JUADAH RAMADHAN: Kailan Goreng Ikan Masin dan Cendawan
http://sajiandapurbonda.blogspot.com/…/kailan-goreng-ikan-m…
(Hidangan untuk 4 – 6 orang)
Bahan-bahannya:
2 ikat sayur kalian – potong dan asingkan batang dan daun
1 ketul ikan tenggiri jeruk
1 biji bawang besar – dihiris
4 ulas bawang putih – diketuk
1 biji cili merah – dihiris serong
*4 biji cendawan segar `Shitake' – dipotong kecil (Kak Noor beli di pasar raya Jaya Jusco - sila lihat gambar)
2 sudu makan sos ikan
2 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil gula
2 sudu besar minyak kelapa
(*direndam di dalam air yang dicampur dengan sedikit garam selama 15 minit. Kemudian dibilas bersih)
Penyediaannya:
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan tenggiri jeruk sehingga agak garing.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, dan cili merah di dalam kuali dan kacau sehingga layu.
3. Kemudian masukkan cendawan, sos ikan dan sos tiram. Gaul seketika.
4. Masukkan sedikit air untuk kuahnya, kemudian diikuti dengan batang kailan dan sayur.
5. Kacau sekejap, dan bolehlah dihidangkan.
Search