Ada sini yang suka makan Daging Kicap Pedas macam ni? Ini adalah menu kegemaran keluarga Sis sekeluarga. Resepinya mudah dan sedap!.
Resepi Daging Masak Kicap Pedas versi Che Nom .
🪴 Bahan-bahan untuk perapan daging :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
🪴 Bahan-Bahan :
500g daging
1 batang serai, ketuk
1 helai daun pandan
1 batang kayu manis
5 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar cili kisar
1 biji tomato, hiris nipis
Kicap manis secukupnya
🪴 Bahan-bahan untuk dikisar halus :
(semua bahan-bahan yang ini perlu di goreng dahulu tanpa minyak hingga layu sebelum dikisar)
Cili kering *anggaran segenggam-ikut kepedasan masing-masing
12 - 15 biji bawang merah
5 - 7 ulas bawang putih
1 inci halia
🪴 Cara Penyediaan :
Hiris daging melintang arah urat supaya tidak liat.
Perap daging dengan bahan-bahan tumbuk halus dan bahan-bahan untuk perapan selama minimum 1/2 jam.
Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan serai, daun pandan, kayu manis,buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih.
Masukkan pula cili kisar dan tumis sehingga garing.
Masukkan tomato dan masak sehingga tomato lembut.
Masukkan daging yang diperap tadi dan tambah lagi kicap manis secukupnya.
Masak sehingga daging empuk dan kuah menjadi pekat.
🪴 Tips :
Lagi lama diperap daging, makin sedap rasanya kerana bahan perapan meresap ke dalam daging dan menjadikannya lembut, kata Che Nom.. (Cuma Sis takut daging tak empuk, tu yang Sis empukkan dalam Noxxa dulu).
Di jamin sedap!!
Selamat mencubanya!
Video Resepi asal Che Nom : https://youtu.be/oaaEuEkIpbs
Blog Sis : https://www.sislin76.com/2021/01/resepi-daging-masak-kicap-pedas-che-nom.html?m=1
Kenapa Saya ingin memiliki peralatan memasak STONELINE Malaysia? Kerana ianya nampak mudah dan selamat ketika menggunakannya, tanpa menjadikan masakan cepat hangus dan semestinya masakan Saya sedap seperti #CheNom.
FB : #Stonelinemsia
https://www.facebook.com/stoneline.my/
#dagingkicappedas #resepichenom
#resepimudahdansedap #giveaway
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...