Alhamdulillah terima kasih semua ❤️
Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua yang bakal ke Seoul Korea 🇰🇷
50 TIPS PERCUTIAN KE SEOUL KOREA 🇰🇷🇰🇷🇰🇷
Buat anda yang bakal ke Korea & merancang percutian ke Korea, meh Mira kongsikan 50 Tips Percutian ke Seoul Korea kami baru-baru ini.
1. TIKET PENERBANGAN ni kalau nak murah memang kena beli awal. Biasanya memang kami beli tiket setahun awal waktu promo. Korang boleh dapat serendah RM600 return tiket.
2. VISA: Korang memang tak perlu mohon visa untuk ke Korea tapi dalam kapal terbang pramugari akan edarkan Arrival Card pada setiap pelancong. Setiap orang perlu melengkapkan Arrival Card tersebut.
3. DECLARATION FORM: Akan diedarkan oleh pramugari dalam pesawat. Customs Declaration Form perlu diisi 1 keluarga 1 sahaja!
4. T-MONEY: Kad ni macam Touch & Go. Mira dapat free je T-Money dari Korea Tourism Organization Malaysia (KTO Malaysia). Thank you KTO Malaysia!! T-Money ni ikut korang nak top up berapa.
5. UNIVERSAL CONVERTER ADAPTER yang sesuai jangan lupa bawak. Kalau tak susahlah nak charge handphone, camera, go pro dll.
6. PENGINAPAN kalau nak murah stay kat guesthouse atau di airbnb. Boleh dapat serendah RM50/malam seorang.
7. SUBWAY APPS: Mira dah try banyak apps subway tapi yang paling best KAKAO METRO.
8. PETA BERGERAK: Mana tau kalau sesat ke hapa kat sana kan.. hihi jangan lupa untuk download sesiap di MAPS.ME, GOOGLE MAPS & KAKAO MAP apps.
9. TANDAS kat Korea tak da pili air ya. Jadi jangan lupa bawa wet tissue atau botol air senang nak basuh pape yang patut. Hihi
10. BOTOL AIR: Jangan lupa bawa botol air & isikan air kat water filter dalam baby room.
11. STROLLER: Tak semua exit subway ada lift (elevator). Jadi korang kena menapak sikit kalau nak naik lift.
12. AREX EXPRESS - Kalau korang nak naik train terus je ke Seoul tanpa berhenti bolehlah naik AREX Express.
13. AREX ALL STOP TRAIN - Kalau nak jimat boleh naik All Stop Train ke Seoul.
14. HANBOK - Kalau pergi ke Gyeongbokgung Palace apakata korang sewa hanbok. Tiket masuk ke Gyeongbokgung Palace adalah PERCUMA jika anda memakai hanbok.
15. BUKCHON HANOK VILLAGE terletak berdekatan Gyeongbokgung Palace. Buckhon Hanok ni sebenarnya kawasan rumah-rumah orang tetapi dijadikan kawasan tumpuan pelancong. Make sure jangan bising-bising sangat kat sini. Sebab setiap rumah tu berpenghuni.
16. NAMI ISLAND ni terletak agak jauh sikit dari Seoul. Dalam 1 jam 30 minit perjalanan dari Seoul Station ke Gapyeong Station. Kalau korang nak cepat boleh naik ITX dari Yongsan Station ke Gapyeong Station dalam 55 minit. Sampai Gapyeong Station jalan sikit ke depan & tunggu bas ke Nami Island. Sampai Nami Island Station jalan 2 minit ke Gapyeong Wharf. Pastu terpulang kat korang nak naik zipline atau ferry ke Nami Island. Kalau ada masa lebih bolehlah terus ke Petite France & The Garden of Morning Calm.
17. Ada banyak taman tema yang popular di Seoul antaranya Everland & LOTTE WORLD. Kami berkesempatam ke Lotte World. Lotte World ni macam ala Disneyland but still awesome. Tiket online lebih murah berbanding walk in. Korang boleh bandingkan harga antara Klook atau KKDay. Kadang klook yang murah. Kadang KKDay yang murah.
18. N SEOUL TOWER atau Namsan Tower ni terletak kat Myeongdong. Harga cable car dewasa ₩9,500~RM35 pergi balik ke Namsan Park. Nak lagi jimat korang boleh mendaki je ke Namsan Park. Disamping boleh hilangkan lemak, free plak tu. Hihihi.
19. HAN RIVER aka Hangang Park pon menarik untuk dikunjungi. Bolehlah beriadah sambil menikmati permandangan di tepi sungai yang sungguh cantik.
20. Lepas dah penat shopping di Dongdaemun bolehlah relax dan enjoy permandangan di CHEONGGYECHEON STREAM.
21. MYEONGDONG SHOPPING STREET nih terkenal dengan produk kecantikan. Kalau nak cari mask muka, lotion tangan, makeup boleh ke sini. Kalau pergi malam lagi happening sebab banyak Street Food.
22. MYEONGDONG UNDERGROUND ni kat bahagian bawah dekat exit subway. Kat sini stokin agak murah berbanding tempat lain
23. Kalau korang nak beli souvenir murah seperti keychain, sudu, fridge magnet dll boleh ke NAMDAEMUN MARKET. Rata-rata kat sini memang murah dan boleh tawar menawar lagi. Nak lagi murah cari bangunan oren dalam tu berganda murah hehe. Nak lagi murah naik tingkat atas lagi murah. huhu.. Nak jumpe orang kitooo pon ramai kat sini. Ada yang pemurah senyuman & ada sebaliknya hahaha. Jangan lupa senyum balik bila jumpe kengkawan Malaysia. huhuhu
24. DONGDAEMUN MALL buka sampai pukul 5 pagi. Banyak kedai wholesale sini. Last minute shopping souvenir? Boleh ke tingkat 3 di Bangunan Doota. Ada kedai souvenir di situ yang menjual dengan harga berpatutan. Nak shopping kul 3 pagi pon no hal 😂
25. HONGIK STREET ni area kawasan anak muda. Ada orang buat persembahan memalam. Kiri kanan ada kedai-kedai korang boleh cuci mata hehe
26. DONGMYO FLEA MARKET bagi peminat barangan terpakai boleh ke sini. Flea Market terbesar di Korea. Boleh tawar menawar. Kalau nak cari baju sejuk murah-murah korang ke sini la dulu.
27. Tahu tak korang kat Korea ni ada jual mainan secara wholesale di TOYS & STATIONERY STREET. Sepanjang jalan kat sini memang jual mainan & alat tulis sahaja. Pengumpul mainan akan rambang mata bila ke sini. Macam-macam mainan yang dijual memang puas la cuci mata & cuci poket.
28. Korang peminat K-POP atau K-Drama? Macam-macam merchandise mereka dijual merata tempat seperti stokin, calendar, sticker, poskad, baju, bantal & macam-macam lah.
29. Korang pengumpul tin COCA COLA? Jangan lupa cari coca cola edisi K-Pop BTS X Coca Cola. Hehehe memang rare!
30. Setiap SET MAKANAN di Korea adalah dalam lingkungan ₩10,000 bersamaan RM38 sekali makan. Kalau nak jimat bawak je makanan dari Malaysia seperti Brahim's, Maggi, roti, sardin atau biskut.
Selebihnya details beserta gambar di blog https://zyzoolmiratravel.com/50-tips-percutian-ke-seoul-ko…/
Semoga Perkongsian ini bermanfaat & membantu korang yang bakal bercuti ke Seoul Korea 🇰🇷
p/s: Cuba teka berapa pasang stokin dalam gambar di blog? Hihihi sorang yang bertuah kami bagi sepasang stokin character made in korea okey?
Happy Travel ✈️
#MYFamilyTravel
Zyzool Mira Travel
-Top 200 Family Travel Blog in The World-
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...