Tinta mufti:-
✅adalah tidak tepat jika jihad hanya diertikan sebagai peperangan semata-mata. Ini kerana, maksud jihad yang sebenar adalah lebih luas dan bukan hanya tertumpu pada erti peperangan. Seharusnya setiap muslim itu melalui dan melaksanakan setiap tingkatan jihad mengikut kemampuan diri masing-masing. Ia bermula dengan memperbaiki diri (jihad nafsu), jihad melawan syaitan, jihad melawan bid’ah dan penyelewengan intelektual dan jihad menentang musuh yang nyata. Jika ditelusuri sejarah para rasul, sahabat dan tabiin, Islam tersebar dengan dengan dakwah penuh ilmu, beradab dan disulami hikmah. Justeru, Islam tidak sekali-kali mensyariatkan peperangan kecuali apabila keadaan memerlukan demi mempertahankan Islam dan umatnya.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過22萬的網紅@sazalisamad,也在其Youtube影片中提到,Temuramah dari Student Tingkatan 6 untuk assignment beliau. Terima kasih brader Zul, boss Muscular Gym bagi pinjam gym tuk interview shooting JANGA...
「sejarah tingkatan 1」的推薦目錄:
- 關於sejarah tingkatan 1 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sejarah tingkatan 1 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
- 關於sejarah tingkatan 1 在 Facebook 的最佳解答
- 關於sejarah tingkatan 1 在 @sazalisamad Youtube 的最佳解答
- 關於sejarah tingkatan 1 在 SEJARAH TINGKATAN 1 | 华语版SEJARAH频道- YouTube 的評價
- 關於sejarah tingkatan 1 在 Sejarah Tingkatan 1 infonotes - Facebook 的評價
sejarah tingkatan 1 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
Saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA"
Telah lama rakan-rakan di Sekolah Rendah dulu minta saya kongsi tips bagaimana saya daripada seorang "BUDAK DYSLEXIA" boleh siapkan PhD…
Selalunya yang dyslexic (gelaran untuk yang budak dyslexia) ini seseorang yang sukar mengenal huruf atau numbers, apatah nak membaca dan yang obvious mereka menulis beberapa huruf secara terbalik. Contoh mudah, tulis b dan d. u jadi n, q tertukar dengan p. Maka, masyarakat yang tidak tahu seringkali melihat anak-anak ini sebagai yang tidak cemerlang a.k.a lembab dalam belajar kerana “ketidakcerdikan” mereka dalam membaca, mengira dan menulis. Sebak…!
Pengalaman saya sebagai "BUDAK DYSLEXIA" berlaku di Sekolah Rendah sahaja…
Sekolah Rendah saya dulu di SRK Undang, Terengganu, tidak ada apa menarik tentang saya ketika di Sekolah Rendah seorang budak yang tidak boleh membaca daripada Darjah 1 hingga ke Darjah 5 memang tak ada cikgu pandang dan digolongkan dikalangan pelajar bermasalah/lembab.
Saya YAKIN tak ada siapa tahu tentang "BUDAK DYSLEXIA" symtoms seperti saya nyatakan diatas pada tahun 80an. Cikgu pada masa itu, hanya melabelkan sebagai budak lembab.
Mengimbau zaman sekolah rendah , saya akui saya tidak menyukainya! saya BENCI.. BENNCI dan BENCI ke sekolah. Saya jugak dimasukkan ke dalam kelas pemulihan bermula darjah 1, 2,3, 4 dan darjah 5. Setiap kali peperiksaan keputusan amat mengecewakan, lagi teruk Cikgu suruh pergi ke kanan saya ke kiri… Cikgu suruh ke kiri saya ke kanan… itu pun saya confuse... itu lah "BUDAK DYSLEXIA" .
Tapi saya bersyukur Mak dan Ayah saya tidak pernah melabelkan saya sebagai lembab atau bermasalah mereka tidak pernah membandingkan saya dengan adik-adik saya yang lain.. walaupun ternyata adik saya lebih pandai daripada saya.
Dipendekkan cerita.. Walaupun ramai Cikgu melabelkan saya sebagai pelajar lembab/bermasalah ada seorang cikgu ini melayan jer karenah saya iaitu Cikgu Ruslan. Ketika saya Darjah 4 ada suatu hari Kelas Bahasa Melayu Cikgu Ruslan meminta kami menulis karangan tentang cuti sekolah yang lepas, tentulah sekali saya tak mampu menulis. Tapi saya buat-buat pandai menulis denga yakinya. Cikgu Ruslan meminta beberapa orang pelajar membaca karangan mereka, tiba-tiba nama saya dipanggil juga dengan penuh yakin ke saya hadapan kelas. Saya pandang pada buku dan baca karangan saya, sebenarnya saya bercerita apa yang ada dalam kepala saya dan susun ayat-ayat dengan rapi itu kelebihan "BUDAK DYSLEXIA" kami mempunyai DAYA IMAGINASI yang sangat tinggi selain itu, apa yang saya perasan kelebihan saya adalah petah bercakap dan suara lebih lantang daripada orang lain. Cikgu Ruslan memuji BAGUS!. Alahamdulilah Cikgu Ruslan tak mintak buku saya kalau tak memang malu, saya sendiri tak tahu apa yang saya tulis. Sebenarnya Cikgu Roslan ingin memberi keyakinan kepada saya. Semenjak hari itu, saya sangat teruja setiap kali sesi Kelas BM.
Saya lalui proses itu sehinggalah ke Darjah 5. Pada saya di Darjah 5 ada seorang Cikgu Practical saya dah lupa namanya, dia banyak mengajar saya macam mana nak bagi Huruf dan No tak terbalik… pertama dia mintak saya focus setiap kali saya menulis dan setiap kali terbalik dia mintak saya turus baiki dan dalam masa yang sama dia didik saya supaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
Alahamdulilah Darjah 6 saya dah boleh membaca walaupun merangkak - merangkak. Ketika Darjah 6, masing-masing sibuk dengan persiapan UPSR tapi saya masih main-main kerana Cikgu tak bagi tumpuan pun pada saya dan tak ramai cikgu tahu saya dah boleh membaca.
Hinggalah pada suatu hari, saya angkat tangan bila Cikgu Samsudin minta pelajar membaca karangan dalam buku teks… kebanyakan pelajar terutama sekali perempuan yang selalu pandang sinis kepada saya terbeliak mata mereka bila saya angkat tangan secara sukarela untuk membaca teks tersebut tanpa paksa… saya membaca walaupun merangkak haa… saya semakin YAKIN… Cikgu Samsudin dah mula bagi tumpuan dan memberi sokongan yang positif setiap hasil kerja yang saya lakukan.
Sampailah masa exam UPSR dan result saya tak seberapa… tapi pada saat itu saya berazam untuk jadi pelajar terbaik, jadi perhatian dan berguna untuk orang dikeliling saya.
Masuk ke Alam Sekolah Menengah saya nekad tidak mahu peristiwa yang dilebalkan “BUDAK LEMBAB” biarlah kisah di Sekolah Rendah jadi satu sejarah. Dengan RESULT UPSR tak berapa Cemerlang saya ditempatkan dikelas hujung pada Tingkatan 1. Alamdulilah pada tahun pertama di Sekolah Menengah saya diantara TOP Students daripada kelas bawah tahun berikutnya saya berada antara Kelas-Kelas terbaik. PMR dan SPM saya memperolehi KEPUTUSAN CEMERLANG… dan merupakan antara pelajar yang AKTIF dalam Sukan, Pidato, Debat dan lain-lain.
Berada di Universiti ramai rakan-rakan di SRK Undang sudah lupa siapa saya dulu iaitu sorang "BUDAK DYSLEXIA" …
Ramai yang sangkakan saya merupakan pelajar CEMERLANG daripada Sekolah Rendah… Alahamdulilah sekarang saya telah berjaya menggenggam segulung PhD.
Terima Kasih kepada Allah SWT, MAK dan AYAH saya, GURU-GURU saya di SRK Undang dan Rakan-Rakan yang banyak membantu… tanpa mereka mungkin saya tidak seperti hari ini.
INI NASIHAT SAYA (BUDAK DYSLEXIA) kepada ibu,bapa yang mempunyai anak DYSLEXIA agar tidak fikir anak itu bodoh atau lemba mahupun OKU, anda perlu mengesan bakat dan kebolehan yang ada pada anak itu dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka... kepada GURU-GURU jika anda mempunyai pelajar seperti ini bimbing mereka, jangan sesekali sisihkan mereka dan mereka juga perlu didiagnos seawal mungkin supaya mereka tidak dibiarkan terus hidup dalam keadaan yang bermasalah. Mereka perlu mendapat pendekatan pembelajaran yang sesuai tidak sama dengan pelajar-pelajar lain. PERCAYALAH! BUDAK DYSLEXIA mempunyai kelebihan tersendiri terutama sekali DAYA PEMIKIRAN KREATIF dan DAYA IMAGINASI YANG TINGGI dengan itu mereka dengan mudah boleh berfikir diluar KOTAK.
Terima Kasih.
Kredit :
Ts. Dr. Mohd Farizul
sejarah tingkatan 1 在 Facebook 的最佳解答
Semalam balik dari surau, waktu memandu, saya bertanya kepada anak anak soalan ini:
“Apa bukti Tuhan ada? Jika soalan di Tanya oleh orang bukan islam yang tidak mempercayai Tuhan (Ateisme)”
Jawapan anak tingkatan empat.
“Wujudnya manusia sebagai satu-satunya makhluk yang ada “kesedaran ingin merasa penting” itulah tanda Tuhan ada!, iaitu dengan kesedaran ini, kita berpakaian, dan ubah menu makan, bercinta, dan menjaga maruah, contoh dengan “kesedaran ingin merasa penting” maka makanan kita sentiada berubah, ikut selera dan maruah kita, manakala binatang yang tiada “kesedaran ingin merasa penting” makanannya sama dari dulu, zaman purba dulu harimau makan daging mentah, zaman sekarang pun masih makan daging mentah, maka oleh kerana hanya manusia yang ada “kesedaran ingin merasa penting”, itulah bukti Allah ada sesuai dengan firmanya, tidak aku jadikan manusia untuk beribadat.”
Wow, kagum dengan jawapan anak sulung, anak no dua pula, tingkatan dua.
“Bukti Tuhan ada, adalah dengan wujudnya jantung, jantung ini wujud kerana Tuhan mahu, dan Tuhan mengawal jantung. Tiada orang boleh hentikan jantung sendiri, dan bila jantung berhenti, tiada siapa boleh hidupkan semula bermakna ada kuasa yang sedang mengawal jantung semua manusia dan kuasa itu adalah Tuhan"
Wow, simple tapi menarik, okey anak nombor tiga pulak, siperempuan, tingkatan satu:
“Bukti Tuhan ada, adalah dengan kewujudan Nabi Muhammad SAW, kita semua tahu manusia paling terbaik hingga tercatat sebagai manusia paling hebat dalam sejarah adalah Nabi Muhammad, yang mana jika Tuhan ada, maka Tuhan akan cari orang macam ini untuk jadi wakil Dia, so itulah bukti kewujudan Tuhan dengan wujudnya Nabi Muhammad SAW. "
Setuju sangat dengan jawapan anak nombor tiga, agaknya beliau ada baca blog keretamayat topik ini kot, ha ha, so anak nombor empat, sebelas tahun, apa bukti Tuhan itu wujud?
“Mestilah Tuhan ada sebab tuhan cipta alam ini, dan kita akan dapat buktikan bila mati masuk syurga”
Okey, ada point, hmmm, anak nombor lima tak boleh ditanya sebab autism, dia belum faham soalan tentang ketuhanan.
Namun, kewujudan anak syurga ini juga boleh membuktikan bahawa Tuhan itu ada, sebab anak autism ini bercakap dua Bahasa, iaitu Bahasa syurga yang kita tak faham, dan Bahasa kita, kadang kadang anak syurga ni tertarik kepada dunia dia, mungkin dia sedang Nampak kelibat syurga lalu asyik memandang disana.
Kita yang tak faham nampak macam dia kurang ajar, tak bersosial, dan cuba alih pandangan syurganya ke arah kita, dah tentu dia tak nak, maka janganlah bersedih kerana itulah bukti bahawa syurga ada, dan Tuhan ada, dan membuktikan bahawa hidup ini hanya ujian, dan alam akhirat itu pasti kita akan kembali bertemu si anak syurga di sana.
Saya sangat yakin anak autism saya akan ke syurga sebagai lelaki normal, yang tak yakinnya adalah saya yang tak dapat ke syurga sebab banyak dosa, oh..., semoga anak autism dapat tarik saya masuk syurga bersamanya, walaupun tak sama level, biar saya hanya duduk syurga bawah, anak autism di syurga atas, tapi dapat ziarah sekali sekala pun tak apa.. ayah okey.
Jadi duhai semua anak-anak.. nampak Ayah mampu untuk okey adalah bukti Tuhan itu ada.
Woha!
(dipetik dari buku hamka keretamayat, terima kasih sudi membeli belah dihalaman kereta mayat)
sejarah tingkatan 1 在 @sazalisamad Youtube 的最佳解答
Temuramah dari Student Tingkatan 6 untuk assignment beliau.
Terima kasih brader Zul, boss Muscular Gym bagi pinjam gym tuk interview shooting
JANGAN LUPA SUBSCRIBE, TEKAN LOCENG, LIKE & SHARE ya
JANGAN SKIP ADDS juga ya..
Boleh juga follow saya di
https://www.instagram.com/sazali.samad/
https://www.facebook.com/sazalisamad.academy/?ref=your_pages
#sazalisamad #sazalisamadgymandgallery #sazalisamadacademy #binabadan
#bodybuilder #sado #musculargym
sejarah tingkatan 1 在 Sejarah Tingkatan 1 infonotes - Facebook 的推薦與評價
Sejarah Tingkatan 1 infonotes · Page · Education website · Not yet rated (0 Reviews). ... <看更多>
sejarah tingkatan 1 在 SEJARAH TINGKATAN 1 | 华语版SEJARAH频道- YouTube 的推薦與評價
SEJARAH TINGKATAN 1 (KSSM) | BAB 2 | Perubahan Zaman Air Batu Akhir · 赵老师历史讲堂. 赵老师历史讲堂. •. 2.8K views • 8 months ago. ... <看更多>