[Pemakaian Asia Yang Dihakis]
Pakaian yang seksi seakan sinonim dengan orang perempuan sudah tidak boleh dipisahkan lagi dengan realiti zaman sekarang. Pakaian skirt dan seluar yang pendek, baju yang ketat dan singkat adalah pakaian yang menjadi pilihan kebanyakkan perempuan tidak kiralah dari bangsa apa sekali pun.
Hal ini dikatakan moden dan trending. Sedangkan dengan berpakaian seperti itu mereka telah menghilangkan identiti budaya dan kesopanan yang diperkenalkan oleh setiap bangsa. Seperkara yang tidak boleh dinafikan bahawa orang di Asia terkenal dengan budaya dan sifat peramah serta sopan santun mereka.
Orang dulu-dulu telah menerjemahkan nilai kesopanan itu dengan pakaian yang dipakai oleh mereka. Terutama pakaian wanita Asia. Setiap negara mereka akan memiliki pakaian mereka sendiri:
1) Wanita Melayu memakai Baju kurung
2) Wanita Jepun memakai Kimono
3) Wanita Cina memakai Cheongsam atau Qipao
4) Wanita Vietnam memakai Ao Dai
5) Wanita Bhutan memakai Kira
6) Wanita Myanmar memakai Longyi
7) Wanita Filipina memakai Baro't Saya
Dan banyak lagi. kesemua adalah pemakaian budaya yang penuh dengan unsur-unsur keayuan dan sopan santun. Pakaian mereka longgar dan menutup penuh. Setiap dari sudut itu terdirinya falsafah dan kesenian yang tersendiri. Akan tetapi nilai kesantunan ini sedang menghakis dan ia dianggap pakaian muzium sahaja.
Pakaian seperti seluar pendek dan mini skirt adalah pengaruh dari pemakaian Barat. Ia diperkenalkan sekitar tahun 1960 oleh pereka fesyen bernama Mary Quant berasal dari England, dan André Courrèges berasal dari Perancis. Mereka berdua memperkenalkan fesyen mini skirt di Barat dengan mengevolusikan dari pakaian skirt labuh yang dipakai oleh orang-orang terdahulu. Mary Quant juga memperkenalkan seluar pendek untuk perempuan. Setelah itu, fesyen-fesyen ini mula berkembang di Barat. Malah fesyen itu juga turut mempengaruhi gaya pemakaian masyarakat di Asia terutama mula berkembang di Korea Selatan pasca pemisahan Korea Selatan-Utara. Fesyen ini dibawa oleh pengaruh Amerika ke sana.
Sebelum perang dunia kedua, pemakaian seksi bagi masyarakat Korea dan Jepun dianggap sebagai suatu perbuatan yang tidak sopan. Sehinggalah apabila berlakunya revolusi industri dan juga pornografi di sana menyebabkan nilai malu dan kesopanan itu dihakis sedikit demi sedikit. Anak gadis mula memakai skirt dan seluar pendek yang lebih pendek dari gaya Barat. Maka dari situlah fesyen ini mula tersebar kepada masyarakat dunia melalui hiburan dan media. Lalu pada hari ini mula orang berkata “Skirt dan seluar pendek tidak boleh pisah dengan cina” sedangkan hal itu bukanlah identiti pemakaian bangsa cina. Ia adalah lebih kepada mengambil pengaruh trend dari Korea Selatan dan Jepun.
Mereka beralasan itu adalah pakaian moden. Adakah itu kayu ukur kepada kemodenan? Berpakaian seksi seakan bertelanjang? Jika pada zaman ini ia dianggap pakaian moden, maka apa jangkaan kita kepada generasi akan datang yang ‘lebih moden’? adakah kita akan merai anak-anak kita dengan berpakaian yang lebih seksi dengan alasan mahu moden semata-mata? Dari situ mereka juga mula hidup dengan gaya lebih bebas malah lebih bebas daripada zaman yang kita lalui. Oleh itu, dengan pemilihan kata ‘moden’ atau ‘tidak bertamadun’ yang mana lebih sesuai untuk dipandankan dengan situasi sebegitu?
Kesimpulan
Setiap negara yang dibina oleh nenek moyang kita telah meninggalkan kepada kita tamadun bangsa dan nilai kesopanan yang tinggi. Akan tetapi masyarakat kita memilih untuk berubah dengan mengambil trend yang bukan lagi dari identiti dan jati diri bangsa mereka lagi. Apa yang telah mengubah persepsi itu? Adakah kita sudah tidak berbangga dengan nilai ke-asia-an kita yang asal menerapkan kesopanan?
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
baro't saya 在 The Baro't Saya [Filipino Friday] - YouTube 的推薦與評價
A tiny history and explanation of making a baro't sayaBooks I referenced:Fashionable FilipinasPatterns for the Filipino DressBaro: ... ... <看更多>
baro't saya 在 Ambriel's Baro't Saya | Lumban - Facebook 的推薦與評價
Ambriel's Baro't Saya, Lumban, Laguna. 639 likes. Ambriel's Baro't Saya offers classy and elegant, modern and classic, high quality baro't saya, both. ... <看更多>
baro't saya 在 the baro't saya - Pinterest 的推薦與評價
Apr 1, 2013 - Explore Flora Mendoza's board "the baro't saya" on Pinterest. See more ideas about filipiniana dress, filipiniana, traditional dresses. ... <看更多>