Ini mungkin ada satu Filem yang boleh buatkan korang bercucuran air mata.
Al kisahnya, Saya pernah jugak tengok video askar balik perang terus pergi sekolah anak dan peluk anak sambil menangis gembira, video tu tak emosi sangat pun, tapi bila tengok kisah benar seorang anak mencari mak kandung yang berpisah sejak kecik, bercucuran air mata beb.. sob sob…
Filem ini berjudul Lion (2016), Kisah benar budak india hilang tak tahu jalan pulang ke rumah masa umur 5 tahun, hampir nak jadi mangsa pelacur kanak kanak, tapi dia lari hinggalah di pungut jabatan kebajikan masyarakat India.
Untuk info, di india, 80 ribu kanak kanak hilang setiap tahun, dan 11 juta kanak kanak hidup gelandangan.
Lalu datang pasangan mat saleh dari Australia yang bagitahu, dunia ini tertalu ramai manusia, buat apa nak ada anak sendiri? Jika nak anak jugak, ambik sahaja anak yatim piatu yang menderita dan bahagiakan mereka. (Geng anti barat jika baca niat orang bukan islam yang baik ini tentu menangis terharu sebab masih wujud orang sebegini di zaman ini?)
Maka budak india tupun jadilah anak angkat ikut mak ayah baru ke Australia, di besarkan dengan kasih sayang, dan bila dewasa, si anak yang rindu pada abang, kakak, dan ibunya mulai menjejak kampung sebab waktu hilang dia tak tahu nama kampung, cuma yang dia ingat, ada tangki besar dekat stesen keretapi. Bila ada Google Earth, diapun scroll semua tangki dekat stesen keretapi dan start balik jejak rumahnya.
Malas nak spoiler, lagi korang tak tahu apa kisah benar yang menanti, lagi seronok waktu menonton.
Cuma lepas tonton tu rasa rindu sangat nak berjalan di kampung, esoknya saya ajak bini dan anak berjalan dari rumah arwah mak saya ke sekolah lama saya, jarak 2km.
Saya lalu ikut jalan yang saya menapak waktu kecik, ikut celah rumah orang, cari balik kedai yang saya pernah beli tikam dulu, cari balik pokok yang saya lepak sambil makan aiskrim Malaysia dan berkumandang waktu tu lagu Wings Belenggu Irama dari kedai runcit pasang kuat kuat,
Tapi bila masuk kampung, semuanya dah tak sama, pokok dah ditebang, kedai dah tutup, padang dah bertukar jadi rumah.
Namun.. bila sampai depan sekolah anak anak pelik tengok saya senyum sewaktu pandang sebuah rumah yang berada betul betul depan sekolah, saya bagitahu pada anak anak, ayah dulu sekolah petang, balik sekolah semua berkumpul depan rumah ni tengok Ultraman dari TV dalam rumah ni, sporting tuan rumah buka pintu luas luas, walau suara Ultraman tak dengarpun, bila muncul Ultraman lawan raksasa, kanak kanak bersorak macam orang tua tengok bola, oh kenangan.
Di belakang sekolah ada pantai, saya kemudianya terus lepak tepi pantai dengan anak bini dan bagitahu, satu sahaja yang tak berubah sejak dahulu iaitu pantai.
Ops, lupa nak tazkirah: Rujuk filem berjudul Lion, (nama budak tu) maka saya pun bercerita kisah Singa versi islamik ditepi pantai kepada anak anak.
Al kisah maka tersebutlah sebuah kisah akan seekor anak singa yang telah terpisah dari kumpulan singa-singa yang lain. Maka anak singa itu pun berjalan-jalanlah ia dengan cemas sehingga ianya sampai ke pinggir hutan yang mana nun di sana terdapatlah sebuah padang rumput yang luas yang didiami oleh sekawan kambing.
Apabila Ketua kambing melihat seekor anak singa yang berzaiz kucing dan dalam kesedihan maka di atas dasar keperibinatangan, bersetujulah Ketua kambing bagi mambenarkan si anak singa untuk menyertai kumpulan kambing-kambing tersebut.
Maka tinggallah anak singa bersama kumpulan kambing tersebut. Setelah sekian lama masa berlalu, maka si anak singa telah meningkat remaja dan sudah mulai baligh. Dia telah lupa akan asal-usul dirinya sendiri sehingga hidupnya tak ubah seperti kambing. Makan rumput macam kambing, melompat macam kambing, takut air pun macam kambing sehingga ke tahap kronik, dah mengembek pulak macam kambing.
Mungkin pada ketika inilah saksi-saksi yang melihat anak singa mengembek di dalam kumpulan kambing lalu mencipta pepatah melayu, iaitu : masuk kadang kambing mengembik.. Wallahu’lam.
Tapi satu perkara yang amat mendukacitakan hati anak singa adalah ia selalu ditanduk oleh kambing-kambing yang lain. Nak melawan tak de le daya upaya kerana fikirnya macamanala nak melawan, aku tak ada tanduk macam mereka.
Maka sedihlah hati anak singa dan selalulah dia bercita-cita dan berdoa agar diberi tanduk macam kambing malahan diberi tanduk yang lebih besar lagi agar dapat membalas perbuatan kambing-kambing durjana itu.
Di pendekkan cerita, pada suatu hari yang lain ketika anak singa duduk bersendirian mengenangkan nasibnya yang malang, lalu lah sekumpulan singa di situ. Maka seperti resam kambing, anak singa cuba melarikan diri, tetapi ia telah di kepung dan tak dapat nak lari.
Dipendekkan cerita selepas sessi suai kenal, ketua kumpulan singa telah menerangkan kepada anak singa tentang siapakah dirinya yang sebenar. Sangat susah anak singa nak terima kenyataan tu, tapi akhirnya ia akur juga.
Setelah selesai latihan yang diterima dari ketua singa maka anak singa telah kembali kepada kumpulan kambing. Seperti biasa kambing-kambing itu meneruskan tradisi pembuli mereka iaitu ingin menanduk anak singa. Kali ini anak singa telah bersedia. Ia mengeluarkan kuku yang telah lama tersimpan dan membuka mulut sehingga menampakkan taring yang tajam. Dan... dengan sekali ngauman, semua kambing-kambing telah bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Jadi wahai anak anakku, singa itu adalah ibarat kita orang islam yang ada kekuatan dakwah, tapi telah lupa kekuatan kita kerana telah lama bergelumang dalam dunia kambing, errr, maksud ayah dunia orang kafir.., sehingga mereka lupa akan asal usul.
Dalam dunia ‘kambing’, ‘tidak mandi’ adalah betul, dan ‘tanduk’ adalah senjata yang hebat…
Tanduk itu diibaratkan seperti senjata Nuklear, Harta, dan Takhta.
Yang mana di sisi Allah semua itu ibarat sarang labah-labah yang langsung tidak boleh memberi manfaat dan mudarat…
Tapi orang islam di zaman ini kebanyakkannya telah yakin akan semua itu dan berdoa meminta tanduk agar dapat menentang kambing-kambing yang lain.., sungguh kasihan.
Padahal mereka orang islam telah terlupa bahawa, ‘Kuku, taring dan ngauman singa’ yang telah sedia ada dalam diri mereka, adalah perumpamaan kepada kekuatan islam dalam kerja dakwah yang mana para Sahabat Nabi dalam menjalankan kerja ini, Allah telah meletakkan kegerunan pada orang kapir sejauh sebulan perjalanan…
Semoga kita semua tidak menjadi kambing atau menjadi singa yang ingin menjadi kambing… jangan menjadi such Lions led by such Lambs...
Sekian.
******
Habis bercerita pada anak di pantai, kami kembali balik rumah jalan kaki. Lepas tu saya cakap pada anak, korang patut bersyukur, sebab tak perlu jalan kaki macam ayah dulu, arwah datuk korang tak mampu nak ada kereta macam ayah sekarang, dulu hari hari ayah jalan 4km pergi balik ke sekolah tau?. Sekarang ayah hantar dan ambik korang depan pintu sekolah, bersyukurlah.
Anak jawab:
"Kalau sekolah saya tepi pantai macam sekolah ayah 4km pun tak penat!"
Woha!
同時也有5部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Episod 2 :- "Gerbang Kayangan" Album Terbaik Sil Khannaz SINOPSIS EPISOD 2:- Gerbang Kayangan merupakan album kedua mereka oleh kumpulan Sil Khannaz....
「kumpulan lagu melayu」的推薦目錄:
- 關於kumpulan lagu melayu 在 Facebook 的精選貼文
- 關於kumpulan lagu melayu 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
- 關於kumpulan lagu melayu 在 Ernie Diana Facebook 的最佳解答
- 關於kumpulan lagu melayu 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的精選貼文
- 關於kumpulan lagu melayu 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
- 關於kumpulan lagu melayu 在 Linda Onn Table Talk Youtube 的最佳貼文
kumpulan lagu melayu 在 Papa Azri Facebook 的精選貼文
Apakah anda perasan sejak PH kalah teruk di Tanjung Piai tempoh hari, ada beberapa isu yang membakar sentimen perkauman terutama Melayu dan Cina. Isu yang sengaja dicetuskan yang mana membangkitkan kemarahan orang Melayu dan juga Cina
Umum mengetahui D4P telah ditolak oleh pengundi Cina di Tanjung Piai dan mereka amat ketakutan kerana jika ianya terus berlaku maka mereka akan kehilangan base mereka iaitu undi masyarakat Cina. Hanya inilah yang mereka bergantung harap sejak sekian lama ditambah dengan kebangkitan MCA yang semakin diterima baik oleh masyarakat Cina.
Kita semua tahu D4P tidak akan pernah berhenti memainkan isu perkauman kerana mereka hanya boleh bergantung harap dengan isu perkauman bagi meraih sokongan masyarakat Cina dan juga India. Ianya sudah terbukti hingga kepada tragedi 13 Mei 1969 yang dicetuskan D4P.
Selepas PRK Tanjung Piai satu persatu isu sengaja ditimbulkan, ianya seolah dirancang sama sekali.
1) Dong Zong membuat kenyataan mendesak masyarakat Cina untuk menolak tulisan Jawi
2) DAP Perak tuntut geran tanah Kg Baru 999 tahun.
3)MABA Malaysia Basketball Association dengan cara sengaja menyanyikan lagi Negaraku dengan bendera jalur gemilang beserta bintang lima.
4) Pengumuman terbuka oleh kumpulan NGO masyarakat Cina yang telah membawa balik abu mayat Chin Peng (Komunis) ke Malaysia.
Ini yang berlaku dalam beberapa minggu selepas D4P hilang sokongan masyarakat Cina di Tanjung Piai. Keempat-empatnya bertujuan membakar sentimen perkauman antara orang Melayu kepada Cina kerana dengan tindakan keempat empat yang disebut diatas itu sudah pasti mendapat kecaman dari masyarakat orang Melayu.
Paling ketara adalah pengumuman kumpulan yang membawa balik Abu mayat Chin Peng. Mereka mengumumkan abu mayat Chin Peng dibawa balik pada 16 September 2019. Mereka tidak pernah mengumumkan sebarang berita pada sebelum ini sebaliknya hari ini mereka tampil dan ianya jelas dirancang untuk menyemarak kan api perkauman dendam orang Melayu kepada kekejaman Komunis.
D4P sedang memainkan sekali lagi race card yang hanya mereka ada iaitu perkauman. Mereka sudah semakin terdesak dan mereka akan terus memainkan isu-isu perkauman agar dapat menarik kembali sokongan masyarakat Cina kepada mereka.
Saya berharap masyarakat Melayu bertenang dan usah melompat dengan kenyataan ataupun isu yang diputarkan D4P hari ini. Kita telah berjaya dalam penyatuan Ummah, kita telah berjaya dalam Muafakat Nasional dan kita telah berjaya menafikan segala tuduhan D4P selama ini yang kata Melayu Taliban, pengganas dan sebagainya. Moga terus Istiqomah.
Saya juga minta masyarakat Cina untuk buka mata seluas-luas nya dan lihat lah permainan yang D4P sedang lakukan hari ini dalam mempergunakan masyarakat Cina sebagai perisai. D4P telah terbukti gagal menunaikan janji janji yang mereka tabur kepada masyarakat Cina. Mereka tahu janji yang dibuat tidak dapat ditunaikan justeru itu mereka memutarkan sekali lagi lagu yang menyemarakkan api perkauman orang Melayu dan Cina.
Saya mohon semua berhati-hati dengan media sosial kerana D4P telah menggerakkan pasukan Red Bean Army (RBB) nya untuk melaga-lagakan masyarakat Cina dengan Melayu sepertimana mereka lakukan sebelum ini Melayu vs India.
DAP musuh kita semua rakyat Malaysia.
***Live malam ini standby antara jam 11 mlm ke atas.
Sir Azri 26/11/19
#bubarparlimen
kumpulan lagu melayu 在 Ernie Diana Facebook 的最佳解答
INFO TERKINI UTK BHG. MIRI.. 👍👍
Majlis Seni Sarawak (MSS) akan menganjurkan Pertandingan Tarian Tradisional dan Nyanyian Lagu Melayu Asli Peringkat Bahagian Miri pada 2-3 Mac 2019 yg akan dikelolakan oleh Pejabat MTACYS bhg Miri bersama Pejabat Majlis Seni Sarawak Bhg Bintulu. Penyertaan utk pertandingan Tarian Tradisional adalah 15 tahun ke atas dan Lagu Melayu Asli adalah berumur 18 hgga 65 tahun.
Kategori Tarian yg dipertandingkan ialah
1. KATEGORI TRADISIONAL (IBAN)
2. KATEGORI TARIAN KREATIF ETNIK
MANAKALA utk pkt pemilihan Lagu Melayu Asli (LELAKI/WANITA) senarai lagu telah disediakan oleh pihak penganjur.
Pihak kami mengalu2kan penyertaan kumpulan tari samada dr Persatuan, Perkumpulan, Sekolah sekolah menengah, IPT dan sebagainys... yg ada di Bhg Miri.
Kumpulan Tari yg dinobatkan sbg JUARA dan TOP 6 JOHAN Lagu Melayu Asli di seluruh bahagian Negeri Sarawak akan mewakili Bhg masing2 ke FESTIVAL TARI & NYANYIAN LAGU MELAYU ASLI PKT NEGERI SARAWAK 2018 di Bahagian Betong pd 1-4 Mei 2019
Dapatkan Borang Penyertaan dr Pejabat MTACYS Bhg Miri yg dulunya KPS dan sebarang pertanyaan sila hubungi Pegawai Penguasa En. Ennie Lukong Pejabat MTACYS Bhg Miri 085-419624 ataupun En. Tuah Jili, Pengurus Zon Utara di talian 086-316443, Pejabat Majlis Seni Sarawak Bhg. Bintulu (Pegawai yg bertanggungjawab)
Sekian. Harap maklum....
#MOHONSHARE🙏🙏🙏🙏
kumpulan lagu melayu 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的精選貼文
Episod 2 :- "Gerbang Kayangan" Album Terbaik Sil Khannaz
SINOPSIS EPISOD 2:-
Gerbang Kayangan merupakan album kedua mereka oleh kumpulan Sil Khannaz. Ia telah dilancarkan pada sekitar tahun 1997 melalui Nebiula Production. Ia juga merupakan album pertama mereka yang menggunakan gaya bunyi ala-ala heavy metal dari 80-an daripada album sebelum ini dan ia diperkenalkan lagu-lagu dalam senikata Bahasa Melayu. Album ini telah dijual sebanyak 50,000 salinan. Ia merupakan jualan paling tertinggi dan ia kali pertama album ini berjaya dijual di sekitar Eropah.
Latar Belakang :- Berasal dari Perlis, Malaysia
Genre :- Melodic Death Metal, Thrash Metal
Tahun Aktif :- 1987–sekarang
➡Syarikat rakaman :-
◾Nebiula Production
◾Ultra Hingax Production
◾Mamat Records
◾Valentine Sound Productions
◾Pony Canyon Music (M) Sdn.Bhd
◾IGM (2)
◾Bsync Live Sdn.Bhd
◾Interglobal Music Publishing (M) Sdn.Bhd
➡Pengkarya Berkait :-
◾Brain Dead
◾Infectious Maggots
◾Vociferation Eternity
◾Blackfire
◾Necrotic Chaos
◾Metalasia
◾Suffercation
➡Ahli Semasa :-
◾Jaie Jokkhannaz - (vokal)
◾Dark E - (gitar)
◾Roy - (gitar)
◾Hashim Pestilence - (bass)
◾Adjhezz - (drum)
➡Bekas Ahli :-
◾Che' Mat - (drum)
◾Adi Katak - (drum)
◾Din Pendita Gila - (bass)
◾Joe Slaughter - (gitar)
◾Tom Decibel - (bass)
◾CD Naz - (gitar)
◾Lan Bye - (drum)
✴DISKOGRAFI SIL KHANNAZ (1987-2020)✴
➡Album Studio :-
◾Conception of Madness (1993)
◾Gerbang Kayangan (1997)
◾Bara Pawaka (2000)
◾Darah Muda (2003)
◾Berdiri Antara Panji-Panji (2006)
◾Tawanan Dosa (2018)
➡EP :-
◾Pendita Gila (1995)
◾Thunder Roar (2015)
➡Demo :-
◾Doctrine to Hell (1990)
◾Assassin Led By Blasphemy (1992)
➡DVD Dan Video :-
◾Rockumentari (2004)
◾Official Bootleg DVD (2008)
➡Album Kompilasi :-
◾Purnama 13 (1993)
◾Best of Sil Khannaz (2004)
➡Album Live :-
◾Stronger Than Before (1997)
◾20th Anniversary Live at Planet Hollywood (2097)
✴Siri Meniti Perjuangan Perjalanan Sil Khannaz✴
Episod 1 :- Lahirnya Band Death Metal "Sil Khannaz" Dari Utara.
LINK :- https://youtu.be/a_juzsrPtvc
Episod 2 :- "Gerbang Kayangan" Album Terbaik Sil Khannaz
LINK :- https://youtu.be/UH0w2ebhhlc
Episod 3 :- Sil Khannaz Terus Hebat Hasilkan Karya-Karya Terbaik Buat Peminat
LINK :- https://youtu.be/BA510nxtvhM
Episod 4 :- Album Ke 5 Sil Khannaz "Tawanan Dosa & Diskografi Album (1987 - 2020)
LINK :- https://youtu.be/DzEOjXl47_0
#SilKhannaz #MenitiPerjuanganPerjalananSilKhannaz #Episod2
Mohd Ikram Amz Official YouTube Channel 2021©
kumpulan lagu melayu 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳解答
BAND TARANTULA - SUPERBIKE | MUSIC VIDEO | REPOST |
SUATU ketika dahulu, muzik rock kapak pernah menggegarkan industri hiburan tempatan apabila lagu-lagu yang dimainkan menjadi ikutan ramai. Muzik rock pernah berada di papan atas dalam senarai populariti, terutamanya sekitar tahun 80-an dan 90-an.
Atas inisiatif itulah, kumpulan Tarantula mahu menghidupkan kembali genre muzik yang pernah mempunyai jutaan peminat di seluruh tanah air.
Kumpulan yang diasaskan sejak 2004 itu disertai enam orang iaitu Johari Jumadi selaku vokalis, Ahmad Faizal Ibrahim (gitar utama), Hazrai Wahid (gitar kedua), Khairul Azhar Ibrahim (gitar bass), Mohd. Talha Abdul Rahman (pemain drum dan Asmadi Zainal (pemain keyboard).
Menurut Johari, tujuan mereka mahu mengembalikan genre rock kapak adalah kerana lagu-lagunya yang mempunyai jutaan peminat dan masih diminati ingga kini.
"Walaupun kelihatan seperti sudah semakin tenggelam dalam industri muzik tanah air, tidak dinafikan genre ini masih mempunyai peminat.
"Selain itu, muzik yang dihasilkan juga lebih menarik kerana dekat dengan pendengar yang menjadikan lagu-lagunya mempunyai perasaan dan hidup," tambahnya.
Antara lagu-lagu yang dinyanyikan kumpulan ini termasuklah Jangan Merajuk, Merebut Waktu dan Selamat Tinggal Cinta.
#Tarantula #Superbike
kumpulan lagu melayu 在 Linda Onn Table Talk Youtube 的最佳貼文
Dengar cerita Zarul dari zaman 90an ke era baru, tentang dunia pramugara Zarul dan keadaan ketika kejadian MH370 serta macam2 lagi.
subscribe: https://www.youtube.com/channel/UCWkI1-CViv79n6BFk7uTeJg
0:00:56 - kembali ke industri
0:02:07 - kenapa zarul berhenti
0:04:38 - jual apam balik
0:06:00 - kenapa pilih jadi steward
0:07:52 - focus balik ke bidang zarul
0:10:36 - 2010 pangil balik buat single
0:11:26 - jumpa PR lama balik
0:12:36 - alamak ada orang tau ke lagu aku ni
0:13:20 - masuk gegarveganza
0:15:17 - zarul fit
0:18:33 - peminat lelaki
0:18:57 - buka baju ada 6 pack
0:20:07 - Boleh berlakon saya ni
0:21:39 - lebih suka berlakon?
0:22:12 - zarul kayu!
0:23:40 - zarul artis dua zaman
0:26:10 - public phone
0:26:42 - anak umur 20 tahun
0:28:07 - tayang isteri
0:29:59 - drama serie syurga kedua
0:31:37 - macam mana boleh kekal begini
0:34:34 - isteri pangil apa
0:35:28 - saya flexible
0:36:34 - pop melayu
0:37:28 - lagu ramalanku benar belaka berhantu
0:38:34 - kumpulan umbrella
0:40:26 - peminat2 zarul
0:42:23 - 2013 menang fav celebrity blogger
0:44:50 - tk sempat nak blog lagi!?
0:45:30 - apa lagi zarul nak...
0:47:24 - product/lagu baru
0:48:08 - 17 tahun dalam MAS
0:49:58 - banyak negara zarul pergi?
0:51:24 - kejadian MH370 dan MH17
0:53:08 - lepas 2 hari kejadian terpaksa kerja ke paris
0:55:04 - saya betul2 takut
0:56:34 - MH17 masih bekerja
0:58:14 - terima kasih kongsi cerita
0:59:04 - kepada peminat2 baru
subscribe: https://www.youtube.com/channel/UCWkI1-CViv79n6BFk7uTeJg