http://bit.ly/FBHABHALAL
Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Produk yang Menggunakan Kod E 441 ...
http://bit.ly/FBHABHALAL
*Penjelasan Berkenaan Isu Status Halal Produk yang Menggunakan Kod E 441*
Kekeliruan dan salah faham pengguna terhadap Kod E 441 mula timbul apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab kembali menularkan status halal produk-produk makanan yang mengandungi bahan aditif E 441.
Untuk makluman, kod E 441 merujuk kepada pengkelasan bahan aditif makanan sama ada dari kelas penstabil, emulsifier, pemekat dan pelembap yang digunakan pada produk-produk makanan. Salah faham berkenaan isu status halal produk yang menggunakan Kod E ini pernah dijawab oleh JAKIM sebelum ini:-
www.islam.gov.my/…/278-kenyataan-media-kp-jakim-berkenaan-p…
http://bit.ly/PengkelasanKodE
Perlu difahami bahawa produk yang menggunakan Kod E serta memperoleh pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM adalah halal dimakan tanpa was-was. Produk Nutella misalnya, mempunyai pengesahan halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT) iaitu salah satu badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Afrika Selatan.
Sehingga kini, JAKIM telah mengiktiraf 78 logo/badan pensijilan halal daripada 45 buah negara seluruh dunia.
http://bit.ly/LogoHalalLuarNegara
Justeru, utamakanlah produk yang mempunyai pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM. Ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan.
Masyarakat juga dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu isu tular berkaitan halal yang tidak diketahui status kebenarannya. Rujuklah pihak berautoriti agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah dan salah faham sesama ummah.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di:-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
Harap maklum dan terima kasih.
"Yakini Halal Malaysia"
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
📧 [email protected]
☎ 03-8892 5000/1
08 April 2019 M
02 Syaaban 1440 H
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#Rahmah
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
「semaksebelumsebar」的推薦目錄:
semaksebelumsebar 在 Pakar diari hati Facebook 的最佳解答
🌻KENALI LOGO HALAL MALAYSIA🌻
1. Perkataan "MALAYSIA" dalam bulatan (di atas)
2. Bintang berbucu 8 di tengah bulatan
3. Perkataan arab "حلال" di tengah bintang
4. 2 bintang kecil berbucu 5 bagi memisahkan tulisan rumi dan jawi.
5. Tulisan halal dalam rumi di tengah bulatan
6. Perkataan "ماليزيا" dalam bulatan (di bawah)
7. Contoh nombor standard di bawah bulatan.
8. No. rujukan permohonan.
Kredit :Bahagian Hab Halal, JAKIM
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar
#SabarSebelumSebar
#TabayyunSebelumMenghukum
semaksebelumsebar 在 Pai Syahira Facebook 的最佳貼文
TERTAKLUK PADA PERUBAHAN DAN AKAN DIKEMAS KINI DARI SEMASA KE SEMASA
Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera.
Album ini memaparkan senarai dan poster info bagi Badan Pensijilan/Logo Halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM di seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan Badan Pensijilan/Logo Halal Luar Negara yang diiktiraf oleh JAKIM , jemput klik - http://bit.ly/DownloadPDFLogoHalalLuarNegara
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar