Berkenalan dengan @tunfaisal semasa kami sama-sama dijemput menjadi tetamu Allah untuk mengerjakan haji yang ditaja sepenuhnya oleh Raja Salman pada 2018.
.
Kenangan yang sukar dilupakan apabila kami bertiga sesat dan terpaksa berjalan 10km dalam cuaca panas hampir 40 darjah celcius selepas melontar jamrah hanya kerana nak makan Al-Baik. 😜.
.
Antara yang bersama dalam rombongan jemaah haji pada waktu itu adalah, Datuk Sheikh Fadzil Awang (Mufti Kedah), Datuk Nordin (KP JAKIM waktu itu), Dato Seri Zaini Ujang & isteri (KSU Kementerian Alam Sekitar), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar (Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM)), Dato Seri Zulkifli (Pengarah Akademi Islam UM), Datuk Akbar (Bekas SU Tun Mahathir & kini CEO MAIWP), Datuk Zulkifle Hamzah (Ketua Pengarang Utusan, Datuk Ahmad Zaini (Ketua Pengarang Berita Harian) & ramai lagi.
.
Syukur pada Allah peluang mengerjakan haji bersama dengan individu-individu yang hebat ini. Alhamdulilah.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #hajj2018 #duyyufurahman1438
duyyufurahman1438 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的精選貼文
Pada tahun lepas, 9 Dzulhijjah, saya berada di Arafah bersama para hujjaj sebagai tetamu Allah Subhana Wa Ta’ala. Rezeki ditaja di bawah program Penjaga Dua Kota Suci, Raja Arab Saudi. Alhamdulilah.
.
Semoga sahabat yang belum menunaikan haji & umrah akan dimurahkan rezeki dan dijemput menjadi tetamu Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen.
.
#islam #muslim #dakwah #firdauswong #multiracialrevertedmuslims #hajj2018 #duyyufurahman1438 @ Mecca, Saudi Arabia
duyyufurahman1438 在 Firdaus Wong Wai Hung Facebook 的最佳解答
Alhamdulilah. Lebih kurang jam 2.30am (7.30am waktu Msia), kami telah selesai melontar Jamarat Aqabah dan tahulul. Alhamdulilah. Ini pengalaman Haji yang pertama saya.
Selama berada di sini saya tidak kongsikan walaupun satu gambar dan post berkaitan haji atas sebab-sebab tertentu.
Saya juga ingin kongsikan bahawa saya telah mendoakan untuk semua sahabat-sahabat yang banyak menyokong usaha dakwah kami agar dimurahkan rezeki, dijemput menjadi tetamu Allah untuk umrah dan haji serta kita semua dikurniakan Husnul Khatimah.
Sahabat yang berada di Mina sekarang, bolehlah singgah & jumpa di khemah no 3, Program Duyyuf ArRahman Tetamu Khadam Dua Tanah Haram.
Semoga semua jemaah haji dikurniakan haji yang mabrur dan sahabat yang belum berkesempatan akan dijemput menjadi tetamu Allah dalam masa terdekat. Taqaballahu Minna Wa Minkum.
Selamat Hari Raya AidilAdha dari Mina, Arab Saudi.
#hajj #haji #islam #muallaf #cinamuslim #chinesemuslim #chinesemuslimrevert #firdauswong #mrm #duyyufurahman1438 @ Miná, Makkah, Saudi Arabia