..sangat mengerti...
SISI GELAP SEORANG MAJIKAN, YANG RAMAI TIDAK MAHU AMBIL TAHU..
1. Pada waktu hari gembira anda dapat gaji, ada seseorang yang tak lena tidur pada malam sebelumnya. Resah gelisah dibuatnya..
2. Selepas hari kedua gaji dibayar, ada seseorang yang terus fikir bagaimana nak dapatkan wang untuk bayaran gaji seterusnya dan bertungkus lumus untuk mendapatkannya.
3. Hari sebelum gaji diterima, ada seorang majikan senyap-senyap pergi berhutang dengan seseorang untuk tambah gaji yang tak cukup
4. Majikan anda itu tersangatlah ingin memberikan gaji setinggi mungkin kepada pekerjanya jika dia mampu, andailah pekerja tahu. Majikan terasa puas dan bangga bila dapati pekerja mereka bahagia dan cukup bila bekerja dengan mereka..
5. Betapa menggigilnya seorang majikan itu, bila tarikh 30 hb tiba. Terasa cepat ianya tiba lagi walaupun baru sebentar tadi ia berlalu pergi
6. Senyuman seseorang majikan itu adalah palsu pada kebanyakan masa. Tak terlihat dan tak tertanggung beban sebenar di belakang tabir..
7. Betapa luluhnya hati seorang majikan itu, jika pekerja harapannya angkat kaki setelah diajari segalanya..
8. Betapa sayangnya majikan itu kepada pekerja mereka (yang baik dan rajin) walaupun selalu ditegur dan dimarahinya.. Mereka ingin mengajar bukan ingin kurang ajar..
9. Selepas waktu gaji, ada seutas gelang tangan milik majikan tergadai di kedai Ar Rahn. Nak topup modal buat niaga. Atau mungkin juga nak topup gaji yang tak cukup.
10. Majikan adalah seorang yang selalu menangis dalam diam. Ratapan di malam hari seorang diri menghadap ilahi..
11. Adakalanya majikan nampak macam ‘loaded’ tapi sebenarnya dia pokai.. koyak rabak. Masuk hotel 5 bintang bincang projek juta-juta, duit ada RM50 dalam poket. Biar papa asal bergaya dan meyakinkan.. hehehe
12. Ada majikan yang dahulukan gaji pekerjanya berbanding susu bayinya..
13. Majikan ingin segalanya yang terbaik  untuk pekerjanya namun pada hakikatnya bukan senang untuk realisasikannya.. Kebanyakan adalah disebabkan kekangan kewangan..
14. Adakalanya majikan tak pernah dapat gaji untuk dirinya. Dapat lepaskan gaji pekerja sudah mampu buat majikan tersenyum dan menarik nafas lega, sekurang-kurangnya untuk bulan tu 🙂
15. Pada saat Pekerja/Intern cuti 2 minggu awal sebelum raya, seorang majikan mengorbankan raya pertamanya semata-mata untuk memastikan dihari terakhir tugasan kesemua kerja membuka dan mengemas tapak karnival dilakukan sebaiknya.
16. Adakalanya majikan rugi dgn kerja yg diambil, tetapi majikan tetap berusaha untuk memberikan imbuhan lebih kepada pekerja/intern kerana pernah menjanjikan perkara tersebut walaupun tidak dapat memberi seperti apa yg diharapkan oleh mereka.
Coretan;
Inilah realiti sisi gelap seorang yang bergelar MAJIKAN.. Bukan seperti terlihat di layar tv. Memanjang di kafe mewah bertie dan berkot litup. Balik ke rumah besar dan terus menghempaskan diri ke sofa empuk.
Bukan semua majikan tak baik, ramai je yang baik dan tinggi pengorbanannya dan kita tak perasan dan tak tahu. Dan mereka pun tak bagitahu. Pendamkan seorang diri senyap-senyap jer..
Memang betul ini tanggungjawab kami. Namun usah dilupa tanggungjawap pekerja/intern juga ada, bukan meminta simpati tetapi sekadar ingin berkongsi kepada umum pengalaman suka duka kami sebagai seorang majikan.
Adakalanya seorang pekerja hanya akan benar-benar faham akan pengorbanan seorang majikan bila tiba giliran dia menjadi MAJIKAN pula 🙂
Edit by: Aji Beng
Search