Hari ni Mira nak share #MFresipi yang simple tapi sedap 💖
KUEW TEOW LADNA
Bahan-bahannya :
● Kicap pekat secukupnya (untuk digaul bersama kuew teow)
● 1 bungkus kuew teow
● 2 ulas bawang putih ( ketuk )
● 4 biji cili padi ( ketuk )
● 1 biji kiub ayam
● Sotong/ udang/ayam secukupnya
● Sawi, carot, putik jagung, bunga kobis (sawi asingkan batang)
● 1 sudu besar sos tiram
● 2 sudu kecil tepung jagung (tambahkan air untuk pekatkan kuah)
● Air secukupnya
Cara-caranya:
1.Gaul kuew teow dengan sedikit kicap.Panaskan minyak sedikit dalam kuali, masukkan kuew teow gorengkan sekejap anggaran 2 minit.Angkat dan masukkan dalam pinggan.
2.Tumis bawang putih dan cili api sampai naik bau.
3.Kemudian masukkan kiub ayam, sos tiram, carot, putik jagung, bunga kobis, ayam, batang sawi dan sotong.Kemudian masukkan air secukupnya.Biarkan mendidih.
4.Masukkan garam, sawi dan udang.Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung, biarkan sedikit pekat.
5.Setelah siap, tuangkan ke atas kuew teow tadi.
Selamat mencuba.... :-) Silalah share yer dan jika ingin share, komen “SAYA SHARE” supaya fanpage lebih aktif di News Feed Anda nanti.
#MiraFilzah
#17Ramadhan1437
Search