masuk sahaja dalam pesawat? Banyak. Saya akan kenal pasti lokasi tandas, dapur, ruang lapang (untuk solat), rak majalah & surat khabar, sususan kerusi & kabin.
Bila saya ingin letakkan beg saya atas kompartment, saya kena pastikan big lap top saya tidak tertindih. Kalau saya tidak bernasib baik tidak dapat tempat duduk aisle, saya akan ambil & letak lap top, bukau bacaan & buku nota saya awal2 di hadapan saya. Bila kapalterbang dah berlepas ke awan biru, saya tak perlu keluar & mengambil alat & perkakas saya. Semua dah siap. Jimat masa. Saya juga tidak menganggu penumpang di sebelah saya.
Selain membaca, menulis & mencatit secara intensif, aktiviti minda yang paling yang suka ialah berkhayal & menjahit sebuah impian. Dalam impian ada doa. Banyak yang saya khayalkan. Buku. Projek. Diari. Program. Networking. Bajet. Pasaran baru. Hobi & cita2 baru. Indah sangat berkhayal & berimpian di awan biru 40,000 kaki dari paras laut.
Saya tak sabar2 nak tunggu berkhayal. Bila kabin & pesawat gelap & tenang, saya terus menolak gelombang elektrik otak saya menerokai alam shahadah & alam malakut. Menarik sunguh. Banyak aktiviti saya di atas tanah sebenarnya bermula dari awan tinggi. Bila mendarat saja, ramai penumpang rasa penat & letih. Saya pula lebih bersemangat untuk membumikan apa sahaja benih yang di tanam di angkasa. Ini tips bila terbang yang paling wow. Kualiti berkhayal di udara tidak sama di atas tanah yang bersimpang siur. Kalau tidak cuba tidak tahu.
Antara aktiviti menarik atas tanah yang ditanam benihnya di awan ialah seminar Amanie di Muscat, Oman (foto).
MDB
同時也有34部Youtube影片,追蹤數超過15萬的網紅Zarul Umbrella,也在其Youtube影片中提到,Sempena Hari Juruterbang Sedunia saya bawakan dua orang juruterbang adik beradik Safia Amira dan Safia Anisa daripada AirAsia Follow Instagram Amira ...
「kapalterbang」的推薦目錄:
- 關於kapalterbang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於kapalterbang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
- 關於kapalterbang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於kapalterbang 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳解答
- 關於kapalterbang 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳貼文
- 關於kapalterbang 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
- 關於kapalterbang 在 3 AYAT PALING SYAHDU ARWAH TR4GEDI ... - YouTube 的評價
- 關於kapalterbang 在 Kapalterbang Kertas | Facebook 的評價
- 關於kapalterbang 在 68 idea Airplane window - Pinterest 的評價
kapalterbang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 87)
Menu atas Kapal Terbang
Semua jenis kapalterbang akan menyediakan menu makanan & minuman atas kapal terbang. Cuma ada harga makanan sudah termasuk dalam harga tiket & ada yang belum. Anda kena beli kalau nak minum atau makan (contoh Air Asia & Fly Dubai).
Ada juga menu yang kecil & mungkin sekeping selalunya di klas ekonomi. Kalau menaiki klas bisnes, menu dicetak cantik macam di restoran. Kalau bernasib baik berada di klas pertama, menunya macam sebuah buku atau katalog. Anda juga mempunyai flexibiti pesan makanan anda sepanjang perjalanan tanpa had masa. Ini kes Emirates Airlines.
Memang best makan atas kapalterbang. Sebenarnya anda sedang dining atas langit. Inilah satu keunikan. Kadang2 walaupun makanan itu tidak seberapa di klas ekonomi, tapi keterujaan nak makan sentiasa tinggi. Kalau di klas ekonomi, makanan disediakan dalam tray. Kalau di klas bisnes atau pertama, semuanya dihidang kemas atas pinggan & piring. Lagi teruja.
Apakah saya buat dengan masa makan & menu ini? Saya amat teliti dalam soal ini. Bila saya sudah pasang niat tidak akan tidur sepanjang perjalanan @ perjalanan lama, saya akan makan di atas pesawat. Saya enjoy makan.Tapi kalau waktu penerbangan memang dah masa tidur & di waktu malam, saya akan makan awal2 di lounge. Saya tidak mahu makan atas pesawat kemudian tidur. Tak sihat.
Ini selalu berlaku dalam penerbangan pilihan saya dari Dubai ke KL jam 925 malam waktu Dubai. Saya akan tidur selepas satu jam pesawat berlepas ke udara.
Apa yang saya buat dalam masa sejam? Saya banyak membaca suratkhabar, majalah & bahan bacaan lain. Bila saya suka frasa2 tertentu, saya kena catit. Nak catit kat mana? Saya catit atas menu makanan. Habis conteng.
Kadang2 idea baru datang mencurah2 di udara. Kat mana nak simpan? Sekali lagi, menu adalah tempat catitan sebab ia memang berada di depan saya. Terus dicapai & dicatit.
Dalam pererbangan Dubai-KL pada 12/12 2019, jam 10 malam waktu Dubai, saya ada idea menulis buku baru bertajuk "Idea". Saya terus melakar beberapa tentatif bab kepada buku ini. Ini amat mahal. Ini sudah jadi separuh buku. Bila sampai di rumah, saya akan salin balik dalam buku catitan idea.
MDB
kapalterbang 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
TERBANG BRRSAMA MDB (SIRI 80)
Transit (2)
Transit dalam kamus orang awam adalah berhenti sekejap bagi pertukaran pesawat ke destinasi akhir. Kenapa perlu transit? Kerana kapalterbang pertama tidak terbang terus ke destinasi akhir. Bila transit, penumpang boleh keluar ke lapangan terbang sekejap atau hanya diminta menunggu di dalam pesawat.
Dalam siri pertama Terbang Bersama MDB, saya dah cerita tentang jahilnya saya tentang vocabulary dunia penerbangan. Pesawat saya dari Bangkok ke Kuwait telah transit di Lapangan Terbang Saddam di Baghdad, Iraq. Saya ingat dah sampai Kuwait walaupun diberitahu ini hanyalah transit.
Dalam kamus saya, transit ada banyak makna & amalan. Bila kita dah arif & mahir sesuatu bidang, macam2 kreativiti boleh kita lakukan. Saya suka transit sebab boleh berhenti sekejap berjumpa kawan atau pelanggan. Saya selalu buat di lapangan Dubai, Istanbul & London. Oleh kerana saya tidak perlukan visa masuk negara, senang saya meninggalkan airport & balik semula ke airport dalam masa beberapa jam. Bila kena pergi ke Tripoli atau Tunis, saya boleh saja terbang direct dari Dubai dengan Emirates Airlines. Tapi saya ambil Turkish Airlines dari Dubai ke Istanbul. Saya keluar makan tengahari sekejap di bandar Istanbul sambil berjumpa rakan @ pelanggan. Kemudian, saya patah balik ke airport bagi sambung ke Tripoli atau Tunis atau Casablanca.
Dalam kamus saya juga, transit bermaksud pecahkan satu perjalanan yang panjang kepada beberapa sektor bagi lebih relax & juga kurang kos. Banyak tiket penerbangan saya, sengaja saya transitkan supaya harga tiket kurang. Kalau nak tahu, kena belajar tips dari saya. Saya amat handal dalam hal ini (maaf puji diri sedikit). Pointnya, bila kita dah buat benda yang sama berulang kali, kena ada kepandaian dalam semua segi. Tidak boleh sama sahaja prestasi kita. Dalam rutin pun, kena ada kreativiti.
Transit paling manis bila saya berjaya meninggalkan Tripoli yang bergolak & berdarah akibat perang saudara. Airport tutup. Semua penerbangan dibatalkan. Saya nak pulang semula ke Dubai dengan apa cara sekali pun. Selepas beberapa hari, ada penerbangan keluar. Saya ambil risiko. Saya dapat keluar & transit di Tunis.
MDB
kapalterbang 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳解答
Sempena Hari Juruterbang Sedunia saya bawakan dua orang juruterbang adik beradik Safia Amira dan Safia Anisa daripada AirAsia
Follow Instagram Amira
https://instagram.com/safiaamira?igshid=ldkn0myri8h2
Follow Instagram Anisa
https://instagram.com/safiaanisa_?igshid=daj323ukhx4a

kapalterbang 在 Zarul Umbrella Youtube 的最佳貼文
Pilot Acap kembali lagi dan Video kali ni dia akan terangkan secara santai dan ringkas dan mudah difahami cara bagaimana dan mcamana kapalterbang tu boleh terbang dan naik serta membelok
Video ni diserikan dengan The Boom Beaute Cosmetic ..produk Lip Matte yg berkualiti https://instagram.com/theboombeaute_cosmetic?igshid=em060f0ta59c

kapalterbang 在 Zarul Umbrella Youtube 的精選貼文
Video temuramah kali ni kita bersama Asyraf Isa seorang pilot dr sebuah syrkt penerbangan yg berpengkalan di HKG, dlm video beliau telah berkongsi pengalaman sejak dr kolej penerbangan di Melaka sehinggalah beliau berjaya hingga menjadi pilot di negara Hong Kong dan seterusnya kita selami perasaan beliau bila mana pendemik skrg ni telah menjejaskan pendapatan beliau sbg seorang pilot... Kita pun temuramah isteri beliau ttg bagaimana rasa hidup bersama seorang juruterbang, ada perasaan cemburu ke?
Dan beliau bersama isteri kini baru mengusahakan perniagaan lip matte bg menampung kehidupan selepas beliau kini hanya mendapat separuh dr pendapatan sbg pilot akibat pendemik Covid19
Jom follow IG beliau dan perniagaan beliau
@theboombeaute_cosmetic
https://instagram.com/theboombeaute_cosmetic?igshid=1pee9ey6movas
@acapleya
https://instagram.com/acapleya?igshid=1q7b4gvqvoyqr
@elliasalwani
https://instagram.com/elliasalwani?igshid=1f6qjj5mp63go

kapalterbang 在 Kapalterbang Kertas | Facebook 的推薦與評價
Kapalterbang Kertas is on Facebook. Join Facebook to connect with Kapalterbang Kertas and others you may know. Facebook gives people the power to share... ... <看更多>
kapalterbang 在 68 idea Airplane window - Pinterest 的推薦與評價
2020 Sep 17 - Terokai papan "airplane window" Nur Amirah di Pinterest. Lihat lebih banyak idea tentang alam semula jadi, pelancongan, kapal terbang. ... <看更多>
kapalterbang 在 3 AYAT PALING SYAHDU ARWAH TR4GEDI ... - YouTube 的推薦與評價
3 AYAT PALING SYAHDU ARWAH TR4GEDI KAPALTERBANG DI ELMINA. 41K views · 7 hours ago #elmina #ustazelyasismail #kapalterbang ...more ... ... <看更多>