Ulang kaji,
Sesungguhnya, jenayah rogol adalah 100% salah perogol, Ianya bukan salah mangsa sebab ada mangsa seorang baby, ada juga kanak kanak, ada juga nenek, ada juga kambing, ada juga orang OKU, ada juga kes mayat berkain kapan kena rogol dan sebagainya.
Kenapa rogol ni salah perogol?
Sebab Orang yang benar benar beriman tak akan rogol walau ada wanita datang telanjang. Perogol pulak orang tutup litup pun di rogolnya.
Sama macam kes pencuri.
Orang yang benar benar beriman tak akan mencuri motor orang tertinggal kunci, tak akan masuk rumah orang lain yang pintu terbuka luas, tapi pencuri, dah kita kunci dengan mangga ikat dekat tiang pun di potong dan angkut dengan lori, rumah kunci siap system alarm pun mereka pecah masuk!
Jadi perogol dan pencuri, kata Nabi, waktu mereka lakukan jenayah itu, Iman mereka keluar dari hati, sebab tu 100% salah si perogol.
Tapi ada beberapa orang islam komen tak setuju, katanya punca rogol sebab ada orang pakai seksi, ada yang salahkan kerajaan benarkan artis seksi, ada yang salahkan internet sebab ada porn, ada yang salahkan muzik sebab naikkan nafsu dia, ada yang salahkan dadah yang dia ambik, ada yang salahkan arak yang dia minum, ada yang salahkan syaitan sebab goda dia, adohai..
Balik bab agama, pada mana mana pendosa, ketahuilah, Syarat Taubat di terima, kena mengaku bersalah 100%, kena menyesal 100%.
Bayangkan jika doa taubat macam ni,
"Ya Tuhan aku mengaku bersalah merogol anak jiran, tapi kesalahanku hanya 90%, lagi 10% adalah salah anak jiran sebab pakai seluar pendek depan rumah.., "
Agak agak diterima tak taubat macam tu? dalam islam ada ajar ke dalam taubat, salahkan orang lain? takde?,
Syarat Taubat, adalah: Mengaku bersalah, Tinggalkan dosa serta merta, dan Tebus balik kesalahan, jika mencuri pulangkan, jika rogol kena minta maaf kepada walinya, dan kena pastikan mangsa mendapat keadilan!
Akhir kata, orang perempuan tutuplah aurat, dan orang lelaki tunduklah pandangan.
Kita semua pendosa, dan sebaik baik pendosa adalah mereka yang Bertaubat.
Apa itu Taubat?
Mengaku bersalah 100 peratus dan Janji tak nak ulang lagi.
Semoga kita semua Woha sampai syurga!
同時也有3部Youtube影片,追蹤數超過8萬的網紅NgektsaiArmy Official,也在其Youtube影片中提到,Salam Ramadhan ? . Terlebih dolok i want to apologize mun sekiranya video tok mengakibatkan uneasy feeling semasa menontonnya. Never did i mention nok...
aku si pendosa 在 Facebook 的最佳貼文
Semalam, dari Artikel “Kenapa Tuhan tidak bantu Palestin”, yang mendapat 3 ribu like, dan 2 ribu share, ramai yang komen positif berterima kasih dan ada juga komen dari bukan Islam, namun suka saya nak respond dari ruang komen akan soalan ini:
“Abang mayat, Nanti boleh kongsi cerita saidina Aisyah perang dengan saidina Ali pulak? .. tak pernah tau pun…”
Baiklah, Saya akan cerita kisah Perang Jamal, Saidina Ali r.a lawan Saidina Aisyah r.aha.
Dinamakan perang Jamal, atau Perang Unta kerana Aiysah sertai perang berada atas unta berperisai, dan unta itu menjadi lambang kekuatan Tentara Aisyah yang mana jika tewas Unta, maka berakhirlah perang.
Perlu di ingat bersama Aisyah adalah Talhah r.a.
Bagi yang tak tahu, Talhah dan Saidina Ali kedua duanya di jamin Syurga oleh Nabi, namun kerana perbezaan pendapat, kedua duanya terlibat dalam perang yang mengorbankan hampir 18 ribu nyawa orang islam.
Ulamak Sunnah wal Jamaaah mensucikan keduanya, perang itu berlaku kerana salah faham, dan hasutan orang munafik serta Khawarij, niat mereka berdua adalah betul, satu mempertahanakn hokum Qisas, satu lagi mepertahankan hokum Khalifah, maka kedua duanya tetap ke syurga kerana Janji Allah kepada Nabi itu benar.
Maka fahamlah kita apabila, sahabat Nabi yang keduanya dijamin Syurga boleh berbeza pendapat hingga tiada jalan perdamaian melainkan perang, maka apatah lagi kita ummat islam pasti ada yang akan bergaduh sesama sendiri.
Namun dalam bergaduh tetap ada adab adabnya,
Alkisah Sebelum perperangan bermula, maka Saidina Ali r.a sebagai wakil kerajaan telah bermuzakarah dengan saidina Zubair yang bertindak sebagai wakil dari pihak pembangkang, setelah bermuzakarah dan masing masing tetap dengan pendirian masing-masing, maka mereka telah menangis dan saling berpelukkan.
Inilah sifat sahabat sebelum masing masing mencabut nyawa sesama mereka.., ini bukan perang mulut atau poster, perang artikel atau perang lontar batu dan gas pemedih mata, ini adalah perperangan maut, senjata di angkat, bolehkah kita memeluk musuh kita dengan penuh kasih sayang, sebelum saling bunuh membunuh?
Lupakan cerita kita, kita balik kepada medan perperangan itu, mari kita belajar dari sahabat akan bagaimana adab ‘bergaduh’.
Pada mulanya hanya duduk hadap menghadap, tapi campurtangan dari pihak khawarij dan munafik yang melontar panah dan mebakar khemah, maka perang bermula.
Lalu bermulah perperangan...
Hujung pereprangan, unta yang di tunggang Aisyah r.ha telah tercedera dan Aisyah telah terjatuh, melihat keadaan itu saidina Ali telah menghantar adik Aisyah yang menyebelahi Kerajaan iaitu Muhammad bin Abu bakar untuk membantunya, kemudian apabila saidina Ali dapat bertetang mata dengan Aisyah, lantas bertanya:
“Ibu yang tercinta? Adakah ibu tercedera? Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu”
Lalu Aisyah menjawab;
“Semoga Allah mengampunkan kesalahanmu jua."
Moralnya di sini, walaupun masing masing mengakui musuh mereka telah tersilap, tapi mereka sentiasa berdoa agar Allah mengampukan dosa-dosa musuh mereka.
Tapi tidak dengan politik kita hari ini, kita bukan ada keinginan untuk berdoa keampunan musuh kita, malahan kita suka jika musuh kita mendapat susah, dan merasa tersiksa bila musuh kita mendapat nikmat, malahan yang lebih teruk apabila kita akan menuduh mereka sebagai ahli neraka dan kafir dan mendokan bala di timpa pada sesame ummat islam, adohai…
Ketahuilah, walaupun sahabat Nabi berbeza pendapat tapi mereka tetap bersatu di bawah akhlak terpuji, menjaga hati dan maruah masing masing, Dalam perperangan, apabila mereka berhenti dan mendirikan solat, ada tentara Muawiyah yang bersolat di belakang Saidina Ali, apabila di tanya kenapa solat di sini, katanya, bacaan saidina Ali lebih bagus.
Dan apabila mereka berehat untuk makan pula, ada tentara saidina Ali yang makan bersama tentera Muawiyah, apabila di tanya kenapa makan di sini, katanya, lauk di sini lebih sedap.
Maka kita hari ini, ada yang tidak sanggup bersolat di belakang imam kerajaan dan ada yang tidak sanggup makan sembelihan musuh mereka dengan anggapan bahawa musuh kita itu telah kafir, naduzubillah.
Sabda Nabi lebih kurang maksud, sesiapa yang mengatakan orang lain sebagai kafir sedang orang itu tidak kafir, maka yang berkata itulah yang kafir, alangkah bahayanya!!
Dalam hadith lain, Nabi bersabda:
Seseorang berkata, aku bersumpah dengan nama Allah bahawa Allah tidak akan mengampunkan si polan dan si polan, lalu Allah menjawab ; siapakah orang ini yang bersumpah dengan namaKu bahawa Aku tidak akan mengampuni orang itu?
Sesungguhnya Daku telah mengampuni orang itu sedangkan orang yang bersumpah itu Daku katakan kepadanya; segala amalan mu batal dan sia-sia.
Menurut sebuah hadith terdapat dua orang di kalangan bani Israel, seorang ialah abid dan seorang lagi pendosa besar, Selalu si abid memberi amaran kepada pendosa. Suatu hari si abid ini terlihat pendosa ini melakukan dosa besar lalu diapun berkata kepada pendosa tadi; Aku bersumpah dengan nama Allah, Allah tidak akan mengampunkanmu.
Maka terjadilah bahawa apabila kedua-duanya menjadi mayat, dan kedua-duanya di bawa ke hadapan Allah, lalu Allah berfirman kepada si abid, “adakah kamu anggap bahawa kamu boleh menyekat nikmat-nikmatKu daripada turun dengan sumpahmu?
Kepada pendosa Allah berfirman, masuklah ke dalam shurga dengan rahmatKu”
Maka perintah pun di berikan supaya si abid itu di humbankan ke dalam neraka.
Mengenai si abid ini berkatalah Abu Hurairah r.a sahabat Nabi:
”kerana satu perkataan, dia membinasakan diri dan ugamanya”
Maknanya di sini, bukanlah aku nak kata orang buat dosa boleh senang hati buat dosa bila dengar hadith ini, itu cerita lain, maksud aku adalah, janganlah kerana beremosi dalam politik, lalu korang cakap pemimpin Umno, PH, PN, PAS, dan lain lain masuk neraka, doa kapal terbang mereka jatuh atau doa pecah perut dan sebagainya, itulah yang hampeh! Janganlah kita membinasakan diri dan ugama dengan perkataan perkataan yang jelik dan menjatuhkan maruah.
Arakian, selepas perang tamat, Apabila saidina Ali melihat mayat Muhhamad bin Talhah r.a terbujur kaku, beliau berkata:
"Semoga Allah merahmatimu,sesungguhnya kamu adalah seorang ahli ibadat, berdiri malam dalam solat, berpuasa pada hari yang panas terik”
Beginilah para sahabat melayani dan menangani maruah serta kehormatan lawan mereka. Adakah kita hari ini sanggup bercerita tentang kebaikkan musuh kita, walaupun selepas mereka menjadi mayat?
Nabi bersabda, barangsiapa yang menyakiti hati seorang islam, maka dia telah menyaktiku, Dan barangsiapa yang menyakitiku, menyakiti Allah.
Ketahuilah, orang islam yang kamu umpati dan caci itu akan mendapat ganjaran amal ibadat kamu, nah!! sekarang kerana marah pada musuh kamu, maka ambiklah segala amalan aku? Tak ke bangang amalan itu?
Ada lagi, apabila Muawayyah r.a ada masalah ugama dan beliau tidak tahu hukumnya, maka beliau telah bertanya kepada Saidina Ali r.a, walaupun mereka berbeza pendapat tapi bukan dalam semua hal, kita hari ini bila bergaduh sanggupkah rendahkan diri pergi minta tolong musuh kita selesaikan masalah kita?
Sanggupkah?, tapi kita dengan bodoh sombong membatalkan semua kebaikkan mereka, inilah perkara yang benar-benar rugi dalam masyarakat islam.
Arakian dalam perperangan ini, Saidina Ali r.a telah menang, tapi harta tidak dirampas, mereka yang letak senjata tidak diapa apakan, mereka yang lari tidak di kejar, mereka yang cedera dirawat, jenazah urus bersama cara islam dan saidina Ali tidak menjadikan mereka sabagai hamba tawanan seperti biasa yang di lakukan oleh Nabi dalam mana-mana perperangan.
Ada orang yang mempertikaikan kepututsan saidina Ali membebaskan tawanan perang begitu sahaja, dengan alasan Nabi tidak berbuat demikian, ini bidaaah! lalu saidina Ali jelaskan lebih kurang maksud bahawa Nabi berperang dengan orang kafir sedang beliau berperang dengan orang islam dan tanya saidina Ali, : "adakah kamu sanggup Ibu orang islam, isteri Nabi (Aisyah r.a ) menjadi hamba kamu?"
Maka moralnya, dalam perang sesama islam, bila sudah di takdirkan kalah, bersatulah dengan yang menang dan yang menang, maafkan mereka yang bersalah.
Allah akan menambahkan kemuliaan mereka yang memaafkan orang-orang yang zalim. Apatah lagi kemuliaan yang kita dapat apabila memaafkan orang islam yang hanya berbeza pendapat.
Satu lagi, Saidina Ali r.a di tanya apakah pendapat beliau tentang orang yang tidak melibatkan diri dalam perperangan ini?
Jawab saidina Ali: "mereka adalah orang yang tidak mencampakkan dirinya dalam kebaikkan dan juga tidak mencampakkan diri dalam kebinasaan."
Moralnya di sini, jika ada ummat islam yang tidak terlibat dengan politik kita, janganlah letak hukum mereka sebagai kafir atau sesat, tiada pendirian, lalang dan sebagainya, kerana apabila di tanya kepada Saad bin Waqas r.a yang tidak menyertai perperangan itu, beliau ada hadith tersendiri yang membenarkan tindakkan beliau,
Satu lagi, sahabat sahabat yang sedang berdakwah di seluruh alam, yang tidak pulang menyertai perperangan itu, mereka betul dalam amalan mereka, perkara ini sudah berlaku di zaman Abu Bakar r.a lagi, yang mana apabila Rom dan Parsi mengancam Madinah, di tambah munculnya nabi palsu dan orang murtad serta golongan yang enggan membayar zakat, tapi Abu Bakar r.a tetap menghantar jemaah Dakwah Usamah ke seluruh alam walaupun pada mulanya Saidina Umar tidak setuju, namun akur pada keputusan Khalifah Abu Bakar, dan bersaksilah bahawa keputusan itu adalah terbaik kerana Ummat islam telah mendapat kemenangan besar pada hari itu.
Sesungguhnya mereka benar dalam berjihad...
Maka kesimpulannya secara ringkas, berikut adalah adab apabila ‘bergaduh’ dalam islam, pastikan:-
• Tidak menyakiti Hati orang islam yang berpeza pendapat.
• Rasa kasihan pada Ummat islam yang berbeza pendapat lalu berdoa kepada Allah agar di ampunkan dosa ‘musuh’ kita.
• Cuba cari jalan untuk berdamai dengan bermesyuarat.
• Jangan cerita buruk mereka dan Jangan kafirkan mereka, walau sebagaimana jelekpun mereka.
• Tahan marah kamu, tekan nafsu kamu dan ceritalah kebaikkan mereka.
• Jika ada masalah yang dapat musuh kamu bantu, kenapa tidak menggunakannya?
• Apabila kamu bergaduh dan berperang, anggaplah yang menang adalah keputusan Allah, kemudian bersatulah dengan mereka, jangan hidup berpuak puak.
• Yang menang, maafkan mereka yang kalah..
• Jangan anggap orang yang tidak bersama kamu sebagai sesat...
• Keluarlah berdakwah, ajaklah ummat kepada membesarkan Allah, bukan kepada parti, pada negara, dan pada makhluk, apabila semua Ummat ini menyeru hanya kepada Allah, maka Ummat akan bersatu. InsyAllah.
Panjang nak tulis, ini antara intipati perkongsian saya dalam Bicara Karya anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka bertempat di Perpustakaan Kuantan.
Judul Buku yang saya pilih : Fitnah Terbesar Dalam Sejarah Islam oleh Syekh Taha Hussien.
Link video penuh: https://youtu.be/m4TDLuOKO4w
aku si pendosa 在 Facebook 的精選貼文
Satu hari di halaman keretamayat.
Saya cakap, jenayah rogol 100% salah perogol bukan mangsa sebab ada mangsa baby, kanak kanak, nenek, kambing, orang OKU, mayat berkain kapan dan sebagainya.
Jadi, Orang beriman tak akan rogol walau ada wanita datang telanjang. Perogol pulak orang tutup litup pun di rogolnya.
Sama macam kes pencuri.
Orang beriman tak akan mencuri motor yang orang tertinggal kunci, tak akan masuk rumah orang lain yang pintu terbuka luas, tapi pencuri, dan kunci dengan mangga ikat dekat tiang pun di potong dan angkut dengan lori, rumah kunci alarm pun mereka pecah masuk!
Jadi perogol dan pencuri, kata Nabi, waktu mereka lakukan jenayah itu, Iman mereka keluar dari hati, sebab tu pergol ni saya cakap 100% salah si perogol.
Tapi ada beberapa orang islam komen tak setuju, katanya punca rogol sebab ada orang pakai seksi, ada yang salahkan kerajaan benarkan artis seksi, ada yang salahkan internet sebab ada porn, ada yang salahkan muzik sebab naikkan nafsu dia, ada yang salahkan dadah yang dia ambik, ada yang salahkan arak yang dia minum, ada yang salahkan syaitan sebab goda dia, adohai..
Balik bab agama, pada mana mana pendosa, ketahuilah, Syarat Taubat di terima, kena mengaku bersalah 100%, kena menyesal 100%.
Bayangkan jika doa taubat macam ni,
"Ya Tuhan aku mengaku bersalah merogol anak jiran, tapi kesalahanku hanya 90%, lagi 10% adalah salah anak jiran sebab pakai seluar pendek depan rumah.., "
Agak agak diterima tak taubat macam tu? dalam islam ada ajar ke dalam taubat, salahkan orang lain? takde?,
Syarat Taubat, adalah: Mengaku bersalah, Tinggalkan dosa serta merta, dan Tebus balik kesalahan, jika mencuri pulangkan, jika rogol kena minta maaf kepada walinya, dan kena pastikan mangsa mendapat keadilan!
Akhir kata, orang perempuan tutuplah aurat, dan orang lelaki tunduklah pandangan, jika sebelum ni seksi dna tak jaga mata, maka teringat semalam anak baca Taklim sebelum berbuka, ada kisah Aisyah r.aha tanya pada Nabi Muhammad SAW, jika saya terjumpa malam Lailatul Qadar, doa apa yang patut saya minta?
Nabi jawab, doa keampunan.
"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkaulah Yang Suka pada Pengampunan, Maka Ampunkanlah kami"
Amin.
Maka jika malam ini Lailatul qadar, ambik peluang bertaubat, mengaku bersalah 100%, tinggalkan dosa 100%, tebus kesalahan 100%, InsyaAllah..
Ya Allah, Ampunkanlah dosa kami, Ampunkanlah dosa Ummat ini, kami mengaku bersalah ya Allah, bantu dan terimalah kami, Maafkan kami. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun, dan Engkaulah Yang Suka pada Pengampunan, Maka Ampunkanlah kami yang bersalah ini"
Amin Ya Rabiil Alamin.
(Iklan )
Dalam mencari Lailatul qadar, Jom Belajar Mudahnya Hafal Yasin, Semoga Ramadan yang dah nak pergi, tinggalkan yasin di dada kita, atau paling kurang, ayat Sembilan! Klik sini:
http://bit.ly/HafalYasin
Ps: Klik dan nanti jemput masuk group FB mudahnya hafaz Yasin yang mana InsyaAllah penulis ebook itu akan bantu menjawab semua permasalahan anda dalam menghafaz surah yasin. InsyaAllah
http://bit.ly/HafalYasin
aku si pendosa 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳貼文
Salam Ramadhan ?
.
Terlebih dolok i want to apologize mun sekiranya video tok mengakibatkan uneasy feeling semasa menontonnya. Never did i mention nok aku tok bagus sekda molah dosa, sik... aku sangat pendosa kedak kawu, kita sama, bukan maksum. Dgn dosa nok banyak di bahu tok, aku molah video tok sebagai imbang tara balit pakei memberatkan bahagian pahala di bulan berkat tok.
.
Rasa “terpanggil” nak molah video tok adalah kerna nangga video si adek2 porok influencer nok molah live madah dirik sik posa ya. I have never nak memberik publisiti pada benda tok sebelom tok kerana rasa membuang masa dgn level knowledge nya yg maseh keanakkan sesuai dgn rupanya. Tapi menilai dari segi netizen menonton apa yg disampaikannya, adalah timbul rasa gusar, takut netizen ikut jahil sekali bersamanya.
.
Nya nak memondan, nak drag, nak membahasa dirik nya sis ka apa ka, ya hal nya. Nya sik maok nak posa kah ya hal nya. Tapi sik perlu nya nak madah ngan urang nya sik posa. Hujah2 pun kedak hujah org sesat jak. Ngektsai sik maok urg kita sitok jahil kedaknya. Biar urg madah kita diam atas pokok, jgn jahil jak. Zaman jahiliah dah lamak berlalu, sik tauk pun maseh wujud masyarakat ya kinek.
.
Nisik kah malu ngan dirik madah sik posa? Kmk dolok masa kecik mun sik posa, bertapok malu takut kantoi diselak urang. Miak kinek kebanyakan nisik pemalu agik. Sekaligus memberik gambaran giney keadaan sekeliling nya membesar, famili etc. Even sidak rompuan atang haid sekalipun malu nak madah sik bposa tukkan urang laki, nok sekda alasan konkrit utk membolehkannya sik berposa!
.
Bak kata urg nganok, “molah dosa, tapi semayang, sik guna!” Pok, kerana kita berdosa lah kita sembahyang, nak membetulkan laluan nok udah salah. Tuk sik, makin salah, terus makin sesat! Kelak ditalo pandei njawab! Dikata tuyuk, alu manas! Malulah utk mak bapak kawu, lain la mun kawu keluar dari perut binatang.
.
Tikompun lah sia. Aku sik kalak madah aku bagus gilak, sikboh diikut2... Apa nok bagus, ekot! Nok sik bagus, diat k mata jak.
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : posa ya Rukun Islam pok, ilmu asas. Sik kalak belaja ka? Sekolah ke tak? Ngaruk palak ku ngenang. Apaka tuyuk...
aku si pendosa 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳貼文
Salam! ?
.
Maseh Ngektsai ingat jaman mensia marek bila nangga retis lam tibi berhijrah(start makei tudong), sidak akan stop aktiviti2 seni. Mcm lumrah dah. Makei tudong, aktiviti seni stop atas dasar berhijrah utk kebaikan. Tapi zaman kinek, sedarkah semua, sejak bila kita berubah daripada “kesah” kepada “sik kesah”? Betetey2 rompuan makei tudong sekadar bertudong tapi sik nutup aurat, terkinja2 depan jantan makei baju ketat. Olahan nisik melambangkan penampilan berhijab. Tudong pun pelik2 aku sik paham!
.
Kenak jadi mcm ya? Trend kah? Sikit2 kita mula menerimak n bersifat terbuka atas perubahan yg sikit2 membawa kepada yg ada kinek. Bila kita sedar perubahan kinek adalah makin melampau, bok kita nak kamboh2. Padahal jaoh dah cara bertudong ya menyimpang dari zaman dolok.
.
Do not get me wrong, aku sik mengecam pasal pelancaran tudong ya, seriously sik. Padahal aku personally minat dgn org ya. Sumber inspirasi kepada org mudak2, cuma yalah tempat ya sik rindok didenga utk tujuan promosi produk tudong. Well, kita manusia, molah salah, nya ada cerita kedirik kali kita sik tauk, heartbroken ka apa ka nok mendorong nya molah benda gia. Jika org nak madah “bukan kelab ya, ya function room” sukati lah, just ktk org just jangan expect org imagine zouk ya kelab beriadah atau kelab ngumpol setem! Memang org akan mikey kelab malam terus. Sik semua org pernah sampei sia.
.
Kepada anak gadis bertudong di luar nun, berperangei lah ngerenak dgn imej. Bertudong ya adalah kesempurnaan beragama bagi seorang perempuan, kehormatan nya, bukan fesyen semata2! Sudah2 lah ktk org mencalar imej rompuan yg bena2 bertudong dgn olahan pelik2 di luar nun. Sik cukup kah sindiran si gadis syaitan k ktk org? Sekda org muji.
.
Mun rasa dirik agik nak terkinja2, siboh sekoh ngekot org nak berpesen tudong dolok! Kelak bukak agik tudong, terkinja2 agik! Ya bok kata urang sik puas enjoy! Malu lah sikit! Bena lah kata kakak aku dolok marek, “sik semesti aku sik bertudong aku molah benda jaik2!” Alhamdulillah kinek kakak aku dah nutup aurat, bukan sekadar bertudong! Renung2 kan lah...
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : aku sik madah aku bagus, jaoh skali. Tok cuma pengamatan aku utk kes tok ajak. Sekda salah seda betol, masing2 merik pendapat dari sudut masing2 berlandaskan pengetahuan asas dlm agama. Nok salah dari sudut agama, sila akur. Kita sama, PENDOSA. Semoga kita semua diberik hidayah oleh-Nya. Amin
aku si pendosa 在 NgektsaiArmy Official Youtube 的最佳解答
Salam perey! ?
.
Lokasi penggambaran Ngektsai adalah di Jalan Satok, Klinik Pakar Pergigian Anmas.
https://www.facebook.com/Klinik-Pakar-Pergigian-Anmas-744511025569759/
Ada duak cawangan, sigek di Taman Sukma Commercial Centre, sigek gik baru di sebelah Wisma Satok jak! Selesa, servis tip top, mesra, a must-go clinic tok!
.
Satok : 019 4821241 / 082 428224
Sukma : 019 9821241 / 082 448224
.
Klinik tok menyediakan mcm2 dental servis seperti braces, muteh gigi, nampal gigi, cuci gigi, check up gigi, and nok paling penting utk netizen tauk adalah doktor pakar tok expert dlm implan gigi. Mana2 gigi nok patah, dicabut atas sebab kemalangan ka, burok ka, boleh implan gigi sitok. Makei gigi pelesu is an optional tapi mun implan jauh lebih bagus gik, tahan lamak n kuat! Sik bingong gigi tercabut masa makan ?. Maka dapatkan servis gigi di klinik tok!
.
Sik kisah la di skolah ka, tmpat tusyen ka, keja ka, kekadang kita rasa sak ati ngan seseorang. Mmg kita sikkan terlepas dari ejekan urg, umpatan urg, buah mulut urg terutama atas kekurangan yg ada pada kita. Tapi jgn jadikan benda ya sebagai penghalang kita utk menjadi lebih baik di masa depan. Cthnya mcm si memerang, mungkin nya ngambik kutukan si laki ya sebagai titik perubahan utk nya belajar pandei2, so nya dpt ngubah dirik nya menjadi lebih bagus n berguna d masa depan. Sapa sangka, si memerang time skolah dolok, kinek dah kacak, dokto gigi gik ya. Nya paham kali, ada org lain sepertinya dolok memerlukan bantuan, thats y nya memilih utk bkerjaya sebagai dokto gigi, menjadikan kekurangannya dolok sebagai punca jereki. Kompiden si merang ya kinek. Ngektsai tumpang happy.
.
Si laki ya pasti sikit2 juak rasa nyesal kerana dolok nya slalu ngojek si memerang. Manusia berubah, sik semesti time skolah muka ko lahar, time besar lahar juak. Ada juak time skolah kacak tapi bila dewasa dah kedak lahar gunong berapi. Nasib si laki ya maintain jak rupanya. Apa lagik, nait daun lah. Sik kisah asal duak2 available, jgn laki/bini urg jak k.
.
Apapun, Tuhan dah ngato hidup kita sejak azali gik. Semuanya ada hikmah. Apa kesulitan yg berlaku, percayalah Tuhan ada sesuatu nok nya yakin lebih bagus utk kita. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Sapa sangka org nok ko slalu anok dolok jadi pasangan kawu, dan sebaliknya. Ko pun sikkan sangka akan muncul seseorang yg ko sik sangka ke dlm hidup kawu atas sebab yg Tuhan ajak tauk. Jadikan pengajaran dlm hidup sebagai panduan to be better!
.
Beloya mcm tok, jaoh skali nak ngait life urg lain. Aku selalu mengingatkan dirik, ya paling penting. Teguran utk dirik mpun. Kita semua kan pendosa. ?
.
#ngek
#ngektsai
#ngektsaiarmy
.
Ps : skali skala molah iklan kedak tok, amacam? Hahaha.