Ergonomics takes centre stage, the Prada women looking authoritative in suits and blazers, sharp tailoring defining strong shoulders, the tomboy image unsheathed, clearly that this was about the empowered woman.
Saya suka bagaimana Miuccia mahu menyampaikan mesej bahawa perempuan sudah sama tara dengan lelaki. Di mana perempuan punya tanggungjawab, bebanan dan kuasanya sudah sama. Malah, barangkali sudah melebihi. Dan ada banyak yang saya suka fasal Prada! Daripada bagaimana Miuccia mengembalikan rekaan lapel besar (ala sut vintaj), kepada bagaimana dia menggabungkan ia bersama elemen feminin seperti skirt tassels serta fabrik sheer, kemudian dia berani menggunakan fabrik wool yang selama ini selalu sinonim dengan tailoring lelaki, sehinggalah bermain dengan siluet bulkiness yang diketatkan pada bahagian pinggang. Siluet-siluet ini memang menggambarkan peribadi Neelofa, kalau kamu nak tahu.
Search