1. Kerajaan telah gagal. Bagaimana boleh sebuah kerajaan memberi rakyat pilihan, “Jika mahu teruskan kehidupan, ambillah wang simpanan persaraan kamu”, seolah-olah kerajaan sudah lepas tangan.
2. Saya percaya kepada sistem cukai. Bagi saya, jika syarikat sudah mengaut keuntungan di negara ini, mereka harus ada tanggungjawab untuk bayar cukai.
3. Tetapi, saya bukan sebut cukai untuk rakyat bayar. Saya sebut cukai untuk syarikat kaya dan besar bayar. Lebih-lebih lagi kekayaan itu diraih sewaktu musim COVID-19.
4. Sebab itu saya cadangkan dalam Dewan Rakyat supaya kerajaan memperkenalkan “Windfall Tax” kepada syarikat-syarikat pembuat sarung tangan getah di Malaysia yang telah menikmati keuntungan berkali-kali ganda dalam musim COVID-19.
5. Windfall tax atau bahasa mudahnya ialah, Cukai Durian Runtuh adalah sejenis cukai yang kerajaan kenakan kepada mana-mana syarikat yang menikmati keuntungan besar dari satu-satu insiden atau peristiwa.
6. Dalam konteks COVID-19, syarikat yang benar-benar mengaut keuntungan besar adalah syarikat sarung tangan atau “glove makers”. Ada 4 syarikat utama;
- Top Glove Corporation- Untung cecah RM1.9 bilion ringgit (417%)
- Hartalega Holdings Bhd- Untung cecah RM545 juta
- Supermax Corporation- Untung bersih RM789.5 juta (Naik 32 kali ganda)
- Kossan Rubber Industries
7. Tapi, kerajaan tidak cukaikan syarikat ini. Tetapi, sekadar ambil RM400 juta derma untuk beli barangan syarikat ini untuk COVID-19. Maksudnya, syarikat ini langsung tidak terkesan dengan derma, tetapi ambil untung pula.
8. Harus kita ingat, saham dari 4 buah syarikat ini meningkat 441% sewaktu wabak pandemik COVID-19.
9. Kalau kerajaan cukaikan mereka, kerajaan dapat kutip RM4.8 bilion ringgit. Cukai ini juga sifatnya sementara. Sewaktu syarikat ini menerima untung
10. RM4.8 bilion boleh beli vaksin (RM3 bilion), bina kemudahan hospital dan COVID-19, bina sekolah dan buat cash handout.
11. Jadi, apa yang kerajaan buat ini adalah menanggung kerugian dari memperolehi RM4.8 bilion dan memilih untuk terima RM400 juta.
12. Adakah kerajaan telah berkompromi untuk dana politik? Ataupun terus berpihak kepada syarikat kaya daripada rakyat miskin?
13. Jangan kita biar yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin. Kerajaan kenakan cukai bukan untuk tutup peluang mereka berniaga dan meraih untung, tetapi ini tanggungjawab yang perlu mereka kongsi dengan negara.
14. Saya percaya selepas Windfall Tax, kita perlu fokus kepada cukai-cukai lain juga untuk membantu negara ini.
15. Jika tidak dicukai syarikat kaya, maka rakyat hanya akan terus berharap kepada wang simpanan persaraan untuk teruskan kehidupan.
16. Itulah yang kerajaan hari ini lakukan. "Jika rakyat ingin survive, guna wang sendiri". Kerajaan pula, lepas tangan dan berdiam diri.
Jemput baca tulisan Radzi Tajuddin juga dalam cadangan cukai ini.
https://www.majalahlabur.com/kewangan/cukai/cukai-durian-runtuh-untuk-bantu-rakyat/
supermax glove 在 Mohd Asri Facebook 的最讚貼文
6 month later...........
Top Glove
ROI - 456.56%
Kossan
ROI - 304.36%
Hartalega
ROI - 244.50%
Supermax
ROI - 1,136.23%
Careplus
ROI - 1,688.24%
Cepat mengaku siapa dah beli jual lebih 1 round?
Tahniah & alhamdulillah.
supermax glove 在 Mohd Asri Facebook 的最佳貼文
Syarikat umum nak kasi BONUS tapi tak tahu apa maksudnya?
Biasanya syarikat yang untung besar 💰 suka bagi bonus kepada pemegang saham syarikat, jadi baguslah kan?
Kalau nak tahu, ni cara kira dia:
👉 Contoh 1: Top Glove mengeluarkan Bonus Issue 2:1
Maksudnya: 2 unit saham untuk 1 unit saham yang dipegang
Contoh pengiraan:
Unit saham dipegang: 100
Saham bonus diterima: 200
--> Jumlah saham terkumpul: 300 unit
👉 Contoh 2: Supermax mengeluarkan Bonus Issue 1:1
Maksudnya: 1 unit saham untuk 1 unit saham yang dipegang
Contoh pengiraan:
Unit saham dipegang: 100
Saham bonus diterima: 100
--> Jumlah saham terkumpul: 200 unit
*** harga saham akan adjusted apabila ex-date.
SHARE juga dekat kawan-kawan lain ya.
#MentorSaham
#SahamIsCool