bila en suami minta belikan kimchi....tetiba rasa kedekut😅.
benda kita boleh buat...boleh jimat kenapa nak kena beli😬.
anggaran kos bahan mentah tak sampai rm 10 boleh dapat 3 bekas.
secukup rasa seadanya😊.
KIMCHI TEKAK MELAYU STYLE:
========================
Bahan-bahannya:
1. Sebiji kubis napa (cina)-sederhana besar
2. Sebiji carrot merah - hiris nipis
3. Sebiji carrot putih - hiris nipis
4. Segenggam daun bawang - potong sederhana panjang
5. 5 ulas bawang putih *
6. Sebiji bawang holland (sederhana besar) *
7. Satu inci halia tua *
8. 5 sudu sos ikan *
9. 2 sudu kecil gula merah *
10. 3 sudu besar tepung beras yang telah dimasak *
11. Garam halus secukupnya
12. 3/4 cawan serbuk cili (babas pun boleh)
CARA-CARANYA:
=============
1. Kubis dipotong 4 dan dibasuh bersih-bersih setiap helaian dan direndam dalam air dalam 30 minit.
2. Sejatkan kubis dan lumurkan garam setiap helaian daun. Letakkan dalam bekas dan rehatkan sekurang-kurangnya 2 jam. Balik-balikkan bagi garam rata.
3. Panaskan periuk kecil dan masukkan 1/2 cawan air dengan 2 sudu besar tepung beras. Masak sampai likat. Matikan api dan sejukkan.
4. Masukkan semua bahan yang bertanda * dalam pengisar beserta dgn bancuhan tepung beras. Kisar sehingga halus.
5. Masukkan bahan kisar ke dalam satu bekas.
6. Masukkan serbuk cili ke dalam bahan kisar. Gaul rata sampai menjadi pes yang agak pekat.
7. Masukkan juga potongan carrot dan daun bawang.
8. Kubis yang diperap tadi bolehlah diangkat dan dibasuh beberapa kali untuk hilangkan rasa masin yang melampau. Lepas basuh kena perah kubis sampai keluar air yang ada.
9. Kubis tadi boleh dipotong 3 atau lebih kecil.
10. Sesudah tu bolehkah dimasukkan ke dalam pes kimchi. Kacau rata sampai semuanya bersalut mesra.
11. Dah siap dan boleh disimpan dalam bekas.
Nota kasih sayang:
* kimchi boleh dimakan segera dengan rasa sayur-sayuran yang masih ranggup.
* kebiasaannya kimci disimpan pada suhu bilik untuk proses penapaian selama 2-3 hari. Rasanya akan jadi sedikit masam.
* simpan dalam peti ais dan akan ianya akan kekal dengan rasa masam, manis & masinnya.
* nak lebih sedap masa nak makan taburkan sedikit bijan yang disangai.
* sesuai sangat kalau dimakan dengan bubur nasi, nasi goreng & mee segera.
Fuhhh....berjela. Minta maaf banyak-banyak sebab asalnya bagi gamba tak beresepi. Ingatkan tak laku😅😅😅
Yang sabar menanti resepi terima kasih banyak-banyak semoga sabar membuahkan hasil air tangan yang paling bermanafaat.💕💕💕
Pada yang suka kimchi...sukalah. Yang kata masam@ tak kena dengan selera tu tekak masing-masing punya rasa.😇
Kredit: noor azmawani
.
.
同時也有267部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅DESTINASI TV,也在其Youtube影片中提到,Rasa nak makan gulai tempoyak? Ikan Patin? Nak rentas negeri masih lagi PKP. Jom beli ikan patin di Laziz Patin dan cuba 4 resepi mudah ni! Menu 1: I...
「resepi rasa」的推薦目錄:
- 關於resepi rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於resepi rasa 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
- 關於resepi rasa 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳貼文
- 關於resepi rasa 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
- 關於resepi rasa 在 Rasa Share Resipi - Facebook 的評價
- 關於resepi rasa 在 RESEPI MUDAH MASAK IKAN TIGA RASA YANG MENJADI ... 的評價
- 關於resepi rasa 在 resepi rasa - Pinterest 的評價
resepi rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
RESEPI KARI SOTONG TANPA SANTAN
1. Sotong 10 ekor(saiz besar + sederhana) berat dlm 1.2 Kg
2. Bahan kisar
Bwg merah 8 biji + bwg putih 5 biji + halia 1 inci + lada kering 12 tangkai(dibuang biji dan direbus) kesemua bahan dikisar halus.
3. Rempah 4 skwan( buah pelaga+ kayu manis+ bunga lawang + bunga cengkih)
4. Daun kari 1 pelepah
5. Daun pandan 2 helai
6. Bwg besar 1 biji mayang
7. Nisang 1/2 keping
8. Rempah kari 3 sb ( kari Adabi)
9. Serbuk cili 1 sb
10. Serbuk kunyit 1sb
11. Biji sawi 1 sk
12. Gula grm secukup rasa
13. Terung panjang 2 biji
14. Tomato 2 biji ( 1 biji dicincang kecil dan 1 biji dipotong 6)
15. Cili besar merah dan hijau 2 biji
* Resipi ini tidak menggunakan santan
.
Cara2 membuatnya:
🍴 Tumis rempah 4 skwn dgn bhn kisar dan biji sawi, daun kari..bwg besar smpai wangi...masukkan daun pandan..masukkan rempah kari ...serbuk kunyit serbuk cili ...msk smpai pecah minyak..masuk air..tumis lg smpai pecah mnyak lg sekali..biarkan mendidih...masukkan terung dan tomato...masukkan sotong dlm 8 ke 10 minit( jgn terlalu lama nnti sotong liat)...tambah grm gula ikut rasa ..angkat dan boleh hidang...Selamat Mencuba
Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga dipermudahkan segala urusan oleh Allah
resepi rasa 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Late dinner.
Mee bandung 🍜
1/2 bj bwg merah besar
1/2 bj bwg holland
2 ulas bwg putih
1inch halia
2sb udang kering
5tangkai cili kering (rendam air panas 5minit)
Blend bahan diatas dgn sedikit air dan tumis sampai pecah minyak.
Masukkan bahan dibawah dan reneh sehingga ayam betul2 masak (udang letak lambat sikit)
2sb sos cili
2sb sos tiram
Ayam&udang
1sb chicken stock powder
Gula&garam
500ml air
Lepas tu boleh la adjust rasa kuah ikut selera masing2. Then, masukkan 2sb Kacang tanah (disangai tanpa minyak & tumbuk halus).
Bila dah cukup rasa baru boleh pecahkan telur tapi kacau manja2 jer tau. Masukkan sayur (ikut suka) sawi, carrot, bunga kobis, tomato. Lastly bancuh 2sb tepung jagung dgn air biasa dan masukkan kedalam kuah tadi. Dah siap.
Boleh guna mee kuning @ yee mee. Hidangan utk 2 orang.
Resepi asal : marina sweet bakery
resepi rasa 在 DESTINASI TV Youtube 的最讚貼文
Rasa nak makan gulai tempoyak? Ikan Patin? Nak rentas negeri masih lagi PKP. Jom beli ikan patin di Laziz Patin dan cuba 4 resepi mudah ni!
Menu 1: Ikan Patin Goreng Berlado
Menu 2: Patin Gulai Tempoyak
Menu 3: Udang Masak Gulai Tempoyak
Menu 4: Pais Tempoyak Ikan Pari
Dapatkan produk Laziz Patin di:
Shopee: www.lazizpatin.com/shopee
Ejen Laziz: www.lazizpatin.com/ejen
Website: www.lazizpatin.com
#destinasitv #laziz #ikanpatin
Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.
Merupakan sebahagian dari Kumpulan Manggis (https://manggis.group), Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.
Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.
resepi rasa 在 SYEDOT ASMR Youtube 的最佳貼文
giant octopus tentacle dan baby octopus! sedap teruk! dah lama tak makan adududu!
Resipi Sos Seafood : bahan² ni just basic nanti korang adjust rasa dia yang mana tak kena (sbb saya pon tak ingat lepas letak ikut sukatan main adjust rasa ikut selera)
⠀
1) Daun Ketumbar
2) Cili (8biji atau ikut tahap kepedasan korang nak)
3) Sos Ikan
4) Bawang Putih (2 @ 3 ulas)
5) Gula (3 @ 4 sudu)
6) Jus Limau (3biji limau nipis atau pakai lime juice da siap tu pati pon boleh)
⠀
Cara Membuatnya:
⠀
1) (Pakai Lesung Batu atau Blender) Ambil Akar Daun Ketumbar ketuk² bagi hancur.
2) Masukkan Cili & Bawang Putih ketuk² bagi hancur
3) Masukkan Sos Ikan (ermm korang picit agak² la kot dlm 4-5saat agak² je)
4) Masukkan Gula 2-3 sudu (gaul² kan bagi larut)
5) Masukkan Jus Limau (gaul² bagi sebati)
6) Masukkan Daun Ketumbar di potong halus (gaul² sambil lenyek kan dia)
7) Dah Siap! (bila da siap ambil daun ketumbar lagi tanpa potong taburkan kat atas)
8) Tips: Kalau nak lagi sedap masukkan dalam peti ais skjap bahagian chiller dalam 30minit ke atas cengitu! nikmat dia sejuk² allahu! ?
………………
Subscribe & Tekan All Bell Notification ?
SYEDOT GAMING : http://youtube.com/c/SYEDOTGAMING?sub_confirmation=1
SYEDOT ASMR : http://youtube.com/c/SYEDOTASMR?sub_confirmation=1
Jom Join Group Telegram, Aku Ada Dlm Tu Tau: https://t.me/syedotnation
Jom Follow IG Syedot: https://www.instagram.com/syedot.asmr
▬▬ Follow Socmed Syedot ▬▬
instagram : @syedot.asmr
https://www.instagram.com/syedot.asmr/
twitter : syedotASMR
https://twitter.com/syedotasmr
facebook : syedot ASMR
https://www.facebook.com/syedotASMR
facebook page : syedot ASMR
https://www.facebook.com/omgsyedot/
▬▬ Waktu Upload ▬▬
ASMR MUKBANG:
ISNIN 630PM
RABU 630PM
JUMAAT 630PM
GAMING VIDEO: @SYEDOT GAMING
SELASA 8PM
KHAMIS 8PM
▬▬ ASMR + EATING SHOW ? ▬▬
▪︎ Hi, thanks singgah ke channel aku dan yah aku buat video ASMR CRIPS SOUND with combination EATING SHOW MUKBANG
▪︎ Bermaksud gabungan crips sound dari ASMR dengan EATING SHOW berborak borak sambil makan (actually aku baru perasan orang Korea pon da start buat STYLE macam ni).
▪︎ Kenapa tak buat whispering/no talking, sebab rakyat Malaysia masih tak boleh terima Whispering/No Talking (sebelum ni mmg buat cara ni pon, insyallah maybe akan datang akan buat semula).
▪︎ Serta Whispering ni kebanyakkan buat sebab nak sync dengan sound quality dari crisp sound jadi kalau cakap normal akan pecah sound tu dan dorang malas nak edit terjadilah Whisper/No Talking untuk save their time.
▪︎ Bagi aku, ASMR FOOD bukan untuk Relaxation or Sleeping ya! sebab ASMR FOOD ni dia enhance kan bunyi so, White Noise/Humming akan kuat gila kalau guna eaphone jadi tak relax langsung, tapi untuk TRIGGER jadi LAPAR, CRAVING itu semestinya!.
▪︎ Untuk Relaxationg & Sleeping boleh tengok video aku Upload setiap hari Rabu 9PM DUA MINGGU SEKALI yang ini yes! Whispering dan cakap dengan nada perlahan untuk sync dengan brain korang ketika pakai earphone dan buat triggered gila gila sampai meremang bulu roma terutama bahagian tulang belakang.
▬▬ Apa Itu ASMR FOOD? ▬▬
▪︎ ASMR untuk merasakan kenikmatan dan untuk menaikkan stimulasi deria.
▪︎ Anda juga boleh gunakan earphone atau headphone.
▪︎ Jika anda tidak menyukai EATING SOUNDS, PLEASE DO NOT WATCH IT tau.
▪︎ Video ini mengandungi BUNYI MAKAN, MENGUNYAH TAPI TUTUP MULUT BUKAN CHUP CHAP CHUP CHAP dan seangkatanya yang sangat kuat.
▪︎ ASMR adalah Autonomous Sensory Meridian Response, atau lebih mudah dirujuk sebagai Braingasm.
▪︎ ASMR adalah stimulasi deria sensasi yang memberikan impak perasaan positif yang menyalur dari kepala, tulang belakang, sampai belakang tubuh dan akan memberi impak naik bulu roma juga.
▪︎ Setiap orang mempunyai ASMR triggers yg berbeza beza dan saya berharap anda menonton video ini dapat trigger diri anda.
▬▬ ▶︎ Hashtag ◀︎ ▬▬
#mukbangmalaysia #asmr #eatingshow #mukbangindonesia #mukbang #asmrmalaysia #asmrindonesia
resepi rasa 在 iamfuzy Youtube 的最佳解答
Resepi Asam Pedas Ikan Jenahak ni tidak mengunakan belacan sebab saja nak bertukar rasa. Tidak ada bunga kantan sebab bila tiada stok tapi teringin nak makan asam pedas, begitulah jadinya.
1 ekor ikan jenahak, dipotong
3 sudu cili kisar
3 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia - dikisar
2 sudu lada hitam, ditumbuk
1 mangkuk air asam jawa
daun kesum
2 biji tomato, dipotong empat
Air asam jawa
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga pecah minyak
2. Masukkan ikan dan tambah air, kacau hingga ikan mesra dengan kuah dan kemudian masukkan air asam jawa
3. Masukkan daun kesum dan air jika perlu
4. Akhir sekali masukkan tomato. Biar seketika dan tutup api. Perasakan dengan garam secukupnya
Selamat mencuba
resepi rasa 在 RESEPI MUDAH MASAK IKAN TIGA RASA YANG MENJADI ... 的推薦與評價
Assalammualaikum semua. Kali ini DB akan kongsikan resepi mudah masak ikan tiga rasa yang menjadi dan sedap sekali ! Bahan salut ikan : Ikan ... ... <看更多>
resepi rasa 在 resepi rasa - Pinterest 的推薦與評價
Apr 28, 2020 - Explore Rosmila's board "resepi rasa" on Pinterest. See more ideas about rasa, 10 things, ethnic recipes. ... <看更多>
resepi rasa 在 Rasa Share Resipi - Facebook 的推薦與評價
Jom share resipi anda. So sama-sama kita boleh dapat ilmu cuba masakkan baru. ... Rasa Share Resipi. . Public group ... Resepi. 169K members. Join ... ... <看更多>