Sempena malam ni, malam Jumaat....jom cerita pasal pil Postinor.
Mungkin ramai yg dah tahu dan pernah cuba pil ni, dan ramai juga yg mungkin tak tahu.
Pil Postinor ni ialah pil perancang kecemasan ( Emergency Contraceptive). Makna nya, kalau tak merancang langsung, dan berlaku hubungan sex, dan risau pregnant, maka ambil lah pil ini.
Pil ini juga sesuai utk pasangan PJJ yg amat jarang berjumpa, ataupun pasangan yg amat jarang buat hubungan sex( sekali sekala). Jadi utk golongan ini, tak perlu lah nak makan pil perancang.
Pil ini juga berguna bagi mereka yg memang merancang, tapi gagal ( Contraceptive Failure)..contohnya wanita yg lupa makan pil perancang 3 hari berturut turut, lelaki yg gagal teknik pancutan luar ( fail withdrawal), ataupun kondom yg koyak/ tertanggal semasa sex.
Perlu di ingat ya, Postinor ni Emergency punya teknik merancang. Jangan amal kerap sangat makan Postinor. Di sarankan guna hanya SEKALI sahaja dalam satu kitaran haid. Sebab ramai yg suka guna Postinor ni banyak kali dlm sebulan...kalau kuat sex, maka sila guna cara merancang yg lebih sesuai seperti pil perancang bulanan / suntikan perancang / susuk Implanon / alat dlm rahim (IUCD), suami guna kondom.
Kenapa tak digalak kan kerap guna ( > sekali dlm satu kitaran haid)? Sebab ia berisiko tinggi ganggu kitaran haid. Postinor ni hormon, nama hormon nya Levonorgestrel. Bila kitaran haid carca marba, nanti anda sendiri confuse anda ni pregnant ke tak. Byk kali juga aku jumpa wanita yg guna Postinor ni sampai 4 -5 kali sebulan.
Cara guna nya ialah kena makan dlm tempoh 72 jam lepas sex. Lagi awal, lagi afdal.Ada dua jenis, Postinor 1 dan Postinor 2. Ubat nya sama....yg 1 tu ada sebiji je pil, yang 2 tu ada dua biji. Kalau Postinor 2, pil kedua kena makan selepas 12jam makan pil pertama.
Postinor ni bukan pil utk gugurkan kandungan ya ( it is not an abortion pill ).
Kalau dah berlaku pregnancy, Postinor ni tak boleh buat apa apa. Kalau pregnant makan Postinor? OK, takde efek kat baby.
Selamat melayari malam Jumaat.
postinor-2 在 婦科疾病 - Dr.Tseng曾志仁醫師 的相關結果
POSTINOR -2"緊急避孕藥"與一般口服避孕藥的藥物交互作用、及使用禁忌相似,與抗生素(如:tetracyclines、ampicillin、rifampin、chloramphenicol、neomycin、 ... ... <看更多>
postinor-2 在 Postinor-2 Tablets - NPS MedicineWise 的相關結果
Postinor -2 is an emergency contraceptive only. Postinor-2 is not intended as a regular method of contraception. It is used to prevent pregnancy when taken ... ... <看更多>
postinor-2 在 后定諾事後避孕藥(Postinor®) :用途功效 - Hello醫師 的相關結果
常見的副作用包括噁心想吐、服用2~3天後短暫出血、乳房脹痛和頭痛,然而,副作用並不是每個人都會發生的,以上所列不包含所有可能的副作用,若有任何疑慮,請詢問醫師或 ... ... <看更多>