Salam. Nak share my trip to South Korea selama 3 bulan last March - June. Secara am, trip kali ini adalah trip budget dan my last minutes plan disebabkan problem dengan Trip Australia. 🇰🇷
Korea Selatan bukan hanya sekadar Kpop mahupun plastic surgery, malah lebih dari itu. Dari segi alam semula jadi higgalah ke makanan, semuanya mempunya variasi tersendiri yang mampu meninggalkan pelbagai kenangan kepada para pengunjung. 🌸
Top experiences in South Korea
1. Namsan Tower
2. Mapo Bridge
3. Nami Island
4. Bukchon hanok Village
5. Busan
6. Gimhae
Other places to visit:
• Jeju Island
• Hallasan National park
• DMZ
• Bukanhsan national park
• Seoraksan national park
Waktu terbaik untuk pergi:
Feb - April: Spring season kerana famous with cherry blossom.
August - October: Autumn di south korea juga amat menarik untuk dilawati.
Nov - Jan: Musim sejuk, best timing bagi peminat ski dan salji.
May - July: Musim panas. Bagi peminat sunset/sunrise serta aktiviti hiking, summer season merupakan masa terbaik untuk datang.
Typical cost
• Accommodation: untuk basic dorm, rata-rata berharga 10-15 USD untuk single bed. Bagi private room, harga dalam sekitar 25-40 USD.
• Transportation: Penggunaan metro disini mempunyai jaringan yang amat meluas dan setiap tiket berharga sekitar 1250 won. Penggunaan T-money amat digalakkan untuk mendapatkan diskaun.
Untuk antara bandar, penggunaan bas lebih murah berbanding KTX dan train.
• Food: South korea adalah syurga makanan bagi peminat makanan Korean. Setiap meal berharga sekitar 5,000 - 10,000 won. Untuk halal food, boleh dijumpai disekitar Itaewon. Antara makanan yang perlu dicuba adalah bulgogi, dubbokki, milmyeon dan banyak lagi!
• Activities: Activiti disini tidak terlalu mahal and percuma untuk certain days. South korea mempunyai banyak hiking spot yang amat menarik dan juga view sunset/sunrise yang amat lawa.
• Hitchhiking: Possible untuk hitchhiking terutama seoul-busan route. Namun, local mungkin akan memandang pelik kerana ini bukan norma dalam kalangan masyarakat korea.
Travel tips
• Penggunaan Kenderaan Awam --) secara umum, bas dan metro lebih murah untuk bergerak di dalam bandar. Namun, untuk intercities, harga airfare kadang2 jauh lebih murah terutama ketika promo.
• Ride a bicycle.
• Couchsurfing: cara mudah untuk melakukan penjimatan.
• Eating street food: street food di korea tidaak terlalu mahal dan amat sedap.
• Apps: kakao talk dan kakao maps digunakan secara meluas berbanding whatsapp dan google maps.
• Internet: internet boleh dijumpaai secara meluas dan percuma.
Harap dapat membantu!
Kredit: Anuar Ramli
Pakej travel ke Seoul, http://bit.ly/2QFAhN4 .
#southkorea
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...