Urang biasa-biasa bulih bah melabur saham!
Itu hari masa kami ke Kota Kinabalu kesiukan bah urang Sabah mau belajar macam mana melabur dengan cara yang betul dan patuh undang-undang.
Itu hari diorang bilang mau lagi kami datang sebab mau bawa sudara mara datang belajar sama.
Nah! Ini kalilah! Kami datang lagi untuk adakan sesi khas untuk urang Sabah yang tidak sempat hadir tempohari.
Ini kali kasi penuh itu dewan ya.
Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu
Tinggi lagi harapan sama kamu
Dari KL kami terbang
Bah jangan pula tidak datang
Jangan terlepas lagi!
Sila pastikan anda memeriksa inbox emel serta respon kepada WhatsApp/SMS yang akan dihantar bermula minggu ini.
Berita baik, kami masih membuka penyertaan kepada anda yang serius untuk belajar pada 30 Julai 2016 di The Klagan Hotel, Kota Kinabalu & LA Hotel, Tawau pada 31 Julai 2016 bermula jam 8.00pagi!
Daftar segera di link berikut:
Kota Kinabalu : http://goo.gl/forms/n0Mbzpc5EW7WkCm33
Tawau : http://goo.gl/forms/AaeptQ9h7kjGRhdw2
Lambat melepas bah!
#MentorSaham
#AsriAhmad
#BursaMKTPLC
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
asriahmad 在 Mohd Asri Facebook 的最讚貼文
Masih kecoh cerita tentang KWSP.
Bila ada yang sebarkan cerita 'separuh masak'.....
Ada yang percaya.
Ada yang bidas.
Ada yang buat tak endah.
Tetapi posting ini bukanlah nak berkongsi tentang dana Patuh Shariah KWSP.
Posting ini ingin membuka mata rakyat Malaysia duit simpanan kita dalam KWSP tu ke mana perginya.
Cuba teka di mana agak-agak KWSP laburkan sebahagian daripada duit simpanan kita?
Cuba teka dividen yang kita terima setiap tahun tu datangnya dari mana?
Eh, tak perlu teka.
Perkara ini bukanlah rahsia.
Tapi...Ramai (bukan anda, orang lain) selama mereka bekerja dan mencarum (baca diwajibkan) dalam KWSP tak pernah peduli pun, janji dapat dividen & duit dalam tu beranak.
Sebenarnya kita boleh lihat di mana KWSP melabur & berapa pegangan saham mereka di sini:
http://www.kwsp.gov.my/portal/en/about-epf/investment-highlights/list-of-equity-investments
Data ini adalah sehingga 31 Mac 2016:
1 Malaysia Building Society Bhd 65.10%
2 RHB Capital Bhd 41.78%
3 Malaysian Resources Corp Bhd 38.37%
4 UMW Holdings Bhd 17.54%
5 Malakoff Corporation Bhd 16.69%
6 Alliance Financial Group Bhd 16.41%
7 Tenaga Nasional Bhd 15.96%
8 MBM Resources Bhd 15.82%
9 Malayan Banking Bhd 15.70%
10 AMMB Holdings Bhd 15.07%
11 CIMB Group Holdings Bhd 15.06%
12 Axiata Group Bhd 14.33%
13 Telekom Malaysia Bhd 14.25%
14 United Plantations Bhd 14.06%
15 Sapura-Kencana Petroleum Bhd 13.86%
16 Media Prima Bhd 13.86%
17 Public Bank Bhd 13.53%
18 IJM Corporation Bhd 13.48%
19 Hong Leong Bank Bhd 13.30%
Dari senarai ini kita dapat lihat pelaburan yang dibuat oleh KWSP selama ini adalah bercampur-campur dalam syarikat yang tidak patuh Shariah. (kebanyakannya institusi kewangan)
-
Alhamdulillah setelah sekian lama akhirnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan melancarkan dana patuh syariah sepenuhnya sebagai pilihan kepada pencarum yang berminat menukarkan simpanan mereka kepada status patuh Syariah sepenuhnya.
-
Seperti yang pernah diterangkan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman :
"WAJIB bagi seluruh umat Islam yang mempunyai simpanan di KWSP untuk bertukar akaun ke akaun patuh Shariah. Tidak kiralah berapa pun dividen kelak berbanding konvensional, yang penting ia Halal."
Selaras dengan prinsip Shariah, kadar dividen untuk Simpanan Shariah berdasarkan prestasi portfolio patuh Shariah dan TIADA jaminan kadar dividen.
(Ingat : mana-mana skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tetap adalah HARAM hukumnya. Dr. Zaharuddin Abd Rahman banyak menulis tentang isu ini)
Ahli yang memilih untuk menukar akaun KWSP semasa kepada Simpanan Shariah perlu hadir membawa dokumen pengenalan diri ke cawangan KWSP untuk pengesahan cap jari.
----------------------
P/S : Eh eh eh....KWSP pun beli saham syarikat A,B,C tu laaa (yang patuh shariah), anda tak nak follow ke? :)
Ya betul, orang biasa macam kita pun boleh jual beli saham syarikat (PATUH SHARIAH) yang tersenarai di BURSA MALAYSIA.
Orang biasa macam kita boleh jual beli saham TENAGA
Orang biasa macam kita boleh jual beli saham TELEKOM
Orang biasa macam kita boleh jual beli saham TAKAFUL
Orang biasa macam kita boleh jual beli saham DUTCH LADY
Orang biasa macam kita boleh jual beli saham NESTLE
Macam mana?
Nak belajar caranya? Serius ke nak belajar?
Jika anda serius nak belajar & "ZERO" tentang pelaburan saham, jangan malu, sila komen di bawah "saya nak belajar"
(Disclaimer : Posting ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda)
#MentorSaham
#AsriAhmad
#BursaMKTPLC
asriahmad 在 Mohd Asri Facebook 的精選貼文
JANGAN TERLEPAS
Tatkala masuk minggu kedua berpuasa trend yang biasa kita lihat adalah wargakota mula berpusu-pusu membeli tiket bas, tiket kereta api malah tiket kapal terbang untuk persediaan balik raya.
Bukannya tidak ada kereta tetapi ingin mengelakkan perit seksa memandu dalam kesesakan jalan raya.
Tahniah kepada anda yang bertindak awal.
Tetapi trend yang TAK biasa kita lihat dalam minggu kedua berpuasa adalah apabila wargakota turut berpusu-pusu mendaftarkan diri mereka ke majlis ilmu.
Alhamdulillah, belum pun reda lagi bahang "gegaran" di Bursa Malaysia Sabtu lepas, wargakota yang terlepas peluang tempoh hari telah awal-awal bertindak mendaftarkan diri bagi sesi Program Labur Saham yang seterusnya.
(In shaa Allah program seterusnya selepas Aidilfitri - 23 Julai 2016 di Kuala Lumpur)
Tahniah diucapkan kepada 200 pendaftar awal tersebut! Berkobar-kobar semangat mereka ni.
Sememangnya tanda-tanda kebangkitan masyarakat kita yang ingin mengambil langkah memperkasakan ekonomi dengan cara yang betul, selamat & patuh syariah seharusnya disokong.
Insha Allah saya akan menyambutnya selagi diberi kekuatan olehNya........
Buat perubahan sekarang. Jangan tunggu lama-lama. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Kesilapan terbesar masyarakat kita adalah SIKAP tidak peduli & tidak memberi peluang kepada diri sendiri untuk menuntut ILMU.
#MentorSaham
#AsriAhmad
#BursaMKTPLC