CRAZEE CHEEZEE WEDGES
Super simple resepi yang digemari Mommy and kids. ?
Another dish yang selalu kita nampak dekat Bazaar Ramadhan kan ? Sebenarnya senang sangat nak buat. So Kak D share simple Cheesy Wedges yang creamy guna F&N Evaporated Filled Milk.
Ingredients :
1. Potato Wedges - 300G
2. Pre-Mix Cheese Powder - 100G
3. Water - 100ML
4. F&N Evaporated Filled Milk - 100G
Method : Refer video okay.
Mudahkan ? Bahan pun tak banyak kena pakai. Hassle-free and cepat ! Selamat mencuba guys ❤
#FNResipi
#FNResipiBazaar
#FNResipiRamadhan
masakan rumahan sederhana 在 Diera Dylan Youtube 的最讚貼文
AYAM PERCIK KAK D MERECIK ✨
Mesti ramai yang frust tahun ni tak ada Bazaar Ramadhan kan ? Tak dapat makan makanan dekat bazar yang selalu kita beli. One of them yang Kak D rindu Ayam Percik !
Worry not ! Sebab dengan F&N semua masakan jadi mudah, cepat and sedap !
Since Kak D teringin nak makan Ayam Percik, why not buat sendiri kan.
Bahan-bahan :
[Perapan Ayam]
1. Ayam - Potong 6/8
2. Serbuk Kunyit - 1/2 Tbsp
3. Garam - 1 Tsp
4. F&N Susu Isian Sejat - 1/4 Tin
[Sambal Percik]
5. Bawang Merah - 2 Biji
6. Bawang Putih - 4 Ulas
7. Halia - 1 Inci
8. Serai - 3 Batang
9. Cili Boh - 5 Tbsp
10. Minyak Masak - 1/2 Cup
11. Susu Isian Sejat F&N - 3/4 Tin
12. Garam - 1 Tsp
13. Gula - 3 Tbsp
14. Serbuk Kunyit - 1/2 Tsp
Cara-cara penyediaan : Refer video okay.
Mudah sangat dan yang paling penting sedap ! Selamat mencuba.
masakan rumahan sederhana 在 Diera Dylan Youtube 的精選貼文
Pernah tak you guys masak Lontong atau Nasi Impit then kuah dah habis, Lontong tersebut terbiar lepastu basi then kena buang ? JANGAN BUANG, jangan membazir. You guys boleh try masak Lontong Goreng ni.
Lontong Goreng ni famous dekat Johor. Mula-mula I berhijrah dulu ke Muar 3 years back, husband selalu bawa makan Lontong Goreng ni. Honestly mula-mula geli ya nak makan, tapi sekali dah makan hari-hari I minta husband beli. ?
Tapi Lontong Goreng yang dibeli tak boleh kalahkan husband I punya Lontong Goreng, sedap gila ! Mungkin sebab air tangan suami mithali ?
So resepi ni I bagi yang husband selalu masak, sukatan bahan-bahan yang dia selalu pakai.
Ingredients :
1. Lontong - 1 1/2 Pack [Size Besar]
2. Bawang Merah - 3 Biji
3. Bawang Putih - 3 Ulas
4. Ikan Bilis - Segenggam Anak
5. Cili Padi/Api - 20 Biji [Ikut nafsu]
6. Belacan - Besar Ibu Jari
7. Telur - 2 Biji
8. Ayam - Ikut kemahuan
9. Fishcake - Ikut keperluan
10. Sos Tiram - 1 Tbsp
11. Daun Sup - Tabur [Tapi I lupa letak ?]
-
So lepasni jangan membazir Lontong yang lebih tu ya, kesian dia. Ada orang nak dapat makanan pun susah. Kita bersyukur dengan apa yang kita ada.
Susah mana kita, ada orang yang lagi susah. ☺️
Eh ceramah pula. K sekian. ♥️