😖 Guys.. YANG PERNAH DI DAERAH WANHUA, TAIPEI CITY PER TANGGAL 21 APRIL - 14 MEI 2021 METUO, COK!! RAPID - TEST.
Kontak gw : https://faisalsoh.com/kontak/
tanggal 31 mei 在 Faisal Soh Facebook 的最佳解答
⚠️Taiwan memasuki tanggap C-19 tingkat 2.
6 peraturan baru antisipasi C-19 yang dikeluarkan CECC untuk per tanggal ✅[11 Mei 2021 - 8 Juni 2021]
tanggal 31 mei 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的精選貼文
*Dari YB Shahruddin Salleh*
BERSATU LAH,...
السلام عليكم
1. Masa berlalu begitu pantas, seumpama kilat, hari nie saya dah janji nak tulis lagi, tulisan lepas bertarikh 15 Mei, iaitu hari lahir saya,
2. Sebulan berpuasa di bulan Ramadhan telah berlalu, dan sekarang kita pun sudah berada lebih seminggu di bulan Syawal, kita sibuk berpuasa 6 sekarang,
3. Juga telah berlalu tarikh 18 Mei 2020, tarikh persidangan Dewan Rakyat penggal ini, tarikh yang cukup digeruni dan ngeri oleh sesetengah pihak, tidak boleh tidor lena dibuatnya,
4. Persidangan yang hanya merupakan hari Perasmian Dewan oleh Baginda Tuanku Yang DiPertuan Agong,
5. Tidak ada perbahasan, tidak ada soal jawab soalan-soalan lisan, luar dari kebiasaan, norma baru, agaknya takut kan covid 19,
6. Dewan Rakyat akan disambung nanti bulan Julai, bulan depan, insha Allah, semua kita ahli-ahli Parlimen menunggu, penuh debaran! Siap, Jaga kau! (bahasa bangsa Johor),
7. Saya telah berkunjung hormat Tun M di Ibu Pejabat Bersatu pada jam 3 ptg hari Jumaat 29 Mei 2020, yang pada mulanya patut berjumpa di Yayasan Kepimpinan Perdana YKP,
8. Memang tak sabar-sabar nak jumpa Tun, pengasas Bersatu dan Negarawan,
9. Tun selalu membebel dalam mesyuarat MPT berkenaan keahlian Bersatu, kesian pada Saudara Akram Shah yang kena jawab, berapa ramai ahli Bersatu sekarang? Saya sebagai SUA kecut perut dibuatnya, itulah dia Tun,... tegas ! No play play !!! Macam- macam hal berkenaan keahlian Bersatu dibangkitkan! Panas ,...!
10. Saya berjumpa Tun hari Jumaat lepas antara lain sebagai reaksi surat SUK kepada Tun, yang kandungan nya kata, Tun dah gugur keahlian Bersatu secara automatik, disqualified himself,..
11. Pulak gitu,..
12. Perlembagaan Bersatu ditafsirkan begitu, katanya oleh pakar undang-undang. Tun dah duduk di barisan pembangkang di Dewan Rakyat dalam persidangan bulan lepas. Maka Tun dah masok pembangkang,
13. Saya tanya Tun, betul kah Tun dah masok Parti pembangkang? Tidak sekali-kali katanya! Tun nafikan,..
14. Saya ambik keputusan untuk menyertai PN dan menyokong TSMY jadi PM. Beliau telah dapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat dari kalangan ahli-ahli Parlimen,
15. Sebagai ‘budak’ TSMY pastinya saya amat gembira apabila beliau menjadi PM,
16. Saya bertanya pada diri sendiri, adakah Perikatan Nasional PN ini telah wujud sebagai badan sah? Lengkap dengan Perlembagaan dan pendaftaran ROS,
17. Sepanjang ingatan saya, PH adalah badan sah didaftar dengan ROS dan ada sijil pendaftarannya,
18. Pada saya, PN adalah sekadar nama badan persatuan tidak rasmi antara ahli-ahli Parlimen yang bersetuju TSMY sebagai PM,
19. PN bukan gabongan parti-parti, apatah lagi saya belum lihat, kaji dan bahas sedalam-dalamnya Perlembagaan PN yang telah dibawa ke Perhimpunan Agong Khas atau setidak-tidaknya ke MPT dan telah sama-sama kita putuskan disitu bahawa Bersatu telah BERSETUJU masok PN?
20. Tun tak masok atau setuju dengan perkara 18,
21. Bolehkah ditafsir Tun masok pembangkang? Sokong parti pembangkang,...
22. Saya tak mahu lihat Bersatu lemah kerana kita berpecah dan berbalah. Boleh pengsan bila kita baca perbahasan kita dalam media sosial,... kita saling melondeh kain sendiri,.. di viral,.. dah tak ada segan silu lagi,.. mana kita dapat budaya begini rupa?,..
23. Saya jugak tak mahu lihat Bersatu mati tidak berkubur, tidak berbatu nisan,
24. Saya sayangkan Bersatu, sayang sangat-sangat, ... betapa sukarnya membina Bersatu, susah payah lawan BN, ke sana ke sini bersama Tun dan TSMY dan rakan-rakan versi 1.0,..
25. Masa tu saya ADUN Jorak, ulang alik antara Ibu Pejabat Bersatu menjalankan tugas-tugas SUA dan menjaga kawasan di Pagoh, tidor dalam kereta di RnR tu biasa, itu belum lagi kempen road show Bersatu dan PH,.. Allah saja yang tahu betapa nikmat dan sengsaranya pada ketika itu,..
26. Terkenangkan akan Tun M dan Tun Siti begitu komited berkempen, sana sini, utara selatan, timor barat,.. ribuan yang hadir,.. الحمدالله ..... kita menang bentuk Kerajaan!
27. Majoriti yang masok jadi ahli Bersatu adalah kerana Tun,.. bukan pasal nama saya!!! Shahruddin,..tak siapa yang kenal ! ADUN saja, EXCO pun tak, semasa dalam BN dulu, jasa pun tak ada,..
28. Jasa Tun, umpama sebesar dan seberat bumi ini,.. Tanpa Tun, Bersatu akan terkujur layu, mati lah Bersatu,..
29. Hari ini hari Isnin, tanggal satu Jun tahun 2020, saya berjanji nak buat kenyataan, azam dan hala tuju saya dalam Bersatu dan Kerajaan, tidak ada niat lain saya,..
30. Saya nak lihat Bersatu kuat dan kukuh; sayang saya pada Bersatu mengatasi sayang saya pada Tun dan TSMY,... Barang di jauhkan sekali parti Bersatu di lihat sebagai melukut di tepi gantang dan ahli-ahli awal yang tulin dalam perjuangan pula dipingggirkan,...
31. Andai kata saya perlu letak jawatan sebagai Timbalan Menteri Kementerian Kerjaraya, saya akan letak jawatan, demi memperkukuhkan Bersatu, supaya masa sepenuhnya dapat saya tumpukan pada Bersatu. Sebagai SUA pertama saya kenal KB, Srikandi dan Armada. Mengajak dan memujuk ahli-ahli yang ramai di bawah sana supaya tidak berbalah yang hanya akan melemahkan Bersatu. Ada yang dah merajuk, dah nak keluar Bersatu,... saya kata,.. JANGAN LAH BERTINDAK BEGITU!! Please,... BERSATU LAH,...
32. Andaikata saya perlu meninggalkan rakan-rakan PN dan kembali semula kepada PH dan disitu ada JAMINAN bahawa Bersatu akan kuat dan terus hidup, maka saya akan jugak sedia lakukan!
33. Akhir kalam untuk kali ini, cuba saudara berikan jawapan yang seikhlas-ikhlasnya kepada saya. Saya sekarang adalah ahli Parlimen Sri Gading. Adakah PN atau PH yang akan memberikan laluan mudah tanpa bahas untuk menerima calon ahli Bersatu bertanding di Parlimen Sri Gading di PRU15 nanti? PN atau PH? Itu jugak adalah jawapan kepada satu soalan paling pokok. Lebih selamatkah Bersatu dalam PN atau dalam PH?,.. Saudara jawab!!!
Jaga jarak, jaga kesihatan, jaga Iman.
YB Shahruddin Salleh
Ahli Parlimen Sri Gading P149.
01-06-2020
########