Resepi Mudah Buat Anda Terliur! Puding Buih Berkuah Susu Koktail
Bahan Puding:
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ asingkan putih dan kuningnya tetapi simpankan 1 biji kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail
Pewarna merah atau apa sahaja warna kegemaran anda
Esen Vanila ~ untuk hilangkan hanyir telur
Cara Membuat Puding:
Masak agar-agar mentah bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan esen vanila mengikut cita rasa masing-masing. Kacau sebati.
Bila agar-agar dah suam-suam panas, di dalam bekas lain, pukul telur hingga ringan dan gebu.
Masukan putih telur sedikit demi sedikit sambil memukulnya. (Cuba terbalikkan mangkuk putih telur yang siap dipukul gebu, jika ianya kekal dan tidak meleleh bermakna anda berjaya).
Tuangkan adunan puding ke dalam adunan telur dan kacau/pukul lagi dengan mixer hingga sebati. Masukkan ke dalam acuan, biarkan sejuk barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Bahan Kuah Susu Koktail:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut cita rasa, kalau suka manis boleh tambah sendiri
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yang diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam
Cara Membuat Kuah Susu Koktail:
Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
Apabila telah mendidih, tutup api dan biarkan ia sejuk.
Setelah sejuk, masukkan pula ia di dalam peti ais.
Sebelum mula menghidang, letakkan puding di dalam mangkuk pilihan dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk tahu?
Sebagai penambah rasa dan tekstur, boleh taburkan juga buah-buahan campuran koktail tin yang boleh dibeli di pasar raya.
Kredit: wanista
buah tin mentah 在 Pakar diari hati Facebook 的精選貼文
GARIS PANDUAN UNTUK HAMIL👶👩👨
Tips Subur :-
1- Badan sihat dan tidak terlalu gemuk.
2- Mengetahui waktu subur bagi lelaki & wanita.
• Lelaki •
Seeloknya bersama suami dengan jarak masa
24 jam - 48 jam. Waktu benih akan pulih kembali.
* Bersama selang sehari.
• Wanita •
Bila hari waktu subur?
28 hari - hari ke 14 selepas haid.
30 hari - hari ke 16 selepas haid.
32 hari - hari ke 18 selepas haid.
34 hari - hari ke 20 selepas haid.
* Elok utk adakan hubungan suami isteri.
Utk lebih tepat boleh gunakan kaedah check suhu badan BBT BASAL BODY TERMOMETER.
3- Ketenangan fikiran.
Sangat penting untuk imbangkan hormon subur. Tak boleh stress, kurangkan tekanan fizikal jika di tempat kerja sebab boleh menganggu kesuburan.
Antara cara y boleh mendapatkan ketenangan @ hilangkan stress. Amalkan riadah berjalan kaki, yoga @ pergi gym utk 30min sehari.
Amalkan bacaan Al-Quran, solat, zikir.
4- Pemakanan.
Kawal :
Gula & Karbohidrat
Hentikan :
Fast food
Junk food
Minuman dalam tin
Kopi
Elok di makan :
1- Sayur-sayuran (mentah lagi bagus - ulam)
2- Buah-buahan (delima, jambu, papaya)
3- Keledek, keladi ( kaya dgn estrogen)
Jauhkan Toksin :
1- Bahan kimia insecticide
2- Pewangi
3- Asap rokok kerana ia merosakkan kesuburan wanita.
Amalkan makan-makanan bahan-bahan organik.