“Salam Hamka kereta mayat, saya nak tahu siapa yang susun rukun Iman? Kenapa letak Nabi nombor empat? Jika ikut Al quran, sepatutnya Nabi bukan nombor dua ke?, banyak dalil ayat Al quran" Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada (1)Allah dan (2)RasulNya”. Jadi kenapa susunan rukun Iman, Nabi nombor empat?”
“Salam saudara, yang susun rukun Iman adalah allah sendiri, ianya di petik dari Al quran, contoh ayat An Nisa:136, ..dan sesiapa yang kufur ingkar kepada (1) Allah dan (2) Malaikat-malaikatNya, dan (3) Kitab-kitabNya dan (4) Rasul-rasulNya dan juga (5) Hari Akhirat, maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh."
“Dalam ayat tu takde pun beriman kepada Qada' dan Qadar?”
“Ada dalam ayat lain, rujuk Al Hadid: 22: Tidak ada sesuatu kesusahan yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Agar kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula sombong dengan apa yang diberikan kepada kamu dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri”
“Kenapa Allah tak masukkan Qada’ dan Qadar sekali dengan ayat An Nisa tadi?”
“Sebab al quran ni untuk orang berakal, kena baca dan fikir sikit, dan kena baca semua ayat dan tak boleh ambik separuh separuh, dan juga rujuk hadis banyak dalil bab rukun enam ni”
“Itulah saya rasa macam susunan Rukun Iman, patut Nabi nombor dua.., tak apa kan jika saya susun sendiri rukun Iman?, (1)Percaya kepada Allah, (2) Percaya kepada Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul, (3) Percaya kepada Malaikat-Malaikat, (4) Percaya kepada Kitab-Kitab, (5) Percaya kepada Hari Akhirat (6)Percaya kepada Qada' dan Qadar. Boleh kan saya susun macam tu? Tak rosak kan akidah saya?”
“Selagi percaya kepada enam rukun Iman ini, InsyAllah tidaklah rosak akidah, Cuma bila suasana belajar rukun Iman di Malaysia, ikut susunan Sunal wal Jamaah senang, kita follow lah”
“Sebab saya fikir macam ni, kita percaya Tuhan ada, Kemudian Nabi datang bagitahu, jadi satu percaya kepada Allah, kedua percaya kepada Nabi, kemudian Nabi bagitahu dapat info dari Malaikat, maka ketiga percaya kepada Malaikat, dan Malaikat turunkan wahyu berupa kitab, maka kita percaya kepada kitab, dalam kitab cerita tentang Akhirat dan takdir, maka percaya kepada Akhirat dan takdir. Itu yang saya faham ikut logik, susunan macam tu lebih logik”
“Jika nak ikut logic, saya suka guna pendekatan enam kesepurnaan agama”
“Apa tu?”
“Apa saya belajar, enam jalan kesempurnaan agama adalah (1) Iman (2) Ibadat (3) Ilmu (4) Akhlak (5) Niat (6) dan Dakwah”
“Cuba detailah lagi”
“Juga di kenali dengan sifat sahabat yang enam iaitu, (1) Yakin Hakikat Dua Kalimah Sahadah (2) Solat yang Khusyuk (3) Ilmu dan Zikir (4) Ikram Muslimin (5) Ikhlas Niat dan (6) Dakwah Tabligh.
“Jadi?”
“Kita belajar rukun Iman, bukan setakat hafal, kita kena buktikan, maka yang pertama, Percaya kepada Allah, dibuktikan dengan usaha atas Hakikat Dua Kalimah Sahadah, Yakin Allah berkuasa, Makhluk langsung tiada kuasa, yang bagi manfaat dan mudarat hanya Allah, La Ila Haillah!”
“Okey, rukun Iman pertama dan cover, yang ke dua, Beriman pada Malaikta macam mana?”
“Usaha atas Hakikat solat, kerana Solat ni Malaikat Jibril sendiri tak mampu bawa sebagai wahyu , Nabi sendiri naik ke langit ambik perintah solat dalam peristiwa Israk Mikraj, yang mana dijalanan Nabi melihat pada setiap lapisan langit ada malaikat sedang berzikir, ada malaikat sedang mengaji, ada malaikat sedang berdoa, ada malaikat sedang rujuk, ada malaikat sedang sujud, bermakna solat ini adalah membawa sifat ketaatan malaikat dalam solat, menjadikan kita khusyuk, dan dalam solat ada kekuatan tujuh lapisan langit! Seterusnya ketaatan dalam solat dibawa keluar solat menjadikan kita Tawadhuk, InsyaAllah”
“Okey, masuk akal, jadi rukun Iman ke tiga, beriman pada kitab adalah usaha pada hakikat Ilmu dan Zikir?”
“Pandai, maka seterusnya bab Ikram Muslimin, sungguh pada Nabi dan rasul ada bersamanya sebaik baik akhlak, lantas tunaikan lah hak sesama manusia kerana itu adalah sebaik baik akhlak, dan ikutlah Nabi dalam berahklak, Insyaallah”
“Okey, macam mana pulak Hakikat Ihklas dan Percaya pada Hari akhirat?”
“Sungguh orang ikhlas, tak akan harapkan keuntungan dunia, hanya harapkan janji Allah di Akhirat, maka hanya orang percaya pada hari akhirat sahaja akan mampu tunjukan sifat paling ikhlas dalam beramal”
“Tinggi, dan bab akhir, percaya kepada qada’ dan qadar?”
“Semua itu, takdir baik dan takdir buruk, atau ujian senang dan ujian susah, semua itu.., akan dapat kita selami sewaktu buat kerja dakwah, yang mana akan sampai depan kita manusia yang suka dan senyum, juga akan sampai depan kita manusia yang membenci dan mencaci, juga akan tiba waktu kita buat sehabis baik, pun tiada orang ikut, (macam Nabi Musa dakwah Firaun) dan ada waktu kita cakap sikit sahaja, orang berbondong bondong ikut (macah ahli shir firaun dan Nabi Musa)…
Maka yakinlah bahawa Ilmu Qada dan Qadar ini akan dapat kita faham, bila kita terlibat dalam kerja dakwah yang mana di siang hari kita berdakwah dengan sungguh sungguh ajak orang kepada Allah acam kita mamu bagi hidayah, namun di malam hari kita menangis nafikan semua usaha kita, sebab yang bagi Hidayah hanyalah Allah, sungguh tiada kekuatan dan kemampuan melainkan dengan izin Allah.
Lalu bersyukurlah dengan segala baki nikmat, walaupun sekecil kecil nikmat, dan bersabarlah dengan segala baki ujian, walaupun sebesar besar ujian, insyaAllah, hakikat beriman pada qada dan qadar akan tercapai..”
“Tinggi ni abang mayat”
“Kredit kepada bayan dari Buzmana”
“Buzamana tu siapa”
“Bayan dari ustaz ustaz yang saya tak ingat Namanya”
Woha!
Ps: selamat usaha atas enam perkara, sekaligus usaha atas rukun Iman, Now you know.
Ps2: Saya pernah tulis (1)enam perkara dan Al Fatihah, (2)enam perkara dan Azab kubur, (3)Enam perkara dan Golongan bawah Arash, (3) enam perkara dan Tamsilan Pokok, (4)enam perkara dan penyakit hati, (5) Enam perkara dan penawar bagi hati, serta yang terkini (6) Enam perkara dan rukun Iman. Alhamdulillah, cukup enam bab. Kena scroll artikel lama jika nak membaca, terima kasih sudi tegur typo abang keretamayat.
contoh artikel 在 Facebook 的最佳貼文
Pernah dengar tentang Alternate Ending di akhirat?
Alkisahnya, Hidup buat dosa, mati masuk neraka.
Lepas tu?
Kekal dalam neraka selamanya? Atau ada Alternate ending?
Tahukah korang? dalam dunia perfileman, lepas kita tengok satu filem, dan bila filem tamat, maka ada penonton yang suka dan ada yang tak suka, maka untuk hiburkan gembirakan semua penonton, rupa-rupanyanya, ada filem,yang dah buat alternate ending.
Korang boleh pilih nak berdamai dengan ending yang mana satu.
Zaman saya muda dulu, tengok filem 28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.
Satu lagi filem polular zaman saya, Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an, dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!
Satu lagi kejutan, Filem Rambo pertama, ada alternative ending jugak, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya bunuh diri.
Filem Puntainak, I Am Legend lakonan will Smith: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan puntianak, dan selamat pulang ke Kem tentera.
Filem aksi terbaik zaman saya budak budak, Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Skynet tidak pernah wujud, dan Anaknya John Connor pula menjadi Senator yang senjatanya adalah “common sense” dan “hope”.
Filem cinta polular zaman saya Titanic: orang lelaki tengok wayang sebab nak tengok kapal berlanggar dengan ais, orang perempuan tengok wayang sebab nak tengok orang bercinta, Alternate ending, rantai yang di cari cari, itu rupanya ada pada Rose yang sudah tua dan selamba buang rantai leher ke dalam lautan.
Filem Die Hard lakonan Bruce Wills pun ada Alternate Ending sebab orang jahat berjaya larikan diri, llau hero pergi letupkan orang jahat dirumahnya...
Okey, dah banyak sangat saya bagi contoh alternate ending dalam filem, Balik kepada kisah alternate ending di akhirat, orang masuk neraka selamanya kah?
Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)
Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun untuk mereka yang masuk Nereka.
Hadis lain, Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat. Kemudian tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih Bukhari)
Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua, subhanAllah.
Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi? Takut besar habuk pun tadak! Adohai…
Okey jom dengar hadis ini pulak, sabda Nabi:
“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang masih di neraka.
Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.
Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.
Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang berbuat kebaikan.”
Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau sekiranya kamu semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau bacalah ayat ‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)
Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.
Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli syurga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah.
Lalu Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”
Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun., hadis lain pulak:
Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, saya pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.
SubhanAllah…
Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?
So MORAL of the STORY: Walau masuk Neraka tetap ada peluang untuk masuk Syurga, tapi janganlah anggap siksa neraka ini ringan, Tak masuk Neraka itu jauh lebih untung, Tapi jika dan masuk neraka, tetap BerSangka baiklah pada Allah, dan jangan putus asa dengan Rahmatnya!
Senang, waktu baca artikel ini, baik bertaubat terus! Tak payah nak masuk neraka sebab Pintu Taubat masih terbuka.
Sesungguhnya, Pintu Taubat kita, tak ada siapa siapapun di dunia ini yang boleh tutup, gunakan HAK pintu itu sepenuhnya sebelum saya tutup pintu kereta mayat!
Woha!
Ps: Tahukah korang, Buku saya NGETEH DI KUBUR AYAH, ada Alternate Ending, lepas tamat buku itu, cuba selak muka surat akhir, ada POST KREDIT tau!, apa? Korang ingat Marvel jer ada Post Credit, jeritan wilhelm scream, dan “Chekhov's gun” pun ada tau, Woha!
contoh artikel 在 9bulan10hari Facebook 的最讚貼文
CARA BERSIHKAN TILAM YANG TERKENA AIR KENCING AGAR SUCI DARI NAJIS.
Mungkin kita dah terbiasa dengan insiden anak kencing malam, tembus malam2.. tahu2 dah basah je katil.
Dengan bau satu hal.. kena nak angkat tilam nak jemur lagi..kalau dah kencing berkali-kali, macammana kita nak pastikan ianya bersih dari najis?
Ikuti penjelasan dari Mufti Wilayah Perseketuan, Dato' Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri bagaimana cara untuk mengatasinya.
Soalan :
Assalamualaikum w.b.t
Saya ada satu kemusykilan. Bagaimana cara untuk membersihkan najis air kencing anak (najis mutawassitah) di atas tilam tebal dan berat serta susah untuk diangkat? Cukupkah sekadar direnjis air mutlak di atasnya atau perlu dibasuh pada bahagian terkena najis? Harap Datuk Mufti dapat memberi pencerahan.
Jawapan :
Waalaikumussalam w.b.t.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, isteri dan ahli keluarga baginda, para sahabat baginda serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Kami mulakan dengan sabda Nabi SAW :
الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ
Maksudnya : “Bersuci itu adalah antara ciri-ciri keimanan.”
Riwayat Muslim (223)
Islam sangat mengambil berat dalam hal bersuci dan kebersihan. Begitu juga, manusia cenderung kepada kebersihan dan secara tabi’i manusia tidak suka serta menjauhkan diri daripada kekotoran. Oleh sebab Islam adalah agama fitrah, maka secara tabi’i ia memerintahkan manusia supaya bersuci dan menjaga kebersihan.
Pembahagian najis:
Najis terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Najis Mukhaffafah (ringan),
Najis Mutawassitah (sederhana) dan Najis Mughallazah (berat).
Najis Mughallazah ialah anjing dan babi serta apa daripadanya.
Najis Mukhaffafah merupakan air kencing bayi lelaki yang hanya minum susu ibunya sahaja dan berumur tidak lebih daripada dua tahun.
Najis Mutawassitah pula adalah selain daripada kedua-dua jenis najis di atas. Najis Mutawassitah adalah seperti air kencing, najis haiwan dan darah.
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/40-41)
Cara membersihkan Najis Mutawassitah
Sebelum itu, kita mesti ketahui bahawa setiap jenis najis tersebut berbeza cara membersihkannya.
Mengenai cara membersihkan najis Mukhaffafah, kami telah membahaskannya secara panjang lebar di dalam artikel kami :
Irsyad al-Fatwa Siri ke-348 : Bayi Lelaki Yang Diberi Makan Ubat, Adakah Air Kencingnya Masih Mukhaffafah Dan Bagaimana Cara Membersihkannya?
[1]
Manakala najis Mughallazah hendaklah dibersihkan dengan tujuh kali basuhan dan salah satunya adalah dengan air yang bercampur tanah. Bagi mendapatkan perbahasan lanjut mengenai perkara ini, bolehlah merujuk kepada artikel kami di dalam :
Irsyad al-Fatwa Siri ke-176 : Jenis dan Kaedah Tanah Samak.[2]
Irsyad al-Fatwa Siri ke-221: Hukum Sertu Munggunakan Sabun Taharah.[3]
Mengenai najis Mutawassitah Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff ada menyatakan bahawa ia terbahagi kepada dua kategori iaitu hukmiyyah (حكمية) dan ‘ainiyyah (عينية). Hukmiyyah ialah yang tidak kelihatan najisnya secara jelas kerana tiada tanda-tanda seperti bau,rasa dan juga warna.
Cara membersihkannya adalah cukup sekadar mengalirkan air pada tempat yang terkena najis tersebut. Manakala ‘ainiyyah pula ialah najis yang kelihatan dan ada sifat-sifatnya sama ada bau atau rasa atau warna.
Cara membersihkannya ialah dengan air sehingga hilang semua sifat-sifat tersebut (bau, rasa dan warna). Sekiranya najis tersebut dapat dihilangkan bersama sifat-sifatnya dengan sekali basuhan sahaja, ia sudah mencukupi. Akan tetapi sunat untuk dia membasuhnya pada kali kedua dan ketiga.
Begitu juga, sekiranya najis itu tidak dapat dihilangkan dengan sekali basuhan, maka wajib membasuhnya kali kedua. Dan sekiranya masih belum lagi hilang, wajib membasuhnya buat kali ketiga. Sekiranya najis itu masih belum lagi dapat dihilangkan sifat-sifatnya dengan tiga kali basuhan bersama bahan bantuan seperti sabun dan lain-lain, maka keadaan ini dinamakan sebagai keadaan yang susah (حالة التعسر).
(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 135)
Syeikh al-Islam Zakaria al-Ansari menyebutkan bahawa contoh najis hukmiyyah adalah seperti air kencing yang telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya. Maka, cara membersihkannya, cukup dengan hanya mengalirkan air padanya sekali.
Adapun ‘ainiyyah, maka wajib dihilangkan sifat-sifatnya yang terdiri daripada bau, rasa dan warna, melainkan ada kesukaran bagi menghilangkan salah satu antara dua sifat iaitu sama ada warna atau bau. Maka, dalam hal ini tidak wajib menghilangkannya, bahkan ia telah pun dikira sebagai suci.
Akan tetapi, sekiranya terhimpun kedua-duanya sekali (bau dan warna) pada tempat tersebut, maka wajib untuk dihilangkan kedua-dua sifat tersebut kerana ia adalah merupakan bukti yang kuat bahawa ‘ain najis itu masih ada sepertimana ciri atau sifat yang ditunjukkan oleh rasa. (Lihat Fath al-Wahhab, 1/25 dan Kasyifah al-Saja, hlm. 182-184)
Begitu juga, belum lagi dikira suci (masih najis), jika masih ada sifat najis daripada segi rasa kerana kebiasaannya ia mudah untuk dihilangkan. Oleh itu, sekiranya masih berbaki sifat rasa, maka wajib untuk dihilangkan sekalipun dengan mengikis atau menggosok sebanyak 3 kali.
Cara mengikis adalah dengan mengikis tempat terkena najis itu menggunakan batu atau lain-lain, manakala menggosok pula adalah dengan menggunakan jari jemari dengan gosokan yang kuat dan kemudian menjiruskan air ke atasnya sehingga hilang ‘ain dan kesan najis itu.
Selain itu, tidak disyaratkan menggunakan bahan bantuan seperti sabun dan usynan (sejenis pokok) bagi menghilangkan najis melainkan setelah terhimpun baud an warna sekali atau hanya daripada segi rasa sahaja.
Maka, dalam situasi ini wajib menggunakan bahan bantuan tersebut. (Lihat Kasyifah al-Saja, 182-183)
Habib Hasan bin Ahmad al-Kaff telah meringkaskan berkenaan hukum bagi keadaan susah (حالة التعسر) kepada dua, iaitu :
Sekiranya hanya tinggal bau sahaja atau warna sahaja, hukumnya adalah dikira sebagai suci.
Sekiranya yang tinggal adalah bau dan warna atau hanya rasa sahaja, maka wajib membasuhnya bersama bahan bantuan seperti sabun sehingga hilang sifat-sifat tersebut.
Akan tetapi, sekiranya orang yang berkepakaran (Ahl al-Khibrah) menyatakan najis tersebut, tidak akan dapat dihilangkan melainkan hanya dengan memotongnya (membuangnya), maka dinamakan bagi keadaan atau situasi ini sebagai situasi yang ada keuzuran (حالة التعذر).
Hukumnya, ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan dan sah solat dengannya. Walau bagaimanapun, jika dia mampu untuk menghilangkannya pada masa akan datang, wajib untuk dia menghilangkannya.
(Lihat al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 136)
Kesimpulannya
Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti dalil-dalil serta pandangan para ulama, kami menyimpulkan kepada beberapa perkara :
Sekiranya air kencing yang terdapat di atas tilam telah kering serta tidak dilihat padanya kesan atau sifat-sifatnya, maka bagi mensucikannya cukup dengan hanya mengalirkan air padanya.
Dan sekiranya kuantiti air sedikit, hendaklah air yang dilalukan ke atas najis dan bukan sebaliknya sepertimana yang telah dijelaskan oleh Syeikh Ibrahim al-Baijuri di dalam hasyiahnya. (Lihat Hasyiah Syeikh Ibrahim Baijuri, 1/199)
Akan tetapi, jika air kencing tersebut meninggalkan ‘ain atau sifat-sifatnya, maka terlebih dahulu hendaklah dihilangkan ‘ain dan sifat-sifatnya.
Kami syorkan lap dan pindahkan air kencing yang bertakung di atas tilam semampu mungkin dengan menggunakan kain atau span atau wet/dry vacuum sehingga tidak ada lagi yang berbaki melainkan sedikit lembap yang tidak boleh dipisahkan (dielakkan) sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Nawawi al-Bantani. (Lihat Kasyifah al-Saja, hlm. 181)
Kemudian, barulah dialirkan air di atasnya. Sekiranya air basuhan tersebut tidak dapat mengalir, hendaklah ia juga dipindahkan atau dikeringkan semampu mungkin, dengan menggunakan kain atau span atau seumpamanya. Sekiranya masih berbaki warna atau bau sahaja, tidak mengapa dan ia dikira telah suci.
Akan tetapi, sekiranya masih berbaki warna dan bau sekali atau semata-mata rasa sahaja, hendaklah ia dihilangkan semampu mungkin dengan menggunakan bahan bantuan seperti sabun atau seumpamanya atau dengan menggosoknya sekuat mungkin sehinggalah sifat-sifat yang berbaki tersebut hilang.
Sekiranya masih lagi tidak dapat dihilangkan ia termasuk dalam perkara yang dimaafkan serta sah solat di atasnya.
Manakala apa-apa air yang mungkin terserap di dalam tilam semasa proses pembersihan adalah tidak mengapa. Basuhan di bahagian luar sahaja telah cukup. Dalam hal ini, Imam al-Nawawi telah menukilkan pendapat Imam Syafie bahawa :
لو أحمى حديد ثُمَّ صَبَّ عَلَيْهَا سُمًّا أَوْ غَسَلَهَا فِيهِ فَشَرِبَتْهُ ثُمَّ غُسِلَتْ بِالْمَاءِ طَهُرَتْ لِأَنَّ الطَّهَارَاتِ كُلَّهَا إنَّمَا جُعِلَتْ عَلَى مَا يَظْهَرُ فِيهِ لَيْسَ عَلَى الْأَجْوَافِ
Maksudnya : “Sekiranya dipanaskan sekeping besi dan kemudian besi tersebut disiram dengan racun (najis) atau dibasuh dengannya. Dan kemudian, racun tersebut telah meresap masuk ke dalam besi tersebut. Kemudian, besi tersebut dibasuh dengan air, maka ia kembali menjadi suci kerana kesucian itu adalah berdasarkan apa yang zahir (dilihat) dan bukannya pada apa yang ada di dalam rongga (tidak nampak).
(Lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 2/600)
Semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang jelas kepada kita semua dalam beragama. Ameen.
Kredit : Mufti Wilayah Persekutuan