Dia didakwa melakukan sindiket tersebut bermula Jun 2019 hingga September 2020 di sebuah rumah banglo, Bandar Baru Bangi.
同時也有66部Youtube影片,追蹤數超過6,750的網紅Shukri Vlogs,也在其Youtube影片中提到,‼️SERGAHAN MISTERI DAN MENAKUTKAN‼️ Short review eksplorasi di Banglo Sihir, yang mana pemiliknya mengamalkan ilmu hitam sebelum meninggal dunia. Ke...
「banglo」的推薦目錄:
- 關於banglo 在 ROTIKAYA Facebook 的最佳貼文
- 關於banglo 在 Facebook 的最讚貼文
- 關於banglo 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於banglo 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
- 關於banglo 在 Shukri Vlogs Youtube 的精選貼文
- 關於banglo 在 Shukri Vlogs Youtube 的最佳解答
- 關於banglo 在 150 Banglo design ideas - Pinterest 的評價
- 關於banglo 在 白阁楼Banglo Homestay | Bukit Mertajam - Facebook 的評價
- 關於banglo 在 Banglo - Ruchika Jangid | Haryanvi Songs Haryanavi 2021 的評價
banglo 在 Facebook 的最讚貼文
Kisah saya dan Kabinet.
Okey ini ada Gambar Kabinet lama dan Kabinet baru di rumah saya.
Kabinet lama tu rumah teres, lepas tu pindah rumah baru, banglo mini.
Bagaimana boleh pindah rumah baru?
Alkisahnya, awal kerja gaji pertama beli rak buku.
Kemudian tiap bulan beli satu buku, cukup setahun ada 12 buku, sungguh tak sama orang bujang yang baca buku 12 bijik setahun dengan orang bujang yang kali terakhir baca buku waktu ambik SPM.
Lepas tu saya beli Komputer, dan belajar internet, dan belajar tulis blog.
Ketika kawan-kawan beli kereta Satria baru, atau Honda, atau Wira baru, saya beli kereta Cherede second hand, orang lain bayar muka kereta baru RM5000, saya bayar Cash RM2500 terus dapat kereta tanpa komitmen bulanan.
Sayang betul, rupanya tak ada satu pun saya ambik gambar dengan kereta ni, zaman tu telefon belum ada kamere. Facebook pun belum ada untuk berlagak. Adohai.
Kereta Second hand ini walaupun buruk, kebaikkan nya adalah tak payah bayar bulan-bulan, dan kereta inilah saya guna untuk pikat hati mertua saya dan bini lantas membuktikan mereka tak metrialistik-woha!.
Air Cond tak ada, tempat pijak kaki ada lubang sikit, waktu hujan kena pakai selipar sebab air boleh masuk ikut bawah.
Bila takde ansuran kereta, maka pinjaman rumah mudah lulus, saya beli rumah teres sahaja.
Waktu mengorat Puan Bini, saya tak cakappun ada rumah sendiri, saya tunjuk kereta buruk sahaja, dan sabar betul bini saya kahwin dengan laki yang pakai kereta macam ni, waktu hujan, cermin berwap, bini saya jadi wiper organic dengan lap cermin dengan tuala basah. Pernah rosak tengah jalan, ketuk ketuk sikit, dah ok dan teruskan perjalanan.
Masa tu saya duduk rumah sewa kecik gila, tapi bulanan rumah itu di bayar oleh penyewa rumah saya, nampak tak permainan kapastalis saya?, malahan saya ada simpanan hasil sewa, bermakna rumah saya tu dah jadi asset walaupun hutang tak habis bayar lagi.
Ni semua berkat kawan dengan buku, pastikan lima jenis buku kita baca, (1) Agama, (2) Keluarga, (3) Kesihatan (4) Perniagaan (5) Masa lapang.
Apa tajuk buku best untuk baca?
Nanti saya cerita, sambung kisah saya,
Alkisahnya,
Bila bini mengandung anak sulong, kesian kat dia kena air hujan kat kaki, baru saya beli kereta proton wira yang ada aircond, dan bila bilangan anak melebihi kerusi wira, saya beli MPV ala ala keretamayat, cukuplah kami tujuh beranak.
Oh, lupa, kereta charade saya jual waktu beli kereta wira dan jual dekat ejen MLM Suraco, pernah Nampak kereta ni melintas dengan sticker Sureco tahun 2005 dulu, tak tahu apa cerita kereta tu sekarang.
Jadi begitulah kisah kereta pertama saya sekaligus rumah pertama saya. Kemudian saya beli pulak kereta kancil second hand lampu petak agar senang urusan kerja, tak malu langsung saya pakai kancil tu, asal bulanan murah, dan saya tak sakit kepala. Bila kereta tu dah uzur, saya jual dan beli axia kompang, kereta paling murah di Malaysia.
Jadi, Bila hutang kereta kita kecik, maka layaklah beli beli tanah, boleh buat mini banglo, kawan saya beli rumah teres sama harga dengan saya beli tanah buat banglo mini, Cuma lecehlah nak beli tanah pecah lot, nak sewa lori tinggikan tanah, nak masukkan air, pinjam jiran dulu, tiang letrik takde nak kena urus dulu, lepas tu nak cari kontraktor lagi, tapi benda susah ni berbaloi, dan di kira best kita buat, sebab tak pernah buat, pengalaman apa apapun, bila first time rasa seronok.
Dah siap rumah saya buat track jogging, niat untuk terapi anak syurga, sudahnya waktu PKP, saya yang terapikan diri berlari keliling rumah hilangkan stress.
Jadi rumah pertama saya sekarang masih buat rumah sewa, dan pernah buat homestay, tapi rugi teruk, berniaga, ada untung dan rugi, maka bagi sewa sahajalah, tak untung besar tapi jadi aset dalam diam.
Ni Nak cerita pasal kebinet tapi melalut sampai ke kereta dan rumah, adohai… saya belum kaya, perjalanan masih jauh, hutang masih banyak, pelan pelan kayu, insyaAllah..
Moral of the strory, beli kereta baru separuh gaji nak kena bayar, memang masuk neraka wang, jika nak belajar uruskan wang, kena banyak membaca..
Oh yer, tadi saya janji nak bagi tajuk Buku asas wajib baca untuk ubah kehidupan.
Kita semua tahu, dari olahan hadis, ada lima perkara paling asas dan berharga dalam menentukan kebahagiaan hidup? Iaitu:
(1) Agama, (2) Keluarga (3)Kesihatan (4) Sumber Rezeki (5) Masa lapang.
Tanpa agama kita akan masuk neraka, tanpa keluarga kita akan kesepian, tanpa sumber rezeki kita akan meminta minta, dan tanpa masa lapang kita akan stress gila!
Jadi nak ubah cabinet rumah, mulakan dengan ubah maklumat dalam otak dengan membaca lima jenis buku (1) Agama, (2) Keluarga, (3) Kesihatan (4) Perniagaan (5) Masa lapang.
Untuk buku Agama bacalah (1)Taklim, setengah jam sehari, Buku keluarga, saya cadang baca (2) How To Friend and Influence People karangan Dale Carnegie, guna ilmu tu untuk tambah kasih sayang dalam keluarga, Buku kesihatan, pergi klinik, banyak (3) template dan nasihat free, buku bisnes, (4) Rich Dad Poor Dad, atau 4-Hour Workweek. Atau versi melayu baca buku BIjak Merancang wang tulisan Afyan Mat Rawi,
Dan Buku untuk masa lapang, bebas! Tak kisah nak baca novel ke, komik ke, teka teki ke, asalkan membaca, dan Saya cadangkan baca semua buku Hamka keretamayat serta rasailah perbezaannya.
Woha!
banglo 在 Facebook 的最佳貼文
Ulang kaji bab Vaksin, Hutang dan kesensaraannya.
Alkisahnya, Ada kawan lama tiba tiba call, borak sekejap dah tahu apa dia nak, nak pinjam duit, bukan sikit, nak RM lapan ribu. Aduh..
RM80 boleh bincang lagi.. RM8k tu...
Maka saya ambik jalan mudah, saya tak buat perkhidmatan pinjam duit, atau jadi penjamin mana mana pihaj, saya bukan bank, mungkin dia tengok saya pergi daki gunung kinabalu, menyelam di pulau, naik kapal terbang, tulis buku, berceramah, belajar naik kuda, masuk pertandingan memanah, rumah ada treadmill, serta jual ebook maka dia sangka saya banyak duit.
Saya baca kitab Fadhilat Sedekah, adab nak pinjamkan wang, adalah kita mampu halalkan jika orang tak bayar, maka saya tak mampu nak halalkan jumlah banyak macam tu, saya ambik jalan fekah, saya tak boleh bagi pinjam wang.
Lagipun sains bab tak boleh tidur malam adalah bila kita buat benda yang berisiko, otak kita akan serabut takutkan risiko, dan jadi tak mengantuk fikir yang bukan bukan, dah ramai saya jumpa orang tak boleh tidur malam dan ajak saya mengeteh kerana hutang kawan tak bayar.
Ada orang bagi pinjam kereta, lepas tu dia punya gelisah selalu tengok jalan tunggu kawan yang pinjam tu pulang, gelisah dia memang tak boleh bawak bertenang, dan bila kawan tu balik, diperiksa macam polis cari dadah, saya pesan kat kawan yang lain, jangan lagi kau pinjam kereta dengan orang macam tu, kesian dia tak boleh buat sebarang benda lain sebab risau kereta calar.
Dan pesan jugak kat tuan kereta, kalau kau dah gelabah macam gini bila orang pinjam kereta, baik jangan bagi terus, aku tengok pun terseksa!
Maka formula yang sama, jangan pinjam wang dengan orang yang tak mampu korang halalkan jika peminjam tak bayar.
Maka saya cakap elok elok kepada kawan yang datang nak pinjam wang, maaf saya bukan Bank, saya tidak buat perkhidmatan pinjaman wang.
Apa yang terjadi?
Kawan tu drive datang rumah cerita masalah dia, gigih sungguh dia, manis janji dia, tapi saya tetap ikut fekah bab pinjam, bagi jika kita mampu, jangan paksa diri.
Dia datang rumah saya ajak dia naik kereta saya, mengeteh, kereta saya tu baru beli tapi basic, takde radio. Saya cakap dah lama saya nak pasang radio tapi sebab takde duit lebih, maka saya bertahan bawak kereta sambal berzikir dan mengaji.
Dia terus insaf, sebab keretanya ada radio.
Pesan saya lagi, Ada masalah carilah adik beradik, jika mereka buang kau, tentu ada masalah yang kau tak cerita, orang tak buang adik beradik tanpa sebab.
Sebelum balik, saya tunjuk depan rumah saya takde bumbung tempat letak kereta, ya, saya duduk rumah banglo kecil, tanah rumah saya luas, tapi belum ada duit lebih nak buang bumbung parking kereta. Jika ada duit, dah lama kereta kedua saya tu ada radio dan parking bawah garaj berbumbung.
Dia insaf, dan pulang cari penyelesaian dengan adik beradiknya, persahabatan tak putus. Saya bagi duit minyak RM50, dia nak pinjam, saya hadiahkan.
Maka nasihat saya kepada semua anak muda, jangan mudah bagi pinjam wang nanti tak boleh tidur malam, saya tak pernah alami, tapi kenal ramai kawan yang menderita hutang tak dibayar, dan putus kawan.
Jika kita mampu halalkan bila kawan tak bayar, nak pinjam RM 10 ribu pun berilah, tapi jika tak mampu, berilah sekadar yang mampu kita halalkan.
Dan bila dah beri pulak, jangan lupa tulis perjanjian sebab Allah dah pesan dalam ayat terpanjang dalam Al quran, pinjam wang kena bawa saksi dan bertulis.
Biasa saya akan buat whatsapp group, dan akan invite dua saksi dia, dua saksi saya, tulis tarikh pinjam, jumlah pinjam dan tarikh bayar, lepas tu sekali sekala pos dalam wasap tu cerita bab akhirat, insyaAllah belum sampai tarikh bayar si peminjam akan bayar dan left group- woha!
Lagi satu bab kawan kawan minta jadi penjamin, juga nak kena tolak baik baik, salah jamin orang, tak boleh tidur malam di buatnya.
Dan terkini, jika ada antivaksin nak pinjam kad vaksin kita, jangan bagi! Haram bersubahat dengan penipu.
Panjang nak cerita tapi itulah pesan saya, jangan lembut hati sangat akan perkara yang menyusahkan diri sendiri, hutang jika tak mampu nak halalkan, jangan beri, Kad vaksin jika antivak pujuk dan rasuah, jangan beri, jaga hati kita dulu sebab waktu kita susah nnatu takde sesiapun nak jaga hati kita.
Pandai pandailah pujuk diri, sebab perasaann menyesal ni satu azab yang seksanya, memakan diri.
Belajar harap hanya pada Allah, jangan berharap akan ada orang yang nak jaga hati kita masa susah, sungguh siapa berharap pada mahluk, maka dialah orang yang paling cepat makan hati, susah hati, dan hati mati.
Lagi sekali saya pesan, jangan bebankan diri dengan bagi pinjam duit banyak banyak lepas tu bila kawan lambat bayar, atau tak bayar, diri sendiri yang susah hati.
Dalam islam orang mati syahid yang patut boleh masuk syurga tanpa hisab pun akan tergantung rohnya jika mati tak bayar hutang…
Insaflah, dan maaf kepada yang PM nak pinjam wang atau jadi penjamin, saya tak buat perkhimatan pinjaman wang atau perkhimdtan mejadi penjamin, nak pinjam kad vaksin saya pun tak akan diberi, saya hanya buat perkhidmatan jual buku dan saya sangat berterima kasih kepada yang sudi membeli buku dari saya tanpa berhutang. Koranglah pelanggan dunia akhirat. Woha!
Ps: Gambar tak ada sebab takut anti vaksin yang sama hensem salah gunakan.
banglo 在 Shukri Vlogs Youtube 的最讚貼文
‼️SERGAHAN MISTERI DAN MENAKUTKAN‼️
Short review eksplorasi di Banglo Sihir, yang mana pemiliknya mengamalkan ilmu hitam sebelum meninggal dunia.
Kedengaran JELAS SUARA SERGAHAN kuat ketika eksplorasi di sini. Seolah-olah memberi AMARAN.? SERAM. Tekan link di atas untuk Menonton.☝️
?Selamat Menonton?
?PLAYLIST
SERAMSHUKRI
(Video mengenai hal misteri dan menakutkan)
https://www.youtube.com/playlist?list...
?ABANDONED PLACES EXPLORE
(Explore ke tempat-tempat yang ditinggalkan)
https://www.youtube.com/playlist?list=PLctMGVsV57gXZxzbHey53Oxee71EYT-Bm
_______________________________________
?SOCIAL MEDIA
Facebook: Shukri Vlog
https://www.facebook.com/shukri.zulkifli.5
Instagram : shukri_vlog_
https://instagram.com/shukri_vlog_?igshid=1a57q4kuqc9sl
#banglosihir
#shukrivlog
#damansaraheight
#banglosihirdamansara
#banglopatung
#banglodamansara
#bangloberhantu
#abandonedhouse
#abandonedbungalow
#eksplorasi
#vlogseram
#horrordocumentary
#paranormalmalaysia
#tempatseramdikualalumpur
#tempatseramdimalaysia
banglo 在 Shukri Vlogs Youtube 的精選貼文
‼️HANTU MELINTAS DEPAN MATA‼️
Short review mengenai penampakan HANTU MELINTAS DEPAN MATA dan SUARA GARAU di Banglo SG.
Banglo SG yang pernah menjadi saksi pembunuhan tragis isteri yang MEMENGGAL KEPALA skandal kepada si suaminya yang berlaku curang. Lalu kepalanya digantung di loteng rumah ini.
?Selamat Menonton?
?PLAYLIST
SERAMSHUKRI
(Video mengenai hal misteri dan menakutkan)
https://www.youtube.com/playlist?list...
?ABANDONED PLACES EXPLORE
(Explore ke tempat-tempat yang ditinggalkan)
https://www.youtube.com/playlist?list=PLctMGVsV57gXZxzbHey53Oxee71EYT-Bm
_______________________________________
?SOCIAL MEDIA
Facebook: Shukri Vlog
https://www.facebook.com/shukri.zulkifli.5
Instagram : shukri_vlog_
https://instagram.com/shukri_vlog_?igshid=1a57q4kuqc9sl
#banglosg
#shukrivlog
#kelibathantu
#bukitgasing
#banglosgbukitgasing
#banglosgpetalingjaya
#kisahbanglosg
#banglosgberhantu
#serambanglosg
#banglosgseram
#paranormalmalaysia
#tempatseramdiselangor
#tempatseramdimalaysia
banglo 在 Shukri Vlogs Youtube 的最佳解答
‼️NYARISS !!! TERCEDERA KETIKA EKSPLORE BANGLO TERBAKAR‼️
Rakaman di sebuah Banglo Terbakar yang sedikit terpencil dari orang ramai. Dikatakan ianya pernah menjadi kuarters bagi staf TNB dan juga digelar sebagai BANGLO PONTIANAK.
?SELAMAT MENONTON?
Jangan Lupa Juga Subscribe Channel 5 CIM :
https://youtube.com/channel/UCeITCOPBc72RCgcWAjnAreQ
______________________________________
?PLAYLIST
SERAMSHUKRI
(Video mengenai hal misteri dan menakutkan)
https://www.youtube.com/playlist?list...
?ABANDONED PLACES EXPLORE
(Explore ke tempat-tempat yang ditinggalkan)
https://www.youtube.com/playlist?list=PLctMGVsV57gXZxzbHey53Oxee71EYT-Bm
_______________________________________
?SOCIAL MEDIA
Facebook: Shukri Vlog
https://www.facebook.com/shukri.zulkifli.5
Instagram : shukri_vlog_
https://instagram.com/shukri_vlog_?igshid=1a57q4kuqc9sl
#bangloterbakar #shukrivlog
#bukittunku #banglomisteri
#bangloberhantu #bangloseram
#bangloterbiar #bangloberhantubukittunku
#rumahmisteri #rumahberhantu #rumahseram
#rumahterbiar #rumahberhantubukittunku
#bukittunkuseram #abandonedhouse
#abandonedbuilding #seram #penampakan
#tempatseramdimalaysia
#tempatseramdikualalumpur
#tempatseramdibukittunku #paranormalmalaysia
#urbanexplorer
banglo 在 白阁楼Banglo Homestay | Bukit Mertajam - Facebook 的推薦與評價
白阁楼Banglo Homestay, Bukit Mertajam. 441 likes · 15 talking about this · 58 were here. All new homestay at bukit mertajam! Change your living style with. ... <看更多>
banglo 在 Banglo - Ruchika Jangid | Haryanvi Songs Haryanavi 2021 的推薦與評價
Banglo Ruchika Jangid Haryanvi Songs Haryanavi 2021 Bungalow New Song - Ikk Pankha Layado Banglow MeinHaryanvi Songs Haryanavi Ruchika ... ... <看更多>
banglo 在 150 Banglo design ideas - Pinterest 的推薦與評價
Dec 24, 2022 - Explore sunil chinnarathod's board "Banglo design" on Pinterest. See more ideas about house front design, bungalow house design, duplex house ... ... <看更多>