Masalah besar yang melanda dunia islam sejak jatuhnya empayar islam adalah mabuk serta gila terhadap tiga perkara..
Tiga perkara ini pernah di offer oleh orang kapir kepada nabi Muhammad SAW di Mekah, dengan syarat Nabi tinggalkan kerja dakwah..
Apa tiga perkara itu?
1) Tahta.
2) Harta
3) Wanita
Dan nabi tolak, malahan nabi bagitahu sekiranya mereka orang kapir sanggup letak bulan dan matahari di tangan nabi, pun Nabi tak akan tinggalkan kerja dakwah.
Tapi korang hari ini, tiga perkara itulah yang duduk berebut, dan yakin 3 perkara itu boleh bantu agama kononnya, dan kerana tiga perkara itu sampai sanggup bergaduh, caci mencaci, laknat melaknati, hina menghinahi, fitnah menfithahi dan lain-lain aktiviti tak bermoral yang membuatkan Allah tidak pandang pada korang..
(Allah tidak akan memandang kepada golongan yang caci mencaci)
MAka, mari kita duduk sekejap dan cuba fikir tawaran dari kafir Mekah sebelum ini
1) Wanita..
Orang kapir Mekah sanggup kumpulkan semua perempuan cantik, dan bagi nabi buat pilihan, nak yang mana satu? Petik jari saja, malahan bini merekapun sanggup di ceraikan asal Nabi tak buat kerja Dakwah..
Tapi nabi tolak.., nabi bukan gila seks.., kaki betina, bohjan besar, mat romeo must die! bukan, Naudzubillah!! Nabi seorang da’e yang teragung.., tak terkesan dengan godaan wanita..
Hari ini korang jangan try test dengan lelaki islam akhir zaman, macam macam skandal melibatkan wanita siap ada video bagai, adohai...
2) Harta.
Orang kapir mekah sanggup kumpulkan semua harta mereka dan buat Nabi menjadi orang yang paling kaya antara mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja tabligh, tapi nabi tolak harta, Nabi tetap buat kerja Dakwah tanpa sebarang upah.. Nabi bagi ceramah percuma, dalam memperjuangkan agama nabi tak kutip derma.
Kalau korang dah tentu fikir bila ada duit boleh beli undi, boleh buat macam-macam, boleh pujuk orang masuk islam dengan harta, tapi Nabi tak nak semua harta tu, Nabi sendiri pernah Allah nak bagi emas sebesar gunungpun Nabi tolak, tapi korang fikir bila jadi pemimpin akan dapat banyak duit, bila banyak duit boleh bangunkan islam, Islam tak tegak kerana royalti minyak atau GST, islam tertegak kerana kerja dakwah!
3) Tahta..
Orang kapir di mekkah sanggup lantik nabi Muhammad SAW jadi ketua mereka, dengan syarat nabi tinggalkan kerja dakwah..
Hari ni korang fikir dengan otak, baguslah setuju dengan mereka, pura-pura tinggal kerja dakwah, ini strategi bijak, lepas dah jadi pemerintah terus keluar hokum wajib dan haram, dengan sangka manusia akan berubah bila korang memerintah, padahal sekejap sajer mereka memberontak, Nabi tahu hal ini, sebab tu nabi tak nak jadi ketua kepada ramai orang kapir, sebab Nabi di hantar bukan atas maksud nak jadi raja!!
Kalaulah menjadi pemimpin dunia itu maksud sebenar Nabi, dah tentu Nabi Sulaiman patutnya mendapat tempat Nabi terbaik kerana nabi sulaiman punya kerajaan yang besar, termasuk jin dan binatang!!
Tapi tak, Nabi terbaik adalah Nabi Muhammad kerana Nabi telah ajar dakwah kepada ummat sehingga agama telah sempurna.
Apa maksud agama sempurna?
Agama sempurna adalah agama yang tidak perlu lagi Nabi turun untuk selesaikan masalah ummat sebab ummat ini dengan ilmu yang ditinggal Nabi terakhir, tapi ummat masih mampu selesaikan masalah ummat, lalu menjadi sebaik baik Ummat.
So mengundi lima tahun sekali tunaikan.
Tapi jangan lupa dakwah cara Nabi jangan sesekali ditinggalkan.
Teringat satu syair:
Sepuluh..
Sembilan katamu satu pun tak boleh pakai
Sepuluh
sembilan janjimu satu pun tak boleh pegang
Dunia dan apa isinya
Hanya kau yang punya
Segala-gala kau dah ada
Tak cukup kau masih minta tambah
Mabuk Engkau mabuk
Mabuk nama (harta)
mabuk cinta (wanita)
mabuk kuasa (tahta)
(lagu Tam spider..tu bang)
Eh? lirik lagu rupanya, habis sini dulu, woha!
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過72萬的網紅Warner Music Malaysia,也在其Youtube影片中提到,Lagu ini boleh didapatkan di iTunes :http://smarturl.it/n3ozne Untuk Muat Turun Ringback Tones: Maxis Caller Ringtones: Dial *131*77028# dan tekan ca...
fitnah lirik 在 Adli Shinichi Facebook 的精選貼文
Lirik dia... fuhh...
This is my new song. Ainan baru cipta semalam. Lepas tu Ainan terus nyanyi untuk shooting Safiyya TV9 pagi tadi. Tajuk lagu ni Luka. Lagu ni datang dari isi hati Ainan sendiri. Hehe. Any comment? :)
Tidak pernahkah engkau rasa
Disirami luka yang sentiasa bersama
Mungkin engkau akan mengerti
Sekiranya engkau di sini berdiri di sini
Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?
Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?
Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja
Walaupun ku berdiam
Menahan sebak di dada yang tidak terkira
Teruskan terus lagi
Aku yakin karma pasti akan menemani
Lihat ke dasar hati
Ia menangis sedih
Merenung ke langit mimpi
Bilalah kan berakhir?
Hanya aku yang rasa
Bukan aku yang pinta
Tidakkah engkau punya jiwa?
Walau batin meronta
Tersiksa sakit jiwa
Mendengar fitnah dusta
Tidakkah engkau sedar
Jika kau yang dihina
Rasa sakitnya luka
Biar aku merana
Jangan mereka yang kena
Dicemuh dan dihina.. hentikan saja
fitnah lirik 在 Warner Music Malaysia Youtube 的精選貼文
Lagu ini boleh didapatkan di iTunes :http://smarturl.it/n3ozne
Untuk Muat Turun Ringback Tones:
Maxis Caller Ringtones: Dial *131*77028# dan tekan call/send
Celcom Call Me Tones: Dial *888*12885# dan tekan call/send
DiGi Caller Tunes: Taip CT 0047673 dan hantar ke 2000
WMM Facebook : http://www.facebook.com/warnermusicmalaysia
WMM Twitter : http://www.twitter.com/wmmalaysia
-Lirik Sandarkan Pada Kenangan-
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terlupus
Duri ranjau dalam bercinta
Lumrah dunia
Sayang menyayang
Cinta di kenang
Perasaan menjadi rindu
Ohhhhh
Lihatlah diriku yang kehilangan
Tanpa kasih mu sayang
Siapalah aku
Sayang menyayang
Saling percaya
Punca kasih berpanjangan
Ohhhhh
Mengapa kita harus bersengketa
Kerana fitnah dan salah sangka
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa masih ada perasaan benci
Kerana cinta dan percaya luput dalam perasaan
Marilah kasih
Kita saling sayang menyayang
Kalaulah ada benci
Kita sandarkan pada kenangan
Apa yang harus kita lakukan
Kita sandarkan pada kenangan