TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 26)
Granada, Sepanyol, 1995
Sejak saya meletakkan kaki di bumi Malaysia pada 30 Januari 1994, saya sudah ada mimpi baru. Saya ingin menjadi seekor burung. Bukan burung biasa. Burung Helang atau Rajawali. Tapi impian ini tidak pernah dizahirkan kepada siapa melainkan pada hari warkah ini ditulis. Bukan semua impian perlu diberitahu kepada satu dunia.
Selepas melepaskan rindu dendam dengan emak, abah & adik2 di kampung, saya terpaksa tinggalkan keluarga saya di A. Star. Saya kena melaporkan diri di Kuliyyah Undang2, UIA, P. Jaya. Saya antara yang paling awal dapat PhD walaupun paling junior sebab tukar taraf MPhil ke PhD. Rasa kekok menjadi seorang pensyarah muda berPhD.
Saya terus mencari rumah sewa. Teringat rumah sewa di St Andrews. Ingin mencari sebaik itu. Akhirnya dapat sebuah rumah separuh simen separuh papan di Kg Simpang Tiga, Gombak. Kemudian saya terus balik ambil keluarga ke Gombak. Kereta Honda Accord dalam kontena belum sampai. Bila kereta sampai, duit tak cukup nak bayar cukai kastam. Lebih daripada jangkaan. Hidup mula tertekan. Ini semua cabaran hidup.
Selepas 2 bulan, kami berpindah ke Bandar Kinrara, Puchung yang amat sunyi ketika itu. Saya antara orang pertama berani duduk di sana.
Minda menjadi burung Rajawali semakin kuat. Setiap hari, jam 5.30 pagi, meninggalkan rumah & keluarga dengan kereta kesayangan Honda Accord bagi solat subuh di Mesjid UIA. Ini bagi mengelakkan jam di Jln Klang Lama yang teruk. Jalan teruk. Bukan macam sekarang.
Pukul 6.15 pagi, saya sudah berada di ofis membaca & menulis artikel ilmiah. Ada satu seminar antarabangsa terbesar di kalangan Orientalis di Granada, Sepanyol. 5 hari.
"Aku mesti pergi ke sana. Aku kena pastikan paper aku diterima," tekad anak burung Rajawali.
Paper saya diterima. Cuma pihak UIA tak ada bajet tiket penerbangan. Burung Rajawali pun tak boleh terbang sejauh itu. Perlu naik k/terbang. Saya terpaksa gunakan wang sendiri untuk terbang ke Madrid & Granada.
Hotel pula macamana? Ahhhh. Duit lagi. Rakan & mentor saya, Allahyarham Dr Zainudddin ada idea & hati tulus.
"We can stay together", ujar beliau.
Granada adalah pencetus impian anak Rajawali.
MDB
dr andrews 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的最佳解答
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 25)
Setelah menaiki pesawat British Airways dari Edinburgh ke London, saya mula diserang minda baru. Minda pelik sangat. Saya cuba supress minda ini. Saya berjaya. Kadang2 kesibukan melayani anak2 & ekosistem boleh menolak sesuatu kemindaan. Saya berjaya. Setelah 90 minit penerbangan, kami semua sampai di London Heathrow yang sibuk.
Hati seronok melangkah kaki ke pesawat kebangsaan. MAS. Setiap masa & detik dalam pesawat negara pasti teruja. Saya juga membawa sekeping ijazah di tangan. PhD. Indah. Saya mendapat gelaran baru. Dr Mohd Daud.
Cetusan minda sebegini dalam pesawat terus menjentik kemindaan baru yang sedang menetas dalam sarang otak. Ia semakin kuat & ganas. Saya cuba tak nak layan sangat. Masalahnya penerbangan ke KL memakan masa hampir 14 jam.
Dalam kegelapan di dalam pesawat, sambil meriba anak ketiga yang baru sahaja lahir ke atas dunia ini, minda saya diikat dari segenap penjuru. Kali ini saya mesti berhadapan dengan tunas minda yang ingin menolak keluar dari dunia kabur & utopian kepada alam sebenar. Minda yang hanya berkobar2 dalam tisu2 lembut otak tapi tiada tekad langsung berpijak di bumi nyata adalah minda tanpa impian. Minda perlukan impian indah untuk beraksi di dunia sebenar. Real world needs an idea, as well as dream. Dreamy idea.
Tiba2 minda ini jadi indah. Bukan sahaja indah, tapi berganda2. Isteri & anak2 semua tidur keletihan. Genap 3 tahun 1 bulan mereka berada di bumi UK. Masing2 sudah besar & bertambah umur. Saya pula tidak boleh tidur.
Saya terus membuat refleksi perjalanan pendidikan dari sekolah rendah kebangsaan, ke sekolah menengah agama & arab, Kolej Islam Klang, Kuwait & St Andrews. Semua detik2 penting tersusun kemas dalam sebuah minda dengan ketinggian 40,000 kaki dari aras laut. Sesekali, paramugari datang menyapa, "Encik nak minum apa2?" bila melihat saya masih terkebil2 mata melayan minda & impian.
"Tak kisahlah dia tidak panggi aku Dr sebab gelaran ini belum ada dalam tiket lagi," bisik hati.
"Boleh. Orange juice" cakap lisan.
Sebelum pesawat ini mendarat di l/terbang Subang yang nostalgik, saya sudah menjahit minda dengan impian. Buat pertama kali saya jadi pemimpi.
MDB
dr andrews 在 Dr Mohd Daud Bakar - Shariah Minds - Minda Syariah Facebook 的精選貼文
TERBANG BERSAMA MDB (Bhg 22)
Kalau di udara, kena guna k/terbang. Di atas j/raya, kena ada kereta. Semasa di Dundee, saya terpaksa membeli sebuah kereta untuk keperluan pengangkutan.
Dengan bajet terhad, saya beli sebuah Ford Cortina dengan harga 150 GBP. Kereta lama & buruk tapi functional.
Bila Allahyarham (Dr) Zainuddin Jaafar & (Prof. Dr) Redzuan Osman datang ke rumah saya di Dundee, mereka jemput saya ke Edinburgh untuk satu program. Saya terpaksa bersetuju sebab saya amat respect Dr Zainuddin yang banyak menolong saya masuk UIAM.
Waktu mereka ziarah, (Prof. Dr) Redzuan minta tenguk draf awal tesis saya. Saya belum hantar untuk tukar status dari MPhil ke PhD. Dibelek2nya. Dia terdiam sekejap.
"Draf ini ada kualiti dan susbtannce," ujarnya. Beliau lebih senior & berpegalaman dari saya yang masih mentah. Happy.
Selepas program kuliah subuh saya di Pusat Islam Edinburgh, saya keluar untuk meletakkan sleeping bag & bantal saya kat kereta. Kereta saya telah hilang. Saya nangis. Dah lah tak cukup bajet, kereta pertama saya pula hilang. Dibuat laporan polis. Pada hari ke-30, dapat panggilan polis. Kereta saya dijumpai semula. Semua perkakas habis hilang. Saya tak boleh claim insurans sebab kereta hilang dijumpai semula dalam masa 30 hari. Hebat pencuri kereta saya. Ada ilmu insurans. Saya hanya jual besi buruk.
Selepas itu, saya membeli kereta Nisan Bluebird. Berwarna merah. 250 GBP. Enjin cun. Badan berkarat sana sini. Kereta ini banyak berjasa. Menjadi kereta mereka yang tiada kereta di St Andrews kepada pelajar Muslim dari pelbagai bangsa. Saya juga jadi grab driver hantar anak2 rakan dari Saudi & Libya untuk kelas agama mereka. Duit tambahan bajet saya yang semput. LSN664X memang hebat sehingga ia mati & terpaksa dijual besi buruk sebanyak 20 GBP.
Ramai rakan2 sudah membeli kereta nak bawa balik ke Malayia. BMW. Mercedes. Volvo. Saya tidak mampu semua itu. Saya hanya beli Honda Accord. 1000 GBP. Kereta hebat. Yang penting, setara dengan bajet saya.
Kereta ini saya pakai di Malaysia hampir 5 tahun. Superb. (Foto tahun 1996 di Pantai Morib).
Kereta pertama saya yang saya beli di Malaysia adalah Honda Oddesy selepas 5 tahun balik dari PhD. Dark Blue. Kereta recond dari Jepun. Seronok bukan kepalang bila kereta amat berjasa.
MDB