Hal berkaitan perbelanjaan kerajaan memang kena tegas. Ini duit hasil titik peluh dan keringat rakyat.
Jadi pemimpin bukan satu tiket untuk hidup "lebih selesa".
Jika pemimpin boleh lakukan dasar penjimatan, lakukan dengan segera dan menyeluruh. Amalan "tua" seperti pakai kereta import, makanan mewah dalam mesyuarat, jamu dan sambut VIP dengan khemah besar semua ini adalah amalan yang sudah patut dibuang jauh-jauh.
Di Kelantan, pemimpin buat undian naik gaji dan backdated dari awal tahun. Kereta pun pakai kereta Mercedez.
Di Penang pun nak ikut sambung pakai kereta import.
Rakyat sedang susah, lapar dan sakit. Krisis COVID, krisis banjir. Ada yang tidur dalam kereta lebih 8 bulan sebab tak mampu bayar sewa rumah.
Ada yang meninggal lemas sebab jatuh pengsan kerana penat membantu orang kampung yang banjir.
Jadi, pemimpin kenalah 10 kali ganda kerja lebih keras. Amanah rakyat dah bagi. Junjunglah dengan cermat.
Jangan tunggu pilihanraya baru nak jadi pemimpin paling rendah diri dan paling hidup sederhana.
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/07/dulu-kutuk-pas-kelantan-beli-mercedes-syed-saddiq-selar-kerajaan-p-pinang/
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/01/07/syed-saddiq-slams-penang-cms-new-merc/
「import keras」的推薦目錄:
- 關於import keras 在 Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Facebook 的最佳解答
- 關於import keras 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
- 關於import keras 在 Adli Shinichi Facebook 的最佳解答
- 關於import keras 在 How to import keras from tf.keras in Tensorflow? - Stack ... 的評價
- 關於import keras 在 如何將Keras 模型導入TensorFlow.js - GitHub 的評價
- 關於import keras 在 Home - Keras-vis Documentation 的評價
- 關於import keras 在 keras-test-setup.ipynb - Colaboratory 的評價
import keras 在 Azizan Osman Facebook 的最佳解答
DULU JUAL MACAM-MACAM NAK DAPAT RM 1 JUTA PERTAMA PUN SUSAH, SEKARANG CUMA JUAL BAJU KURUNG BOLEH CAPAI RM17 JUTA
Bahagia ...
Bahagia bila MenThor Dr Azizan Osman datang membuat lawatan mengejut ke Hasnuri di Kota Tinggi.
.
Bahagia bila dapat berkongsi rezeki dengan 90 orang staf. Dulu hanya makan gaji. Kini, mampu berkongsi rezeki bersama staf mereka.
.
Lebih membahagiakan apabila dapat bina bisnes berjaya, dulu bekerja sebagai seorang guru kini dah miliki bisnes sendiri dengan jualan lebih dari RM17 juta setahun.
.
Ini perkongsian Tuan Hasbullah Awang dan Puan Nuriah Zakaria, CEO dan Director kepada Hasnuri yang membantu wanita menutup aurat dengan baju kurung.
.
Tapi, perjalanan kejayaan bisnesnya tak semudah seperti yang difikirkan oleh orang ramai.
Mungkin orang fikir Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah mulakan dengan mudahnya, tapi tak. Mereka tak tahu nak buat bisnes. Pada mulanya memang susah nak buat bisnes!
.
Sebelum mula fokus dengan bisnes baju kurung, dulu pasangan suami isteri ni tak tahu nak buat bisnes apa... Sampaikan terfikir nak buka kedai steamboat dan jual nasi kerabu. Bukan tu je, mereka juga pernah jual barangan import sebagai permulaan tapi itu tak menjanjikan apa-apa untuk mereka.
.
Syukurlah dipertemukan dengan RichWorks.. Selepas mereka pergi belajar dan menyertai program RichWorks, mereka hanya menjual satu produk pakaian sahaja dan mampu mencapai jutaan jualan sehingga sekarang.
.
Tuan Hasbullah pernah dipandang rendah oleh bekas rakan sekerja beliau yang menggambarkan barang jualannya seperti barang pasar malam. Tak mudah down, kata-kata itulah yang menjadi pembakar semangat untuk beliau berjaya sampai ke hari ini.
.
Pasangan yang berasal dari Kelantan ini pernah terfikir untuk pulang ke kampung. Namun atas nasihat Dr Azizan Osman, di mana Allah bagi rezeki, jangan tinggalkan tempat tersebut. Mereka masih menjalankan bisnes mereka di Kota Tinggi walaupun lokasi ini dikategorikan kawasan luar bandar tapi masih berjaya capai jualan hingga jutaan ringgit.
.
Amacam? Tercabar? Anda yang berniaga dekat bandar tu dah capai jualan RM 1 juta pertama ke belum? Tambah lagi, apa yang menariknya, walaupun ada butik sendiri tapi 99% orang yang keluar masuk hanya pekerja mereka sahaja sebab sales sepenuhnya secara online - itu pun mampu capai lebih RM17 juta!
.
Perjalanan pasangan ini bersama RichWorks bermula setelah Tuan Hasbullah menghadiri program percuma yang dianjurkan RichWorks di Johor Bahru pada tahun 2014. Pulangnya beliau daripada program tersebut, Tuan Hasbullah mencetak flyers dan memohon peniaga surat khabar untuk selitkan flyers tersebut di dalamnya. Harapannya agar Hasnuri dikenali oleh penduduk setempat di Kota Tinggi.
.
Ketika itu, penjual surat khabar itu mengkritik jumlah flyers yang ingin diedarkan Tuan Hasbullah sangat sikit iaitu hanya 100 helai kerana kebiasaannya dia akan dibekalkan sekurang-kurangnya 1000 helai. Namun, berkat kegigihan Tuan Hasbullah mengaplikasikan satu ilmu dari MenThor, Dr Azizan Osman, usaha itu mula membuahkan hasil dan Hasnuri mula dikenali orang sekeliling.
.
Dari kedai yang dahulunya menunggu orang datang, Hasnuri mula mendapat pelanggan tetap dan dikenali sehingga pada tahun seterusnya, Hasnuri mula mengikuti event-event besar seperti Mood Republik serta event di Brunei dan Singapura. Ketika bisnes mereka sedang naik, pasangan ini diuji apabila jualan mereka jatuh merudum selepas hari raya.
.
Dari wang simpanan ratus ribu yang tinggal hanya sepuluh ribu. Berbekalkan wang yang tinggal, mereka tekad untuk pergi ke kelas paling terdekat yang RichWorks anjurkan iaitu program Millionaire Marketing Mastery (MMM) di Sabah.
.
Bermula dari Program MMM, mereka terus belajar sehingga ke Program Business Growth Workshop (BGW), mereka hadir lagi ke Program IMKK dan pada Disember 2017, dari situ mereka memohon sebagai ahli Titanium. Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah mula diterima dalam program Titanium dan berhasrat untuk terus berada di dalam Titanium Premier selagi masih ada peluang.
.
Kejayaan mereka kini semuanya disebabkan dari berkat usaha keras mereka, hadir ke program RichWorks, belajar dari MenThor Dr Azizan Osman sejak beberapa tahun yang lepas. Mereka mula tahu matlamat bisnes mereka dan membina Hasnuri menjadi lebih besar. Dari bisnes ‘harap-harap ada rezeki’ kini mampu mengepos 1500 bungkusan tempahan online setiap hari.
.
Berapa ramai di antara anda yang masih berbisnes hanya untuk lepaskan keperluan hidup sahaja? Anda pernah terfikir untuk bina bisnes lebih berjaya macam Tuan Hasbullah dan Puan Nuriah?
.
Kalau kami jadi anda kami tidak akan lepaskan peluang untuk tonton bagaimana bekas guru ini boleh bina bisnes berjaya hingga menjadi jutawan baju kurung. Ajak rakan-rakan anda untuk tonton sekali agar mereka sama-sama terinspirasi dan boleh bina bisnes berjaya besama-sama anda.
.
Anda boleh dapatkan maklumat tentang bina bisnes berjaya di www.binabisnesberjaya2020.com
#TeamRichWorks
#AzizanOsman
#ICMDesaru2019
#GangTitan
#IAmATitan
#ResultMatters
import keras 在 Adli Shinichi Facebook 的最佳解答
MESTI BACA, SHARE dan Tag Najib Razak di seluruh wall FB !!
[Artikel TERKINI Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, 25 September 2015]
NAJIB (Versi Bahasa Melayu)
1. Saya telah berusaha keras untuk menjadikan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia.
2. Tetapi sekarang, saya mahu dia diturunkan daripada menjadi Perdana Menteri.
3. Ini bukan soal peribadi.
4. Ini hanya kerana dia telah gagal sebagai Perdana Menteri.
5. Saya mula menyedari kesalahan yang dilakukan sejak dari awal.
6. Kita telah merdeka sejak 1957. Kita sepatutnya sudah mampu untuk mentadbir negara kita sendiri. Malah, kita telah pun melakukannya berabad lamanya sebelum Najib dan kita telah melakukannya dengan jaya.
7. Tetapi Najib telah melantik beberapa orang pegawai British sebagai penasihatnya.
8. Najib melantik ramai perunding asing untuk menasihatinya dalam pentadbiran negara.
9. Mereka ini memakan perbelanjaan yang besar tetapi nasihat mereka secara umummnya tidak baik untuk negara. Mereka tidak tahu tentang politik, ekonomi dan sensitiviti Malaysia. Hasilnya, pembangunan Malaysia semakin menurun dan bangsa berpecah belah.
10. Kerajaan Najib menjadi tidak popular. Walaupun telah banyak menabur wang kepada rakyat, mereka masih menolak dia pada pilihan raya 2013. Prestasinya lebih teruk daripada Abdullah, yang juga ditolak oleh rakyat. Bangsa cina juga menolaknya walaupun dia menganggap dirinya sebagai saudara mereka.
11. Dia menimbulkan kemarahan penjawat awam apabila menyelaraskan Pemandu bagi menggantikan tugas EPU. Pegawai Pemandu bukan-kerajaan diberikan gaji yang sangat tinggi, jauh lebih tinggi daripada skim gaji kakitangan kerajaan. Beberapa orang penjawat awam marah sehinggakan apabila mereka pencen, mereka menyertai parti pembangkang dan sekaligus menjadi calon pembangkang, ini tidak pernah terjadi sebelumnya.
12. Pembangunan ekonomi jatuh lebih rendah berbanding Filipina dan Indonesia.
13. Matawang semakin susut dan harga saham turun sehingga menyebabkan masalah dalam perniagaan, import dan eksport. Kos sara hidup meningkat terutamanya setelah pengenalan GST.
14. Kemudian ditambah pula dengan skandal 1MDB. Dana yang sama sekali tidak perlu wujud yang kemudiannya akan dibiayai oleh pinjaman yang besar. Kerajaan telah memberikan satu juta ringgit sebagai modal tetapi 1MDB (1 Malaysia Development Berhad) meminjam 42 billion ringgit daripada pasaran. Bayaran faedah yang tinggi dikenakan sebanyak 5.9% dan memberikan 10% komisen kepada Goldman Sachs. Kerajaan tidak pernah meminjam atau membayar dengan faedah setinggi itu.
15. 1MDB membeli loji jana kuasa elektrik dengan harga yang lebih mahal daripada pasaran. Ia juga membeli hutang-hutang syarikat pemilik pusat jana kuasa tersebut. Jumlah keseluruhannya adalah 18 billion Ringgit. 1MDB telah banyak rugi dan tidak mampu membayar faedah pinjaman.
16. 1MDB membeli tanah kerajaan dengan harga 60 ringgit setiap kaki persegi tetapi harga sebenar adalah lebih daripada RM3000 setiap kaki persegi. Memberi semula nilai sebanyak 50 kali ganda, dan mendakwa asetnya lebih besar daripada hutangnya. Ini sama seperti menjual permit yang didapati secara percuma daripada Kerajaan.
17. Kemudian, 1MDB memasuki perniagaan bersama Petro Saudi dan Usahasama sebagai rakan kongsi. Ia membayar 1 billion USD utk saham sebanyak 40%. Enam bulan kemudian Usahasama dibubarkan. Tetapi 1billion USD bersama dengan 700 billion USD ditukarkan menjadi pinjaman kepada Petro Saudi. Sekarang, duit tersebut lesap.
18. Aset yang dimiliki oleh 1MDB sekarang hanyalah loji jana kuasa dan tanah di Kuala Lumpur. Lebih daripada RM20 billion daripada 42 billion Ringgit tersebut tidak dapat dikesan atau dikira.
19. Kemudian secara tiba-tiba Wall Street Journal melaporkan bahawa Najib mempunyai sebanyak 700million USD (setara dengan RM2.6 billion pada ketika itu) di dalam akaun peribadinya di Arab Malaysian Bank.
20. Tidak ada Perdana Menteri Malaysia atau Presiden UMNO boleh memiliki wang yang begitu banyak. Semua derma kepada UMNO biasanya diterima dan dimasukkan ke dalam bank oleh bendahari UMNO. Semua aset adalah dibawah nama tiga pemegang amanah.
21. Tidak pernah dalam sejarah UMNO memiliki lebih daripada RM250 juta tunai. Semua aset yang lain adalah dalam bentuk saham, tanah atau bangunan. Presiden seharusnya menyerahkan semua derma kepada bendahari untuk dimasukkan ke dalam bank. Presiden tidak memiliki wang UMNO atau wang yang diderma kepada UMNO untuk pilihan raya ke dalam akaun peribadi. Tiada peruntukan untuk Presiden mengendalikan akaun UMNO.
22. Najib dan isterinya terkenal dengan kehidupan yang mewah. Jelas sekali jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk pertunangan dan majlis perkahwinan di Malaysia dan di Kazakhstan. Anak tiri Najib membelanjakan beberapa ratus juta dollar untuk membeli hartanah di London, New York dan California. Dia juga membiayai produksi filem Hollywood “The Wolf of Wall Street” dengan lebih daripada 100 juta USD.
23. Gaji Najib sebagai Perdana Menteri, mustahil dapat membelanjakan jutaan ringgit untuk semua ini. Kenyataan daripada PMO mendakwa bahawa duit untuk hartanah asing dan pembikinan film tersebut adalah warisan. Mustahil bagi Tun Razak atau Haji Noah atau ayah Rosmah memiliki dan meninggalkan jutaan Ringgit. Mereka tidak terkenal sebagai keluarga yang jutawan. Adik Najib menafikan dakwaan itu.
24. Jadi, dari mana datangnya wang ini. Najib mendakwa wang sebanyak 2.6 billion Ringgit itu didermakan kepadanya dari seorang Arab. Ini tidak masuk akal. Tidak ada orang yang pernah memberikan wang sebanyak itu kepada orang lain. Dan Najib tidak dapat membuktikan siapakah orang Arab yang memberikan wang tersebut.
25. Kemudian satu pasukan petugas khas terdiri daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah, Gabenor Bank Negara dan Ketua Polis Negara telah diwujudkan untuk melakukan siasatan ke atas wang RM2.6 billion dalam akaun peribadi Najib di Arab Malaysian Bank.
26. PAC juga menyiasat tentang RM42 billion ringgit yang dipinjam oleh 1MDB. Termasuk Ketua Audit Negara.
27. Tiba-tiba, Najib memecat Peguam Negara dengan mendakwa bahawa Peguam Negara jatuh sakit. Peguam Negara menafikan beliau sakit. Tidak ada surat pengesahan daripada doktor bagi membuktikan bahawa beliau sakit. Najib tidak mempunyai hak untuk mendakwa Peguam Negara sedang sakit.
28. Pada masa yang sama, Ketua Pesuruhjaya SPRM dikatakan pergi bercuti ke luar negara. Gabenor Bank Negara menyepi. Kemudian membuat kenyataan bahawa beliau takut ditangkap.
29. Dua daripada ahli PAC telah dilantik sebagai Timbalan Menteri dan dua lagi telah diberi tugas lain. Mereka tidak dapat menjalankan kerja-kerja mereka sebagai ahli PAC. PAC telah kehilangan pengerusinya dan siasatan terhadap 1MDB telah terhenti.
30. Dua anggota SPRM telah ditangkap, dilepaskan, dan dipindahkan ke Pejabat PM. Selepas aduan dibuat, mereka ini telah dipulangkan semula kepada SRPM.
31. Timbalan Pengarah Cawangan Khas ditukar. Beliau kemudian membuat suatu kenyataan yang tegas dan mengecam pertukaran tersebut.
32. Individu yang telah membuat kenyataan tentang 1MDB dan sejumlah wang bernilai 2.6bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib telah ditahan, pasport dirampas dan diancam akan disoal siasat polis. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa apa sahaja pertikaian mengenai 1MDB dan 2.6bilion milik Najib merupakan suatu tindakan yang melemahkan sistem demokrasi dan menjatuhkan Kerajaan yang telah dipilih melalui saluran yang sah. Seseorang boleh ditahan sehingga 28 hari tanpa bicara di bawah undang-undang baru bertujuan untuk menangani keganasan. Membahaskan tentang 1MDB dan 2.6bilion merupakan suatu bentuk keganasan. Najib lupa bahawa dia-lah antara orang yang terlibat untuk menjatuhkan pemimpin sebelum beliau yang juga telah dipilih secara demokrasi.
33. Kemudian bom meledak. Al-Jazeera telah menayangkan kisah pembunuhan seorang gadis Mongolia, Altantuya. Berdasarkan cerita tersebut, jelas sekali Najib punyai kaitan dengan pembunuhan tersebut.
34. Ramai rakyat Malaysia menolak untuk percaya. Tetapi seluruh dunia percaya cerita ini. Ini menjadi sebuah skandal antarabangsa. Membawa malu kepada Malaysia. Di mana saja anda berada, pasti akan ditanya “Apa yang telah berlaku kepada Malaysia?”
35. 1MDB, 2.6billion Ringgit di dalam akaun peribadi Najib dan kes pembunuhan Altantuya, telah mencemar nama baik Malaysia. Tidak pernah sebelum ini Malaysia menjadi hina dek kerana Perdana Menteri-nya sendiri. Tidak pernah sebelum ini orang asing memandang rendah kepada negara ini. Tidak pernah sebelum ini rakyat Malaysia berasa teramat malu dengan negara sendiri.
36. Najib telah mengupah orang untuk melakukan demonstrasi jalanan sebagai tanda menyokongnya. Semestinya dia telah mendakwa bahawa perhimpunan untuk menjatuhkannya sebelum ini sebagai perhimpunan haram.
37. Jika matawang dan ekonomi perlu dipulihkan, Najib harus berhenti daripada menjadi Perdana Menteri Malaysia. Rakyat Malaysia harus menuntut perletakan jawatan Najib. Ini adalah sebuah tindakan demokrasi untuk menuntut perletakan jawatannya. Tindakan undang-undang yang diambil beliau kepada orang ramai yang mengadakan perhimpunan untuk menuntut perletakan jawatannya adalah tidak demokrasi dan menyalahi undang-undang Negara ini.
38. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk mengalu-alukan siasatan terhadap Najib dijalankan oleh individu bebas yang bukan dilantik oleh beliau. Najib perlu membenarkan proses undang-undang dijalankan. Jika beliau didapati melakukan perkara yang haram dan salah, beliau perlu meletakkan jawatan.
39. Hanya dengan perletakkan jawatan beliau sebagai PM Malaysia sahaja-lah akan dapat memulihkan ekonomi, kenaikan semula nilai Ringgit, dan kos sara hidup turun. Selepas penyingkiran Najib, rakyat Malaysia akan dapat bersama berdiri megah semula.
Sumber: http://chedet.cc/?p=1872
#NajibLetakJawatan
#NajibPemimpinLemah
#1MDBScandal
#SeluruhMalaysiaMahuNajibLetakJawatan
import keras 在 如何將Keras 模型導入TensorFlow.js - GitHub 的推薦與評價
如果你在Python 中使用Keras 模型,可以利用以下指令直接輸出成Tensorflow.js Layers 格式:. import tensorflowjs as tfjs def train(...): model = keras.models. ... <看更多>
import keras 在 Home - Keras-vis Documentation 的推薦與評價
Documentation for keras-vis, Neural Network Visualization Toolkit. ... from vis.losses import ActivationMaximization from vis.regularizers import ... ... <看更多>
import keras 在 How to import keras from tf.keras in Tensorflow? - Stack ... 的推薦與評價
... <看更多>
相關內容