Lu BIAR BETIK? Part-3
Cerita yang mana skripnya diluluskan oleh Finas, diperjuangkan oleh saya & beberapa pasukan di Petra Vision Works yg memenangi beberapa anugerah serta penerbit dan penulis layar dari Hollywood tidak layak di mata Finas? Biar betik!
Benar, kualiti sesebuah filem adalah perkara subjektif namun, penggunaan pasukan yg berpengalaman yang pernah memenangi anugerah untuk membikinnya adalah salah satu cara utk memastikan mutu sesebuah filem. This is how film works.
Saya tidak marah dengan Finas, malah saya bersedih dengannya saya impikan projek ini menjadi sebuah projek nasional dgn perbadanan filem yg sepatutnya mendokong pembangunan filem di Malaysia tetapi apakan daya, ini satu kerugian.
Ia umpama bayi yang dibuang di dalam tong sampah. Kami di Petra Vision Works percaya bayi ini mampu membesar & membanggakan nama negara. Insyallah.
Berat hati untuk saya katakn bahawa keputusan Finas ini adalah satu perbuatan yg cetek & dangkal dlm ilmu perfileman kerana pengerusi Finas tidak mempunyai latar belakang yg utuh dalam industri.
Bagi sy, keputusan ini mempunyai motif yg tidak mengambil kira aspek artistik & kepentingan industri perfileman.
Tapi don’t be khuatir!! Filem ini akn dibuat! Insyallah. Kami akn melakukan yg terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dgn kerjasama orang² yg percayakan visi ini.
Dana kenegaraan ni sepatutnya di buka kepada semua rakyat Malaysia oleh kerana duit tu adalah duit rakyat. Tak mengira fahaman politik. Kita semua kena lhdn kan? Dia tak ikut parti mana baru kena cukai kan?, setahu sayalah. So berlaku adil-lah itu saja saya minta.
Di penghujungnya tuan pengerusi boleh kata apa saja utk mengatakan yg kerja saya tak cukup bagus & mengikut piawai. Kalau betul tuan ambil balik lah semua award yang FINAS pernah berikan kepada saya dlm semua FFM sebelum ni, pasal selepas 20 lebih tahun berkecimpung dalam filem, dan semua award yg di menangi di dalam dan luar negeri, pitching dgn finas pun tak lepas bang... hahaha
Maafkan kenaifan saya memikirkan bahawa pihak pengurusan Finas akn mementingkan kebaikan industri berbanding hal² lain.
Dato’ Haji Afdlin Shauki ( Prof. Of Practice)
#KuasaKepadaRakyat🇲🇾
#powertothepeople
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
kuasakepadarakyat 在 Facebook 的精選貼文
Lu BIAR BETIK?
Susulan daripada kenyataan pengerusi Finas yang mengatakan bahawa projek saya tidak mencapai tahap piawaian mereka, izinkan saya untuk menerangkan sedikit sebanyak sejarah projek ini.
Pertama, ‘Angel of Sandakan’ yang pada mulanya dikenali sebagai ‘Sandakan Tears’ adalah projek yang dibangunkan bersama dengan pengurusan Finas sebelum ni, untuk menghasilkan karya yang mampu memenangi anugerah Oscar. Ianya juga merupakan projek pertama Malaysia yg FINAS ingin gunakan bagi memeterai perjanjian produksi Australia-Malaysia dan pihak kami telah pun berjumpa dgn screen Australia utk tujuan ini.
Jadi Finas telah memberikan kami dana pengembangan skrip untuk menyelesaikan skrip projek ini, sekali gus bermakna projek ini sudah melalui proses persetujuan yang amat ketat.
Adalah agak kelakar jika pihak pengurusan Finas yang baharu ini tidak menyedari hal tersebut.
Oleh kerana harta intelek filem ini sekarang duduk di bawah petra vision works, saya terpaksa meyakinkan Pengerusi Petra Group, Datuk Vinod Sekhar, yang pada mulanya ingin melakukan projek ini secara sendirian dengan bantuan dari pelabur dana luar negara, untuk menjadikan Finas sebahagian daripada projek ini kerana pada asalnya ia dibangunkan bersama-sama Finas dan langkah ini juga bagus untuk kelangsungan pembangunan imej negara dengan wujudnya satu ‘united front’ demi kebaikan bersama dan kemajuan industry filem di Malaysia.
Projek yang akan dilaksanakan melalui perjanjian produksi-bersama Malaysia-Australia akan memulakan satu era baru dalam senario pawagam Malaysia.
Sebab itulah setelah selesainya skrip ditulis oleh penulis layar Hollywood, kami di suruh FINAS untuk memohon geran Kenegaraan Finas. Harus di perjelaskan yang geran pengembangan skrip diberikan kepada kami dengan sokongan penuh Finas, yang ketika itu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional.
Baiklah, Menurut pengerusi Finas, kami tidak memenuhi kriteria untuk mendapatkan geran produksi, tetapi saya pada asasnya kami percaya kami bukan sahaja memenuhi tetapi melebihi expektasi. Kami bukan sahaja siap hadir dgn skrip yang lengkap tetapi juga papan cerita beranimasi, poster, sokongan daripada penerbit luar negara yang pernah memenangi Academy Awards dan juga pelabur dana untuk projek ini.
Apa yang lagi lucu adalah, jika kami gagal memenuhi piawaian Finas, maka kami sepatutnya, dari mula lagi, tidak patut dilayan oleh Finas, dan jika pihak kami juga gagal untuk membentangkan jalan cerita yang utuh maka sudah semestinya akan ada pertanyaan kritikal daripada pihak panel Finas ketika kami bermesyuarat dengan mereka.
Namun apa yang jelas adalah, kami mempunyai “video presentation” yang lengkap, yang menjelaskan kisah cerita tersebut menerusi “trailer” animasi yang berdurasi enam minit dan juga draf skrip ke-3 yang dibagunkan di Kuala Lumpur, ditulis di Los Angeles dan diperbaiki di London. Oh ya, skrip ini juga dibayar oleh Finas.
Saya lihat reaksi positif ahli panel dengan projek ini dan semasa sesi pembentangan hanya ada satu soalan saja yang diajukan kepada kami mengenai anggaran perbelanjaan. Pihak kami menjawab, “just back us how much you can” yang selebihnya kami akan cari sendiri kerana kami memang sudah ada pelabur dan pemberi dana yang sedang menunggu.
Kami juga tidak tahu berapa banyak geran yang disediakan di bawah Dana Kenegaraan DKD kepada semua penerbit, jadi apa sahaja jumlah yang diberi oleh Finas, akan pihak kami terima seadanya.
Kesimpulannya, Finas mahukan satu projek yang mampu menang Oscar dan kami memberikan mereka ‘The Angel of Sandakan’ untuk membantu mereka merealisasikan impian untuk memacu Malaysia ke pentas antarabangsa.
Saya rasa Zakaria tidak tahu sejarah projek ini. Kalau dia merasakan bahawa projek ini tidak cukup bagus maka secara tidak langsung ini juga bermaksud proses pemberian kelulusan skrip yang dibuat oleh Finas adalah bermasalah.
Cerita yang mana skripnya diluluskan oleh Finas, diperjuangkan oleh saya dan beberapa pasukan di Petra Vision Works yang memenangi beberapa anugerah serta penerbit dan penulis layar dari Hollywood tidak layak di mata Finas? Biar betik!
Benar, kualiti sesebuah filem adalah perkara subjektif namun, penggunaan pasukan yang berpengalaman yang pernah memenangi anugerah untuk membikinnya adalah salah satu cara untuk memastikan mutu sesebuah filem. This is how film works.
Saya tidak marah dengan Finas, malah saya bersedih dengannya saya impikan projek ini menjadi sebuah projek nasional dgn perbadanan filem yg sepatutnya mendokong pembangunan filem di Malaysia tetapi apakan daya, ini satu kerugian.
Ia umpama bayi yang dibuang di dalam tong sampah. Kami di Petra Vision Works percaya bayi ini mampu membesar dan membanggakan nama negara. Insyallah.
Berat hati untuk saya katakan bahawa keputusan Finas ini adalah satu perbuatan yang cetek dan dangkal dalam ilmu perfileman kerana pengerusi Finas tidak mempunyai latar belakang yang utuh dalam industri.
Bagi saya, keputusan ini mempunyai motif yang tidak mengambil kira aspek artistik dan kepentingan industri perfileman.
Tapi don’t be khuatir!! Filem ini akan dibuat! Insyallah. Kami akan melakukan yang terbaik untuk mengharumkan nama Malaysia dgn kerjasama orang-orang yg percayakan visi ini.
Dana kenegaraan ni sepatutnya di buka kepada semua rakyat Malaysia oleh kerana duit tu adalah duit rakyat. Tak mengira fahaman politik. Kita semua kena lhdn kan? Dia tak ikut parti mana baru kena cukai kan?, setahu sayalah. So berlaku adil-lah itu saja saya minta.
Di penghujungnya tuan pengerusi boleh kata apa saja untuk mengatakan yang kerja saya tak cukup bagus dan mengikut piawai. Kalau betul tuan ambil balik lah semua award yang FINAS pernah berikan kepada saya dalam semua FFM sebelum ni, pasal selepas 20 lebih tahun berkecimpung dalam filem, dan semua award yg di menangi di dalam dan luar negeri, pitching dgn finas pun tak lepas bang... hahaha
Maafkan kenaifan saya memikirkan bahawa pihak pengurusan Finas akan mementingkan kebaikan industri berbanding hal-hal lain.
Dato’ Haji Afdlin Shauki ( Prof. Of Practice)
#KuasaKepadaRakyat🇲🇾
#powertothepeople