GEMUK LEPAS PKP?
--------
Ini adalah diantara status paling banyak orang share selepas PKP kerana ianya berlaku kepada diri saya sendiri. Mungkin ada yang perasan dan mungkin ada juga yang tidak perasan dari gambar-gambar terkini saya yang saya dah mula nampak berisi. Berat badan saya dan naik sikit. Sikit tak sikit tu adalah sekitar +5KG. Korang boleh tengok jawline saya dah hilang😭
.
- Saya MARAH pada diri saya sendiri sebab benarkan ini berlaku -
.
Mungkin ada orang cakap...
.
“Zarin tak perlu risau, sebab kalau dulu boleh kurangkan berat 30KG, kali ni nak kurangkan 5KG je apa la sangat 😅".
.
Sebenarnya saya ada ramai kawan-kawan yang sedang mengalami masalah yang sama dengan saya, iaitu gemuk semula selepas dah berjaya kurus.
.
Gemuk semula bukan bermaksud diet yang dilakukan tu salah atau tak betul, cuma sebab kita dah berada pada fasa yang selesa. Kita dah tau apa yang perlu kita buat, kita dah tau apa yang kita perlu usaha, kita dah tau kalau kita buat sesuatu tu kita akan berjaya... tapi last2 kita tak buatpun. Fasa ni bahaya!
.
Tambah pula ketika PKP, saya tak boleh workout seperti sediakala. Kadar metabolisme makin menurun dan setiap hari saya masak dan makan macam-macam menu tak sihat kat rumah. Rutin work from home saya pula dipenuhi dengan makanan ringan keliling meja untuk bagi semangat waktu bekerja. Itu belum kira waktu tidur saya yang tak menentu dan kadang-kadang tidur lebih dari masa yang sepatutnya. Rutin saya dah berubah, saya dah lost 😢
.
Kali ni saya perlukan bantuan MOTIVASI dari korang semua. BANTU saya untuk dapatkan semangat untuk berubah bermula Jun 2020 ini dengan aktifkan semula gaya hidup sihat.
——
Tag saya any challenge yang saya patut lakukan. Kongsikan kata-kata semangat korang, supaya saya boleh buat semula. Saya perlukan bantuan korang kali ni 🙏
——
.
#gemuklepaspkp #gemukbalik #jomkurus #naksihat #Mohdzarindotcom #jomubah #fitmalaysia #dietsihat #malaysia #beforeandafter #buatsekarang #kurusdansihat
同時也有10000部Youtube影片,追蹤數超過2,910的網紅コバにゃんチャンネル,也在其Youtube影片中提到,...