Anak anda mungkin akan bertanya: “apa akan jadi jika patung mainan mereka hidup waktu orang tak ada, dan pura pura tak bergerak bila ada manusia?”
Lalu geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Toy Story yang mengisahkan dilemma permainan lama (watak coyboy) diabaikan oleh tuannya selepas mendapat mainan baru pahlawan angkasa.
Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.
Kemudian anak anda mungkin akan bertanya soalan lain:
“Apa akan terjadi sekiranya bayangan hantu yang muncul bawah katil dan belakang almari itu benar-benar wujud?”
Sekali lagi, geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Monster inc yang mengisahkan sebenarnya makhluk jin ini bertugas untuk mendapatkan jeritan kanak-kanak yang takut sebagai sumber tenaga elektrik mereka, dah tentu Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.
Di lain waktu, si anak akan bertanya lagi:
“Hari hari tengok ayah dan Bonda buang sampah, apa akan jadi di masa hadapan apabila dunia ini penuh dengan sampah?”
Maka geng Pixar yang dimiliki oleh Stave Jobs ini menjawab soalan ini dengan filem sains fiksyen Wall E yang mengisahkan manusia telah berpindah ke kapal angkasa dan bumi di tinggalkan robot pengurus sampah. Manusia di zaman itu semuanya gemok dan tidak mampu berjalan kerana 24 jam hidup depan computer on line. Dramatik sunnguh!
Terkini, pernah anak saya tanya:
“Apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”
Saya jawablah, mungkin dinasour tidak akan pupus dan ada Jurassic park macam zoo Negara.
Rupanya, soalan ini dah lama di tanya oleh anak anak dari Barat, sehingga geng animasi Pixar keluarkan filem tentang ini, The Good Dinasour.
Jawapan pihak animasi sudah tentu dalam bentuk fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik dan mungkin mereka yakin dengan teori evolusi berkenaan manusia berasal dari berok, maka watak manusia di gambarkan sedikit macam berok tapi menyalak macam serigala, tidak boleh bercakap dan baru nak ada akal, manakala sesuai dengan teori evolusi, dinasour pulak yang hidup berjuta tahun di gambarkan mempunyai akal seperti manusia dan bercakap sesama mereka.
Dalam filem itu, Dinasour berleher panjang yang memakan sayur di gambarkan pandai bercucuk tanam, manakala T rex yang suka makan daging di gambarkan menternak kerbau sebagai sumber makanan. Manakala manusia pula mencuri hasil tanaman dari dinasour, adohai..
Tapi itulah, jika benar manusia berevolusi dari binatang, kenapa ikan paus yang dah lama hidup tidak ada akal seperti manusia, kenapa belangkas yang dah wujud berjuta tahun tidak cerdik macam manusia, dan kenapa manusia tiba tiba tidak berbulu macam berok, dan kenapa hanya manusia yang ada akal dalam seluruh kehidupan di dunia ini?
Ops, tak payah serius sangat, itu hanyalah filem animasi fiksyen, hanya hiburan ringan sekeluarga, anak saya menangis sewaktu dinasour hijau cerita pada manusia ayahnya mati, tapi manusia cerita ibu bapanya semua mati, dan di akhir cerita, teresak esak anak perempuan saya menangis waktu mereka terpaksa berpisah.
“Tapi ayah, ada kawan kat sekolah cakap, dinasour tak wujud, semua itu adalah konspirasi yahudi untuk lupakan ummat islam kepada Nabi adam! Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”
Tanya anak yang darjah 4, saya jawab elok elok:
“Dinasour ni wujud sebelum Nabi adam datang, bukti dinasour wujud adalah pada tulang yang ahli kaji jumpa”
“Tapi kan ayah, jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”
Tanya anak darjah enam pulak, jawab saya:
“Ada banyak teori tentang kejadian alam, ada teori yang mengatakan minyak yang ayah isi dalam kereta hari ini adalah terhasil daripada ribuan makhluk zaman dahulu termasuk dinasour, so tak sia siapun ciptaan Allah ini”
Anak angguk angguk setuju. Saya sambung lagi hujah:
“Sebab tu dalam filem animasi Pixar, jika mereka pergi stesen minyak, logo stesen minyak adalah dinasour dan nama stesen minyak adalah Dinaco!”
Anggukkan anak semakin laju. Now you know.
Ps: Agak mencabar menjadi ayah di akhir zaman ini, err, minyak naik harga dinasour lagi tak? woha!
(kepada parent yang ada anak anak suka bertanya soalan luar kotak, saya ada tulis buku skema jawapan, mungkin boleh membantu, tajuknya, KISAH ANAK BINI, harga buku tu bukan harga donasour atau harga yahudi, harga palestin saya bagi, he he. Komen jika nak beli. Terima kasih sudi membeli belah di halaman keretamayat.)
同時也有1部Youtube影片,追蹤數超過47萬的網紅Hazeman Huzir,也在其Youtube影片中提到,Ini sambungan video travelog episode Belangkas. Siapa belum tengok link di sini: https://www.youtube.com/watch?v=0R3OIioUdQk Dan kali ni Haze belajar...
「harga belangkas」的推薦目錄:
- 關於harga belangkas 在 Facebook 的精選貼文
- 關於harga belangkas 在 Hazeman Huzir Youtube 的最佳解答
- 關於harga belangkas 在 Admin kat mana ada jual belangkas... - Orang Kota - Tinggi 的評價
- 關於harga belangkas 在 Penyelamat Dunia Medis Terimakasih Kepiting Tapal Kuda ... 的評價
- 關於harga belangkas 在 belangkas的推薦與評價,YOUTUBE、PINTEREST和網紅們 ... 的評價
- 關於harga belangkas 在 belangkas的推薦與評價,YOUTUBE、PINTEREST和網紅們 ... 的評價
harga belangkas 在 Hazeman Huzir Youtube 的最佳解答
Ini sambungan video travelog episode Belangkas. Siapa belum tengok link di sini: https://www.youtube.com/watch?v=0R3OIioUdQk
Dan kali ni Haze belajar menari Zapin, Akim main kuda kepang, review bilik VVIP di hotel Bayu Balau. Selain ajar korang masak Asam Pedas!
Segment-segment yang ada:
0:00 Intro
0:58 Apa rupa bilik hotel Menteri di Johor?
4:13 Asalkan Penari je kena lelaki yang lembut. Apa hal?
11:12 Resipi Senang Asam Pedas Johor Level Express
16:30 Akim Menari Kuda Kepang Rasuk Berhantu?
20:24 Taste test Asam Pedas Pes versus Buat Sendiri
Barang-barang dalam ni boleh dapatkan di:
https://shopee.com.my/desamall.elokal
Have fun!
harga belangkas 在 Penyelamat Dunia Medis Terimakasih Kepiting Tapal Kuda ... 的推薦與評價
... kuda,kepiting tapal kuda darah biru,harga darah kepiting tapal kuda ... doc,belangkas asmr,jual belangkas,belangkas padi, harga belangkas ... ... <看更多>
harga belangkas 在 Admin kat mana ada jual belangkas... - Orang Kota - Tinggi 的推薦與評價
Admin kat mana ada jual belangkas mentah yang belum masak. Ni admin btau Stok belangkas dah ada sesape berminat boleh hubungi En.Abd Zani 013 714 6626. ... <看更多>