Assalamualaikum wbt.
Sekali lagi Saya ingin memberitahu semua bahawa Saya telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Urusan serta Pengetua Silverspoon International College & SilverTech International College berkuatkuasa pada 5hb Februari 2021. Saya juga telah menjual kesemua pegangan saham Saya kepada Rodney Lai Hsieh Khoon. Beliau kini adalah PEMILIK TUNGGAL Silver Spoon Resources Sdn Bhd dan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pengurusan kedua-dua buah pusat latihan.
Dengan pengumuman ini, Saya ingin menegaskan bahawa Saya TIDAK lagi mempunyai apa-apa kaitan mahupun tanggungjawab terhadap syarikat tersebut.
Pihak syarikat juga telah dilucutkan hak dari segi undang-undang untuk menggunakan nama, tandatangan, gambar, imej, lakaran, karikatur, silhouette, mahupun sebarang jenama yang berkaitan dengan Professor Zamzani Abdul Wahab, Zamzani Abdul Wahab atau ‘Chef Zam’ berkuatkuasa serta merta dalam semua medium pemasaran, pentauliahan, permohonan kuota pelajar, pembiayaan, penajaan dan lain-lain.
Mereka juga perlu memaklumkan kepada pihak Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST), Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Putrajaya Jabatan Pembangunan Kemahiran - JPK Wilayah Selatan Kementerian Sumber Manusia Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) - Pinjaman Latihan Kemahiran Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran,PWTC Lembaga Zakat Selangor Perkeso MAJLIS AMANAH RAKYAT Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Majlis Agama Islam Negeri Perak serta kesemua agensi kerajaan yang berkenaan secara bertulis mengenai perletakkan jawatan serta penarikan balik nama saya sebagai Pegawai Penilai/Pegawai Pengesah Dalaman untuk kesemua kumpulan pelajar yang terbabit dalam masa 30 hari dari 5hb Februari 2021. Jika masih terdapat sebarang salah guna, tindakan guaman boleh diambil ke atas mereka kerana mengingkari perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Oleh itu, jika ada diantara para pelajar, ibubapa/penjaga/penaja/rakan industri/pihak berwajib yang sedang dan mungkin menghadapi sebarang masalah berkenaan dengan jadual kelas, Jurulatih, portfolio, pemulangan bayaran, balik deposit, pembatalan pendaftaran kemasukan, latihan industri, perjanjian persefahaman, pentauliahan, kemudahan kolej, hostel, persijilan, majlis konvokesyen, hal elwal pelajar dan lain-lain perkara, sila berhubung terus dengan pihak pengurusan kolej. Dengan perletakkan jawatan ini, Saya kini tidak lagi bertanggung jawab.
Harap maklum.
Professor Zamzani Abdul Wahab (Chef Zam)
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
penilai 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
Alhamdulilah. Kami di Multiracial Reverted Muslims (MRM) bersyukur kepada Allah kerana diberikan kepercayaan dan tanggungjawab oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia sebagai panel penilai standard kemahiran dakwah Malaysia.
.
Standard ini akan dijadikan standard melahirkan lebih ramai pendakwah berkemahiran di mana mereka yang menjalani kursus ini setelah diluluskan kelak bakal menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) yang akan diiktiraf seperti Diploma oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemegang Sijil Kemahiran Malaysia boleh menggunakan sijil tersebut untuk memohon pekerjaan di jabatan dan agensi kerajaan.
.
Kami di MRM bersyukur dan merasa bangga kerana dari lima panel penilai yang dilantik, MRM bukan sahaja dilantik sebagai panel penilai tetapi juga diberikan kepercayaan bersama-sama membangunkan standard kemahiran dakwah. Alhamdulilah.
.
Jazakumullahu Khairan kepada sahabat yang menyokong serta mendoakan gerak kerja dakwah dan kebajikan MRM dalam dan luar negara. Hadha Min Fadzli Rabbi.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #nossdakwah @ Grand Dosset Hotel, Subang Jaya Kuala Lumpur
penilai 在 Pakar diari hati Facebook 的最讚貼文
Genius Malaysia!
Genius of Malaysia!Translated
Kelmarin ada budak kena scam pasal menang scholarship NASA. Dia dah happy announce, PM dan menteri pun pakat wish tahniah rupanya news scholarship tu scam. Aduhai.
Apart from scam tu, sebenarnya budak Malaysia memang ramai je cerdik pandai in fact genius.
Aku ada sorang kawan yang boleh masuk kategori top 1% orang cerdik di Malaysia ni, paling tidak pun top 1% untuk kategori umur sebaya aku lah.
Namanya Suhaimi Ramly.
Orang panggil Bal.
Aku mula kenal dia ni dalam tahun 2002-2003 dulu, masa tu dia study di Massachusetts Institute of Technology (MIT), Boston USA.
Aku kenal sebab dia menulis blog powerr nak mampus.
Blog pula tak ada template, plain white macam tu je. Bukan pakai domain blogspot, wordpress, dia pakai domain MIT.
Bal.mit seingat aku dulu ni linknya.
Di MIT dia amik jurusan Mathematics. Minor in Writing. Sebab tu dia terer menulis. Matematik dan penulisan - kombinasi yang contradict tapi Bal ni buat menjadi.
Belajar MIT ambil major Math ni berapa orang je rakyat Malaysia pernah buat. Sekarang mungkin setiap tahun few rakyat Malaysia ada admission ke MIT.
20-30 tahun lepas setahun sorang pun belum tentu.
Bal ni juga rakyat Malaysia pertama yang dapat bronze medal International Mathematics Olympiad (IMO) tahun 1998/99 dulu.
*First Malaysian menang pingat International Olympiad
Bukan biasa biasa lah menang bronze zaman dulu.
***
Lepas habis belajar di MIT dia balik Malaysia kerja dengan Khazanah Nasional. Jadi Associate.
Haa masa ni lah kitorang start selalu lepak.
Aku di KLCC Tower 1, dia di Tower 2.
Boleh kata setiap minggu 1-2 kali mesti lunch sekali. Port Kampung Baru atau Wisma Sentral.
Dia pernah cerita buku buku dia di US tak boleh nak bawa balik sebab terlalu banyak, tak ada space. Masa di MIT ramai juga penyelidik Matematik di Malaysia (Phd holders, pensyarah) minta dia assist cari bahan rujukan.
Kalau lepak dengan dia memang aku kasi dia je bercakap. Apa dia cakap semua benda fact, trivia, info info sedap, dan paling aku suka bila dia borak hal filem.
Dia pernah cakap, filem sekarang (pertengahan dekad 2000) entah bila la dia boleh tengok sebab filem filem lama masih banyak dalam list yang dia nak kena habiskan. Yang list tu pun ambil masa entah berapa tahun nak kasi habis.
Ohh ingat tadi aku cerita pasal Olympiad Math?
Bal ni masa umur 26 IMO lantik dia jadi juri Olympiad peringkat dunia. Ni menjadikan dia sebagai juri pertandingan Olympiad termuda di dunia.
Real gila.
Dia juga jadi ketua jurulatih dan ketua kotinjen Malaysia untuk pertandingan Olympiad antarabangsa. Lama dia bawa team Malaysia dalam 7-8 tahun macam tu.
Tadi aku ada cakap nak masuk MIT tu macam mana punya seksa kan?
Bal ni sejak dia balik Malaysia siapa siapa nak masuk MIT dia akan interview dulu. Dia panel penilai untuk Malaysia. Kalau dia puas hati dengan kepandaian dan kepoweran kau, dia akan tulis surat rekomendasi ke MIT untuk terima kau.
Power!
Ok kau orang yang ada anak anak sekolah rendah mesti pernah dengar Kangaroo Math kan?
So siapa punya kerja mulakan Kangaroo Math di Malaysia ni?
Bal ni lah.
Tahun lepas je penyertaan murid murid untuk Kangaroo Math seluruh Malaysia dah cecah 50,000 orang!
Thanks to this guy.
Berbalik pada kerja di Khazanah tadi,
Bal kerja sana tak lama. Dia resign dan set up educational based company.
Kalau korang pernah dengar nama company Aidan. Tu company dia.
Lama dah Aidan ni, macam macam benda depa buat especially dalam nak membangunkan minat Matematik untuk pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah.
Paling baru, dia co found Pandai dot org.
Apps ni steady. Anak aku hari hari jawab soalan di apps ni. Kalau korang belum ada better install cepat.
Ni orang cerdik nak ke level genius. Aku rasa level Bal ni genius dah.
Banyak jasa dia bangunkan dunia akedemik di Malaysia, especially Matematik lah.
Dengan kepandaian dan kebolehan dia ni, kalau dia stay di US lagi macam macam dia boleh buat - tapi dia pilih nak balik ke Malaysia,
Berbakti kepada ibu pertiwi dan anak bangsa.
Bal mungkin top 1% rakyat Malaysia yang pandai.
Tapi dengan spirit dia struggle menyumbang tenaga di tanah air sendiri,
Maka ini menjadikan dia special top 0.1% dari sejumlah orang orang pandai yang Malaysia pernah lahirkan.
Ini baru betul betul orang cerdik pandai.
Dia tak ada fesbuk, kau tak payah cari.