Minta maaf lebih senang dari minta izin untuk berpoligami? Betulkah konsep begini dan layakkah lelaki begini untuk berpoligami?
.
Andai tidak sanggup berhadapan dengan gelora laut dan ombak, maka tidak perlu berangan untuk bekerja di atas kapal laut. Andai tidak sanggup berhadapan dengan emosi isteri pertama, maka simpan sahaja hasrat berpoligami.
.
Sebenarnya lelaki sebegini akan memburukkan lagi imej islam dan poligami. Juga belum cukup jantan berhadapan dengan onak dan duri. Kalau takut pedas, jangan makan cili.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #poligami #polygamy #mintamaafataumintaizin
「polygamy islam」的推薦目錄:
- 關於polygamy islam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最讚貼文
- 關於polygamy islam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於polygamy islam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
- 關於polygamy islam 在 Polygyny in Islam | Dr. Shabir Ally - YouTube 的評價
- 關於polygamy islam 在 Nouman Ali Khan (Surah at Tahrim) | By Powerful Islamic ... 的評價
polygamy islam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
[Isteri Pertama Carikan Isteri Kedua Untuk Suami]
.
Saya tidak mengalakkan atau membantah poligami. Saya dalam misi menjernihkan agar masyarakat mengamalkan dengan ilmu dan taqwa dan masyarakat yang belum mahu atau belum mampu tidak melihat poligami sebagai suatu syariat yang jijik. Nauzhubillah.
.
Ada yang mungkin membenci saya tetapi saya tidak kisah dibenci berkongsi mana-mana kecantikan syariat Islam. Saya kongsi apa yang masyarakat perlu tahu bukan sekadar apa yang mereka mahu tahu.
.
Saya tidak suka Islam dipandang hina dan seorang sebagai agama pengganas hanya kerana ada beberapa orang Islam melakukan keganasan atas nama Islam. Begitu juga saya tidak suka syariat Islam dipandang hina dan jijik hanya kerana ada pengamal poligami yang gagal mengamalkannya dengan ilmu & taqwa.
.
Alhamdulilah individu ini menghantar mesej kepada saya untuk mencarikan isteri kedua buat suaminya kerana beliau yakin kebaikan yang bertanggungjawab. Beliau tidak melihat wanita our sebagai musuh tetapi saudara di dalam Islam yang juga layak mendapat perlindungan, bimbingan dan kasih sayang dari suaminya sendiri yang terbukti baik.
.
Ramai lagi yang mesej dan saya akan kongsikan dan huraikan buat pemahaman masyarakat. Tidak memaksa berpoligami mahupun menolak. Cari ilmu, fahami dan nilai dengan taqwa.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #poligami #polygamy #pelampaufeminist
polygamy islam 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
Tiada istilah merampas atau perampas suami dalam islam bagi yang memahami erti poligami. Isteri-isteri semuanya adalah sah dan mempunyai hak. Dianggap sebagai adik beradik dan bukannya musuh dalam perkahwinan. Bagaimana ini mungkin? Mereka melakukannya dengan ilmu yang disertai dengan iman & taqwa.
.
Semua ini nampak mustahil bagi Belum Muslim memahami apatah lagi menerimanya tetapi bagi Muslim yang mahu faham serta menilai dengan iman dan taqwa, maka semua ini adalah ibadah.
.
Sebagaimana Belum Muslim sukar memahami kenapa Muslim sanggup membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk menunaikan haji, memakai ihram, berjalan kaki di bawah matahari terik dan apabila ditanya apakah mereka mahu pergi lagi, jawapan yang pasti dari orang beriman adalah mereka mahu melakukan haji walaupun penat kerana kepenatan itu tidak begitu dirasai kerana niat mereka adalah ibadah.
.
Bagi mereka yang tiada istilah ibadah, maka ianya tidak masuk akal membayar sebegitu banyak wang untuk berpenat dan berpanas. Muslim menilai segala sesuatu dengan iman dan taqwa bukannya dengan emosi dan perspektif sempit duniawi.
.
Maaf, kenikmatan ibadah hanya dirasai mereka yang beriman yang belum lagi dirasai mereka yang Belum Muslim kerana tiada ilmu dan kurang faham ataupun adakalanya ego dan emosi yang menghalang mereka.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslim #poligami #polygamy #poligamiharmoni
polygamy islam 在 Nouman Ali Khan (Surah at Tahrim) | By Powerful Islamic ... 的推薦與評價
If you CANT apply POLYGAMY CORRECT-JUST DON'T -Nouman Ali Khan (Surah at Tahrim) ... <看更多>
polygamy islam 在 Polygyny in Islam | Dr. Shabir Ally - YouTube 的推薦與評價
Does Islam really allow a man to have up to four wives? It seems that such a practice puts women in a very challenging and difficult ... ... <看更多>