Ada masalah laki bini? Ini step bagi mereka yang nak bercerai-Baca sampai habis dan bersetujulah di akhir perenggang.
Alkisahnya, Rumah tangga adalah ibarat rumah yang kita duduk, yang mana sampai satu tahap, akibat tidak mencegah dari awal, maka rumah akan jadi buruk dan usang, seperti di makan anai-anai atau sudah retak disana sini, lalu akan menjadi bahaya pada ahli rumah untuk tinggal lama di situ, sebab bila-bila masa saja rumah tu boleh runtuh.
Maka atas dasar keselamatan JKKP, datanglah puak bomba lalu meruntuhkan rumah itu dengan prosuder yang betul, gunakan bom C4 ke apa, lantaklah, janji rumah tu rebah sujud menyembah bumi tanpa meruntuhkan rumah rumah yang lain..
Jadi dalam dunia rumah tanggapun sama, sampai masa dah tak boleh lagi duduk sekali, ibarat kata papatah, retak sudah menanti belah, belah tidak bertangkup lagi, chewah!,
Apa-apapun, yang penting kita semua kena ingat, walaupun penceraian adalah tidak baik dan di benci orang, tapi Allah tak letak hokum HARAM dalam bercerai, malahan hukumnya adalah HALAL, yang mana setelah di rujuk atas dasar ‘keselamatan’, itu yang nak kena faham..
Lagipun, ada banyak kes yang kita sering dengar seperti isteri selalu kena pukul, kena lempang dan kena terajang, kena liwat dan sampai tahap ada yang kena lacur!, mana boleh tahan lagi bang? Silap silap kena simbah cuka getah pun ada, ni yang buat saya kadang selamba pinjam berus gigi isteri (takde kena mengena)
Ada jugak jenis suami kaki botol atau kaki betina, yang mana selepas rendam kemaluan tak guna dalam kemaluan wanita yang haram, balik rumah nak pulak rendam kemaluan dalam kemaluan isteri yang halal, ye! Saya tahu berdosa isteri menolak pelawaan suami bila di ajak bersetubuh, tapi bila dah banyak bukti yang kau tu jenis kaki betina, penzina, isteri mana yang tak takut-takut buatnya kemaluan yang dah salah rendam tu ada bawak penyakit AIDS ke apa, logic juga!
Jadi dah banyak sangat buruknya dunia rumah tangga bila agama di belakangkan, semua tahu sudah, yang menderita kelak, si isteri jugak, bila mintak cerai, suami tak nak pulak lepas, dah jadi dayusler pulak, adohai...
Maka isteripun duduk dalam dilemma, macam mana nak berpisah dengan laki aku tu? Kalau cerita mesti orang salahkan dia, tak pandai jaga suamilah, tak pandai inzalkan suamilah, itulah, inilah, apa kejadahlah..
Lalu keretamayatpun muncul dengan bergaya untuk bantu korang sikit sebanyak ‘kot’ akan beberapa langkah yang perlu di ambil untuk bercerai berai..
Straight to the point, sebab korang dah tak sabar nak bercerai..
Mula mula, ibu ibu sekalian, ingat tak lafaz cerai taklik oleh laki waktu awal kahwin dulu, jadi korang kena lari tinggalkan suami selama 4 bulan, lepas tu pergi jumpa Mahkamah syariah dan bagi seringgit, maka sah akan dikau bercerai dengan suami talak satu.., kan mudah tu?..
Tapi tidak semudah itu, nak lari tinggalkan suami tanpa izin lepas tu nak menyorok pulak selama 4 bulan, payah jugak..
Itu yang saya tak dapat nak tolong, isk..
Walaubagaimanapun, jika korang berkahwin di Terengganu, benda ni akan jadi mudah sikit..
Sebenarnya saya tak pasti akan praktik ini di negeri lain, setakat saya tahu hanya di Terengganu, iaitu dalam lafaz cerai takliq, masa akad nikah sang suami ada sebut ayat “Jika dia atau saya tinggalkan bla bla bla, 4 bulan, bla bla, satu ringgit, maka pada ketika itu tertalak ia dengan cara talak khulu”..
Jadi, ayat ‘JIKA DIA ATAU SAYA…’ bermakna, isteri juga telah di beri izin untuk tinggalkan suami jika dah ‘tak tahan’ dah, bermakna dalam katogeri ‘lari untuk bercerai’, di sini bermakna bahawa isteri tidak perlu mintak izin lagi dan jika lari sudah tidak dikira berdosa jika suami rujuk isu berdosa keluar rumah tanpa izin kerana suami dah bagi izin awal-awal lagi dalam lafaz cerai talak khuluk yang lepas, jadi selamat berlari menuju abadi wahai semua ibu ibu di terengganu sekalian....,
Tapi itu kaedah 20 tahun lepas lah, pengalaman bantu orang kena dera bercerai.., sekarang atau Negeri lain camne? Nam kena rujuk pejabat agama terdekat.
Almaklumlah, bila dah suami asyik bercakap dengan isteri guna tangan dan kaki, kadang kadang guna siku dan lutut, maka susah sikit isteri nak lari sebab takde izin untuk lari, maka bila mintak lari, suami pulak yang tak bagi siap pagarkan jalan keluar rumah guna hikmat tangan kaki dari neraka tak terbatas , atau gaya siku dan lutut turun tujuh petala langit!
Malahan jika isteri lari jugak, suami akan kejar dan sekali lagi kaki akan naik kemuka dan muka isteri akan mula bersua dengan lutut suami, , memang naya kalau nak cerita, ni yang buat saya nak repeat baca komik pedang setiawan dan pendekar laut ni! (Takde kena mengena jugak)
Itu satu hal, bila korang pergi Mahkamah Syariah, ingat senang ke nak bercerai? Korang nak kena bukak fail dulu, lepas tu nak kena fotostat sijil kahwin, IC dan surat beranak anak-anak.., nak mintak IC suami pergi fotostate tentu banyak soalnya, siap makan penampar lalu makan hati berulamkan jangtunglah gamaknya.., maka masa awal awal kahwin, pergi fotostate siap siap, stand by.., sediakan payung sebelum hujan, sediakan sampan sebelum banjir..
Nanti bila sampai masa, bolehlah berpantun begini:
Payung dan sampan telah ku sediakan , Cuma menanti hujan dilangit!
Chewah!,
Saya tahu ni sebab pernah teman mangsa dera nak bercerai, jadi sampai sana, Bila dah bukak fail, baca surat permohon penceraian depan Pegawai Pendaftar Penceraian, baca Akuan bersumpah, dapatkan reset, dan tunggu masuk mahkamah, bila dah suami isteri dapat panggilan masuk mahkamah, hah!
Berperanglah korang depan hakim dan biar hakin buat keputusan.
Habis cerita..
Cuma yang tak bestnya bila korang nak bercerai di Terengganu, masa korang nak bukak fail untuk mendokomenkan penceraian korang, rupa-rupanya, borang penceraian takde di sediakan macam korang nak isi LHDN ke apa, tinggal isi tempat kosong sajer, takde gitu mudah,
Sebaliknya korang akan di beri dua contoh surat permohonan penceraian, dan mereka akan suruh korang karang balik, retype balik ikut format yang sedia ada, banyak tu, mahu cecah 4 muka surat..
Jika rumah korang takde komputer dan printer pulak, terpaksalah korang pergi Cyber Café.., susah pulak nak karang sebab semua orang nampak, nak tulis kat pejabat takut kantoi dengan bos..
Lepas tulis nak print dakwat keringlah. Mesin printer rosaklah. Bunyi berdencetlah! Aduhhh...
Tapi saya rasa mungkin hikmahnya Mahkamah syariah dalam kes ini adalah mungkin nak bagi korang susah sikit, supaya korang malas nak bercerai dan senang kerja mereka, takpun sewaktu korang susah susah nak taip balik surat tu, lalu tersingkaplah segala kenangan indah yang lalu lantas air mata turun bak mencurah laju, terus korang tak sanggup nak siapkan surat permohonan penceraian..
Apa-apalah!
Tapi untuk pengetahuan korang semua, jangan sedih dan gundah gulana, sebab saya pernah ada soft copy untuk semua surat tu, saya dah siap taip cantik cantik dan tinggal korang nak kena isi ruang kosong sajer, senang korang nak bercerai, ha ha!
(Masukkan ketawa mengilai ala-ala syaitan di sini)
Jadi.., Jika korang nak cepat bercerai, just email saya, dan saya akan hantar surat permohonan penceraian yang kemas dan tersusun rapi.
Selamat bercerai berai!-Woha!
Tapi jap, alamak computer lama dah rosak, semua folder borang cerai dalam tu dah hilang. Maafkan saya..
Namun jangan bimbang, Sebagai alternative, saya ada buat borang sendiri, borang baru khas untuk laki bini yang sedang bergadoh.
Jadi.., Jika korang laki bini sedang bergadoh, JANGAN BERCERAI DULU, juga saya cadang korang jangan bertekak dan menjerit, sebaliknya saya cadang korang isi borang macam dalam gambar.
Dalam borang tu bagitahu, Laki Bini wajib isi borang ini bila tak puas hati dengan pasangan, sebab jika bercakap dua-dua nak bertekak, jadi tulis borang ini, hantar pada pasangan anda. Atau tampal pada peti ais, atau snap gambar dan hantar whatsapp,
Apa nak isi? Rujuk gambar!
Dah siap karang, terus bagi pada pasangan anda,
Siapa hantar dulu dia disukai oleh Tuhan kerana Tuhan suka orang berdamai, siapa yang hantar lambat masih dicintai Tuhan kerana Tuhan suka orang berdamai dengan syarat hantar segera! Paling cepat sepuluh minit selepas pasangan isi borang, paling lama 24 jam, lebih tiga hari berdosa besar jika sengaja putuskan silaturahhim tanpa alasan yang kukuh.
InsyaAllah jika korang laki bini isi borang ini bila bergaduh dan masing masing baca tiga ruang kosong tu, akan terbukalah ilham untuk menemui titik tengah dalam sudut pandang yang berbeza.
Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!
ps: Untuk makluman lagi sekali, Borang Surat cerai dah tak ada dalam simpanan, berhenti email mintak salinan surat cerai. Untuk suami yang mintak format surat berpoligami, maaf, belum ada pengalaman. Tapi jika sesiapa ada contoh surat poligami tu, boleh share tepi, kah kah kah!
Ps: Borang bergadoh ini ada dalam buku Ngeteh di Kubur ayah, saya tulis untuk rujukan menantu, korangpun boleh beli.
Woha!
(Buku kisah Laki Bini dah habis.. Ngeteh di Kubur ayah, Semusim di Syurga masih ada)
同時也有19部Youtube影片,追蹤數超過54萬的網紅Budiey Channel,也在其Youtube影片中提到,01:15 - Betul Ke Neelofa Bakal Dapat Bayi Kembar? 02:51 - Gadis Bertuah Bakal Jadi Isteri Haqiem Rusli? 05:18 - Penyanyi TikTok Suekhaizar Dikecam 0...
「isu email」的推薦目錄:
isu email 在 Rosyam Nor Facebook 的最佳解答
Kalau korang rasa korang ada bakat berlakon, tunjukkan! tunggu apa lagi..mana tahu rezeki korang dalam industri ni. Korang boleh hantarkan video penyertaan korang di email suhanchannel1@gmail.com , tarikh tutup penyertaan ialah pada 27 Feb 2020.
.
.
Dan ini adalah syarat-syarat penyertaannya
-Dahulukan video anda dengan teks nama, umur & pengalaman berlakon
-Profil shot and (Depan, kiri, kanan & belakang)
-Terbuka kepada lelaki, wanita & kanak-kanak
-Menunjukkan sekurang-kurangnya 5 reaksi/stail lakonan anda
-Sertakan klip pendek lakonan futej Datuk Rosyam Nor yang anda ikut sebelum futej lakonan anda
-Tidak menggunakan bahasa kesat atau menyentuh isu keagamaan dan politik
-Berdurasi antara 3-5 minit
-Video haruslah kreatif dan lain dari yang lain, misalnya menggunakan muzik latar yang sedih untuk lakonan yang sedih
-Anda boleh menggunakan apa saja alat rakaman samada kamera telefon atau kamera digital dan yang penting video haruslah jelas dari segi audio dan visual
Video penyertaan yang mencecah 500 K Views dikira sebagai pemenang & berpeluang untuk memegang salah satu watak di dalam drama Suhan Movies! So what are you waiting for? GRAB YOUR CAMERA NOW & SHOW US YOUR TALENT!!
isu email 在 Facebook 的最佳貼文
KIsah Dajjal Pertama muncul dan cara Sahabat menanganinya, maka bila muncul Dajjal Terakhir cara yang sama juga untuk atasinya.
Ada pendapat mengatakan, Sebelum Dajjal muncul akan muncul fitnah Dajjal disetiap zaman,yang mana fitnah Dajjal pertama muncul adalah selepas kewafatan Nabi.
Kisahnya begini…
Pada zaman Nabi Muhammad SAW dulu, kita semua tahu waktu itu Kitab Al-quran takde, takde sahabatpun yang jual kitab Al quran, kitab kitab tasauf, kitab ehsan, kitab sifat 20, pun takde, kitab wahabipun takde, apatah lagi email, sms, whatsapp , blog, FB, lagu nasyid, dan media masa! Semua takde!
Namun hari hari ada orang masuk islam, berbondong bondong pulak tu.., diorang baca whatsapp ke dapat hidayat?, atau baca FB dapat hidayat? Ke mereka dengar nashid dan dapat hidayat? Kau rasa?
Pendek kata, walaupun zaman Nabi SAW tiada Universiti Islam, tiada Bank Islam, Zoo islam, parti islam, malahan Al quran yang di bukukan sekalipun tak ada, tapi Nabi telah mendidik para sahabat RA pakat pakat amal agama sehingga mereka semua menjadi ‘Al quran yang bergerak..’
Nabi telah ajar sahabat berdakwah dengan cara yang betul.., iaitu jumpa face to face, pujuk rayau manusia, tunjuk akhlak yang baik yang mana semua tu sama macam Nabi Nuh jumpa kaumnya, macam Nabi Luth jumpa kaumnya, macam Nabi Ibrahim jumpa Namrud, Macam Nabi Musa jumpa Firaun..
Jadi kesemua sahabat berdakwah dengan bergerak jumpa manusia dari pintu ke pintu, lorong ke lorong, kabilah ke kabilah... dan sahabat telah bawa sifat yang sempurna dalam diri sehingga mereka menjadi asbab hidayat seluruh alam yang mana disudut mana mereka pergi, akan ada orang bukan Islam memeluk islam!
Kemudian jika ada orang baru masuk islam maka Nabi SAW akan hantar mereka belajar agama di rumah para sahabat Nabi SAW.. kerana di rumah sahabat Nabi ada suasana dakwah dan akhlak, bila orang baru di bawa di kedai orang islam pun ada suasana dakwah dan akhlak, yang mana akhirnya membawa kesan kepada dunia dan berbondong bondong manusia masuk Agama islam kerana semua sahabat adalah PENDAKWAH yang sebenar.. siap turun surah kemenangan cerita maksud menang dalam Islam adalah bila manusia masuk agama islam berbondong bondong!
Dan kita tahu bahawa kubur sahabat RA telah bertebaran serata alam, hanya ada 10 ribu lebih kurang kubur sahabat di sekitar madinah dan mekah, maka seratus ribu lagi kubur sahabat adalah di luar Madinah dan mekah.., mereka telah terkorban dalam mengembangkan agama hingga kubur mereka ada di hujung hujung dunia.
Tapi saya dan korang hari ni dalam kita mengaku berdakwah di internet.., kesanya tak sama dengan zaman sahabat, waktu ini kita dengar cerita ada orang sedang murtad berbondong bonding, dan muncul ahli bidaah dolalah merata riti dan orang kapir sikit pun tak takut pada orang islam bila terdengar cerita ummat islam di tindas di sana sini.
Jadi timbul soalan dalam diri saya, Betul ke saya sedang berdakwah, atau sedang shok sendiri?
Dulu, usaha sahabat sangat makbul, kerana dalam usaha dakwah mereka terdapat dua benda telah mengalir dengan banyaknya.., iaitu darah dan air mata, tapi saya dan korang hari ni berdakwah melalui internet apa kejadahnya?, ada air mata mengalir? berpeluh pun kira ok kot isk isk isk..
Baca komik, blog, main SMS, update FB, dengar lagu, tengok CD, jadi Youtuber, semuanya NAFSU suka…, lalu korang selit Al quran dan hadith dan claim diri sebagai pendakwah agung serta rasa selesa dan gerenti masuk shurga? Wah wah wah, meriahnya hidup..
Ok, relaks, jangan marah, pendakwah semua tak mudah marah bukan?
Baiklah, korang tentu akan tanya saya mana dalil dan Nas bukan? Sempena hari saya rajin bukak kitab.., mari kita kembali kepada sejarah pada hari isnin, 1400 tahun yang lampau…
******
(imbas kembali)
Sebelum kewafatan Rasulullah SAW, Baginda dalam keadaan sakit-sakit telah menghantar satu jemaah Dakwah dan Jihad yang di ketuai oleh Usamah RA yang masih muda belia.., dan bilangan mereka adalah seramai 30 ribu orang termasuk seribu penunggang kuda..
Walupun Nabi SAW sedang sakit, tapi Nabi sendiri telah menghantar jemaah Usamah RA ini keluar ke jalan Allah..
Walaubagaimanapun, apabila Rasullulah SAW wafat.., maka Jemmaah Usamah yang sedang bertolak ini telah kembali pulang ke madinah.., ingin menziarahi jenazah Nabi SAW.., dan pada ketika itu seluruh dunia islam di selubungi kedukaan dan kesedihan.
Sahabat menjadi bingung dan hilang arah kerana tidak dapat menerima hakikat tentang berita kematian Nabi Muhammad SAW..
Sehinggakan saidina Umar RA sanggup menghunus pedang dan ingin memancung kepala orang yang percaya nabi SAW telah wafat.
Lalu datanglah abu bakar RA menumbuk Umar lalu bagi tazkirah sambil mencekak janggut saidina Umar RA..
“Bukankah Nabi itu seorang manusia dan semua manusia akan jadi mati? Hanya Allah yang tidak akan mati!”
Terus Umar R.A insaf dengar tazkirah Abu Bakar R.a!
Pada waktu itu, dalam keadaan bingung dan keliru, terdapat pula perbalahan di antara puak Ansar dan Puak muhajirin kerana masing masing berebut nak jadi pemimpin..
Orang Muhajirin kata mereka patut jadi pemimpin kerana mereka adalah golongan terawal masuk islam dan sekampong dengan Nabi Muhamad SAW..
Tapi orang Ansar pula cakap bahawa madinah itu bumi mereka dan merekalah yang patut jadi pemimpin…
Maka keadaan menjadi semakin tegang.. dan dalam keadaan itu di kalangan sahabat RA, tumpuan dan fikir ke atas UMAT dan pergerakkan jemaah dakwah telah berhenti, di tambah pulak orang muhajirin dan ansar bergaduh kerana masing masing ingin melantik pemimpin di kalangan mereka… pada waktu itu JEMAAH USAMAH RA tidak bergerak (tangguh) dan para sahabat sibuk dengan urusan MELANTIK PEMIMPIN.., berbagai nama calon di kemukakan.., mereka hampir berperang sesama sendiri.!
Lalu... Dalam keadaan mereka sibuk berfikir akan siapakah yang akan jadi PEMIMPIN orang islam?, pengganti Nabi Muhammad SAW?, datanglah Abu Bakar dan saidina Umar meredakan suasana…
Namun bukan isu itu yang saya nak ceritakan, yang saya nak bagitahu adalah pada waktu itu KERJA DAKWAH sedang berhenti.., orang islam sibuk berebut jawatan pemimpin, dan Jemma’ah USAMAH r.a tangguh dulu maka pada waktu yang sama, tiga perkara besar telah berlaku, iaitu:-
1. Telah ramai orang islam yang murtad.., kemunafikkan telah zahir di Madinah, kabilah arab banyak yang murtad, termasuklah orang Ajam..
2. Muncul pembaharuan dalam ugama.., ada yang bersolat tapi tak mahu bayar zakat dan yang paling dahsyat muncul Dajjal pertama yang mengaku sebagai Nabi palsu..
3. Allah cabut kehebatan islam sehingga tentera ROM mulai bergerak untuk menyerang Madinah..
Oh! 3 perkara ini berlaku sebelum jasad nabi di kebumikan lagi! 3 perkara ini menimpa orang islam bukan selepas 100 tahun orang islam tinggalkan dakwah, bukan selepas 10 tahun, tapi sekelip mata!
SEKELIP MATA DAA....!
Saya pendekkan cerita akan bagaimanakah akhirnya ummat islam telah melantik saidina Abu Bakar RA sebagai KHALIFAH islam.., (panjang pulak nak cerita bab ni nanti..)
Ok, sekarang, mari kita lihat bagaimanakah Saidina Abu Bakar RA mengatasi masalah ini..
Pertama sekali yang di buat oleh Abu Bakar RA selepas menjadi Khalifah adalah :-
JEMAAH USAMAH YANG TELAH DI HANTAR OLEH NABI TAPI TERTANGGUH HENDAKLAH DI KELUARKAN KE DISTINASI YANG TELAH DI TETAPKAN..! MESTI!
Ini bermakna, seramai 30 ribu orang islam telah di keluarkan untuk berjihad..
Walaupun pada mulanya saidina Umar RA dan kebanyakan sahabat lain tidak setuju kerana mahu Jemaah yang ramai ini di gunakan untuk menentang orang murtad di sekitar arab dan mahu sebahagian lagi jemaah ini menjaga sempadan madinah daripada serangan Rom dan sebahagian lagi menentang Dajjal pertama yang mengaku Nabi!
Tetapi.., apa kata saidina Abu Bakar RA?
“Adakah patut saya menangguh jemaah yang telah di bentuk oleh Rasullullah sendiri? Demi Dia yang memegang nyawaku di dalam genggamanNya, sekiranya binatang binatang buas datang menyerang madinah lalu mengheret mayat mayat isteri Rasullullah, sekalipun sama sekali tidak saya membatal pemergian jemaah usamah RA..”
Tuan tuan yang saya muliakan, Abu bakar adalah orang yang paling faham ugama, ,maka lepas dah hantar tentera Usamah RA, baki ummat islam yang tinggal telah di keluarkan untuk berjihad ke atas orang murtad dan tak bayar zakat, walaupun pada mulanya sebahagian sahabat risau kerana tiada orang lelaki di madinah dan bagi cadangan agar orang yang solat tapi tak bayar zakat di maafkan kerana mereka masih bersolat dan di pujuk mereka yang bersolat tapi tak bayar zakat menyertai tentera islam menentang orang murtad..
Tapi Apa pulak abu Bakar RA jawab?
“Demi Allah, jika di zaman Nabi mereka membayar zakat bersama tali, tapi sekarang mereka membayar zakat tanpa tali, akan ku perang orang itu!
Nota: tali itu adalah tali yang mengikat binatang, jika di zaman Nabi mereka bayar zakat binatang bersama tali, maka andaikata mereka ingin bayar zakat binatang tanpa tali di zaman Abu bakar, pun abu bakar akan perangi mereka, atapah lagi jika tak bayar zakat terus!, Abu Bakar tidak mahu sedikitpun sunnah Nabi berkurang, dan tak mahu sebarang pembaharuan atau bidaah muncul! lagi lagi di zaman pemerintahannya, korang paham tak?
Baiklah, pendek cerita tentara Usamah RA telah keluar ke Syam dan telah melewati kabilah kabilah yang murtad yang ingin menyerang madinah, lalu timbul kegerunan kepada golongan murtad dan berfikir jika mereka orang islam telah keluarkan jemaah seramai ini, maka sudah pasti mereka mempunyai bilangan yang lebih ramai di Madinah..
Allah telah mencampak kegerunan kepada orang murtad kepada jemaah usamah RA walaupun jemaah ini bukan di keluarkan untuk memerangi orang murtad..
Kemudian di jalanan tentera Usamah RA telah bertembung dengan tentera ROM lalu memerangi dan memusnahkan mereka..
Di madinah pula, Abu Bakar RA telah menghantar jemaah yang di pimpin Khalid RA memerangi orang murtad, dan yang enggan bayar zakat, Jemaah perang menentang Dajjal pertama juga telah disiapkan, pendek cerita ‘Dajjal’ pertama atau Nabi palsu telah di bunuh, orang murtad telah kembali islam dan golongan yang enggang bayar zakat sudah kembali ke pangkal jalan, Dan Abu bakar faham bahawa orang yang murtad dan tidak bayar zakat ini ada masalah iman lalu keluarkan perintah agar mereka semua keluar berjihad di jalan Allah, kemudian melalui jalan jalan ini, Allah telah mencapakkan kegerunan kepada seluruh musuh islam di seluruh dunia dan melalui jemaah dakwah dan jihad maka islam terus berkembang dan seterusnya mengusai dunia..!
*****
Wah bersemangat nampak dengar cerita duhai Pendakwah semua..?
Maka hari ni saya dan korang semua duhai para pendakwah sekalian, betul ke sedang berdakwah?
Saya kita semua sibuk jawatan pemimpin paling islamik sehingga dah masuk 2021 dan sibuk berdakwah dengan cara yang merepek dan bukan sunnah Nabi, sehingga bilangan orang murtad semakin bertambah, ahli bidaah semakin bertambah (termasuk korang), dan orang kapir sikit pun tak takut kat kita orang islam isk..isk..
Maka nasihat saya kepadadiri sendiri dan pendakwah sekalian, jika korang nak menulis mengenai agama, atau nak menyanyi lagu agama, forward rencana ugama, berlakon watak islamic dalam filem islam ke apa dan sebagainya.., teruskan selagi tak mendatangkan fitnah dan tak buat perkara haram, Cuma jauh di sudut hati masing masing, tolong jangan claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., buat kerana ummat kononnya, sedangkan perkara yang HAK telah di tinggalkan..
Sama juga bagi mereka yang ghairah belajar ugama, bukak kitab, belek kitab, bukak kelas, berdebat, berforum dan lain lain.., pun tak payah korang claim diri sebagai PENDAKWAH AGUNG.., kerana perkara yang sebenar dan HAK telah di 'yatim'kan..oh!..
Nak buat camne? Dah kita taksub sangat dengan dajwah cara yang baru.., menulis di sosme dan update FB misalnya?, apa lagi nak di kata? tapi jangan saya dan korang lupa dengan SUNNAH Nabi SAW… tak salah kahwin dua tapi jangan abai bini pertama.. Tak salah bidaah hasanah tapi jangan lupa Sunnah yang asal, Dakwah cara Nabi!
Maka fahamlah kita,
Jika kita merujuk kepada sejarah, bila dakwah tidak berlaku maka tiga perkara akan berlaku..
Pertama:
Ramai orang islam yang murtad.., sangat ramai!
(dah berlaku kat Negara kita, isk..)
Kedua:
Akan muncul firnah Dajjal
(Oh, geng kospirasi sendiri menghebatkan dajjal dan membatah ulamak yang hak)
Ketiga:-
Allah cabut kehebatan islam sehingga orang kapir tidak lagi merasa gerun dan takut kepada orang islam
(bahkan mereka telah menghina kita semua macam anjing dan babi!)
Dan sekarang, ketiga tiga perkara ini sedang berlaku kat mana mana Negara islam, maka apa yang saya dan mereka telah buat wahai pendakwah semua?
Selesakah saya dan mereka berdakwah dengan email, SMS, whatsapp. FB, lagu ,blog, komik, parti, teater, CD, kaset, buku, majalah, akhbar dan sebagainya.. selesakah korang?
Selesakah saya dan mereka berdakwah tidak dengan CARA nabi SAW?
Kembalilah berdakwah cara Nabi, maka penyelesaian yang berlaku di zaman Abu Bakar, akan berulang, sebagaimana munculnya Imam Mahdi dan Nabi Isa, pasti mereka juga akan berdakwah ikut cara Nabi dan Sahabat…
Akhir kata, suka saya memetik pesanan terakhir Saidina Abu Bakar RA(pemimpin islam pertama) kepada Umar RA.(pemimpian islam kedua)
“Wahai Umar,
Apa yang saya perkatakan kepadamu dan amalkanlah.
Sesungguhnya saya berharap akan menghebus nafasku yang terakhir pada hariku ini, (hari isnin)
Maka sekiranya saya mati, janganlah menunggu ke petang baru menggantikan saya untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,
Begitu juga jika kematianku terlewat sehingga ke waktu malam, janganlah kamu menunggu hingga hari esok untuk menguruskan hal ehwal orang ramai,
Janganlah kematianku ini menyibukkan kamu dari agama dan wasiat Tuhan kamu.
Laksanakanlah wasiat Allah dan Rasul-NYa terlebih dahulu.
Sesungguhnya engkau telah melihat apa yang telah saya lakukan selepas kewafatan rasulullah saw.,
Musibah dan kewafatannya tidaklah sama dengan musibah kematian yang lain.
Dan demi Allah, sekiranya saya melambat-lambatkan perintah Allah dan RasulNya sudah pasti Allah tidak akan menolong kita lalu menghukum kita dan musuh musuh akan menyerang dan membakar madinah ini”
(End)
Ps: Saya banyak salah dan silap, maaf terkasar Bahasa, jika ada silap dalam penulisan, sila tegur, dan jika teringat nama saya dalam doamu, doakan yang baik baik, semoga kebaikkan dari penulisan ku ini, menutup aibku diakhirat.
Semoga Woha Sampai syurga!
isu email 在 Budiey Channel Youtube 的最讚貼文
01:15 - Betul Ke Neelofa Bakal Dapat Bayi Kembar?
02:51 - Gadis Bertuah Bakal Jadi Isteri Haqiem Rusli?
05:18 - Penyanyi TikTok Suekhaizar Dikecam
09:00 - Dini Schatzmann Hadiahkan Janna Nick Vespa
10:05 - Netizen Tegur Bunga Citra Lestari Pakai Seksi
10:40 - Gaya Kreatif Army Abadikan BTS Meal
14:31 - Azwan Ali Enggan Lagi Sentuh Isu Sensitif
15:05 - Mira Filzah Kongsi Tips ‘Genius’ Cucuk Vaksin
16:40 - Suhaimi Saad Maki Hamun Catriona Ross
19:43 - Influencer Didakwa Kutuk Negeri Johor
21:45 - Ain Edruce Dedah Wajah Anak Bernama Soraya
23:00 - Zynakal Mohon Maaf Persenda Orang Sarawak
25:07 - Abu Syafiq Akui Tidak Suka Saman Menyaman
26:37 - Marsha Ada Alasan Rahsiakan Dirinya Positif
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
isu email 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的精選貼文
Salam 10 isu! ??
.
Ada 10 isu dimashup dalam video ini dan dijalinkan menjadi sebuah sketsa untuk renungan. Isu2 tersebut merangkumi isu hangat sekitar April dan Mei 2021. Maafkan Ngektsai kerana masih sibuk dengan kes covid yang semakin mencanak, tapi Ngektsai hadiahkan ktk orang sekaligus. 1 individu, 7 alter ego, 10 isu hangat viral. Jangan lupa share!
.
1. Isu SOP
2. Isu Vaksin
3. Isu artis melanggar SOP berturut2
4. Isu komen isu sensitif bangsa dan agama
5. Isu helmet kuning (popular di Sarawak)
6. Isu model supermarket (popular di Sarawak)
7. Isu baju tradisional Sarawak
8. Isu dine-in dalam kereta
9. Isu perang laksa
Dan isu yang kesepuluh, dirahsiakan. Kalau anda bijak, anda akan memahami… ? cubalah teka apa!
.
Ngektsai nolak untuk ngulas isu sigek2 sebab sekda masa untuk ya plus, kepak… Kesihatan mental dan fizikal mesti mantap dalam peperangan Covid. Terpulang kitak nak mengulas dalam ruangan komen, cuma sekali lagik Ngektsai ingatkan, komen lah dengan bijak dan lucu ya… jangan sentuh isu2 sensitif. Ala, ktk org mesti pandei gik… ?
.
Support Ngektsai dengan subscribe youtube channel “NgektsaiArmy Official” & “Ngektsai Fanclub”… sama juak Instagram @ngektsai k… i love you guys! Stay safe! Jumpa di story instagram! Sebarang pertanyaan iklan, macam biasa DM,PM, atau email. Klak admin akan uruskan… tq…
.
#TheNgektsai
#thelegendaryngektsai
#NgektsaiOfSarawak
.
Ps : cubit paha kanan, paha kiri pun rasa sakit… ? Siapa yang berjaya meneka isu ke-10, Ngektsai akan bank in duit Gawai RM500 kepada bank akaun pemilik profile. Tq
isu email 在 Budiey Channel Youtube 的最佳解答
Sekarang ini, netizen mempersoalkan mengapa selebriti Neelofa dan suaminya, Haris Ismail hanya berdepan dua pertuduhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Di sosial media, orang ramai tertanya-tanya apa terjadi dengan siasatan terhadap isu utama iaitu pergerakan rentas negeri ke Nilai di Negeri Sembilan berhubung dakwaan untuk membeli karpet pada 2 Mei lalu.
Menjelaskan mengenai isu berkenaan, Ketua Polis Daerah Nilai, Superitenden Mohd Fazley Rahman berkata pihaknya sememangnya menjalankan siasatan terperinci berhubung kes rentas negeri.
Bagaimanapun, pihak Pejabat Peguam Negara hanya bersetuju agar pertuduhan dibuat bagi isu imbasan aplikasi MySejahtera dan tidak memakai pelitup muka sahaja.
“Isu rentas negeri memang ada dalam kertas siasatan, kita dah rujuk Pejabat Peguam Negara….. apa apa keputusan (pertuduhan) dibuat oleh Peguam Negara.”
“Setakat ini, itu sahaja yang kita tengok bagi keseluruhan siasatan. Dalam isu ini, bukti yang ada lebih dekat kepada isu MySejahtera dan pelitup muka sahaja,” #NEELOFA
? You can also follow me here:
Portal: https://www.budiey.com
IG: https://instagram.com/budiey
Twitter: http://twitter.com/budiey
Facebook: http://facebook.com/BudieyDotCom
Youtube: http://youtube.com/budieychannel
Vlog: https://www.youtube.com/channel/UCpeZPtTv7e8JEm4nkEBR6sw
Music Epidermic: https://www.epidemicsound.com/referral/1ael5g/
EMAIL:
Mahu hantar produk & hadiah, or for business enquiries please contact
[email protected]
Thanks for watching!
isu email 在 義守大學 的推薦與評價
義守 大學官方版粉絲專頁(I-Shou University)(ISU) 學城路1段1號, Kaohsiung, Taiwan 84001. ... <看更多>
isu email 在 義守大學學校信箱驗證教學 - Dcard 的推薦與評價
e-mail.isu.edu.tw. 如果學校信箱收不到信或無法完成驗證, 也可以使用「學生證驗證」的功能, 填寫姓名、校系並上傳學生證等候審核即可! ... <看更多>