Salam Jumaat semua🤍
.
Insha Allah jgn lupa malam ni farha akan live di JOOX, pada pukul 9 malam!🥰
.
Posted @withregram • @joox_my < JOOX ROOMS Line Up 8 - 12 September 2021>
🌟 8 September (Wednesday)
👉🏻 9pm Lepak with Edwin Richard
🌟 9 September (Thursday)
👉🏻 9pm Lepak with @herecomesjuly_
👉🏻 9pm Lepak with @nizam_rahman
🌟 10 September (Friday)
👉🏻 8:30pm Ghost Stories by @usm.imcc
👉🏻 8:30pm 《異》by @kkkcutem
👉🏻 9pm JOOX Exclusive Rooms with @daiyantrisha
👉🏻 9pm Uptown Santai: JOOX Business Room with Farhan Azman
👉🏻 9pm The Journey of: The 1st Winner of International Al Quran Recitation @farhatulfairuzah
👉🏻 9pm National Month Special: Malaysian Wira Series @ziyadzolkefli
🌟 11 September (Saturday)
👉🏻 8:30pm Tutorial: Hamster Food Rationing by 🐹大马仓鼠分享群🐹
👉🏻 9pm The Horror Tales in School by 博大辩论组
👉🏻 9pm National Month Special : Malaysian Wira Series @latifromly
🌟 12 September (Sunday)
👉🏻 8pm 安嫂:共存冠病
👉🏻 9pm Super Rooms Challenge with @___.coki
👉🏻 9pm National Month Special : Malaysian Wira Series @cheahliekhou4956
Let's explore more interesting topic on JOOX ROOMS now !
https://open.joox.com/s/rd?k=mvjD6
#JOOXROOMS #JOOXMY
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過22萬的網紅Yatie Sendayu Tinggi,也在其Youtube影片中提到,Pengayaan tudung menggunakan wide shawl ini sesuai untuk mnegelakkan wajah kelihatan bulat. Ia juga sesuai digayakan untuk hijab harian....
quran 112 在 Facebook 的最佳解答
Selepas pulang dari Olimpik Rio 2016 dulu, saya berada di Malaysia seketika. Sekali setiap empat tahun, saya sibuk dengan pelbagai urusan yang bukan berkaitan dengan latihan dan pertandingan. Menghadiri pelbagai undangan dan jemputan dari pelbagai pihak.
.
Teringat ketika di jemput ke suatu program iaitu World #QuranHour. Program dimana bacaan Al-Quran dibuat serentak di seluruh dunia. Apabila di hubungi oleh pihak MediaPrima untuk menghadiri program tersebut, saya awal-awal menyatakan yang saya tidak lah bagus sangat tetapi saya bolehla baca. Mereka tidak kisah kerana mahukan beberapa figura yang berlatar belakang berbeza-beza untuk memeriahkan majlis. Saya terima atas nama kebaikan.
.
Apabila sampai pada hari yang dijanjikan di Plaza Alam Sentral, saya bertemu dengan semua jemputan dan kami beramah mesra. Memang ramai di jemput. Saya pun di tempatkan di atas pentas menunggu bersama-sama dua figura dunia hiburan yang saya percaya semua orang kenal. Achey Bocey Achey Kintangkintung dan Datuk Rosyam Nor Rosyam Nor (Official Fan Page). Pertama kali berkongsi pentas dengan dua ikon dunia hiburan ni, keramahan mereka berdua membuatkan saya rasa seperti sudah lama kenal antara satu sama lain. Kedua-dua mereka asyik buat lawak je, saya tukang gelak. Memang tak kering gusi duduk dengan mereka. Terbahak-bahak.
.
Tiba-tiba datang pihak produksi membawa seorang adik kecil yang di temani oleh atuknya kalau tidak silap (perbetulkan kalau siapa-siapa yang tahu), lalu beliau ditempatkan di sebelah Datuk Rosyam Nor. Adik ini tersangat istimewa. Nama beliau Haikal dan beliau adalah finalis Qari Junior. Adik Haikal ini mempunyai masalah penglihatan sejak dari kecil lagi tetapi boleh membaca Al-Quran dengan lancar dan hebat.
Saya waktu tu belum mengenali beliau. Maklumlah tinggal di Melbourne dan sibuk dengan urusan latihan dan pertandingan setiap masa, tak sempat nak ikuti perkembangan tanah air. Sempat berbual mesra dengan atuk beliau, dan saya kagum dari cerita yang dikongsikan. Adik Haikal ni memang di tangannya selalu pegang Al-Quran. Saya lupa-lupa ingat, tetapi kalau tak silap Adik Haikal ni memang hafal ayat-ayat Al-Quran dan walaupun tidak dapat melihat, beliau memang suka pegang dan bawa Al-Quran kemana-mana. Kata atuknya, boleh kata setiap waktu beliau memeluk dan mencium Al-Quran tersebut. Beliau memang sukakan bau naskah Al-Quran itu. Masyaallah. Pernah berlaku dimana Al-Quran itu tidak ada bersama dengan beliau, terus menangis dan meragam.
.
Saya ketika itu merasakan diri amat kecil jika nak dibandingkan dengan Adik Haikal itu. Walaupun saya baru pulang dari temasya sukan terbesar di dunia, menang pingat Gangsa pulak tu, tapi bagi saya semua tu amatlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang dikurniakan kepada anak istimewa itu. Saya berterima kasih kepada Ma (ibu) saya kerana ketika saya kecil beliau menghantar saya belajar mengaji di rumah kenalan beliau, Tok Mek kami panggil (semoga di panjangkan umur dan dimurahkan rezki Tok Mek selalu). Tok Mek garang tetapi garang itulah membuatkan saya peka dan lancar membaca Al-Quran. Tetapi selepas khatam, saya terus tidak pergi mengaji lagi, merasakan diri sudah mendapat segulung ijazah dan sudah boleh membaca sendiri. Pada zaman itu saya ada baca Al-Quran di masa terluang tetapi tidaklah terlalu progresif. Bila nak baca baru baca.
.
Berada di situasi itu dan melihat keadaan Adik Haikal sangat memberikan keinsafan buat diri saya. Masih banyak yang perlu diperbaiki dan ilmu perlu sentiasa di tambah dari masa ke semasa. Sedangkan telefon kita pun perlu di kemas kini sistem baru dari semasa ke semasa, ini kan pula bab ilmu agama kan. Selepas program itu berakhir, saya nekad untuk memajukan diri dan sentiasa mencari ruang untuk meningkatkan tahap bacaan dan ilmu-ilmu yang berkaitan. Syukur Alhamdulillah, bila kita pasang niat, Allah akan tolong dan lorongkan ke arah tersebut. Kini saya sentiasa belajar untuk menyempurnakan bacaan Al-Quran dan sangat berterima kasih kerana mempunyai seorang guru yang sangat komited untuk membantu (moga Allah sentiasa memurahkan rezeki beliau dan merahmati beliau).
.
Sedikit cebisan pesanan saya buat semua, mungkin ada daripada kita merasakan kita sudah lanjut usia untuk mula belajar Al-Quran, malu, dah terlambat ataupun pelbagai alasan yang boleh di munculkan, akan tetapi janganlah didengari bisikan-bisikan tersebut. Kita semua tahu siapa punya kerja yang menimbulkan seribu satu alasan itu. Ambil lah satu langkah demi satu langkah untuk menjadi diri kita yang lebih baik. Bak kata orang putih,
.
‘The journey of a thousand miles begins with a single step’
.
Moga perkongsian ini memberikan manfaat.
.
Sekian.
.
.
#FaktaAtauPendapat
#SajeSembang #SembangSembang
#SembangSukan #SembangInfo
#SembangPengalaman
#Apekebenda #ilmu #knowledge
#teamazizul #azizulawang
quran 112 在 Facebook 的最佳解答
Jikalau kita perasan, golongan yang menentang Islam atau #Islamophobic , mereka hanya mampu mempertikaikan tentang hukum-hakam dalam Islam tetapi SANGAT JARANG mereka mempertikaikan konsep ketuhanan dalam Islam.
Kenapa?
Kerana walaupun membenci Islam, fitrah dalam diri mereka tidak boleh menolak atau mempertikaikan kesempurnaan konsep ketuhanan dalam Islam.
Bolehkah mereka mendatangkan satu konsep ketuhanan yang lebih sempurna dari apa yang telah ada di dalam Quran?
Katakanlah (wahai Muhammad): "(Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa; "Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat; "Ia tiada beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan; "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".
(Al-Ikhlaas 112:1-4)
Konsep ketuhanan dalam Islam is PERFECT! Mungkin mereka yang Islamophobic rasa meluat bila saya tulis PERFECT tetapi mereka tidak boleh 'refute' dengan mendatangkan konsep ketuhanan yang lebih baik dari Quran.
UNDENIABLE!
Subscribe Telegram Bro Firdaus Wong ~ https://t.me/brofirdauswong
quran 112 在 Yatie Sendayu Tinggi Youtube 的最佳解答
Pengayaan tudung menggunakan wide shawl ini sesuai untuk mnegelakkan wajah kelihatan bulat. Ia juga sesuai digayakan untuk hijab harian.
quran 112 在 Quran (112:1) | Mobile Wallpaper - Pinterest 的推薦與評價
Quran Wallpaper, Logo Design Free Templates, English Quotes, Mobile Wallpaper, Islam,. alkhaliq016. Al Khaliq ... Quran (112:1) | Mobile Wallpaper. ... <看更多>
quran 112 在 Holy Quran surah Al-ikhlās 112 - Facebook 的推薦與評價
Holy Quran surah Al-ikhlās 112 :- In the name of Allah, the entirely merciful,the especially merciful... ... <看更多>