Bila baca komen nitizen yang pertikaikan orang derma secara terang terang, tuduh riak, dan kata islam tak ajar amalan derma terbuka macam tu?, maka abang keretamayat nak tegurlah sikit.
Kerana benda tak haram jangan kita kata haram, benda halal apa derma secara terbuka?, rujuk Al quran, dua dua boleh buat, nak derma secara terbuka boleh, nak derma secara senyap senyap boleh, bab riak dan ikhlas ni orang tu dengan Allah jer tahu, malaikat yang catat amalan pun tak tahu riak ke ikhlas ke..
Dalil sikit..
"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan."
(Surah al-Baqarah: 271)
Jadi benda halal buat apa nak pertikaikan?, kena ingat semua orang bukan jahil macam kita, andai kita ni jenis riak bila orang Nampak, jangan cop orang lain pun sama lemah macam kita, ada orang lagi orang Nampak, lagi ikhlas, sungguh Bab riyak tu. Itu antara mereka dengan Allah.
Dalam islam selain bak riak, ada satu bab lagi iaitu bab Shiar. Apa maksud Syiar?
Syiar adalah ibadat yang kena buat secara terang terangan, kena hebahkan..
Contoh 5 rukun islam. Semua tu kena syiar, kena heboh, kena war warkan. Masuk islam kena bagitahu, zaman nabi sahabat masuk islam terus pergi mengucap dua kalimah syahadah jerit kuat kuat depan kaabah, dan rela kena belasah, sebab amalan ni kena tunjuk, kena syiar!. Itu sunnahnya!
Bab Solat berjemaah kena azan kuat, Nabi siap sewa banguan yahudi tinggi suruh Bilal azan kuat kuat, lepas tu Nabi pesan kena pakai pakaian solat dari rumah lagi, biar semua orang kampung tahu kita nak ke masjid, dan sunnah pergi masjid balik ikut jalan berbeza biar semua orang nampak.
Bab Puasa kena bagitahu pada semua orang lagi lagi depan orang mengumpat.
Zakat bayar depan kaunter di masjid, siap isi borang.
Haji kena bagitahu, jika mampu buatlah kenduri syukur.
Dan amalan syiar ni tak tertakluk pada rukun islam yang lima, yang sunat pun ada waktu kena syiar, kena tunjuk dan kena hebahkan sebab semua ada hikmah.
Kahwin kena bagitahu. Majlis kecil tak apa tapi kena war warkan. Kahwin dua tiga pun kena bagitahu, jika sorok dah mati baru tahu banyak masalah lain yang timbul.
Korban Haji pun bagus war warkan. Galakkan orang lain korban sama.
Sedekah ada waktu kena terang terang biar orang kaya malu tengok, biar menteri tak buat kerja malu tak buat kerja. Alamak tersentuh isu politik pulak.
Apa apapun.
Tujuannya buat ibadat terang-terang adalah nak wujudkan suasana agama, ikhlas kerana Allah, yang mana bila ada suasana agama maka tempat tu akan di tangguh bala dan akan disebarkan Rahmat.
Orang kafir pun akan lebih tertarik dengan amalan yang mendatangkan kebaikkan kepada semua pihak.
Balik ke media sosial. Maka boleh jer kita nak kongsi bila dah masuk islam bagi mualaf. Pergi solat masjid mana?, sahur makan apa?, korban berapa ekor sebab ada waktu nabi galakkan derma secara terang terang. Termasuk dalam syiar Islam semua tu.
Namun ada benda tak elok untuk kongsi iaitu ibadat infradi seperti tahajjud, zikir, tutup aib orang tu wajib, khidmat secara sembunyipun bagus, dan lain lain yang boleh mengundang riak.
Jadi sila guna common sense. Bukan semua benda boleh dikongsi dan ada juga yang boleh dikongsi.
Contoh, macam Mak cik kiah benarkan suami dikongsi, dengan share dimedia sosial dengan hashtag:
"Bukannya orang lain, madu kau jugak!"
Woha!
(sumber gambar di ambik dari ruang komen FB kereretamayat)
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過7,400的網紅Hamka Kereta Mayat,也在其Youtube影片中提到,Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal ya...
「gambar sahur」的推薦目錄:
- 關於gambar sahur 在 Facebook 的精選貼文
- 關於gambar sahur 在 bie.yusof Facebook 的最佳解答
- 關於gambar sahur 在 Facebook 的最佳貼文
- 關於gambar sahur 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
- 關於gambar sahur 在 SAHUR...SAHUR... by adipatijulian on @DeviantArt 的評價
- 關於gambar sahur 在 ZonKucing - Facebook 的評價
- 關於gambar sahur 在 Menggambar kegitan ramadhan || Gambar sahur - YouTube 的評價
gambar sahur 在 bie.yusof Facebook 的最佳解答
.
Tak tahu nak masak apa, boleh join group coaching kami sebab setiap hari kami akan share resepi sihat berserta video memasak, dan kami juga ada anjurkan kelas memasak online 👍🏻..
Tengok gambar pun dah 🤤🤤🤤
.
Anda pasti akan seronok dgn pelbagai aktiviti online coaching! 😍
.
.
.
INTAKE JUN KINI DIBUKA‼️😍
Klik link di bio ig utk mendaftar✅
Jom turun 5-10kg* 🔥
.
Coach Bieyusof 📲 +6019-6056471
*Individual results are not typical & may vary .
.
#sedap #getfitnowonline #fattofitonline #turunberatonline #viral #jomkurus #galeriariani #onlinecoaching #grabfood #plussize #ootd #foodpanda #artismalaysia #eatcleanmalaysia #pkp #allahsayangkita #kurus #sahur #tipskurus #mealplan #diet #kuruslepasraya #misikurus #healthypositiveliving #dietsihat #coaching #stayathome #dudukrumahdiamdiam #intermittentfasting #makansedapbolehkurus
gambar sahur 在 Facebook 的最佳貼文
Salam Subuh korang... sahur aper tadi? Kitorang sahur nasi panas dengan serunding daging 😋 sedappp....
Dagingnya memang fresh dibuat setiap minggu, memang mewah dengan daging korang leh tengok perbezaan gambar A & B tu..
haaa yang A tu lah Serunding Warisan Kg Laut🤗😋 banyak dagingnya kan, memang puas hati... saper kat sini pernah cuba??
"Serunding Warisan Kg Laut"
Pek Percubaan + Free Postage
500gram Daging = Rm48
500gram Ayam = Rm53
500gram Ikan = Rm45
Boleh dapatkan di sini :
Shopee : http://shopee.com.my/hafizhkhan90
(Free Postage + Voucher Rm8)
Atau Whatsapp : https://wa.me/601137622740
Korang yang nak boleh order sekarang sebab penghantaran terakhir untuk menerima serunding sebelum Hari Raya Aidilfitri adalah pada 10 Mei 2021. Penghantaran seterusnya akan menerima serunding bermula Raya ketiga.
gambar sahur 在 Hamka Kereta Mayat Youtube 的最讚貼文
Jika korang rasa kerja korang sukar dan tak best, tengoklah video saya daki gunung Kinabalu ini, dan korang tengoklah geng maling gunung dan portal yang kerjanya angkat barang naik atas gunung.
Rezeki mereka ada dalam gravity, insaf tengok betapa rajin dan kuatnya mereka cari rezeki halal.
Sebelum ni ada orang tanya:
Kau naik gunung Kinabalu tinggi-tinggi apa kau dapat Hamka?
"Dapat ambik gambar"
Woha!
Maka oleh sebab dapat ambik gambar, maka jangan bosan jika Nampak wajah saya hamper 50 peratus dalam video ini, memang betul betul ambik gambar.
Bagi yang malas nak tonton, saya ringkaskan kisahnya iaitu pada 30 November 2018 yang lepas. Alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat saya daki gunung tertinggi di Malaysia.
Kami team 5 orang, Lyn dari KL, Rizuan dan Rusy dari Perak, dan saya dari Terengganu, ada sorang lagi kawan Izuan, kemalangan motor patah tangan tak boleh nak join.
Jadi kami berempat di pimpin oleh Maling Gunung encik Wainer bin Jupinis, selamba dia daki gunung pakai seluar jeans. Kagum dari dekat.
Jarak dari bawah ke puncak adalah 9km, dan setiap satu km ada pondok rehat, ada tandas dan ada punca air, jadi tak perlu bawa air dari bawah, boleh top up di pondok.
Dalam perjalanan kita boleh jumpa pelancong dari luar negara, Ada Green Lantern, ada awek korea dan ramai lagi, sempat saya update kisah kamen rider terkini dari pelancong jepun, kah kah kah!
Kita naik pagi, sarapan kat bawah nasi lemak, Dan bila tengah hari, kitaorang berhenti makan mee segera, dan teruskan perjalanan.
Beberapa km kemudian, kami sampai ke hotel di panalaban, makan sedap, tapi air takde, adohai.., kena bayar asing. Adohai…
Lepas makan, terus jamak zohor dan asar, lepas tu cuaca gelap, terus jamak magrib dan isyak, dan terus tidur sampai jam satu pagi, lepas tu sahur dulu dekat hotel jam 2 pagi, sebelum sabung mendaki lagi 3km.
Sejok dan penat, tapi memang kena naik jam 2 pagi sebab waktu ni atas gunung kinabalu tiada awan, dan kami kena sampai sebelum subuh di puncak.
Waktu ni salah sorang dari kumpulan kami tewan, Cik Lyn dari KL ada masalah pernafasan, kena rehat di dorm, jadi tinggal kami bertiga terus mendaki.
Dan Alhamdulilah, ikut arah bintang, dapat solat di puncak kinabalu dan sempat lepak sebelum tiba waktu dhuha.
Pemandangan sungguh cantik, tengok dari jauh pun dah cantic, apatah lagi dari dekat, Subhanallah.
Waktu turun ada hujan sekejap, batu jadi licin, kena pegang tali kuat kuat, alhamdulliah, hujan sekejap sahaja, dan terus turun dalam keadaan cuaca cerah.
Sampai hotel di Lapanrata, makan lagi sekali, dan terus turun sampai bawah, 6km kemudian, akhirnya tiba ke bawah.
Panjang nak cerita, boleh tengok video, manapun kita pergi, solat jangan lupa, untuk itu, boleh bawa botol spray kecil untuk mudahkan wudhu di puncak gunung sebab tiba waktu subuh,. Sesungguhnya, Bersujudlah kamu wahai manusia walaupun ditempat paling tinggi di dunia kerana Syurga itu sangat tinggi.
Tapi jika tak solat, dan tiba tiba tergelincir di lereng gunung, bukan terus masuk lurah Kinabalu, tapi terus ke lurah Neraka.
Nauzubillah.
OK, terima kasih sudi menonton, jumpa lagi di lain video.
Woha!
gambar sahur 在 ZonKucing - Facebook 的推薦與評價
Sahur...sahur.. Bangun...bangun.. . Terima kasih yg dm gambar ni. ... <看更多>
gambar sahur 在 Menggambar kegitan ramadhan || Gambar sahur - YouTube 的推薦與評價
Berikut ini adalah cara menggambar tema ramadhanAdapun bahan dan peralatannya :1.Kertas BC2.Spidol snowman3.Penggaris4.Crayon titi5. ... <看更多>
gambar sahur 在 SAHUR...SAHUR... by adipatijulian on @DeviantArt 的推薦與評價
SAHUR... by adipatijulian on @DeviantArt Ramadhan Quotes, ... Unduh Gambar Marhaban Ya Salam Ramadhan Kartun Muslim, Anak Anak Muslim, Marhaban Ya Ramadan, ... ... <看更多>