Hari ini saya telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Negeri Kedah bagi mendapatkan maklumat terperinci dan meninjau situasi semasa pandemik COVID-19 di sini. Bersama-sama saya adalah pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia.
Dalam rangka lawatan kerja sehari ini saya telah menghadiri Mesyuarat CITF Negeri di Wisma Darul Aman yang dipengerusikan secara bersama oleh YAB Menteri Besar dan saya, meninjau operasi Klinik Kesihatan Kuala Muda, CAC Kota Setar dan melawat Hospital Sultanah Bahiyah bagi melihat sendiri pengurusan kes-kes COVID-19.
Berdasarkan taklimat yang diberikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kedah dan CITF Negeri, saya dapati situasi pandemik COVID-19 di Negeri Kedah, walaupun masih belum pulih sepenuhnya, telah mula menunjukkan perkembangan yang baik.
Kita dapat lihat indikator-indikator penting juga semakin baik terutamanya bilangan kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital, penggunaan katil ICU bagi kes COVID-19 dan juga bilangan kes harian yang mula menunjukkan trend yang lebih baik.
Kadar vaksinasi bagi seluruh Negeri Kedah juga menunjukkan kemajuan yang baik dengan 60 peratus daripada populasi dewasanya telah pun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Alhamdulillah, ini adalah usaha keras kita semua selama ini dan sangat penting untuk kita tidak menjadi terlalu selesa dan leka dengan perkembangan yang positif ini. Kita mesti terus mematuhi peraturan dan SOP yang ditetapkan.
Saya ingin menarik perhatian anda semua mengenai dapatan berhubung maklumat check-in menerusi analisis mobiliti aplikasi MySejahtera. Untuk makluman, di Kedah, sebanyak 523 check-in dalam kalangan kes positif COVID-19 yang diberikan perintah HSO telah direkodkan sepanjang minggu lepas dan 18 peratus daripadanya berlaku di pasaraya.
Selain itu dalam aspek vaksinasi pula, hampir 20 peratus populasi di Negeri Kedah masih belum mendaftar di dalam aplikasi MySejahtera dan kira-kira 6,000 individu dari beberapa daerah tidak hadir ke PPV untuk menerima dos pertama vaksin COVID-19.
Saya yakin berdasarkan data yang diberikan hari ini, Negeri Kedah akan boleh beralih ke fasa dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya sangat bimbang jika situasi pelanggaran peraturan dan keengganan untuk mendapatkan suntikan vaksin seperti yang saya nyatakan tadi akan membantutkan proses pemulihan yang sedang diusahakan.
Oleh itu, saya telah arahkan Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dan juga CITF Negeri untuk mempergiatkan lagi aktiviti vaksinasi serta meningkatkan usaha memberi kefahaman yang betul mengenai risiko COVID-19 dan juga manfaat vaksin kepada penduduk-penduduk, terutamanya di kawasan pedalaman.
Sekali lagi ingin saya ingatkan. Kejayaan negara untuk keluar dari pandemik ini dengan selamat memerlukan penglibatan menyeluruh kerajaan dan masyarakat. Akhir sekali, saya ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Negeri Kedah dan semua petugas barisan hadapan atas usaha berterusan untuk melindungi masyarakat daripada jangkitan virus COVID-19.
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過1萬的網紅Mohd Ikram Amz,也在其Youtube影片中提到,Latihan Asas Pasukan Gerakan Am (PDRM) Di Kem Tupah Kedah pada 2008...Lama sudah video ni curi2 rakam utk buat kenangan hehehe...Aku minta polis ingat...
「daerah kedah」的推薦目錄:
- 關於daerah kedah 在 Khairy Jamaluddin Facebook 的最佳貼文
- 關於daerah kedah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
- 關於daerah kedah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
- 關於daerah kedah 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
- 關於daerah kedah 在 Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman | Alor Setar - Facebook 的評價
- 關於daerah kedah 在 Rapat Umum Gerakan Tanah Air - PEJUANG Negeri Kedah 的評價
daerah kedah 在 Resepi Mutiara HATI Facebook 的最讚貼文
Lepas 53 kes positif kesan di Langkawi KKM mohon pelancong lakukan ini 😨
daerah kedah 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳貼文
Banjir Selut di Yan Kedah & Bantuan MAIWP
Beberapa minggu lalu, Malaysia dikejutkan berita banjir yang datang dari gunung Jerai membawa batang2 balak & selut. Pertama kali melihat berita, seolah2 ia satu insiden di luar negara. Tapi kali ini ia benar2 berlaku di Malaysia.
Pihak MAIWP terpanggil untuk turun ke padang menyumbang bagi menolong masyarakat kembali hidup seperti biasa. Pihak MAIWP melalui Yayasan Taqwa (MAIWP) telah memperuntukkan RM100, 000. Sebanyak 5 buah mesjid & 4 surau dikenal pasti mendapat sejumlah besar sumbangan. Baki diberikan kepada 10 keluarga dengan jumlah bantuan RM1000 setiap keluarga. Kami juga menyediakan 200 bakul atau kotak makanan.
Sebelum sampai di kawasan musibah, saya tidak dapat gambarkan keadaan sebenar ujian ini. Sejurus tiba dari Kuala Lumpur, saya ditemani Tuan Nizam, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP & En Zabidi Hasan, Pemangku Ketua Pegawai Ekskutif Yayasan Taqwa bersolat Jumaat di Masjid Guar Chempedak. Kami disambut oleh Tuan Sheikh Zakaria, CEO, Lembaga Zakat Kedah.
Selepas solat, kami bergerak ke Pejabat Agama, Yan & disambut Tuan Hj Alwi, Pegawai Agama Daerah Yan. Di sana saya menyampaikan mock check kepada imam2/pengerusi2 masjid & surau terpilih.
Kemudian saya mula memasuki kawasan musibah. Mata saya tak percaya apa yang saya lihat. Selut atau lumpur merata2 dalam kawasan rumah & sekolah. Tinggi menimbun. Selut ini dari tanah gunung Jerai yang runtuh dibawa air hujan dari gunung bersama pokok2 balak yang tumbang. Jarak antara kaki gunung & kawasan ini mungkin 5 km. Ia masih sampai di kawasan perumahan. Betapa kuat arusnya.
Mata saya macam disihir melihat batang2 balak di merata tempat di sepanjang aliran air. Titi Hayun tempat peranginan putus & hilang dibawa air. Nasib baik PKP. Kalau tidak, mungkin ramai yang terkorban. Bungkah2 batu sebesar lori hilang. Yang ada batu2 kecil & sedehana yang baru datang. Tak tahu mana asal usulnya.
Kalau Sg Muda diuji tsunami, Yan pula diuji banjir lumpur dari gunung. Saya sempat mengambil foto2 di semua tempat2 yang viral. Biar foto berbicara.
Dalam pemantauan & perbincangan saya, mungkin bantuan lain lebih diperlukan. Baik pulih rumah. Bersihkan lumpur.
MDB
daerah kedah 在 Mohd Ikram Amz Youtube 的最佳貼文
Latihan Asas Pasukan Gerakan Am (PDRM) Di Kem Tupah Kedah pada 2008...Lama sudah video ni curi2 rakam utk buat kenangan hehehe...Aku minta polis ingat duduk balai tp kene hentam masuk unit PGA...Sakit kepala bila terpaksa hadap 2 latihan asas (Asas Polis 3 bulan, Asas PGA 3 bulan)...Bukan senang nak senang kan dh lah zaman sekarang susah mau dpt kerja so teruskan sajalah walaupun latihan dh mcm asas tentera...
#PDRM #PasukanGerakanAm #MohdIkramAmz
...Ya Allah, ampunilah kesalahanku, Kasihaniah aku, Berilah petunjuk kepadaku, dan Berilah rezeki kepadaku...
Im "CARDOCK YOUTUBER TEAM" ??
Youtubers Group Links???
We Are Sarawakian Youtubers Community [ https://www.facebook.com/sarawakianscommunity/ ]
FB PAGE [ Sarawakian Youtubers Group ]
Laman media sosial saya : -
Youtube Channel : https://bit.ly/2VDsBNj
Facebook : https://bit.ly/2UPdYZY
Facebook Page : https://bit.ly/2DaU4P1
Instagram : https://bit.ly/2IoCtGK
daerah kedah 在 Rapat Umum Gerakan Tanah Air - PEJUANG Negeri Kedah 的推薦與評價
Rapat Umum Gerakan Tanah Air Negeri Kedah berlangsung di Stargate Alor Setar, 28 Oktober 2022. ... <看更多>
daerah kedah 在 Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman | Alor Setar - Facebook 的推薦與評價
Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman, Alor Setar. 53198 sukaan · 1177 berbicara tentang ini. Laman Facebook Rasmi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman Kedah... ... <看更多>