Semua orang ada buat silap.
Alkisahnya.. Hamka keretamayat ditegur kesalahannya, dan beliaupun tersenyum..
Soalan pembaca:
Asalamualaikum abang keretamayat,
Saya telah membaca buku kisah anak Autisme anda yang berjudul Kerana Dia Anak Syurga.
Maaf jikalau ini akan membuatkan abang terasa hati , saya cuma mahu menyatakan dalam petikan m/s 66 ada satu pernyataan ayat "Nauzubillah" maaf ye saya nak menegur sebaiknya menulis NAUZUBILLAHMINZALIK hendaklah menghabiskan begitu agar ayat yang disampaikan sama maksud dengannya maaf jikalau encik terasa saya ini agak hipokrit tetapi saya juga manusia biasa. Maaf jika saya pun tersalah dan terkasar di sini niat untuk menegur sahaja.Tapi setakat ini penulisan dan mesej sangat memberi kesan yang positif kepada saya.
Jawapan penulis:
Waalaikumusalam
Saya tidak terasa hati dan saya sangat gembira jika ada yang sudi menegur saya, sebab antara niat saya menulis adalah:
"Saya menulis agar jika ada yang saya tulis itu salah maka akan ada orang tahu salah saya dan sempat tegur saya sebelum saya mati dan dapatlah saya perbetulkan salah saya sebelum mati, tapi jika saya tidak tulis kerana takut salah, maka tiada orang yang tahu salah saya dan sayapun tidak tahu apa salah saya dan matilah saya dalam kefahaman yang salah, sebab itu suka saya pesan kepada mereka yang mahu menulis, jangan takut salah tulis! tapi jangan tulis benda salah, tulislah apa yang betul namun kerana kajahilan diri kita mungkin ada yang kita tidak tahu itu salah namun setelah ditulis, barulah orang lain akan tahu salah kita dan dapat kita diperbetulkan"
Jadi terima kasih dan tahniah kepada Tuan kerana menegur saya, namun setelah saya menyemak carian NAUZUBILLAH di Halaman Dewan bahasa dan Pustaka, maka jawapan DBP:
Maklumat Kata: Kamus Bahasa Melayu
Carian: nauzubillah
[na.Öu.zu.bil.lah] | نعوذبالله
Definisi : , nauzubillahi : kita berlindung dengan bantuan Allah (mudah-mudahan Allah melindungi kita). (Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat)
Maka dari carian ini, saya dan sesiapa sahaja tidak salah menggunakan ayat separuh nauzubillah.
Pada pendapat saya kekeliruan timbul bila kita tersalah tafsir Bahasa arab. Sebab ada yang mentafsir: "Nauzubillah" tu bermaksud “Moga Dijauhkan Daripada Allah”. Jadi kena tulis penuh "Nauzubillahiminzalik" yang membawa maksud “Moga dijauhkan daripada Allah daripada perkara tersebut”. Sebab jika tulis separuh takut nanti termakbul permintaan kita tu konon kita nak jauh dari Allah.
Tak betul tu tafsir macam tu.
Okey, mari belajar Bahasa arab:
Min=Dari,
Bil=Dengan,
Maka, nauzubillah bermaksud : kita berlindung DENGAN bantuan Allah, bukan kita berlindung DARI Bantuan Allah.
Rujuk ayat "Aku berlindung DARI Godaan Syaitan", ada MIN kat ditu, Bukan BIL.
Maka dalam kes ini, maaf anda di terima dan saya pula minta maaf kerana menegur anda bahawa anda salah dalam memahami bahasa arab.
Semoga kita semua selamat dari azab api neraka.
Nauzubillah.
Woha!
Ps: Bagi yang belum tahu, Buku Kerana Dia Anak Syurga ini di tulis oleh saya yang ada anak OKU autisme dan turut bersama 12 penulis yang ada anak OKU, Bapa OKU, diri sendiri OKU dan pelbagai kisah ketabahan hati dan bagaimana dari medan ujian bertukar menjadi medan kesyukuran.
Nak beli? boleh kunjungi kedai buku atau rujuk wasap di ruang komen.
Woha!
同時也有25部Youtube影片,追蹤數超過40萬的網紅David Teo,也在其Youtube影片中提到,Masjid juga salah satu punca tarikan bagi pelancong ke sesebuah Negara. Jom kita tonton 6 Masjid tercantik di dunia. VIRAL!! Cabin Crew Malindo Air "...
'm salah 在 Miszrockers blogspot Facebook 的最佳貼文
Kita ni sekarang dah hidup dengan macam-macam virus. Kehidupan bukan lagi seperti duhulu, kehidupan dengan norma baharu.
Sekarang orang lebih peka, lebih ambil berat untuk jaga kesihatan diri dan keluarga. Tingkatkan imunisasi badan dengan ambil suplemen.
Salah satu suplemen yang nad baca ialah Eskayvie Diffenz. Eskayvie Diffenz berbentuk tablet yang boleh dikunyah dan mempunyai perisa blackcurrant yang lazat. Rasa enak dan sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja.
Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar
Baca penuh di https://www.miszrockers.com/2021/09/eskayvie-diffenz-tingkatkan-sistem-imun.html?m=1
'm salah 在 Heliza Helmi Facebook 的最讚貼文
[𝙍𝘼𝙔𝙐𝘼𝙉 𝙎𝙐𝙈𝘽𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 ] - 𝙆𝘼𝙈𝙄 𝙈𝙀𝙈𝙀𝙍𝙇𝙐𝙆𝘼𝙉 1000 𝙋𝘼𝙍𝘼 𝘿𝙀𝙍𝙈𝘼𝙒𝘼𝙉 - 𝘿𝙀𝙍𝙈𝘼𝙒𝘼𝙉 𝘿𝙄 𝙇𝙐𝘼𝙍 𝙎𝘼𝙉𝘼 𝙐𝙉𝙏𝙐𝙆 𝙈𝙀𝙉𝙔𝘼𝙇𝙐𝙍𝙆𝘼𝙉 𝙎𝙐𝙈𝘽𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙆𝙀 𝙋𝙐𝙎𝘼𝙏 𝙋𝙀𝙉𝙂𝘼𝙅𝙄𝘼𝙉 𝙆𝘼𝙈𝙄 !!!
عن أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
ُ
Dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak solleh yang selalu mendoakannya.” (HR Muslim No: 3084)
✅Seperti sedia maklum fasa PKP telah memberikan kesan yang sangat hebat terutama dalam intitusi pendidikan terutama kepada Maahad-Maahad Tahfiz secara kursusnya.
✅Kami memerlukan 1000 orang para dermawan untuk infak kepada pusat pengajian kami. Hasil infaq akan disalurkan untuk Pengurusan & Pentadbiran, Penajaan Makan Pelajar, Pembelian Tanah Tahfiz, dan keperluan sekolah lain-lain.
✅Peluang dibuka kepada anda semua untuk merebut saham akhirat.
◽Ingatlah Allah dalam berinfak, maka Allah akan mengingati kalian dalam membalas (apa yang kalian infakkan)
وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ
”Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya.” (QS.Saba’:39)
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami:
.
016-619 4224
.
atau boleh transfer ke
NADI HUFFAZ RESOURCES
CIMB
8601115811
.
Maahad Tahfiz Nadi Huffaz
No. 2, 2-1 Jalan MR 1/6, Taman M Residensi 48020 Rawang, Selangor, Malaysia
Kod Sekolah : BZH7052
.
.
Follow IG Tahfiz : @maahad.tahfiz.nadi.huffaz
'm salah 在 David Teo Youtube 的精選貼文
Masjid juga salah satu punca tarikan bagi pelancong ke sesebuah Negara. Jom kita tonton 6 Masjid tercantik di dunia.
VIRAL!! Cabin Crew Malindo Air "SIGNING OFF" | #Infokini #2
https://www.youtube.com/watch?v=1FOlY...
TUN M SECARA TERBUKA BERKATA ANWAR TIDAK LAYAK MEMEGANG JAWATAN PERDANA MENTERI #61
https://www.youtube.com/watch?v=rNWrU...
Hak Seorang Isteri Non Muslim, Setelah Suami Masuk Islam | #ApaKataPeguam #16
https://www.youtube.com/watch?v=EBmEa...
HUN HAQEEM KENA BUANG KOLEJ?? | #Dramalit #9
https://www.youtube.com/watch?v=079o-...
Hun Haqeem Menari Dengan Awek Mana tu? | #Dramalit #4
https://www.youtube.com/watch?v=Qjana...
#Top6 #MasjidTercantik #trending #viral #FullMovie #Mig #MigPictures #DavidTeo #Metrowealth #MigMovie
====================================================
Subscribe Youtube DavidTeo : https://www.youtube.com/user/davidteoMETROWEALTH
Instagram : https://www.instagram.com/davidteo99
Facebook : https://www.facebook.com/davidteo99
SILA LIKE, COMMENT, SUBSCRIBE, & SHARE.
Copyright By / Hakcipta Terpelihara : MIG Pictures.Sdn.Bhd
'm salah 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
0:00 - Intro
02:35 - Neelofa & PU Riz Bakal Umum Tarikh Nikah
13:57 - Shuk Sahar Mahu Kembali Bersama Keluarga
16:18 - Nabil Menangis Join Geng Tabligh 3 Hari
19:21 - JemimahChallenge, Ini Reaksi Pasha Ungu
22:37 - Bapa M Nasir meninggal dunia
24:43 - Pemenang EDMA 2020
26:50 - Drama Takdir Yang Tertulis Trending
30:35 - MK Ucap Terima Kasih Pada Joe Flizzow
32:15 - Azizan Osman Kongsi Pengalaman
33:43 - Penyanyi Lelaki Buat Servis Urut
37:27 - Review Produk dari Penaja
Spekulasi hubungan Neelofa dengan PU Riz yang dikatakan sudah putus telah pun terjawab. Neelofa telah pun mengesahkan hubungan dengan tunangnya itu masih baik dan positif.
Dalam satu temubual semasa sidang media virtual sempena pelancaran aplikasi gaya hidup Islam, The Noor, Neelofa telah menjelaskan kontroversi hubungan dengan Riz yang dikatakan bergolak pada bulan lepas, hanya salah faham serta ada cerita yang tidak berasas yang timbul sehingga memburukkan lagi keadaan dan hubungan mereka.
#NEELOFA #SHUK #PURIZ
https://instagram.com/budiey - Follow My Instagram
http://youtube.com/budieychannel - Click to Subscribe!
http://budiey.com - Visit My Blog!
http://facebook.com/BudieyDotCom - Become a Fan!
http://twitter.com/budiey - Follow Me!
'm salah 在 DESTINASI TV Youtube 的精選貼文
?ETS
ETS (atau dikenali sebagai Eletric Train Service) merupakan sebuah keretapi antara bandar yang dioperasi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) pada 12 Ogos 2010. Ia merupakan keretapi tolok metre yang terpantas di Malaysia dan diwujudkan sebagai perkhidmatan yang memiliki keseimbangan dari segi kepantasan dan keselamatan. Terdapat dua jenis kereta api yang digunakan iaitu KTM Class 93 dan KTM Class 91 dimana boleh menampung sebanyak 346 / 312 kerusi di setiap set kereta api. Kelajuan sepantas 140KM/jam dapat mengurangkan waktu perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar dari 12 jam ke 5 jam dan juga dari Kuala Lumpur ke Gemas dari 4 jam ke 2 jam.
Untuk mengetahui info lebih lanjut dan ingin membeli tiket ETS, boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/ETS.html
https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
?ERT
ERT atau dikenali sebagai Ekpress Rakyat Timuran merupakan perkhidmatan keretapi antara bandar yang dioperasikan oleh Keretapi Tahan Melayu Berhad (KTMB). Ia juga dikenali sebagai KTM Antarabandar / KTM Intercity. Kereta api ERT hanya tertumpu perjalanan Timur - Selatan iaitu dari Gemas ke Tumpat.
ERT juga menawarkan dua jens kelas iaitu Seats Class dan Sleeper Class; dimana para penumpang boleh memilih sama ada membeli tempat duduk biasa atau “bunk bed” berhawa dingin yang cukup selesa untuk perjalanan jauh. Apa yang menarik di ERT adalah ia mempunyai fasiliti yang lengkap seperti kafe yang menawarkan pelbagai makanan yang menyelerakan. Jika anda malas untuk pergi kafe, pihak ERT juga membuat servis troli katering dimana mereka akan menjual makanan dan minuman kepada para penumpang.
Untuk mengetahui lebih lanjut dan ingin membeli tiket ERT, boleh layari:
http://www.ktmb.com.my/Intercity.html
https://eticket.ktmb.com.my/eticket/
?Shuttle 60 (SH60)
Shuttle 60 merupakan kereta api perkhidmatan harian lokomotif di laluan Pantai Timur dari Gua Musang ke Tumpat. Shutte 60 merupakan perkhidmatan dibawah Shuttle Timur, dimana ia menawarkan perkhidmatan keretapi harian yang popular sepanjang Laluan Pantai Timur. Shuttle ini menawarkan akses kemudahan untuk penduduk tempatan yang tinggal di kawasan perkampungan di negeri-negeri Timur Pahang dan Kelantan. Shuttle ini berhenti di semua perhentian sepanjang laluan dengan harga yang sangat berpatutan untuk penduduk tempatan sebagai pengangkutan utama di rantau tersebut. Ia mempunyai kemudahan seperti kafe di keretapi ini.
Tiket Shuttle Timuran / SH60 hanya boleh membeli “on the spot” di kaunter sahaja.
??Antara tempat yang kami lawati di sekitar Kelantan :
?Masjid Razaleigh
Masjid Razaleigh ini merupakan mercu tanda baharu Kelantan yang terletak di Gua Musang. Berkeluasan 70,000 kaki persegi, masjid ini mempunyai rekaan yang unik dimana masjid ini diinspirasi daripada Masjidil Haram di Makkah.
⛩Tokong Swee Nyet Keung (Tokong Mek)
Tokong Swee Nyet Keung merupakan tokong yang dibina oleh masyarakat Cina seawal kedatangan mereka di Kelantan di Kampung Pulai dari negara China kira-kira 400 tahun yang lalu. Tokong ini menjadi salah satu tarikkan pelancong untuk datang ke Gua Musang, khususnya untuk kaum Cina
?Taman Etnobotani
Terletak di sekitar pekan Gua Musang, Taman Etonobotani merupakan taman herba dan pusat inkubator yang berasaskan herba untuk usahawan-usahawan tempatan. Taman Etnobotani ini juga menyediakan aktiviti riadah kepada para pengunjung seperti “Rock Climbing", chalet dan banyak lagi.
??Pasar Siti Khadijah
Diinspirasikan oleh nama isteri Rasulullah SAW, Siti Khadijah, seorang wanita yang berjaya dalam bidang perniagaan. Menariknya, majoriti peniaga di pasar ini adalah kaum wanita yang terkenal dalam perniagaan. Antara barang yang diniagakan di Pasar ini adalah kuih-muih tradisional Kelantan, sayur-sayuran, makanan m entah, rempah ratus dan kraftangan.
?Pusat Kraf Tangan Kelantan
Merupakan satu pusat terutamanya para pengusaha dan penggiat seni kraf tempatan untuk mempromosikan hasil produk mereka. Malah, terdapat juga aktiviti pameran, demonstrasi dan interaktif kraf tempatan yang menjadi tarik tumpuan para pengunjung.
?Wayang Kulit Pak Dain
Diasaskan oleh Pak Dain, seorang pengiat seni yang memperjuangkan seni Wayang Kulit, dimana beliau terkenal dengan mencipta “Wayang Kulit Fusion” yang menarik perhatian generasi muda dengan persembahan Wayang Kulit modern inspirasikan daripada filem “Star Wars”,
?RS Serunding
Serunding Ramlah Salleh (RS) merupakan pengeluar Serunding terkenal yang berasal dari Kampung Laut, Kelantan. Para pengunjung boleh mendapatkan Serunding yang berkualiti dengan harga yang berpatutan di sini.
?Ayu Fashion
Berlokasi di Tumpat, ia merupakan bengkel batik yang diasaskan oleh Tuan Haji Mahadi@Ibrahim Deraman. Di sini para pengunjung boleh melihat hasil pembuatan Batik menggunakan teknik Batik Cop
?KTM Depot Tumpat
Merupakan Depot Lama KTM dari tahun 1966. Ia mempunyai sebuah rumah api dimana para pengunjung boleh melihat kawasan perkampungan, yang asalnya merupakan sebuah muara laut.