Apa Kaitan Dewi Nuwa Dengan Yee Sang?
Di dalam perayaan tahun baru Cina sebenarnya terdapat satu kepercayaan di dalam mitologi Cina tentang penciptaan manusia di dunia yang dikenali ‘Renri’ (penciptaan manusia). Lagenda Cina menyebut yang menciptakan manusia adalah seorang dewi yang dikenali sebagai Nuwa, imejnya digambarkan seorang dewi yang berkepala manusia dan berbadan ular.[1]
Diceritakan bahawa setelah Dewa Pangu memisahkan langit dan bumi, Dewi Nuwa berjalan-jalan di dunia. Walaupun dunia ini sudah mempunyai gunung, pokok, rumput dan haiwan, namun, Dewi Nuwa merasakan dunia ini masih rasa serba kekurangan. Pada suatu hari, ketika dewi Nuwa berjalan-jalan di bumi, dia terasa sangat sepi. Maka, dia memutuskan untuk mencipta sesuatu yang boleh memakmurkan dunia.[2]
Pada hari ketujuh pada tahun baru, ketika berjalan-jalan dipinggir Sungai Kuning, Dewi Nuwa mengambil lumpur lalu diciptakan patung dari tanah liat. Dewi Nuwa menghembuskan nafas kepada patung lumpur tersebut, lalu patung-patung itu hidup. Mereka boleh berjalan, bersuara dan sangat cerdik. Lalu Nuwa memberikan nama kepadanya sebagai ‘manusia’. Dia juga memberikan ciri-ciri Yin dan Yang kepada manusia pertama itu, Yang (adalah lelaki) kepada beberapa buah patung itu. Mereka terus menjadi kaum lelaki yang kuat. Kemudian, dia memberikan unsur Yin (perempuan) pula kepada patung-patung yang lain. Mereka terus menjadi kaum wanita yang lemah lembut. Lelaki dan wanita yang hidup itu terus bergembira dan bersuka ria. Bumi pun menjadi lebih makmur.
Nuwa ingin menjadikan manusia memenuhi seluruh bumi. Namun, untuk menghasilkan manusia dengan tangannya akan memakan masa dan Nuwa sendiri merasa terlalu penat. Jadi, dia menggunakan cara lain untuk menghasilkan manusia dengan cepat. Dia mengambil tali dan mencelupnya di dalam lumpur dari dasar sungai, kemudian dia melibaskan tali tersebut sehingga lumpur bertaburan jatuh ke bumi, lalu lumpur itu menjadi manusia. Dengan yang demikian, manusia telah dihasilkan dengan banyak sekali sehingga memenuhi seluruh bumi.[3]
Manusia yang diciptakan pada awalnya dengan tangan sendiri adalah kaum bangsawan dan yang kemudian diciptakan dari gumpalan tanah liat yang dikibaskan memakai tali adalah rakyat biasa.[4]
Peringatan Pada Hari Ketujuh Tahun Baru
Dan hari ketujuh pada bulan pertama dikenali sebagai "hari jadi" semua manusia. Ia sempena peringatan penciptaan manusia oleh Dewi Nuwa pada hari ketujuh. Dewasa ini, hari ketujuh pada bulan pertama, hari kejadian manusia ini diraikan sebagai sebahagian daripada Tahun Baru Cina.[5]
Orang Cina akan meraikan hari tersebut dengan menyediakan makanan bertuah pada tahun baru seperti "tujuh sup sayuran" (七 菜羹), "tujuh sayuran sayur" (七 菜粥) dan "jidi congee" (及第 粥) disediakan khusus untuk memperingati hari manusia diciptakan.
Akan tetapi rakyat Cina Malaysia dan Singapura pula agak berlainan gayanya dengan memiliki "ikan mentah tujuh warna" (七彩 魚 生) atau dikenali sebagai Yusheng atau Yee Sang.[6]
Makanan-makanan ini akan dipadankan dengan tujuh warna atau tujuh jenis sayuran yang berlainan sebagai simbolik kepada mitos Dewi Nuwa menciptakan manusia pada hari ketujuh.Gaya makanan ini berbeza-beza mengikut tempat dan simbolik mereka memberi makna kepada tujuh.
Sejarah Yee Sang Di Malaysia
Perayaan hari jadi manusia pada hari ketujuh diraikan oleh masyarakat Cina. Masing-masing memiliki gaya persembahan kepada makanan simbolik hari ketujuh itu. Amalan ini dilakukan terutama sekali oleh masyarakat Cina di sebelah timur iaitu Kanton, China terutama pada zaman dinasti Song. Masyarakat Cina disebelah Timur ini (Kantonis) ramai dikalangan mereka adalah nelayan. Oleh itu mereka memiliki gaya persembahan makanan pada ‘hari jadi semua manusia’ itu dengan menyediakan isi ikan mentah dikelilingi dengan tujuh jenis atau warna sayur disekeliling. Ia dikenali sebagai Yee Sang.
Pada abad ke 19 M masyarakat Cina di sebelah wilayah Timur inilah yang ramai berhijrah ke negara-negara Asean termasuk Malaysia dan Singapura.[7] Oleh itu pemakanan Yee Sang ini berlaku inovasi di Malaysia sehingga ia dianggap makanan penting pada tahun Baru. Ia dikatakan dipopularkan Loke Ching Kee, datuk kepada Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, pada tahun 1940-an.
Antara beberapa perkara baru yang diperkenalkan oleh beliau, makanan ini dimakan pada awal Tahun Baru Cina. Loke Ching Kee menyediakan Yee Sang pada hari keempat hingga ketujuh Tahun Baharu Cina di kedainya di Jalan Kong Sang, Seremban. Mereka melakukan acara melambung Yee Sang sambil melaungkan “Lou Hei” yang bermaksud gaul naik.
Mereka juga mengucapkan doa seperti kata-kata yang baik seperti “semoga bertambah rezeki”, “semoga panjang umur”, “semoga keluarga bahagia” dan sebagainya. Ia dihidangkan dengan mencampurkan tujuh jenis warna juadah yang berlainan seperti hirisan betik, lobak putih, lobak merah, salmon mentah, kekacang, aneka sayur-sayuran dan aneka sos serta ramuan lain.[8]
Pada asalnya makanan ini adalah signifikan kepada kepercayaan Dewi Nuwa yang menciptakan manusia. Akan tetapi pada hari ini ia menjadi makanan yang sinonim dengan Perayaan Tahun Baru itu sendiri.
Kesimpulan
Yusheng atau Yee Sang bukanlah makanan baru dikalangan orang cina. Cuma gaya makanan baru yang diperkenalkan itu hanyalah resepi dan juga gaya ketika memakannya. Banyak perbahasan mengenai Yee Sang ini dikatakan telah berlaku perubahan dari bentuk ritual keagamaan kepada amalan budaya. Ada beberapa perkara perlu dirincikan:
1) Ia berasaskan kepada kepercayaan agama tradisi Cina iaitu kepercayaan Dewi Nuwa mencipta manusia dan Yee Sang dibuat untuk menghormati peristiwa tersebut (Renri).
2) Berdoa ketika melambung Yee Sang “Lo Hei” mengangkat tinggi dan berdoa perkara yang baik-baik adalah amalan baru yang dilakukan pada tahun Baru Cina di Malaysia dan Singapura.
3) Hanya memiliki 7 warna dan tidak boleh dikurangkan atau ditambah. Setiap warna memiliki maksud tertentu. Warna-warna ini juga memberi simbolik kepada hari ketujuh penciptaan manusia oleh Dewi Nuwa.
4) Makanan Yee Sang hanya boleh dijumpai pada Hari Raya Cina sahaja dan tidak pada hari lain. Tidak sama dengan konsep ketupat, rendang dalam perayaan Aidilfitri kerana pada hari-hari lain juga makanan ini sentiasa ada dijual dan boleh dimakan. Tetapi tidak pada Yee Sang.
Dari kalangan muslim, kami meraikan pendapat yang mengatakan harus melakukan Lo Hei sambil melambung Yee Sang dengan mereka membawa hujah ia adalah amalan budaya. Akan tetapi hujah di atas ini menerangkan kembali mengenai amalan itu samada ia dilakukan berdasarkan budaya atau ritual keagamaan. Kami melihat ia lebih berbentuk kepercayaan agama (Chinese Folk Religion).
Notakaki:____________________
[1] Lihat E.T.C Werner, (2016). Myths and Legends of China, Dover Publications, New York, hlm 81
[2] Lihat Chen Lianshan (2011). Chinese Myth And Legend, Cambridge University Press, UK, hlm 10
[3] ibid
[4] New World Encylopedia, Nuwa,- http://www.newworldencyclopedia.org/entry/Nuwa
[5] Lihat : http://culture.people.com.cn/BIG5/40472/55544/55547/55554/3865273.html
[6] Lihat: https://web.archive.org/web/20120703125636/http://www.zaobao.com/chinese/region/singapore/festival/singapore_festival300101.html
[7] Lihat : http://ieatishootipost.sg/the-history-and-origins-of-yu-sheng-an-editorial/
[8] Lihat Mohamad Tajuddin dan Cheah Ding Ding, (2011). Kepincangan Perumahan Malaysia: Adat dan Ritual Kaum Cina, UTM Press, Johor, hlm 62
R&D Team Multiracial Reverted Muslims
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...
datuk kong singapore 在 Nurul Izzah Anwar Facebook 的精選貼文
Sistem Pengangkutan Awam Kelas Pertama: Impian yang Jauh Tersasar di bawah BN?
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menyasarkan 40 peratus penggunaan pengangkutan awam darat di Malaysia menjelang 2030.[1]
Malangnya, pelaksanaan dasar kerajaan BN disulami kontradiksi dan permasalahan operasi secara berterusan.
Pengguna sistem pengangkutan awam dan kenderaan peribadi dihukum sekaligus apabila pada Julai 2016, caj parkir bagi pengguna kenderaan peribadi dinaikkan oleh kerajaan BN menerusi DBKL setelah tambang KTM dinaikkan antara 20 peratus hingga 140 peratus, dan kenaikan bagi tambang LRT RapidKL pula meningkat antara 40 peratus hingga 102 peratus[2].
Tambahan, kenaikan tambang sistem pengangkutan awam berlaku di kala servis yang diberikan bukan sahaja tidak optimum, malah melahirkan kengerian baru kepada pengguna, seperti insiden-insiden berikut:
1. 20 September 2014: 80 penumpang berdepan detik cemas apabila tiga tren stesen LRT yang dinaiki rosak dan tersangkut di landasan, di lokasi berasingan antara stesen Masjid Jamek menghala ke Gombak[3].
2. 9 Oktober 2015: LRT Kelana Jaya di Stesen Abdullah Hukum menuju Gombak terganggu kira-kira setengah sekitar 7.00 pagi berikutan masalah pada sistem pintu LRT[4].
3. 7 September 2016: Gangguan bekalan elektrik di stesen LRT pada waktu puncak orang awam ke tempat kerja menyebabkan ramai pengguna terkandas di stesen masing-masing[5].
Kemuncaknya adalah pada pagi 9 September 2016 apabila pengguna LRT meluahkan rasa kekecewaan atas perkhidmatan LRT yang gagal berfungsi mengakibatkan penumpang aliran Gombak-Putra Heights terpaksa berjalan di tengah-tengah landasan keretapi ke stesen berdekatan apabila gerabak berhenti di tengah-tengah landasan[6].
Insiden 9 September 2016 menzahirkan sikap tidak bertanggungjawab pihak pengurusan LRT dan Prasarana yang memaksa penumpang berjalan di tengah landasan keretapi yang amat berbahaya.
Jika diamati video yang dikeluarkan oleh KiniTv, jelas memperlihatkan bahawa sebuah gerabak masih beroperasi ketika para pejalan kaki masih berada di tengah-tengah landasan.
Enam bulan lalu, dua orang kakitangan MRT Singapura maut ketika ditugaskan untuk memeriksa penggera tenaga elektrik di landasan keretapi[7]. Kemalangan tersebut berlaku kerana bekalan kuasa tidak dimatikan sebelum kedua-dua kakitangan tiba di lokasi penggera, seperti yang diwajibkan mengikuti SOP SMRT.
Ketika itu juga, terdapat sebuah gerabak yang beroperasi bertentangan dengan arah kedua-dua mangsa tersebut. Jika kakitangan syarikat SMRT pun memerlukan bekalan kuasa di trek kereta api dimatikan apabila berada di tengah-tengah laluan pejalan kaki di landasan kereta api, apatah lagi orang awam biasa?
Kali ini, Malaysia bernasib baik kerana semua penumpang yang terkandas di aliran Kelana Jaya telah bergerak ke stesen yang terdekat dengan selamat. Pun begitu, Rapid Rail Sdn. Bhd tidak boleh memandang remeh isu ini.
Bekalan kuasa sistem LRT telah terputus sebanyak tiga kali dalam masa seminggu. Apa yang diperlukan adalah protokol keselamatan yang boleh dipercayai dan bukanlah bergantung kepada nasib semata-mata.[8]
Kita sewajibnya mendesak keprihatinan serta pertanggungjawaban Prasarana dan RapidKl dalam menjaga keselamatan pengguna - lebih-lebih lagi apabila masalah ini berpunca daripada kelemahan pihak LRT sendiri. Voltan yang tinggi di landasan keretapi dalam keadaan hujan dan permukaan laluan yang licin tentunya meletakkan risiko yang tinggi terhadap nyawa pengguna.
Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bermegah terus dengan penambahbaikkan perkhidmatan awam LRT[9].
Rakyat bawah yang celik dan sudah lama menggunakan perkhidmatan ini masih melihat tiada perubahan ketara yang dapat dinikmati dengan projek yang menelan perbelanjaan berbilion Ringgit Malaysia.
Kegagalan Prasarana dalam menguruskan masalah ini amat mencemaskan kerana jumlah pengguna perkhidmatan LRT semakin bertambah.
Kajian daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menunjukkan penggunaan pengangkutan awam pada 2013 meningkat 1.2 peratus kepada 20.8 peratus berbanding 19.6 peratus pada 2012. Jumlah perjalanan pada waktu puncak sebelah pagi juga meningkat 9 peratus kepada 5.7 juta perjalanan, dengan 827,000 pengguna setiap hari[10].
Kini, perkhidmatan LRT dan monorail mengangkut hampir 900,000 orang penumpang setiap hari dengan menggunakan hampir 80 tren[11].
Oleh sebab itu, masalah teknikal LRT mengakibatkan sebahagian besar warga kota yang tentunya mengejar masa untuk mencari rezeki. Rakyat Malaysia, khususnya warga kota berhak untuk merasai pengangkutan awam yang lebih baik. Perkhidmatan percuma dan diskaun yang ditawarkan oleh pihak Prasarana tidak memadai sekiranya masalah yang sama masih berlarutan dan menyusahkan pengguna.
Di Singapura, berikutan kematian kedua-dua kakitangan SMRT, SMRT telah menubuhkan Panel Kajian Kemalangan yang terdiri daripada ahli-ahli Jawatankuasa Risiko SMRT dan pakar bebas dari Keppel Corporation, Transport for London, dan bekas ahli kakitangan Hong Kong Mass Transit Railway Corporation. Panel tersebut telah menyiasat
kronologi peristiwa sebelum kemalangan, sebab-sebab kemalangan berlaku dan juga mengemukakan cadangan untuk mengelakkan kemalangan dari berulang. Pada akhirnya, laporan Panel ini telah juga dikemukakan kepada Kementerian Tenaga Manusia, Pasukan Polis Singapura dan Land Transport Authority (LTA) untuk membantu siasatan mereka.[12]
Sebelum masalah elektrik LRT berlanjutan, Pihak Prasarana dan Kementerian Pengangkutan Malaysia harus mengemukakan laporan penuh tentang punca permasalahan gangguan bekalan elektrik LRT[13]. Laporan ini wajib dibawa ke parlimen untuk dibahas oleh kepada ahli parlimen, menerusi pewujudan sebuah Jawatankuasa Parlimen berkait integrasi sistem pengangkutan awam terutamanya dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor yang amat terkesan.
Jaringan sistem sedia ada beserta projek MRT wajib dipantau menerusi Jawatankuasa Parlimen ini yang juga menuntut pertanggungjawaban daripada SPAD kepada badan legislatif tertinggi negara. Kita wajib berusaha mengelakkan kemelut permasalahan operasi serta kenaikan kos daripada dibebankan kepada pengguna.
Projek berbilion ringgit yang bakal diserahkan kepada Rapid Rail Sdn Bhd atau mana-mana entiti korporat wajib bersyarat - kepada sistem pengangkutan awam darat yang efisyen dan bermanfaat untuk pengguna.
Nurul Izzah Anwar
_Ahli Parlimen Lembah pantai_
_Naib Presiden dan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN_
________________________________
[1]http://www.thestar.com.my/business/business-news/2015/05/12/40-pct-public-transport-modal-share-achieveable-says-spad/
[2] https://www.malaysiakini.com/news/322140
[3]http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/lrt-tersangkut-lebih-2-jam-1.318368
[4]http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/laluan-lrt-kelana-jaya-terganggu-1.438696
[5]http://www.nst.com.my/news/2016/09/171330/lrt-power-trip-strands-hundreds-video?m=1
[6] https://www.malaysiakini.com/news/355189
[7]http://www.straitstimes.com/singapore/transport/2-smrt-staff-killed-in-accident-were-singaporeans-aged-24-and-26-and-undergoing
[8] http://www.bbc.com/news/uk-10640569
-lrt-trains-holds-commuters-116158
[9] https://www.najibrazak.com/bm/digital-media/photo-gallery/mrt-lrt-rapid/
[10]http://www.themalaymailonline.com/what-you-think/article/ridiculously-high-fares-upset-puchong-lrt-user
[11]http://www.astroawani.com/berita-malaysia/peningkatan-kadar-penggunaan-pengangkutan-awam-beri-semangat-kepada-spad-27816
[12]http://www.straitstimes.com/singapore/transport/smrt-concludes-investigation-into-accident-that-led-to-death-of-two-staff
[13]http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/pendapat/article/kadar-parkir-dbkl-zalimi-anak-muda-fahmi-fadzil#sthash.0cWQ4Njj.dpuf