Sate Ayam dan sate Daging ..permintaan anak2....buat sendiri puas hati dan jimat...
Resepi...
isi ayam (kalau saya beli seekor ayam ..ambil isi...tulang boleh masak pedas@sup)insyaallah boleh dpt dlm 25-30 batang
daging lembu yang kurang uratnya...setengah kilo-1 kilo
(ayam atau daging di potong serong2 sederhana nipisnya...letak dlm bekas berasingan) pernah makan sate kan? sate tu ada 3 potongan kan..isi ayam, kulit ayam dan isi ayam kan..so kulit tu nanti disiat dan direbus seketika ..air rebusan kulit ayam ni nanti jangan dibuang...nanti taruk dlm kuah kacang..mmg mabeles..resepi rahsia tau dr kedai....?? kulit ayam tu juga nanti di potong kecil serong atau 4 segi
rempah perap
2 biji bawang besar sederhana besar - di potong kecik2
4 batang serai - dipotong halus
2 inci halia
2 inci lengkuas
1 sudu kecik jintan manis
1 sudu kecik ketumbar
garam
3 cawan gula
3 sudu madu
kunyit serbuk
#blend rempah perap (bawang, serai, halia, lengkuas ) sehingga benar2 hancur serainya...selagi tak hancur tambah air sikit je dan blend lagi..
kemudian bahan blend ni dicampur dengan garam, gula, madu dan serbuk kunyit...kacau sebati..nak rasa pun boleh..sate ni rasanya manis..tapi terpulang pada citarasa masing2 la
bahagikan rempah ni 2 bahagian (jika nak buat sate ayam dan sate daging) dan aduk sebati dengan isi ayam dan daging
perap dulu dlm 3 jam
kemudian cucuk
bahan tuk merenjis sate
masa nak bakar tu sediakan bekas kecil taruk minyak masak dan 3 sudu besar air sate ini utk kita renjis2 masa bakar sate nanti dengan sebatang serai yang diketuk ujungnya... bakar sate jangan terlalu lama sangat nanti kering ..dah sejuk kejung plak..agak2 nak masak angkat n taruk dlm aluminium foil..
kuah sate
2 biji bawang besar -blend
1/2 inci halia - blend
500gm kacang tanah goreng yang ditumbuk jangan terlalu kasar ngan terlalu hancur ..biar sederhana
3/4 cawan minyak masak
gula pasir dan gula melaka
2 btg Serai ketuk
2@3 sudu besar cili blend (mengikut kepedasan masing2)
perasa garam
air rebusan ayam ( yg kita rebus kulit ayam tadi)
air ikut kepekatan yg diinginkan..
tumis bawang, halia dan cili blend dengan minyak masak (sukatan minyak ni biar lebih sikit sb kacang serap minyak) sampai pecah minyak..lagi lama lagi bagus tapi jangan hangit tau
kemudian dah naik bau dan pecah minyak masukkan serai dan taruk air rebusan ayam dan masukkan kacang tumbuk...air tu agak2 ye jangan banyaksangat nanti cair ..kuah kacang ni tak cair..sedikit pekat la..taruk gula dan gula melaka serta garam..dah mendidih tutup api...biasa kalau kuah kacang agak manis kan..
boleh la nanti dimakan dengan nasi impit..bwang potong dan timun
Kredit: Tahrunnisah jali
同時也有7部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Apa khabar warga internet? The Nasi Kandar Show kembali minggu ini. Seperti biasa dalam rancangan ini, Anwar akan mencuba pelbagai Nasi Kandar di sera...
「resepi ayam goreng biasa」的推薦目錄:
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 CARA GORENG AYAM MUDAH DAN SEDAP - YouTube 的評價
- 關於resepi ayam goreng biasa 在 RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH Biasa... - Cik su ... 的評價
resepi ayam goreng biasa 在 Sajian Dapur Bonda Facebook 的最佳解答
Faveret anak bongsu. Biasanya beli di Restoran Mamak saja. Tapi kali ni Maktok cuba masak sendiri. Jenuh juga google, finally dapat resepi ni kat FB.
Maktok panjangkan resepinya di sini ye.
1 ekor ayam - potong, cuci, perap dengan tepung bestari ori( kalau x ada, boh tepung beras, jagung, cukup rasa, garam, pewarna merah mcm ayam nasik kandaq), pastu goreng mcm biasa, ketepikan.
Bahan Kisar:
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
Halia
Bahan Tumis:
Daun pandan
Rempah 4 beradik
Minyak (minyak goreng ayam tadi)
3 sudu makan serbuk cili
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
5 sudu makan sos tomato/cili
Gula perang
Gula putih
Madu
Bijan
Cara:
Tumis bahan tumis, dan bahan kisar sampai naik bau @ pecah minyak.
Masukkan serbuk cili, sos, gula putih, gula perang, tambah air, masak sampai pecah minyak
Masukkan ayam, gaul-gaul. Klu air kurang tambah sedikit, agak nk bagi aym serap kuah.
Masuk madu dln 5 sudu makan, masak lagi sampai bersalut tapi masih berkuah. Rasa tu ikut mulut sendiri nk manis sangat-sangat ke atau nk manis sedap-sedap mlulut.
Dekat-dekat nk angkat, tabur bijan. Siap.
Kredit: Zadariah Zakaria
resepi ayam goreng biasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的精選貼文
Selamat Pagi 🤗 Breakfast apa tu? Kita buat makaroni daging simple2 aje for breakfast. Sy share resepi cara sy buat. Jom la cuba klu ada yg tingin 😋
Bahan:
Makaroni -sy guna half plastik dlm 200-250g (rebus dlu dgn garam dan minyak sket)
Daging/Ayam/Udang/Sotong- ikut uols
Tomato/tomato ceri
Broccoli-sy celur sekejap
Carrot- sy dadukan
Fishbol/fishkek- biasa sy goreng dlu asing 🙂
Ikan bilis/udg kering-kisar/tumbuk
Bwg merah-kisar/tumbuk
Bwg putih-kisar/tumbuk
Cili kisar- 1-2 sudu depends nk pedas mana 😀
Sos tiram- sket
Sos cili- sket
Sos tomato-sket
Serbuk perasa/mushroom seasoning-optional
Cara2:
1) Panas minyak. Tumis bahan kisar/tumbuk smpai naik bau.
2) Masuk cili kisar. Biar masak seketika. Pastu masuk daging/udang/ayam/etc. Biar masak kejap.
3) Masuk sos tiram, sos cili, sos tomato. Gaul sebati.
4) Masuk buah tomato.
5)Masuk makaroni. Gaul2 sekata. Masuk sayur2. Masuk fishball/fishcake.
6) Perasakan garam, serbuk perasa/mushroom seasoning.
7) Sy renjis kicap manis sikit sbb nk dpt kaler cantik. Kemudian, gaul.
Then, rasakan smpai puas hati. Mudah je kn. Hee. Then da siap , bole la makan panas2 sedapp 👩🏻🍳
resepi ayam goreng biasa 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Apa khabar warga internet? The Nasi Kandar Show kembali minggu ini. Seperti biasa dalam rancangan ini, Anwar akan mencuba pelbagai Nasi Kandar di serata Malaysia serta menilai hidangan tersebut berdasarkan 3 kategori iaitu; Nasi bersama kari campuq, lauk-pauk dan harga.
Perjalanan Anwar Hadi tidak terhenti di Teluk Intan malahan kami naik ke bandar Ipoh untuk mencuba beberapa lagi restoran nasi kandar disana. Dalam episod ini, kami mencuba ke salah satu nasi kandar yang popular di Restoran M Salim, Ipoh. Walaupun kombinasi kuah kari disini tidak sama dengan kari di Pulau Pinang, tapi rempah yang digunakan adalah original dan masih mengekalkan identiti Nasi Kandar.
Menu yang kami order disini adalah nasi kandar, kuah campur, lauk ayam kapitan bersama sayur timun dan bendi. Tambahan sedikit sambal kelapa dan telur masin. Satu menu set yang simple tetapi terdapat satu kepuasan rasa yang menyeluruh dan hanya berharga Rm6.80 sahaja. Boleh cuba pelbagai menu lain disini seperti kari kepala ikan, kari kambing, nasi biryani dan juga minuman special Kopi Salim. Restoran M Salim ini juga mempunyai satu lagi cawangan lain di Taman Hoover, Ipoh.
Kalau anda sendiri penah cuba makan di Restoran M Salim, tulis rating yang anda nak bagi diruangkan komen dibawah. Pastikan anda semua sentiasa mematuhi SOP memakai mask, sentiasa basuh tangan dengan sabun atau memakai “hand sanitizer” apabila makan diluar. Pada yang belum cuba, jangan lupa untuk singgah ke Restoran M Salim dan rasakan sendiri keunikkan nasi kandar disini.
?Lokasi » Restoran M Salim
22, Jalan Yang Kalsom, Taman Jubilee 30300 Ipoh, Perak
? https://goo.gl/maps/m5eFrJF9mF8MBJRGA
☎️ 05-255 4786 » Restoran M Salim
⏰ Waktu Operasi » Setiap hari dari 6.30 pagi hingga 11 malam
- - - - - - - - - - - - - - - -
?BELI BAJU-T RASMI DESTINASI TV » https://bit.ly/2Y6xHab
?SUBSCRIBE KE CHANNEL DESTINASI TV » https://bit.ly/2y97bxp
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? FOLLOW INSTAGRAM KAMI:
DESTINASI TV » https://www.instagram.com/destinasitv/
ANWAR HADI » https://www.instagram.com/nooranwarhadi/
- - - - - - - - - - - - - - - - -
?KREDIT: CAMERA OPERATOR » AHMAD ZAMRI (https://www.instagram.com/ahmadzamri/)
CAMERA OPERATOR » ALIF MOKHTAR (https://www.instagram.com/alifmokhtar/)
VIDEO EDITOR » FAEZ KAMALUDDIN (https://www.instagram.com/alfaezy/)
Kalau anda semua suka layan K-Drama atau variety show Korean boleh download aplikasi Viu pada handphone Android anda.
Hanya tekan link ini » https://t.productlink.io/a5200broductlink
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV.Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
©️ Copyright & Disclaimer Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

resepi ayam goreng biasa 在 DESTINASI TV Youtube 的最佳解答
Selamat datang ke rancangan kolektif dari Destinasi TV, Jelajah Makanan Malaysia. Dimana dalam video ini kami mempersembahkan makanan mengikut jenis kategori mereka. Maka dengan itu kami mulakan Episod 1 dengan makanan nasi.
Nasi yang pertama ialah Nasi Lemak Saleha diusahkan oleh Puan Saleha binti Abdullah sejak 30 tahun yang lalu. Kini beliau meluaskan empayar nasi lemaknya dengan pembinaan dapur dan restoran baharu di Sri Rampai.
?Lokasi » Nasi Lemak Saleha
No. 2, Jln Seri Rejang 4, Taman Sri Rampai, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.
?Lokasi » Nasi Kerabu Pulau Belacan
Kawasan Perindustrian Mara, 16100 Pengkalan Chepa, Kelantan
Nasi yang ketiga ialah Nasi ambeng atau nasi ambang adalah hidangan nasi wangi yang terdiri daripada nasi putih kukus, kari ayam atau ayam kicap, rendang daging lembu atau ayam, sambal goreng jawa iaitu gorengan tauhu, tempe dan kacang panjang, bergedel, dan serunding.
Ia adalah masakan Jawa yang popular, terutamanya dalam masyarakat Jawa-Melayumdi negeri-negeri di Malaysia iaitu Selangor dan Johor, Singapura serta di Jawa, Indonesia.
?Lokasi » Warung Ibu Nasi Ambeng
LOT216 Batu 6, 456500 Tanjong Karang, Selangor
Terima kasih buat yang menonton dan teruskan menyokong Destinasi TV!
- - - - - - - - - - - - - - - - -
? Latar Belakang Destinasi TV ?
Destinasi TV merupakan channel Youtube di Malaysia yang akan jalan satu Malaysia dan juga di luar negara untuk buat video tentang makanan. Tidak kiralah makanan Malaysia, makanan Western, dan pelbagai lagi jenis makanan dari serata dunia. Destinasi TV sangat unik kerana akan dihoskan oleh seorang Mat Salleh yang mempunyai jiwa Malaysia iaitu “Rhys William”. Destinasi TV bukan sahaja mengeluarkan video berkenaan makanan sahaja, malah mempunyai rancangan yang akan membincangkan trend semasa, membuat challenge, bermain permainan video dan sebagainya. Rancangan ini dikenali sebagai “Sembang Bros” yang akan dihoskan oleh “Amal” dan “Azri”.
Antara rancangan yang Destinasi TV sendiri keluarkan di Youtube adalah “Mat Salleh Cari Makan”, “The Nasi Lemak Show”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Destinasi Hujung Minggu”, “Trek Mesra”, “Trek Artisan”, “Fjallraven Journey 2017” dan “Jom Pasar Malam”. Kesemua rancangan ini anda boleh lihat di dalam playlist Youtube Destinasi TV. Jangan lupa untuk subscribe dan tekan notifikasi bell channel Destinasi TV jika anda ingin melihat makanan yang sedap, menarik dan unik kami akan sajikan kepada anda dan jangan sampai meleleh air liur. Jangan lupa tekan butang like sebab ianya percuma dan jangan lupa bagitahu kawan-kawan, keluarga, mak cik - mak cik, pak cik - pak cik dan semua orang…. Kerana video Destinasi TV sesuai ditonton oleh semua golongan.
© Copyright & Disclaimer
Kesemua footage video ini adalah hak milik Destinasi TV dan jangan sesekali upload video ini sebagai hak cipta sendiri.
For business inquiries, please email: hello@destinasi.tv

resepi ayam goreng biasa 在 Padu Beb Studios Youtube 的最佳貼文
Nasi Ayam KFC ni sebenarnya dah lama viral di Japan dan dah ramai Youtuber dah cuba buat. So kali ni aku ambil peluang untuk cuba try test masak Nasi Ayam KFC tapi dengan resepi yang telah diolah mengikut selera aku. Nak tahu resepinya?
Bahan - bahan :
1. Beras - 3 cups
2. Air - 3 cups
3. Kicap Masin - 3 tbsp
4. Pati kiub ayam - 1/2 kiub
5. Oregano - 1 tbsp
6. Black pepper - 1 tbsp
Cara- Cara :
1. Basuh beras terlebih dahulu sehingga bersih. Toskan airnya.
2. Masukkan beras ke dalam periuk nasi kemudian campurkan dengan air.
3. Campurkan Kicap, kiub ayam, oregano dan black pepper ke dalam periuk nasi.
4. Gaulkan sebati bahan tadi.
5. Masukkan ayam goreng KFC ke dalam periuk nasi.
6. Masak nasi tersebut seperti biasa menggunakan rice cooker.
7. Siap. Hancurkan ayam tadi bersama nasi yang telah masak.
8. Boleh hidang kepada suami dan anak-anak atau cucu cicit atau pakcik makcik atok nenek great grandmother great grandfather :D
Selamat mencuba guys :D
#PaduBebBros #NasiAyamKFCViral

resepi ayam goreng biasa 在 RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH Biasa... - Cik su ... 的推薦與評價
RESEPI AYAM GORENG KARI YUMMEH Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak... ... <看更多>
resepi ayam goreng biasa 在 CARA GORENG AYAM MUDAH DAN SEDAP - YouTube 的推薦與評價
Bahan BahanAyamserbuk ciliserbuk kunyitserbuk kari dagingmaggi cukup rasagarambawang putih*halia*cara : bersihkan ayam.. tumbuk bahan ... ... <看更多>