Salam Jumaat..
.
Alhamdulillah hari ini saya dapat tahu, saya boleh solat jumaat berjemaah di masjid. Syukur alhamdulillah.
.
Seperti dapat panggilan pergi Mekah 😊. Ini gambar saya tahun 2011 ketika menunaikan umrah bersama bidadari saya.
.
Apabila bercerita tentang solat berjemaah, saya ada satu pengalaman yang sangat berharga dan menguji keberanian saya iaitu pertama kali kena jadi imam solat di sebuah surau pusat membeli belah.
.
Waktu itu semua jemaah sudah berada dalam saf tapi masih tiada imam untuk mengetuai solat berjemaah.
.
Perkara biasa akan berlaku adalah acara perlantikan imam dengan cuit mencuit bahu jemaah. Dari saf depan kena cuit hinggalah ke saf kedua.. tiada lagi yang mahu jadi imam. Tiba-tiba bahu saya dicuit. Saya di saf ke dua yang hujung.
.
Saya terkejut, ketika dicuit bahu.. dalam hati kata, "aku belum layak lagi jadi imam untuk jemaah di surau ini.. aku baru peluk Islam 2 tahun. Jadi imam kepada isteri aku boleh lah."
Kisah 12tahun yang lalu.
.
Tapi tak tahu kenapa, secara automatik kaki saya laju je melangkah ke hadapan. Hanya Allah yang tahu betapa lajunya jantung saya dup dap dup dap.
.
Itulah pentingnya solat berjemaah dengan keluarga setiap hari.
.
Keberanian itu akan datang apabila diminta menjadi imam selain keluarga kita.
.
Alhamdulillah sejak dari itu saya rasa, Allah nak kita semua berani mengambil tanggungjawab menjadi seorang muslim yang baik tak kisah baru atau lama.
.
Yang penting mahu belajar memperbaiki diri .
.
Sahabat semua ada pengalaman seperti saya pertama kali kena cuit bahu jadi imam?
.
Senyum selalu
Selalu bersangk baik
InsyaAllah hati tenang
#adamcorrie
同時也有8部Youtube影片,追蹤數超過16萬的網紅Aida Azlin,也在其Youtube影片中提到,Reading out the first chapter from Imam al-Hadad's book, "Knowledge & Wisdom" and it's making me reflect and question all of my choices in my life! ...
muslim imam 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
Binatang Paling Laju Di Darat
Cheetah adalah haiwan yang paling laju di atas darat. Ini fakta fizik. Fakta dalaman atau spiritual pula ialah kerana Cheetah boleh fokus dalam larian. Kalau sudah berlari laju selama 15 minit tetapi masih gagal menangkap mangsa, Cheetah akan berhenti. Tak payah kejar lagi. Buang masa dan tenaga. (Ini dalam dokumentari Animal Planet)
Ada fakta lain yang lebih menarik. Secara fizik velociiti, kijang (antelope) adalah lebih laju dari kelajuan Cheetah. Cuma secara dalaman atau spiritual, kijang suka melihat ke belakang sewaktu berlari dan melompat menyebabkan ini semua akan memperlahankan velociti dan kelajuan kijang. Inilah sebab utama kijang jadi mangsa. Kerana tak fokus (disebut oleh Imam Ibn al-Qayyim dalam kitabnya Madarij al-Salikin kalau tak salah ingatan).
Manusia muslim kena FOKUS. Tak perlu tenguk dan sibuk kiri atau kanan.
FOKUS DAN BULAT HATI...kalau lambat pun akan jadi cepat.
TAK FOKUS DAN FIKIRAN BERKECAMUK ....lajupun jadi perlahan dan terpesong.
MDB
muslim imam 在 Facebook 的最佳貼文
TUDUHAN SERANGAN SEKSUAL FATIH SEFERAGIC
(Status panjang. Jangan komen sebelum baca habis)
Pada 31 Ogos 2021, sebuah NGO di Amerika Syarikat, Facing Abuse in Community Environments (FACE) telah menerbitkan satu laporan penyiasatan terhadap seorang Qari (pembaca Quran) antarabangsa bernama Fatih Seferagic. Laporan itu diterbitkan setelah mereka melakukan penyiasatan selama 13 bulan. Berikut merupakan ringkasan tuduhan terhadap Fatih Seferagic (FS).
1. FS dengan sengaja memaksa 3 mangsa untuk mengambil dadah & kemudian merogol mangsa-mangsanya.
2. FS memaksa perbuatan seksual terhadap 3 mangsa lain seperti meraba & meramas mangsa.
3. FS memgambil yuran untuk mengajar Quran tetapi tidak menunaikan janjinya.
4. FS meminjam sejumlah wang yang banyak dan berjanji akan memulangkannya tetapi tidak pernah memulangkannya.
5. FS dikatakan cuba menenangkan mangsa yang baru beliau rogol dengan memainkan rakaman bacaan Quran FS sendiri.
6. Kelakuan FS tidak selari dengan imej Qari & agamawan beliau.
7. Perbuatan FS dikatakan telah menyebabkan 2 mangsa beliau dijangkiti papillomavirus manusia.
Anda boleh membaca laporan penuh penyiasatan di https://www.facetogether.org/investigations/fatih-seferagic
Kami mengambil pendekatan berhati-hati untuk menilai isu ini sebelum menulis apa-apa tentangnya. Sebab itu, selepas hampir seminggu barulah kami mengeluarkan satu status tuntas bagi berkongsi pandangan kami.
SIAPAKAH FATIH SEFERAGIC?
Fatih Seferagic dilahirkan pada 1995 dengan nama Mehmed Elfatih Seferagic. Beliau selesai menghafal Quran pada 2010 pada usia 15 tahun & beliau sering dijemput ke serata dunia untuk memberikan khutbah, imam jemputan & mengajar Quran termasuklah di Malaysia & Indonesia.
Beliau telah bernikah pada 2013 pada usia 19 tahun tetapi bercerai pada 2014 & kemudian pada 2017 beliau bernikah buat kali kedua pada 2017. Fatih Seferagic telah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 6 September 2021 menafikan semua tuduhan itu.
SIAPAKAH FACE?
Di laman Facebook, FACE memperkenalkan pertubuhan mereka sebagai;
“FACE is a first line of defense for victims in the Muslim community experiencing abuse and neglect at the hands of religious & community leaders.” (FACE merupakan pertahanan pertama bagi mangsa penderaan & pengabaian komuniti Muslim oleh agamawan & pemimpin masyarakat)
Dalam laporan mereka, FACE mengatakan penyiasatan bermula pada 10 Julai 2020 - 31 Ogos 2021 (13 bulan) di mana seramai 12 mangsa & 36 sumber telah diambil keterangan mereka.
Bukti-bukti yang telah dikemukakan oleh mangsa-mangsa & sumber adalah, rekod perjalanan, rekod perubatan, kenyataan bertulis, gambar, teks mesej & juga rakaman. FACe turut mengatakan kesemua tuduhan dari kesemua mangsa juga telah dibuktikan.
Kami juga sempat melayari laman sesawang FACE dan mendapati mereka tidak meletakkan mana-mana agamawan sebagai panel penasihat syariah mereka.
ADAKAH TUDUHAN TERHADAP FATIH SEFERAGIC ITU BENAR?
Jawapan kami adalah kami tidak tahu kerana kami di MRM tidak pernah melihat bukti-bukti dari mangsa-mangsa & juga saksi yang lain. Pendirian kami di MRM adalah tidak memihak kepada FACE mahupun Fatih Seferagic.
Kami juga enggan menuduh Fatih Seferagic sebagai penunggang agama atau apa-apa label kerana KAMI TIDAK MELIHAT SENDIRI BUKTI-BUKTI TUDUHAN TERHADAP FATIH. Jikalau kami melabel Fatih sebagai penunggang agama atau mana-mana label TANPA KAMI MELIHAT BUKTI, kami risau andai tuduhan itu adalah tidak benar maka kami telah memfitnah & menjatuhkan maruah beliau.
Kami juga enggan menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic kerana sekali lagi, kami tidak tahu apa yang FACE tahu & apakah bukti-bukti yang telah dilihat dan diperolehi oleh FACE untuk menerbitkan laporan penyiasatan itu. Jikalau kami menuduh FACE memfitnah Fatih Seferagic tetapi FACE MEMANG MEMPUNYAI BUKTI KUKUH TUDUHAN ITU, maka kami risau kami telah memfitnah FACE & juga mangsa-mangsa yang telah berani tampil ke hadapan untuk melaporkan.
Kami berpegang kepada firman Allah Subhana Wa Ta’ala apabila kami tidak tahu hujung pangkal akan sesuatu isu;
“Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.”
(Al-Israa' 17:36)
BEBERAPA PERSOALAN TERHADAP TUDUHAN FACE & PENAFIAN FATIH SEFERAGIC
A) Kami mendapati agak janggal untuk FACE melengkapkan siasatan selama 13 bulan tetapi hanya memberikan masa selama 48 jam untuk Fatih Seferagic memberikan respon sebelum laporan itu diterbitkan. Adakah ianya bagi memastikan mangsa-mangsa berani tampil ke hadapan tanpa diganggu oleh Fatih Seferagic?
B) Kenapa FACE tidak membuat laporan polis terhadap Fatih Seferagic setelah seminggu laporan diterbitkan andai SEMUA TUDUHAN ITU TELAH DIBUKTIKAN sebagaimana yang mereka nyatakan di dalam laporan penyiasatan ATAU mereka sedang dan telah membuat laporan polis tetapi tidak diumumkan kepada khalayak ramai?
C) Fatih Seferagic telah membuat kenyataan penafian terhadap kesemua tuduhan yang diterbitkan oleh FACE. Penafian tidak memadai tetapi Fatih Seferagic MESTILAH MEMBUAT LAPORAN POLIS ATAU MENGAMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG terhadap FACE kerana memfitnah beliau.
Mungkin beliau dalam perancangan membuat laporan polis atau tindakan undang-undang terhadap FACE. Kegagalan Fatih Seferagic sekurang-kurangnya membuat laporan polis terhadap FACE akan seolah-olah memberikan indikasi bahawa mungkin ada tuduhan dalam laporan FACE itu adalah benar.
Tindakan terbaik dari Fatih Seferagic adalah melakukan saman fitnah terhadap FACE bagi membuktikan dirinya tidak bersalah. Berani kerana benar, edit & padam kerana salah.
KENAPA MRM TIDAK BERSIKAP NEUTRAL DALAM ISU PREDATOR SEKSUAL?
Kami menjangkakan mungkin akan ada individu yang akan bertanya kenapa kami di MRM tidak bersikap neutral dalam kes ‘sexual predators’ yang telah dimainkan oleh kami lebih 2 bulan?
Buat makluman yang mungkin bertanya, jikalau anda membaca dari awal perkongsian kami ini, anda akan temui jawapannya. Beza kes Fatih Seferagic & isu ‘sexual predators’ yang kami bangkitkan adalah MANGSA-MANGSA MENGADU KEPADA KEPADA KAMI & KAMI TELAH MELIHAT SEGALA BUKTI-BUKTI TULEN & SAH DARI MANGSA-MANGSA SERTA SAKSI.
Tambahan pula, tindakan undang-undang juga telah diambil oleh para mangsa terhadap ‘sexual predators’ yang membuktikan kami di MRM tidak sekadar sembang kosong tanpa bukti.
“OK KALAU BEGITU, KENAPA TIDAK BIARKAN PIHAK BERKUASA SIASAT & JANGAN KONGSI APA-APA LAGI?”
Soalan yang bagus bagi yang mungkin bertanya. Sebagaimana telah dinyatakan, ‘sexual predators’ adalah ‘plural’ bukannya ‘singular’ & kesedaran berterusan perlu dilakukan kepada masyarakat agar mereka yang pernah menjadi mangsa berani tampil ke hadapan dan agar masyarakat dapat bersama mencegah ‘sexual grooming’ terus berlaku khususnya mereka yang bertopengkan agama.
In Sha Allah, kami tidak MRM tidak akan lakukan apa apa TANPA BUKTI YANG JELAS!
Nasihat kepada diri kami dan sahabat semua yang membaca sehingga habis. Ingatlah firman Allah Subhana Wa Ta’ala untuk kita berlaku adil;
“…dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Al-Maaidah 5:42)
Keadilan bukan sahaja untuk orang yang kita sokong tetapi keadilan juga perlu diberikan kepada orang yang membenci atau tidak menyukai kita. Kepada kita yang tidak tahu hujung pangkal sesuatu isu, maka berpeganglah kepada sabda Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam;
“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaknya dia berkata yang baik atau diam”
[HR Al-Bukhari no. 6475]
Ada seorang individu bernama Shaykh Azhar Nasser telah membuat ciapan di Twitter bahawa jikalau seseorang telah membuat serangan seksual terhadap wanita tidak boleh lagi diberikan platform untuk bercakap tentang Islam hatta selepas mereka dihukum & mendapat keadilan.
Apa komen sahabat semua tentang kenyataan individu itu?
muslim imam 在 Aida Azlin Youtube 的最佳解答
Reading out the first chapter from Imam al-Hadad's book, "Knowledge & Wisdom" and it's making me reflect and question all of my choices in my life!
If you want more of such reflections, subscribe at http://aidaazlin.com. You'll get access to my Tuesday Love Letters (where I share my reflections, thoughts and musings that I don’t share anywhere else) and access to other cool stuff! "See" you there!
X
A
muslim imam 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
30 ADAB MASJID, N0 25 ramai orang lari!
1. Masuk masjid kena niat beriktikaf, jika tidak tahu boleh rujuk sign board di bahagian depan masjid, biasanya ada, jika tidak ada pergi tanya AJK masjid, kenapa tidak ada?, Ingat! Tidak boleh makan dan minum serta tidur dalam masjid melainkan dengan niat beriktikaf.
2. Buat solat tahiyatul Masjid, jika tidak pandai, terus bertanya kepada AJK masjid, patut mereka tahu, jika tidak tahu, suurh mereka follow kereta mayat-woha!
3. Seandainya ada majlis ugama sedang berlangsung dalam masjid seperti ceramah ugama, tidak perlu solat sunnat lagi, sebaiknya, terus duduk dalam majlis ceramah,
4. Jangan bagi salam kepada orang yang sedang berceramah.
5. Jangan bersolat di belakang atau di depan pintu, perbuatan ini akan menyusahkan dan membebankan orang untuk melintas
6. Jika anda mahu bertasbih, jangan sampai mengganggu orang yang membaca Al-quran dengan zikir yang kuat. Allah Maha Mendengar.
7. Jika anda mahu membaca Al-Quran, jangan sampai mengganggu orang yang sedang solat sunat dengan merdunya suara anda kononya. Bacalah untuk Allah kerana Allah Maha Mendengar.
8. Tidak boleh membuat bunyi yang ada unsur muzik dalam masjid seperti bertepuk tangan, patah patahkan jari, bersiul, bergendang, main gitar dan lain lain.( ring tone telefon perlulah dalam mod bisu.
9. Sekiranya tertidur dan mimpi bersetubuh lalu terpancut air mani, kena keluar dari masjid cepat cepat. Haram duduk dalam masjid dalam keadaan hadas besar,
10. Tidak boleh berniaga dalam masjid, jika mahu jual barang, sila keluar dari masjid.
11. Tak boleh jadikan masjid sebagai short cut, masjid besar dan korang malas nak pusing masjid, lalu buat short cut- Nak buat jugak boleh tapi berhenti solat sunnat dulu,
12. Tak boleh berlari lari dalam masjid, walaupun datang lewat, walaupun imam dah rukuk, berjalanlah dengan tenang, dah masbuk!-nak buat macam mana..?
Nabi SAW pernah bersabda.
"Sesungguhnya salah seorang di antara kamu, apabila menuju shalat, maka berarti dia sudah dianggap dalam shalat". (Hadits riwayat : Muslim).
Okey ada banyak lagi adab masjid, saya senaraikan 30, tonton selebihnya di video
https://youtu.be/YHYt9Z76Kfk
muslim imam 在 ESBEYE Youtube 的最佳貼文
Assalamualaikum Wr.Wb.
Kisah ini dikutip dari Durratun Nāsihīn karya Syekh Uśmān bin Hasan bin Ahmad Syākir Al-Khubawi, tanpa tahun, Surabaya, Syirkah Ahmad bin Sa'ad bin Nabhan wa Aulāduh, halaman 264-265.
Sebetulnya ada beberapa hadits lain yang inti redaksinya mirip, antara lain: Dari Basyīr bn Aqraba al-Juhāni, ia berkata: “Ayahku mati syahid bersama Nabi SAW dalam beberapa peperangannya, maka (pada suatu waktu) Nabi SAW melewatiku ketika aku sedang menangis, dan dia berkata kepadaku: "Diam, apakah kamu mau jika saya jadi ayahmu dan ‘Aisyah jadi ibumu?" Akumenjawab: Tentu Ya Rasullah, engkau ayahku, dan ‘Aisyah ibuku, wahai Rasulallah. (HR al-Bukhari) dalam al-Tarikh al-Kabir (I/395).
Dari Basyīr bin Aqraba al-Juhāni, dia berkata: Aku bertemu Rasulullah waktu
perang Uhud aku berkata kepadanya: “Apa yang terjadi pada ayahku? Rasulullah bersabda: Dia mati syahid, semoga Allah merahmatinya, aku pun menangis, lalu beliau mendekapku, mengusap kepalaku dan membawaku besertanya lalu berkata: ‘Apakah engkau mau saya menjadi bapakmu dan Aisyah menjadi ibumu’.“ (HR Al Bazzar).
Sekalipun demikian, banyak sekali hadits yang menjelaskan keutamaan orang yang mengasuh atau memelihara anak yatim, sehingga imam Bukhari mencantumkan hadits-hadits itu dalam bab: keutamaan orang yang mengasuh anak yatim. Hadits ini antara lain:
عن سهل بن سعد قال رسول الله صلى الله عليه و سلم:" أَنَا وَكَافِلُ الْيَتِيمِ فِى الْجَنَّةِ هكَذَا » وأشار بالسبابة والوسطى وفرج بينهما شيئاً
“ Dari Sahal bin Sa’ad Rasulullah SAW bersabda: Aku dan orang yang menanggung anak yatim (kedudukannya) di surga seperti ini”, kemudian beliau SAW mengisyaratkan jari telunjuk dan jari tengahnya, serta agak merenggangkan keduanya (HR Bukhari).
Music by Oum Music
Mixing & mastering : Amung at Oum Music
Vocal : Alma
Oud : Amung
-------------------------------------
Video by Oum Picture
Campers : Ahmad & Fandy
Editor : Pras
Follow Instagram Kami
► ESBEYE : https://www.instagram.com/esbeye_offi...
► Alma : https://www.instagram.com/alma_esbeye...
Terima kasih sudah mendukung kami dengan memberikan like, koment, dan subscribe.
ESBEYE Management
► Ihfadz
Call / Wa : 081273731989
muslim imam 在 Imam | Definition, Concept, History, & Meaning | Britannica 的相關結果
imam, Arabic imām (“leader,” “model”), in a general sense, one who leads Muslim worshippers in prayer. In a global sense, imam is used to refer to the head ... ... <看更多>
muslim imam 在 What is an Imam | Sunni and Shia Islam | Wiki - Twinkl 的相關結果
For Sunni Muslims, an Imam is typically the name given to the leader of worship in a mosque. These Imams would lead worship services and prayers, ... ... <看更多>
muslim imam 在 Imam - Wikipedia 的相關結果
Imam is an Islamic leadership position. For Sunni Muslims, Imam is most commonly used as the title of a worship leader of a mosque. ... <看更多>