Jom korang kita sama² membantu ..
Moga Allah permudahkan semua urusannya ..
AKU TAK TAHU MANA PERGINYA KAWAN KAWAN MEDIA YANG SEPATUTNYA BUAT LIPUTAN PADA ORANG YANG MEMERLUKAN.
==============================================
Maaf pos ni panjang sikit sebab aku TAK PUAS HATI.
.
.
Semalam aku ternampak pos dari eina_azman di instagram perihal " DERITA ANAK ECZEMA YANG DIPANDANG JIJIK OLEH MASYARAKAT "
Kemudian aku search terkeluar pada OH BULAN! tentang mereka.
Dari OH BULAN! mereka ambil video ihsan dari METRO TV. Info ni berantai sampailah aku terjumpa owner fb.
Kau bayangkan la orang tengah susah sebab diuji, sikit betul orang buat liputan.
Mana pergi media lain?
Bukan ke hidup berjemaah lebih berkat dan dirahmati???
Semalam terus aku buat carian di google, itu pun tak banyak liputan malahan REACH pada orang ramai tak tinggi langsung.
Yang cuma buat liputan cuma :
.
Pelangi Bin Awan 13/11 54 like | 38 share
MALAYSIA CHANNEL 14/11 5 like | 1 share
Informasi Malaysia Kini 15/11 552 like | 292 share
Berita Hot 15/11 2 like | 0 share
OH BULAN! 16/11 6.6K like | 1,700 share
Viral Masa Kini 0 like | 0 share
Sinar Harian 17/11 8.6k like | 366 share
Nadia bakhtiar 17/11 1.6k like | 3073 share ( baru )
.
.
Baru 8 channel setakat ni. Reach sangatlah rendah.
Aku menyeru pada kawan kawan
1) Founder
2) Blogger
3) Rakan media ( Utusan Online dan BH )
4) Influencer
5) IM ( Internet Marketer )
.
Tolong tolong tolong FOKUS pada berita orang yang memerlukan disamping mencari traffic.
Tahu TRAFFIC IS KING. Tapi tak guna jika tak dimanfaatkan utk bantu orang seperti ni.
Jangan siakan.
Oh ya, tak perlu tanya mana pergi pusat zakat atau jabatan kebajikan masyarakat.
Kita orang islam memang kena bantu orang susah. Ini peluang kita buat kebaikan.
.
.
.
Tolong admin :
@siakap keli
@beautifulnara
@penmerahdotcom
@penhitamdotcom
@rotikaya
@himpunan cerita lawak
@amanznetwork
=====================
.
.
Kalau kau rasa kau dah susah, ada orang seribu kali susah dari kau.
Kalau kau rasa kau paling sakit, ada orang sejuta kali derita dari kau.
Aku faham rasa penat, rasa fedup, rasa sedih, rasa putus asa bila diuji sebegini.
Tiap malam kak nurul terpaksa bersengkang mata sebab nak jaga anak yang terkena penyakit kulit tahap kritikal.
Tiap malam menangis , garu garu sebab gatal, kulit merekah dan pecah akibat eczema.
Berdarah bernanah tu sudah tentu !
.
.
Ditambah teruk pula pabila anaknya terkena jangkitan campak!
Habis 3-3 anaknya terpaksa kak nurul hadap karenahnya ketika sakit.
Suami pula sebagai kelindan lori selalu outstation.
.
.
Paling sedih, masyarakat sekitar memandang jijik pada mereka sampai mereka terpaksa menyepikan diri.
Hati mana bro tak tersentuh kalau dah susah macamni lepastu dicakap sebagai pembawa penyakit berjangkit ?
Ada pula netizen tanya mana pergi suami dia, kenapa isteri je hadap sorang sorang jerit perit rumahtangga?
Bila tengok satu persatu komen di wall kak nurul, aduh.
Boleh sakit jiwa. Geram. Soalan yang langsung tak menenangkan jiwa mahupun meringankan beban.
.
.
Entah macam mana depa hadap bulan bulan hadap keperluan harian utk hidup dengan RM850 sebulan gaji suami.
Kak nurul sepenuhnya suri rumah dan suri hati kepada 3 cahaya mata nya.
Memandangkan kak nurul juga ada masalah mata pada "cornea" yang setahu aku istilah-nya adalah " Keratoconus " , terlampau banyak kerja yg terbatas untuknya.
Tak mungkinlah utk dia buat kerja part time memandangkan anak anak sakit ditambah pula dia pun sakit.
Bulan bulan nak beli ubat klinik aje dah RM300++
Bulan bulan nak bayar sewa rumah RM250
Kos sara hidup lagi.
Susu anak lagi
Pampers anak lagi
eh macam macam lagi la.
aku yang belum bekeluarga pun cakna segala kos.
.
.
Semalam aku dapat tahu dari team pelangi bin awan dah berjaya collect RM10,000 utk beliau.
itu collection utk 5 hari utk 54 like dan 38 share.
Kalau la dapat reach 15k like 10k share alangkah ramainya yang dapat bantu kan?
Mungkin dapat RM50K cash utk depa sekeluarga. Dapatlah depa tenang melalui ujian ni.
ok ini details akaun current baru beliau,
Singgit pun takpe asalkan ikhlas.
tak mampu RM1.00?
takpe. like dan share pun dah cukup.
Kita kan saudara seislam . Nanti nak masuk syurga pun sama sama.
apalah sangat like dan share tu. Ok nah Jemput bantu mereka. ;
Maybank Current Acc
5620 8561 7913
Nurul Ain Bt. Abdullah
.
.
Izzuddin Sukor,
Yang cuba membantu.
.
.
siakap keli fb 在 Vkeong Food Blog Facebook 的最佳貼文
Go'Bang Maju is probably the most well known restaurant in Temerloh for tempoyak dishes. They recently opened a branch in Bangi so tempoyak lovers staying around Bangi/Kajang area need not travel all the way to Temerloh to enjoy this delicacy.
*the river fishes they use are sourced from Sungai Pahang, the D24 tempoyak paste is prepared in the central kitchen at Temerloh to retain the original taste and quality.
**try the Pais Ikan Bakar Tempoyak.. it's absolutely delicious.
#Patin #IkanPatin #Tempoyak #IkanPatinTempoyak
【Masakan Tempoyak D24 Ori Temerloh di Bangi】
Temerloh juga dikenali sebagai Bandar Ikan Patin dan Go'Bang Maju merupakan antara pilihan tepat untuk merasai masakan ikan patin tempoyak.
Bagi mereka yang berduduk di Bangi dan sekitarnya, tahukah anda bahawa Go'Bang Maju mempunyai sebuah cawangan dekat Bangi Gateway?
Jadi andai terasa nak makan 『Patin Tempoyak』 dan 『Pais Ikan Bakar Tempoyak』 asli dari Temerloh, bolehlah datang ke Restoran Go'bang Maju Patin Tempoyak Bangi untuk memuaskan selera anda.
Ikan patin yang diguna disumber dari Sungai Pahang manakala pes tempoyak D24 berasal dari dapur sentral Go'Bang Maju di Temerloh. Ini membolehkan rasa dan mutu masakan tempoyak mereka terpelihara sepanjang masa.
Pais ikan bakar tempoyak juga amat disyorkan terutamanya untuk mereka yang belum pernah mencuba menu istimewa ini. Ikan tilapia dan patin memang sesuai digunakan untuk hidangan ini kerana isi mereka manis dan berlemak.
Selepas disalut penuh dengan pes tempoyak pekat, ia dibalut dalam daun pisang lalu dibakar. Kaedah ini memberi rasa tempoyak yang lagi 'kaw' dan creamy pada ikan, sedap sangat!
Restoran ini juga menyaji ikan bakar air asam, daing salai, dan nasi campur dengan lauk pauk masakan kampung yang menarik seperti udang galah, ikan patin goreng, tempoyak pucuk ubi, ikan nyoknyok masak lemak, ayam goreng berempah dan ulam ulaman.
Patin Tempoyak:
Patin Tempoyak Sangkar Sungai - RM15 (isi dan ekor), RM14 (kepala)
Patin Tempoyak Buah Liar - RM28 seekor
Pais Ikan Bakar Tempoyak - RM18 (patin), RM5.50/100gm (Tilapia)
Ikan Bakar Air Asam:
Kembong, Keli & Pari - RM10
Siakap - RM5.50/100gm
Tilapia - RM5.50/100gm
Lain-lain:
Ikan Kerai - RM12/100gm
Udang Galah - RM15/pc
Patin Goreng - RM10/pc
Ayam Goreng Berempah - RM4.50/pc
Ulam - RM1
Sambal Hitam - RM7/kotak
【Go'Bang Maju Patin Tempoyak Bangi】
🏠 12 & 13A Jalan BG 3B/6, Bangi Gateway 3B, 43650 Bangi
🕛 11am - 10pm (tutup Isnin)
📞 017-369 1705
FB: Gobang Maju Patin Tempoyak Bangi
.
.
#GobangMaju #PatinTempoyak #IkanPatinTempoyak #PaisIkanBakarTempoyak #Bangi #BangiGateway #Halal #Patin #IkanBakar #Seafood #Ikan #MyMakanTV #Makan
siakap keli fb 在 Von Facebook 的精選貼文
Holy shit!
Bawal Power Sempoi Cyberjaya is where you can enjoy a satisfying and filling lunch for RM15 or less.
Located at TSI Sports Arena's food court, they serve a variety of seafood that are grilled or fried which includes squid, black pomfret, stingray, catfish and etc.
Watch HD at https://youtu.be/IiWpvlYPY7s
Customers who eat here usually order the seafood as a set that comes with rice*, fish curry, okra, sambal and 'ulam' as a set. But probably the best thing about this place is that they charge a flat rate regardless of the size of the seafood you pick.
This really makes a difference, as even the largest sotong will be priced the same as the smallest one. So for those who don't feel like eating a lot yet do not wish to waste food, you can opt for the smaller sotong, or better still, get the largest sotong and share it with a friend.
Lastly, make sure you try their Sotong Bakar Percik and Ikan Bawal Goreng because they are absolutely delicious.
*No charge for refilling of rice as long the meal is purchased as a set.
-\-\-
Tahukah anda bahawa anda boleh menikmati makan tengahari yang sedap lagi mengenyangkan pada harga RM15 atau lebih kurang di Cyberjaya?
Bawal Power Sempoi Cyberjaya semestinya satu tempat makan tengahari yang patut diketahui oleh orang-orang yang bekerja sekitar Cyberjaya dan Putrajaya.
Tonton HD di https://youtu.be/IiWpvlYPY7s
Mereka menyaji pelbagai seafood bakar dan goreng di mana Sotong Bakar Percik and Bawal Goreng adalah menu pilihan utama dan wajib dicuba.
Set menu juga tersedia, ia dihidang bersama nasi, kuah kari ikan, bendi, sambal dan ulam. Best sekali, seafood macam sotong dan ikan semuanya dijual pada harga tetap sama tanpa mengikut saiz.
Jadi anda boleh pilih sotong yang paling besar dan harganya akan sama dengan lain yang bersaiz sederhana. Dengan itu, sila pastikan anda boleh habiskan seafood yang diambil dan jangan bazir makanan.
Nasi juga boleh ditambah secara percuma selama order anda dalam adalah dalam bentuk set - jamin puas hati dan kenyang.
Menu (set bakar atau goreng termasuk nasi & ulam):
Sotong - 15
Siakap - 15
Bawal - 11
Kembung - 10
Cencaru - 10
Keli - 8
Pari - 8
【Bawal Power Sempoi Cyberjaya】
🏠 TSI Sport Arena Food Court, Jalan Usahawan 2, Cyberjaya
📞 011-3533 1741
🕛 11am - 4pm (tutup Ahad)
FB: https://www.facebook.com/Bawal-Power-Sempoi-Cyberjaya-1433…/
.
.
#IkanBakar #Pedas #Selangor #Putrajaya #BawalPower #BawalPowerSempoi #Bawal #SotongBakarPercik #Cyberjaya #Halal #Sotong #SotongBakar #Seafood #MakanTengahari #Lunch #MyMakanTV